11/07/2026
Evidens SK@S:
S1: Aspek 1.2.2: Membudayakan kreativiti dan inovasi
S2: Aspek 2.5.1: Permuafakatan strategik dengan komuniti dan agensi luar
S2: Aspek 2.5.2: Pengurusan sumbangan dan sokongan pihak luar
S3: Aspek 3.1.3: Program yang menyokong pelaksanaan kurikulum
S4: Aspek 4.1.1: Perancangan PdP menggunakan bahan inovatif
S4: Aspek 4.4.1: Penggunaan sumber pendidikan secara kreatif dan inovatif.
Program Reka Cipta dan Inovasi Pencetus Kreativiti Komuniti Kreatif (ReCIP3K) telah diadakan pada 11 Julai 2026, Sabtu bertempat di Dataran Seri Tanjung SK Tg Bijat. Majlis ini telah dirasmikan oleh YB Datuk Mong anak Dagang, ADUN N31 Bukit Begunan. Turut hadir pada majlis ini ialah wakil Pegawai Pendidikan Daerah Sri Aman, YDP PIBG, Guru Besar-guru Besar, Pegawai Angkat Sekolah, Pegawai Perhubungan Sekolah dan ketua-ketua masyarakat setempat.
ReCIP3K merupakan sebuah program berbentuk pertandingan menghasilkan alat bantu mengajar dengan menggunakan 100% bahan terbuang/terpakai melibatkan dua kategori, iaitu kategori guru & ibu bapa. Program ini telah disertai oleh guru-guru dan ibu bapa bukan sahaja dari daerah Sri Aman, malah turut disertai peserta dari daerah yang lain.
Pada majlis tersebut, YB Datuk Mong telah mengumumkan peruntukan sebanyak RM20, 000 kepada PIBG SK Tg Bijat bagi melaksanakan dan menjayakan program-program di sekolah ini. Diharap melalui program ini, kreativiti guru dan ibu bapa dalam menghasilkan alat bantu mengajar dapat diketengahkan selain dapat melahirkan hubungan positif antara pihak sekolah dengan komuniti setempat.
SK Tg Bijat mengucapkan terima kasih atas penyertaan semua guru dan ibu bapa dalam program ini. Sekalung penghargaan juga diucapkan kepada semua staf,pekerja swasta, ibu bapa, ahli PIBG sekolah serta semua pihak sama ada secara langsung atau tidak langsung atas kerjasama yang diberikan dalam menjayakan program ini. Sekian, terima kasih.