Sekolah Kebangsaan Sri Skudai

Sekolah Kebangsaan Sri Skudai Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Sekolah Kebangsaan Sri Skudai, Elementary School, Jalan Tembaga Kuning 1, Skudai.

Sekolah Kebangsaan Sri Skudai atau nama ringkasnya SK Sri Skudai atau SRISKU merupakan sebuah Sekolah Kluster Kecemerlangan yang terletak di Taman Sri Skudai, Johor Bahru.

🤍Debriefing Sokongan Sosial dan Emosi🤍Sesi debriefing sokongan sosial dan emosi telah dilaksanakan oleh Cikgu Nordalila ...
18/08/2026

🤍Debriefing Sokongan Sosial dan Emosi🤍

Sesi debriefing sokongan sosial dan emosi telah dilaksanakan oleh Cikgu Nordalila binti Abu Samah, Guru Bimbingan dan Kaunseling SK Sri Skudai kepada semua murid sebagai usaha memberikan ruang kepada murid untuk meluahkan perasaan, berkongsi emosi serta mendapatkan sokongan dalam menghadapi situasi yang mencabar.

Sesi ini turut memberi perhatian khusus kepada murid Kelas 3 Al-Biruni, susulan pemergian seorang murid Arwah Siti Sakina binti Muhammad dari kelas mereka. Diharapkan sokongan dan bimbingan yang diberikan dapat membantu murid mengurus emosi dengan baik, menerima kehilangan serta membina kekuatan diri dalam menghadapi saat-saat sukar.

Semoga semua murid terus tabah, saling menyokong dan sentiasa menjaga kesejahteraan sosial serta emosi masing-masing. 🤍

Al-Fatihah ✨

🇲🇾 MAJLIS PELUNCURAN BULAN KEBANGSAAN PERINGKAT SEKOLAH 🇲🇾Alhamdulillah selesai Majlis Peluncuran Bulan Kebangsaan pada ...
18/08/2026

🇲🇾 MAJLIS PELUNCURAN BULAN KEBANGSAAN PERINGKAT SEKOLAH 🇲🇾

Alhamdulillah selesai Majlis Peluncuran Bulan Kebangsaan pada hari ini. Semangat patriotisme terus disemarakkan menerusi Majlis Peluncuran Bulan Kemerdekaan peringkat sekolah yang berlangsung dengan penuh meriah dan bermakna.

Program ini menjadi wadah untuk menyemai rasa cinta akan negara, menghayati erti kemerdekaan serta memperkukuh semangat perpaduan dalam kalangan warga sekolah. 💙❤️💛🤍

Ayuh bersama-sama kita kibarkan Jalur Gemilang dengan penuh bangga dan hayati erti kemerdekaan yang kita kecapi. 🇲🇾✨

“Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati”

🕊️ Bacaan Yasin Sempena Pemergian Adik Siti Sakina binti Muhammad & bonda kepada Cikgu Syazwani binti Othman.Alhamdulill...
17/08/2026

🕊️ Bacaan Yasin Sempena Pemergian Adik Siti Sakina binti Muhammad & bonda kepada Cikgu Syazwani binti Othman.

Alhamdulillah, telah berlangsung pagi tadi Majlis Bacaan Yasin dan Tahlil sebagai tanda ingatan dan doa buat Allahyarhamah adik Siti Sakina binti Muhammad dan bonda kepada Cikgu Syazwani binti Othman yang telah kembali ke rahmatullah.

Semoga segala doa yang dipanjatkan diterima oleh Allah SWT, dan semoga roh mereka dicucuri rahmat serta ditempatkan dalam kalangan hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh.

Setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh warga sekolah yang telah bersama-sama menjayakan majlis ini.

Al-Fatihah. 🤲🏻

📢 HEBAHAN PENGESAHAN PENEMPATAN TAHUN 1 SESI 2027 🎒🏫Assalamualaikum dan salam sejahtera.Pihak SK Sri Skudai ingin memakl...
16/08/2026

📢 HEBAHAN PENGESAHAN PENEMPATAN TAHUN 1 SESI 2027 🎒🏫

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Pihak SK Sri Skudai ingin memaklumkan kepada ibu bapa/penjaga berkaitan urusan Pengesahan Penempatan Tahun 1 bagi sesi persekolahan 2027.

📅 Tarikh: 18 Ogos hingga 4 September 2026
⏰ Masa: 9.00 pagi hingga 1.00 tengah hari
📍 Tempat: Pejabat SK Sri Skudai

📌 Perkara yang perlu dibawa/dilakukan:

1️⃣ Sila bawa Surat Tawaran Penempatan Tahun 1 2027.

2️⃣ Pengambilan Buku Profil 2027
💵 Bayaran RM7.00 (tunai sahaja).

3️⃣ Jangan lupa imbas QR Code untuk menyertai Kumpulan WhatsApp Tahun 1 2027 bagi mendapatkan maklumat dan hebahan terkini.

📞 Sebarang pertanyaan:
Pejabat SK Sri Skudai
07-556 2533

Kerjasama dan perhatian daripada ibu bapa/penjaga amatlah dihargai bagi memastikan urusan pengesahan penempatan berjalan dengan lancar.

🌟 Selamat datang ke keluarga SK Sri Skudai!
💙 Bersama kita membina generasi berilmu, ceria dan berakhlak mulia.

📢 HEBAHAN PENGAMBILAN PRASEKOLAH SESI 2027 🎒📚Assalamualaikum dan salam sejahtera.Pihak SK Sri Skudai ingin memaklumkan k...
16/08/2026

📢 HEBAHAN PENGAMBILAN PRASEKOLAH SESI 2027 🎒📚

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Pihak SK Sri Skudai ingin memaklumkan kepada ibu bapa/penjaga berkaitan urusan pengambilan Surat Tawaran Penempatan & Pembelian Buku Profil Murid Prasekolah Sesi 2027.

📅 Tarikh: 18 Ogos 2026 hingga 4 September 2026
🏫 Tempat: Kelas Prasekolah, SK Sri Skudai
⏰ Masa: 8.30 pagi hingga 3.00 petang
💰 Bayaran Buku Profil Murid: RM7.00

📌 Sila bawa telefon bimbit untuk mengimbas Kod QR kelas prasekolah masing-masing.

Kerjasama dan perhatian daripada ibu bapa/penjaga amatlah dihargai bagi memastikan urusan berjalan dengan lancar.

💙 Bersama kita bina generasi ceria, berilmu & berakhlak mulia.

Assalamualaikum & Salam Takziah.Dengan penuh dukacita, pihak sekolah ingin memaklumkan bahawa seorang murid kami, Siti S...
15/08/2026

Assalamualaikum & Salam Takziah.

Dengan penuh dukacita, pihak sekolah ingin memaklumkan bahawa seorang murid kami, Siti Sakina binti Muhammad dari kelas 3 Al- Biruni telah kembali ke rahmatullah.

Seluruh warga sekolah merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarhamah. Semoga roh Allahyarhamah dicucuri rahmat, ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh, serta keluarga yang ditinggalkan diberikan kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi ujian ini.

Al-Fatihah. 🤲

“Sesungguhnya kita milik Allah dan kepada-Nya kita kembali.”
(Surah Al-Baqarah: 156)

Penyampaian Hadis 40 Imam NawawiTajuk 8 : Kehormatan Seorang Muslim dikelolakan oleh Ustazah Herni Azria bersama Ustaz D...
14/08/2026

Penyampaian Hadis 40 Imam Nawawi
Tajuk 8 : Kehormatan Seorang Muslim dikelolakan oleh Ustazah Herni Azria bersama Ustaz Don Daniyal

🌟TERIMA KASIH🌟TERIMA KASIH🌟TERIMA KASIH*SRISKU FIESTA & PEMBUGARAN PUSAT SUMBER SEKOLAH IS A WRAP!!!*Salam sejahtera kpd...
09/08/2026

🌟TERIMA KASIH
🌟TERIMA KASIH
🌟TERIMA KASIH

*SRISKU FIESTA & PEMBUGARAN PUSAT SUMBER SEKOLAH IS A WRAP!!!*

Salam sejahtera kpd semua ibu ayah dan penjaga murid2 SK Sri Skudai..

1️⃣Syukur kpd Tuhan, SRISKU FIESTA 2026 telah melabuhkan tirainya semalam.

2️⃣Jutaan terima kasih atas sokongan padu yg diberikan sepanjang program yg dijalankan. Bermula dengan GIANT BUBBLE, WAYANG PACAK, SERAHAN BARANG JUALAN AMAL, PEMBELIAN KUPON dan disambut dengan kemuncak SRISKU Fiesta pelbagai gerai2 dan aktiviti2 yg tuan puan telah meriahkan.

3️⃣Semoga hasil kutipan yg telah dijana akan dihadiahkan semula kepada anak2 murid SK Sri Skudai melalui pelbagai prasarana yg kita akan tambahbaik dan program2 yg membina peribadi, akhlak, kemahiran, kemenjadian serta perkembangan ilmu anak2 kita.

4️⃣Semoga usahasama pihak sekolah, guru2, ibu bapa dan komuniti seperti ini dapat kita teruskan pada masa hadapan.

5️⃣Jemput tonton video-video:

❇️https://www.instagram.com/reel/Dbx0r6TyyQr/?igsh=NnBwamsyNjd3ODQw

❇️https://vt.tiktok.com/ZS4p55mqr/

❇️https://www.facebook.com/share/p/1LmTCi8QjE/

❇️https://vt.tiktok.com/ZS4pvRehq/

🌟🌹Terima kasih sekali lagi

One SRISKU. One FIESTA. One Community.

EXTRAORDINARY ACHIEVEMENTS THROUGH TEAMWORK

Yang menjalankan amanah,
THYAGARAJAH A/L TIRUGANASAMBATHAN
Guru Besar
SK Sri Skudai

08/08/2026

Address

Jalan Tembaga Kuning 1
Skudai
81300

Opening Hours

Monday 07:30 - 16:30
Tuesday 07:30 - 16:30
Wednesday 07:30 - 16:30
Thursday 07:30 - 15:00
Sunday 07:30 - 16:30

Telephone

+6075562533

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sekolah Kebangsaan Sri Skudai posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Sekolah Kebangsaan Sri Skudai:

Shortcuts

Share