Koleksi Ebook

Renungan hari ini ...semoga menjadi iktibar kepada setiap anak lelaki utk memilih bini.*Seorang Ibu Tua menceritakan pen...
14/12/2023

Renungan hari ini ...

semoga menjadi iktibar kepada setiap anak lelaki utk memilih bini.
*Seorang Ibu Tua menceritakan pengalamannya...
Aku memiliki 3 orang anak laki-laki, semuanya sudah menikah.
Suatu hari aku menziarahi anakku yg sulong. Tujuanku ialah ingin menginap di rumahnya bersama keluarganya.
Di pagi hari aku meminta kpd isterinya air untuk berwudhu'. Lalu aku berwudhu' dan solat. Air lebihan wudhu' aku tumpahkan ke atas katil tempat tidurku.
Ketika ia datang menghantar sarapan pagi aku berkata kpdnya, "Ananda, beginilah masalah kalau sudah tua. Semalam ibu terkencing di atas katil".
Dengan spontan ia emosi dan marah. Aku mendengar kata kata kasar, pedas dan jelek keluar dari mulutnya. Dia menyuruhku untuk mencuci dan mengeringkannya kembali. Ia juga mengancamku agar tidak melakukan itu lagi, kalau tidak..... awas!
Aku tahan kemarahanku, aku bersihkan tempat tidur itu dan aku keringkan kembali.
Hari seterusnya aku pergi ke rumah anakku yg kedua. Di sana aku juga melakukan hal yg sama.
Meledak marah isterinya dan ia memperlakukan ku seperti yang dilakukan oleh isteri anakku yang pertama. Bahkan ia mengadu kpd suaminya. Anakku diam saja, tidak memarahi isterinya dan tidak membelaku ibunya.
Setelah itu aku pergi ke rumah anak bongsuku.
Di rumah itu aku juga melakukan hal yg sama seperti yg aku lakukan di rumah 2 orang abangnya.
Ketika isterinya datang menghantar sarapan pagi aku beri tahu dia bahwa aku semalam terkencing di atas tempat tidur.
Sambil tersenyum ramah ia berkata, "Tidak mengapa, ibu. Memang biasalah orang tua. Dulu berapa kerap kami terkencing di pangkuan ibu ketika kami masih kecil".
Kemudian ia bersihkan tempat tidur itu, ia keringkan dan ia beri wangian.
Siang hari itu aku berkata kpdnya, "Ibu punya seorang teman. Ia minta tolong ibu belikan perhiasan emas untuknya, tapi ibu tidak tahu macamana ukurannya. Orangnya sama sepertimu ini. Tolong berikan kpd ibu ukuran tanganmu".
Setelah mendapatkan ukuran yg ia inginkan orang tua itu pergi ke kedai membeli perhiasan emas yg banyak kerana ia punya wang yg banyak.
Kemudian ia panggil semua anak dan menantunya untuk datang ke rumahnya. Ia keluarkan semua perhiasan emas yg sudah dibeli lalu ia ceritakan perihal sebenarnya bahwa ia sengaja menumpahkan air di atas tempat tidur. Tidak ada ia terkencing waktu tidur.
Ia panggil isteri anaknya yg bongsu, lalu ia pakaikan perhiasan itu kpdnya dan berkata, "Inilah anakku tempat aku bersandar nanti ketika aku sudah semakin tua. Aku akan menghabiskan sisa-sisa umurku bersamanya".
Hampir saja 2 orang isteri anak pertama dan keduanya pingsan menahan malu dan sesal.
Ibu tua itu berkata kpd anak-anaknya, "Seperti inilah nanti perlakuan anak-anak kamu kpd kamu ketika kamu sudah tua. Bersiap-siaplah untuk menyesal pada hari itu sebagaimana menyesalnya aku atas letihnya aku mengasuh kalian dari kecil.
Adik kamu ini akan hidup bahagia dan akan menemui Tuhannya dalam keadaan gembira. Kamu berdua tidak mendapatkan perkara seperti ini dari isteri-isteri kamu kerana kamu tidak mendidik mereka tentang harga seorang ibu".
اَللّهُمَّ اغْفِرْ لِيْ وَالِوَالِدَيَّ وَارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِيْ صَغِيْرًا
“Yaa Allah, ampunilah dosa-dosaku, dan dosa kedua orangtuaku dan sayangilah mereka sebagaimana mereka menyayangiku pada waktu aku kecil”
Wallahua'lam..

Kredit: Mohd Firdaus Aiman

JOM! BUAT DUIT DENGAN EBOOKPenulis telah berkongsi teknik dan langkah demi langkah tentang cara menulis dan menerbitkan ...
27/11/2023

JOM! BUAT DUIT DENGAN EBOOK

Penulis telah berkongsi teknik dan langkah demi langkah tentang cara menulis dan menerbitkan ebook asli, serta cara untuk membangun dan menjalankan perniagaan ebook yang berjaya. Ebook ini akan membuka minda pembaca tentang potensi sebenar perniagaan ebook pada masa kini. Selagi Internet masih ada, kita boleh buat duit dengan Ebook walaupun dengan hanya berada di rumah.

Klik link di bawah untuk download preview ebook
https://www.koleksiebook.com/N_ShowDetails.aspx?qBookID=ED2360
https://www.koleksiebook.com/N_ShowDetails.aspx?qBookID=ED2360

PENGURUSAN PENDIDIKANBuku ini merangkumi penerangan tentang pengurusan pendidikan yang bertujuan untuk mencapai objektif...
27/11/2023

PENGURUSAN PENDIDIKAN

Buku ini merangkumi penerangan tentang pengurusan pendidikan yang bertujuan untuk mencapai objektif sesebuah institusi pendidikan, menambah baik proses perancangan, penyusunan dan pelaksanaan dalam institusi berkenaan bagi meningkatkan dan mengekalkan imej positif serta mengoptimumkan penggunaan sumber manusia.

klik link di bawah untuk lihat preview ebook tersebut
https://www.koleksiebook.com/N_ShowDetails.aspx?qBookID=ED2379
https://www.koleksiebook.com/N_ShowDetails.aspx?qBookID=ED2379

KEPIMPINAN PENDIDIKANDunia pendidikan sentiasa mengalami perubahan selari dengan peredaran zaman dan tuntutan keperluan ...
27/11/2023

KEPIMPINAN PENDIDIKAN

Dunia pendidikan sentiasa mengalami perubahan selari dengan peredaran zaman dan tuntutan keperluan negara. Dengan itu, sistem pendidikan memerlukan seorang pemimpin yang berkaliber dalam mencapai impian dan wawasan negara. Ebook ini memperkenalkan tafsiran kepimpinan dan peranannya serta membincangkan ciri-ciri kepimpinan. Seterusnya, membincangkan keberkesanan tingkah laku dan sikap kepimpinan dan didedahkan dengan teori kepimpinan tradisional dan kontemporari yang membawa kepada gaya kepimpinan.
Klik link di bawah untuk preview ebook tersebut.
https://www.koleksiebook.com/N_ShowDetails.aspx?qBookID=ED2375
https://www.koleksiebook.com/N_ShowDetails.aspx?qBookID=ED2375

28 TOPIK MENARIK UNTUK MENULIS EBOOK Ebook ini memaparkan 28 topik yang boleh digunakan untuk menulis ebook. Terdapat pe...
27/11/2023

28 TOPIK MENARIK UNTUK MENULIS EBOOK

Ebook ini memaparkan 28 topik yang boleh digunakan untuk menulis ebook. Terdapat penerangan tentang setiap topik beserta contoh yang menarik. Pembaca juga diberikan pautan kepada 132 ebook yang telah diterbitkan. Apa yang menarik adalah pemilik ebook ini dapat preview 10 muka surat pertama kesemua yang disertakan untuk memberi gambaran tentang ebook tersebut. Ini akan membuka minda pembaca tentang pendekatan yang digunakan untuk sesuatu topik yang ditulis, reka grafik yang digunakan dan mencetuskan idea untuk menulis aspek-aspek yang masih belum disentuh oleh penulis ebook tersebut. Kepada semua bakal penulis dan penulis sedia ada, saya menyarankan agar mendapatkan ebook ini yang akan mencetuskan lebih banyak ilham untuk anda berkarya.

https://www.koleksiebook.com/N_ShowDetails.aspx?qBookID=ED2406
https://www.koleksiebook.com/N_ShowDetails.aspx?qBookID=ED2406

7 Langkah Mudah & Cepat Tulis EbookRamai nak tahu cara tulis, terbit dan pasarkan buku digital (ebook).EBook ini telah m...
27/11/2023

7 Langkah Mudah & Cepat Tulis Ebook
Ramai nak tahu cara tulis, terbit dan pasarkan buku digital (ebook).EBook ini telah membantu ramai penulis yang 'beginner' mahupun penulis buku fizikal serta para pensyarah yang telah ada pengalaman menulis artikel. Langkah yang diberikan sangat mudah diikuti. Dapatkan segera ebook ini untuk realisasikan impian anda menjadi penulis! Kongsikan ilmu anda agar menjadi legasi dan saham akhirat.

https://www.koleksiebook.com/N_ShowDetails.aspx?qBookID=EN2012
https://www.koleksiebook.com/N_ShowDetails.aspx?qBookID=EN2012

Ebook KOMIK - RAKSASA LAUTAN Geng Mengaji 3Murid SKS gembira kerana berpeluang makan angin. Mereka menyertai rombongan s...
26/11/2023

Ebook KOMIK - RAKSASA LAUTAN Geng Mengaji 3

Murid SKS gembira kerana berpeluang makan angin. Mereka menyertai rombongan sekolah ke Labuan. “Bermusafir hendaklah atas tujuan baik.” Begitulah nasihat yang diberikan pada awal lawatan. Namun bagi Amir nasihat itu umpama masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Beberapa kali Amir telah mengenakan Geng Kembar Tidak Seiras. Amir juga telah mempermainkan Jelita dan rakan baiknya Atikah dan Nonoi. Lutut Atikah luka dan berdarah disebabkannya. Amir juga telah menguji kesabaran Harijan si Lone Ranger. Mereka mengadu kepada Ustazah Hasanah tentang fiil Amir.

https://www.koleksiebook.com/N_ShowDetails.aspx?qBookID=EA2260
https://www.koleksiebook.com/N_ShowDetails.aspx?qBookID=EA2260

21 Formula Kewangan Haji Usia Muda Siri 2Jika anda telah membaca Siri 1, adalah sesuai untuk dapatkan ebook Siri 2 ini. ...
26/11/2023

21 Formula Kewangan Haji Usia Muda Siri 2

Jika anda telah membaca Siri 1, adalah sesuai untuk dapatkan ebook Siri 2 ini.

Jika belum, boleh dapatkan di link bawah
https://www.koleksiebook.com/Dw_dtShowDetails.aspx?qBookID=EA2542

Duit haji tidak cukup-cukup lagi? Dala Siri 2 membincangkan formula kreatif bagi meningkatkan aliran tunai dan lubuk-lubuk wang untuk dana haji. Gunakan Kuadran Mampu Haji+1 dalam Siri 2 ini sebagai perancangan lanjutan tabungan haji.

https://www.koleksiebook.com/Dw_dtShowDetails.aspx?qBookID=EA2543
https://www.koleksiebook.com/Dw_dtShowDetails.aspx?qBookID=EA2543

Ebook ini memaparkan ilmu pengetahuan Islam semasa dan sarat dengan fakta-fakta yang menunjukkan kekuatan umat Islam pad...
23/11/2023

Ebook ini memaparkan ilmu pengetahuan Islam semasa dan sarat dengan fakta-fakta yang menunjukkan kekuatan umat Islam pada akhir zaman. Walaupun pelbagai khabar dan berita yang mendakwa Islam dan umatnya dalam bentuk naratif yang negatif, tetapi penulis berjaya membuktikan dengan fakta bahawa naratif itu adalah salah dan umat Islam perlu sedar dan memanfaatkan kekuatan yang ada pada mereka. Dengan harga yang sangat berbaloi ini, anda tidak akan rugi bahkan sebahagian jualan akan disumbangkan sebagai bantuan kepada Palestin dan dakwah di Jepun. Terima kasih atas sokongan dan dokongan anda!!

https://www.koleksiebook.com/Dw_dtShowDetails.aspx?qBookID=EF2134

Address

Kg Kelan
Slim River
35800

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Koleksi Ebook posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Koleksi Ebook:

Shortcuts

Share