26/05/2017
Attlaz Centre
ATTLAZ Centre
(التعلم والتعليم لغة القرآن العظيم) www.facebook.com/AttlazCentre
Follow and like our pages
26/05/2017
Tafsir ayat
((ومن جاهد فإنما يجاهد لنفسه إن الله لغني عن العالمين))
Barangsiapa yg berjihad, maka jihadnya itu untuk dirinya sendiri. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kaya (tak memerlukan sesuatu ) dari alam semesta.
- al- 'ankabut: ayat 6
Ayat ini sama halnya dengan ayat 46 surah fussilat;
((من عمل صالحا فلنفسه ومن أساء فعليها وما ربك بظلام للعبيد))
Barangsiapa yg mengerjakan amal soleh maka ianya (pahala) itu untuk dirinya sendiri, dan barangsiapa yg berbuat jahat maka (dosanya) atas dirinya sendiri. Dan tidaklah sekali-kali Tuhanmu menganiaya hamba-hambaNya.
Maksudnya, setiap amal kebaikan yg kita lakukan, manfaatnya untuk diri kita sendiri, kerana sesungguhnya Allah Maha Kaya ( tidak memerlukan) amal perbuatan hamba-hambaNya.
Hal ini (amal seseorg hamba itu) , tak menambah atau mengurangkan sesuatu pon di sisi Allah.
Jika baik yg kita lakukan, manfaat kebaikan itu kitalah yg dapat. Jika sebaliknya buruk amal perbuatan, kesan kejahatan itu kita lah yg menanggungnya.
Wallahu a'lam.
Rujukan:
Tafsir ibn katsir
هل تعلم؟
سمي يوم القيامة يوم التغابن لأنه يظهر فيه غبن الكافر بتركه الإيمان وغبن المؤمن بتقصيره في الإحسان.
Tafsir Ayat
الْيَوْمَ تُجْزَىٰ كُلُّ نَفْسٍ بِمَا كَسَبَتْ ۚ لَا ظُلْمَ الْيَوْمَ ۚ إِنَّ اللَّهَ سَرِيعُ الْحِسَابِ
Pada hari ini, tiap-tiap jiwa diberi balasan dengan apa yang telah diusahakannya. Tidak ada yang dirugikan pada hari ini. Sesungguhnya Allah amat cepat hisabNya.
-surah ghafir ayat 17
Dalam ayat ini, Allah SWT mengkhabarkan tentang sifat adilNya dalam memberi balasan kepada hambaNya, sesungguhnya Dia takkan menzalimi walau sebesar zarah daripada amal kebaikan mahupun amal kejahatan yang dilakukan makhluqNya.
Bahkan Dia menggandakan 1 amal kebaikan itu dengan 10 kali ganda semisalnya. Adapun bagi perbuatan jahat, ia kekal begitu tidak digandakan. Subhanallah.
Dalam sebuah hadith qudsi, daripada Rasululullah SAW pada apa yang diriwayatkannya dari Rabb-nya 'Azza Wa Jalla, bahawasanya Allah SWT berfirman: “Wahai hamba-Ku, sesungguhnya Aku mengharamkan kezaliman ke atas diriku, dan menjadikannya(kezaliman) haram bagimu, maka janganlah engkau saling berlaku zalim”
Rujukan:
Tafsir ibn Katsir
Tahukah anda?
Ayat al-quran yang mengandungi seluruh huruf hijaiyyah ada di dalam surah al-fath ayat ke 29.
Selain al-fath : 29, semua huruf hijaiyyah juga berkumpul di surah aali ‘imran ayat 154.
Tafsir ringkas surah yunus ayat 57
يَا أَيُّهَا النَّاسُ قَدْ جَاءَتْكُم مَّوْعِظَةٌ مِّن رَّبِّكُمْ وَشِفَاء لِّمَا فِي الصُّدُورِ وَهُدًى وَرَحْمَةٌ لِّلْمُؤْمِنِينَ
Wahai manusia, sesungguhnya telah datang kepada kalian pelajaran dari Tuhan kalian dan penyembuh kepada penyakit-penyakit (yang berada) di dalam dada, dan petunjuk serta rahmat bagi orang-orang yang beriman.
يَا أَيُّهَا النَّاسُ قَدْ جَاءَتْكُم مَّوْعِظَةٌ مِّن رَّبِّكُمْ
((Hai manusia, sesungguhnya telah datang kepada kalian pelajaran dari Tuhan kalian))
Yakni peringatan terhadap perbuatan-perbuatan yang keji.
وَشِفَاء لِّمَا فِي الصُّدُورِ
((Dan penyembuh kepada penyakit-penyakit (yang berada) di dalam dada))
Maksudnya adalah dari kebimbangan dan keraguan, iaitu melenyapkan kotoran dan najis yang terdapat di dalam dada.
وَهُدًى وَرَحْمَةٌ لِّلْمُؤْمِنِينَ
((Dan petunjuk serta rahmat bagi orang-orang beriman))
Iaitu dengan mengamalkannya akan memperoleh petunjuk dan rahmat dari Allah.Dan sesungguhnya hal itu hanyalah diperoleh orang-orang mukmin dan orang-orang yang percaya serta meyakini apa yang terkandung di dalam al-quran.
Rujukan:
Tafsir Ibn Katsir
Click here to claim your Sponsored Listing.
Location
Category
Telephone
Website
Address
60+