SK Abok Sri Aman

SK Abok Sri Aman SK ABOK MANCHAR PEGARI

๐ŸŒ™โœจ Selamat Hari Raya Aidiladha 1447H โœจ๐ŸŒ™Buat yang menyambut, semoga Aidiladha kali ini membawa keberkatan, kebahagiaan da...
27/05/2026

๐ŸŒ™โœจ Selamat Hari Raya Aidiladha 1447H โœจ๐ŸŒ™

Buat yang menyambut, semoga Aidiladha kali ini membawa keberkatan, kebahagiaan dan ketenangan buat anda sekeluarga. ๐Ÿค

Semoga setiap pengorbanan dan keikhlasan yang dilakukan diterima serta dirahmati oleh Allah SWT. ๐Ÿ•Œ๐Ÿ

๐Ÿ—“๏ธ 10 Zulhijjah 1447H

Ikhlas daripada
โœจ Warga SK Abok โœจ




๐Ÿ†๐Ÿƒโ€โ™€๏ธTAHNIAH & SYABAS WARGA SK ABOK!๐Ÿƒโ€โ™‚๏ธ๐Ÿ†Kejohanan Olahraga MSS Zon Pantu Tahun 2026 telah berlangsung pada 13 & 14 Mei ...
19/05/2026

๐Ÿ†๐Ÿƒโ€โ™€๏ธTAHNIAH & SYABAS WARGA SK ABOK!๐Ÿƒโ€โ™‚๏ธ๐Ÿ†

Kejohanan Olahraga MSS Zon Pantu Tahun 2026 telah berlangsung pada 13 & 14 Mei 2026 bertempat di Kompleks Sukan Sri Aman.

SK Abok telah berjaya mencatat pencapaian membanggakan apabila memperoleh Tempat Ke-3 Keseluruhan dengan kutipan sebanyak 5 pingat emas ๐Ÿฅ‡ dan 3 pingat gangsa ๐Ÿฅ‰.

๐ŸŒŸ Pencapaian Membanggakan Atlet SK Abok:

๐Ÿ… Olahragawati & Atlet Terbaik Perempuan 12TKB
โœจ Juweeta Ilya

๐Ÿ…Atlet Terbaik Lelaki 11TKB
โœจ David

๐Ÿฅ‡Pingat Emas:
โ€ข 100 meter Perempuan 12TKB โ€“ Juweeta
โ€ข 200 meter Perempuan 12TKB โ€“ Juweeta
โ€ข 100 meter Lelaki 11TKB โ€“ David
โ€ข 200 meter Lelaki 11TKB โ€“ David
โ€ข 4 x 100 meter Perempuan Terbuka โ€“ Juweeta, Catherinna, Catherinnie & Felicia

๐Ÿฅ‰ Pingat Gangsa:
โ€ข Lompat Tinggi Lelaki 10TKB โ€“ Raphael
โ€ข 80 meter Lari Berpagar Lelaki 11TKB โ€“ Wilfred

๐Ÿ‘ Tahniah dan syabas juga diucapkan kepada semua atlet SK Abok yang telah menunjukkan semangat juang, disiplin dan komitmen tinggi sepanjang kejohanan berlangsung. Penyertaan dan usaha anda amat membanggakan sekolah.

๐Ÿ™ Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada:
โœจ Para jurulatih atas tunjuk ajar dan latihan yang berterusan
โœจ Ibu bapa/penjaga atas sokongan dan dorongan yang tidak putus-putus
โœจ Pihak sekolah dan seluruh warga SK Abok atas kerjasama serta komitmen dalam menjayakan kontinjen sekolah

๐Ÿ“ข SK Abok juga berbesar hati kerana akan menjadi Tuan Rumah Kejohanan Olahraga MSS Zon Pantu 2027 pada tahun hadapan. Semoga kejohanan akan datang terus berlangsung dengan cemerlang dan meriah.

๐Ÿ”ฅSK Abok terus melakar kecemerlangan!๐Ÿ”ฅ

๐Ÿšซ Majlis Pelancaran Pendidikan Pencegahan Dadah Tahun 2026 SK Abok ๐ŸšซPada 7 Mei 2026, SK Abok telah mengadakan Majlis Pel...
19/05/2026

๐Ÿšซ Majlis Pelancaran Pendidikan Pencegahan Dadah Tahun 2026 SK Abok ๐Ÿšซ

Pada 7 Mei 2026, SK Abok telah mengadakan Majlis Pelancaran Pendidikan Pencegahan Dadah Tahun 2026 sebagai usaha berterusan untuk meningkatkan kesedaran murid tentang bahaya penyalahgunaan dadah serta pentingnya mengamalkan gaya hidup sihat dan positif.

Program ini bertujuan untuk memupuk pengetahuan, kesedaran dan sikap bertanggungjawab dalam kalangan murid agar sentiasa menjauhi gejala negatif yang boleh merosakkan masa depan. ๐Ÿ’ช๐Ÿ“š

Sepanjang program berlangsung, murid-murid turut didedahkan dengan pelbagai informasi dan aktiviti berkaitan pendidikan pencegahan dadah yang dapat memberi kesedaran sejak di bangku sekolah lagi.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua guru, murid serta warga sekolah yang telah memberikan kerjasama dan komitmen dalam menjayakan majlis ini. ๐Ÿคโœจ

Semoga usaha ini dapat melahirkan generasi yang sihat, berdisiplin dan bebas daripada gejala dadah demi masa depan yang lebih cemerlang. ๐ŸŒŸ

๐Ÿ’š โ€œSekolah Sejahtera, Murid Bebas Dadahโ€ ๐Ÿ’š

๐ŸŒŸSelamat Datang ke SK Abok๐ŸŒŸSeluruh warga SK Abok dengan penuh sukacita mengalu-alukan kehadiran Guru Besar baharu, Encik...
19/05/2026

๐ŸŒŸSelamat Datang ke SK Abok๐ŸŒŸ

Seluruh warga SK Abok dengan penuh sukacita mengalu-alukan kehadiran Guru Besar baharu, Encik Gabriel Harris Midot sebagai Guru Besar SK Abok.

Semoga kehadiran beliau membawa semangat baharu, inspirasi serta kecemerlangan berterusan kepada seluruh warga sekolah dalam usaha memartabatkan pendidikan dan membina generasi yang gemilang. ๐Ÿ“š๐ŸŒŸ

Warga SK Abok mendoakan agar Encik Gabriel Harris Midot dipermudahkan segala urusan serta berjaya memimpin SK Abok ke arah kejayaan yang lebih cemerlang.

Selamat menjalankan tugas dan selamat menjadi sebahagian daripada keluarga besar SK Abok. ๐Ÿค๐Ÿ˜Š

Majlis Penyerahan ViewSonic ViewBoard Interactive 65" Touch Screen DisplayPada 22 April 2026, telah berlangsungnya Majli...
19/05/2026

Majlis Penyerahan ViewSonic ViewBoard Interactive 65" Touch Screen Display

Pada 22 April 2026, telah berlangsungnya Majlis Penyerahan ViewSonic ViewBoard Interactive 65" Touch Screen Display kepada 20 buah sekolah di bawah DUN N.30 Balai Ringin yang disempurnakan oleh YB Datuk Snowdan Lawan.

SK Abok turut menerima kemudahan teknologi ini sebagai usaha memperkasakan pembelajaran digital dan meningkatkan kualiti pendidikan di sekolah. ๐Ÿ’ป๐Ÿ“š

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada YB Datuk Snowdan atas sokongan dan keprihatinan terhadap pembangunan pendidikan khususnya dalam memperluaskan penggunaan teknologi di sekolah-sekolah luar bandar.

Semoga kemudahan ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya dalam mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih interaktif, kreatif dan berkesan demi kecemerlangan murid-murid SK Abok. ๐ŸŒŸ

โœจ TAHNIAH & SYABAS WARGA SK ABOK! โœจKejohanan Bola Jaring 12TKB MSS Zon Pantu Tahun 2026 telah berlangsung pada 16 April ...
19/05/2026

โœจ TAHNIAH & SYABAS WARGA SK ABOK! โœจ

Kejohanan Bola Jaring 12TKB MSS Zon Pantu Tahun 2026 telah berlangsung pada 16 April 2026 (Khamis) bertempat di Kompleks Sukan Balai Ringin.

Pasukan bola jaring 12TKB SK Abok telah berjaya memperoleh tempat ke-3 bersama dalam kejohanan tersebut. Tahniah atas semangat juang, kerjasama berpasukan dan komitmen yang ditunjukkan sepanjang pertandingan! ๐Ÿ‘๐Ÿ’ช

Lebih membanggakan, seramai 3 orang murid SK Abok telah terpilih untuk mewakili Zon Pantu ke peringkat bahagian di SK Kem Skrang:
๐ŸŒŸ Catherinna
๐ŸŒŸ Alexandrine
๐ŸŒŸ Juweeta

Setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan diucapkan kepada:
๐Ÿ‘ Jurulatih atas bimbingan dan latihan yang tidak mengenal penat lelah
๐Ÿ‘ Para pemain atas usaha dan disiplin yang cemerlang
๐Ÿ‘ Ibu bapa/penjaga atas sokongan dan dorongan berterusan
๐Ÿ‘ Seluruh warga sekolah yang sentiasa memberi komitmen dan semangat

SK Abok juga berbesar hati sebagai sekolah pengelola kejohanan kali ini. Ribuan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah bertungkus-lumus dalam memastikan kejohanan berjalan lancar dan berjaya. Kerjasama, dedikasi dan komitmen semua amat dihargai. ๐Ÿคโœจ

Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin semangat untuk terus melakar kecemerlangan pada masa akan datang.

๐Ÿ”ฅ SK Abok terus unggul! ๐Ÿ”ฅ

Thank You For The Generous Contribution!On 9 April 2026, SK Abok was honoured to receive a meaningful contribution of sc...
19/05/2026

Thank You For The Generous Contribution!

On 9 April 2026, SK Abok was honoured to receive a meaningful contribution of school items from Madam Sakai and her team in conjunction with the Forest Landscape Restoration Project in Sabal National Park.

This meaningful initiative was also co-organised by Mitsubishi Corporation and Japan-Malaysia Association.

Through this programme, all pupils of SK Abok received one set of stationery each, bringing smiles and excitement to our pupils while supporting their learning journey. ๐Ÿ“šโœ๏ธ๐Ÿ˜Š

The school would like to express our heartfelt gratitude and appreciation to Madam Sakai, her team, and all organisations involved for their kindness, generosity, and continuous support towards education and the well-being of our pupils. Your contribution is truly meaningful and greatly appreciated by the entire SK Abok community. ๐Ÿ’–

May this noble effort continue to inspire positive impact and strengthen the spirit of cooperation and friendship among all parties involved.

Thank you once again for making this programme a success! ๐ŸŒฑ๐Ÿค

Selamat Hari Guru โœจGuru Bitara Nadi Negara ๐Ÿง‘โ€๐ŸซIkhlas daripadaGuru Besar SK AbokGabriel Harris Midot
16/05/2026

Selamat Hari Guru โœจ
Guru Bitara Nadi Negara ๐Ÿง‘โ€๐Ÿซ

Ikhlas daripada
Guru Besar SK Abok
Gabriel Harris Midot

08/05/2026

Latihan Olahraga bagi peringkat Zonโœจ

๐Ÿ† TAHNIAH & SYABAS! ๐Ÿ†Kejohanan Bola Baling 12TKB MSS Zon Pantu Tahun 2026 telah berlangsung dengan jayanya pada 8 April ...
06/05/2026

๐Ÿ† TAHNIAH & SYABAS! ๐Ÿ†

Kejohanan Bola Baling 12TKB MSS Zon Pantu Tahun 2026 telah berlangsung dengan jayanya pada 8 April 2026 (Rabu) bertempat di Padang SK Selanjan.

Pasukan bola baling 12TKB perempuan SK Abok telah berjaya mencipta kejayaan gemilang apabila dinobatkan sebagai JUARA dalam kejohanan tersebut! ๐ŸŽ‰๐Ÿ’ช

Lebih membanggakan, seramai 5 orang murid SK Abok telah terpilih untuk mewakili Zon Pantu ke peringkat bahagian di Lubok Antu pada bulan Mei ini:
โœจ Juweeta
โœจ Darnieylla
โœจ Catherinnie
โœจ Waverlly
โœจ Rayner

Kejayaan ini membuktikan usaha gigih, disiplin tinggi serta semangat kerjasama yang jitu dalam kalangan pemain.

๐Ÿ‘ Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada:

๐Ÿ”ธJurulatih yang berdedikasi
๐Ÿ”ธPara pemain yang bersemangat juang tinggi
๐Ÿ”ธIbu bapa/penjaga atas sokongan padu
๐Ÿ”ธSerta seluruh warga sekolah yang sentiasa memberi dorongan

Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada murid lain untuk terus cemerlang dalam bidang sukan dan seterusnya mengharumkan nama sekolah di peringkat yang lebih tinggi.

๐Ÿ”ฅ Teruskan kecemerlangan, SK Abok! ๐Ÿ”ฅ

Address

Sri Aman
95000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SK Abok Sri Aman posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category