A251 Mpu1022 Penghayatan Etika dan Peradaban Kumpulan X2

A251 Mpu1022 Penghayatan Etika dan Peradaban Kumpulan X2 Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from A251 Mpu1022 Penghayatan Etika dan Peradaban Kumpulan X2, Education Website, University Utara, Sintok.

POSTER MEDIA SOSIALMPU1022 PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN - KUMPULAN 2TAJUK : INFLASI
27/12/2025

POSTER MEDIA SOSIAL
MPU1022 PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN - KUMPULAN 2
TAJUK : INFLASI

Daripada: Muhammad Azran Asyraf bin Abdullah (309581)Tajuk : inflasi Malaysia susut kepada 1.3% pada Oktober 2025Pada Ok...
09/12/2025

Daripada: Muhammad Azran Asyraf bin Abdullah (309581)
Tajuk : inflasi Malaysia susut kepada 1.3% pada Oktober 2025

Pada Oktober 2025, kadar inflasi keseluruhan di Malaysia mencatatkan penurunan kepada 1.3 peratus berbanding 1.5 peratus pada bulan September, menunjukkan pemulihan ekonomi yang beransur-ansur. Walaupun begitu, inflasi teras, yang tidak termasuk harga makanan dan tenaga yang mudah berubah, meningkat sedikit kepada 2.2 peratus, menandakan tekanan harga masih wujud dalam beberapa sektor

Jabatan penyiaran Malaysia
https://share.google/yvi33Mb5MRLtblBz8

07/12/2025

Daripada: Tracy Goh Xiao Wei (304855)
Tajuk: Punca Inflasi

1. Kenaikan kos input global
Harga komoditi seperti minyak telah meningkat dengan drastik akibat peperangan. Ini mendorong kepada gangguan bekalan serta peningkatan permintaan global.

2.Kadar Penukaran Ringgit yang lemah
Nilai mata wang Ringgit yang lemah berbanding negara seperti Australia telah menyebabkan import menjadi lebih mahal. Hal ini menyebabkan kos pengeluaran dan harga barang import meningkat.

3.Kesan Harga Terkawal yang lemah
Kawalan harga untuk barangan tertentu seperti ayam menjadi semakin lemah. Hal ini menyebabkan harga barangan ini tidak menentu.

Sumber:
https://www.hlb.com.my/ms/personal-banking/knowledge/inflation.html

https://www.bnm.gov.my/documents/20124/11625493/qb23q2_bm_box1.pdf

Daripada: Tracy Goh Xiao Wei (304855)Tajuk: Langkah membendung inflasi 1.Langkah Dasar Monetari Bank Negara Malaysia ata...
07/12/2025

Daripada: Tracy Goh Xiao Wei (304855)
Tajuk: Langkah membendung inflasi

1.Langkah Dasar Monetari
Bank Negara Malaysia ataupun BNM menggunakan dasar monetari untuk mengawal inflasi. Antara kandungan dasar ini adalah seperti:
i.Menaikkan kadar dasar overnight policy rate (OPR)
ii.Mengurangkan bekalan wang

2. Langkah Dasar Fiskal
Pihak kerajaan boleh bertindak melalui pelaksanaan dasar fiskal untuk pengawalan inflasi. Antara kandungan dasar fiskal adalah:
i.Mengurankan perbelanjaan kerajaan
ii.Meningkatkan cukai tidak langsung

Sumber:
https://www.bnm.gov.my/documents/20124/17493532/ar2024_bm_box1.pdf

https://ekonomi.gov.my/ms/media/keratan-akhbar/langkah-untuk-bendung-inflasi

Statistik Sosio – Ekonomi mengandungi empat sub topik utama yang mengandungi maklumat berkenaan dengan perihal Ekonomi dari segi statistik dan sebagainya. Empat sub topik tersebut ialah, Ekonomi Malaysia Dalam Angka, Petunjuk Ekonomi Terkini, Statistik Ekonomi dan Jaringan Keselamatan Sosial.

Daripada: Muhammad Azran Asyraf bin Abdullah (309581)Langkah menangani inflasi Dalam artikel " langkah langkah campur ta...
07/12/2025

Daripada: Muhammad Azran Asyraf bin Abdullah (309581)

Langkah menangani inflasi

Dalam artikel " langkah langkah campur tangan kerajaan dalam membantu mengekang inflasi oleh Astro Awani dilaporkan bahawa campur tangan kerajaan melalui subsidi dan kawalan harga barang iaitu barangan keperluan seperti ayam, telur, gula, beras dan minyak masak dapat membantu mengekang inflasi di Malaysia. sebaliknya tanpa campur tangan tersebut inflasi mungkin jauh lebih tinggi daripada kadar 4.4% yang direkodkan pada Julai 2022.

Daripada: Nurliyana Insyirah Binti Saharudin (309670)Tajuk: Langkah Mengatasi Isu Inflasi Inflasi memberi kesan kepada k...
06/12/2025

Daripada: Nurliyana Insyirah Binti Saharudin (309670)

Tajuk: Langkah Mengatasi Isu Inflasi

Inflasi memberi kesan kepada kos sara hidup rakyat Malaysia kerana harga barangan dan perkhidmatan cenderung meningkat. Untuk membendung keadaan ini, Bank Negara Malaysia mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) bagi menstabilkan ekonomi dan mengawal tekanan inflasi. Langkah ini bukan sahaja membantu mengekalkan kestabilan harga, tetapi juga mengurangkan kesan kenaikan harga barangan import, sekaligus mengekalkan kuasa beli rakyat. Selain itu, tindakan kawalan ini memberi kelegaan kepada isi rumah dan perniagaan dengan memastikan harga barangan dan perkhidmatan tidak melonjak terlalu tinggi. Pendekatan holistik seperti ini penting supaya rakyat dapat menghadapi kos hidup yang lebih terkawal walaupun ekonomi menghadapi cabaran global dan tempatan.

Sumber: https://berita.rtm.gov.my/ekonomi/senarai-berita-ekonomi/senarai-artikel/pengekalan-opr-langkah-tepat-stabilkan-ekonomi,-kawal-inflasi

KUALA LUMPUR, 4 September- Keputusan Bank Negara Malaysia (BNM) mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada paras 2.75 peratus disifatkan tepat untuk mengekalkan kestabilan ekonomi serta mengawal inflasi.Pengarah dan Penganalisis Strategi Pelaburan & Ekonomi IPP Wealth Managers, Mohd Sedek Jantan b...

Disediakan oleh: Nureen Liyana Binti Hanafi (309737)Tajuk: Langkah untuk Bendung InflasiKerajaan merancang beberapa tind...
06/12/2025

Disediakan oleh: Nureen Liyana Binti Hanafi (309737)
Tajuk: Langkah untuk Bendung Inflasi

Kerajaan merancang beberapa tindakan seperti rasionalisasi subsidi supaya hanya golongan yang benar-benar memerlukan mendapat bantuan, pemantauan bekalan dan harga barangan keperluan agar bekalan barang asas mencukupi dan tidak berlaku kekurangan, serta dasar monetari (termasuk kemungkinan pelarasan kadar dasar semalaman OPR) untuk mengawal permintaan dalam ekonomi.

Langkah-langkah ini diambil supaya harga barang dan kos sara hidup dapat distabilkan, kuasa beli rakyat terpelihara, dan inflasi tidak terus membebankan rakyat serta ekonomi kekal terkawal.

Sumber :

Kuala Lumpur: Jangkaan pasaran kadar dasar semalaman (OPR) bakal dinaikkan sekali lagi bulan ini bukan dipengaruhi oleh keputusan Rizab Persekutuan (Fed AS) menaikkan kadar faedah.

Daripada: Nurliyana Insyirah Binti Saharudin (309670)Tajuk: Punca - Punca InflasiInflasi di Malaysia berlaku disebabkan ...
06/12/2025

Daripada: Nurliyana Insyirah Binti Saharudin (309670)

Tajuk: Punca - Punca Inflasi

Inflasi di Malaysia berlaku disebabkan beberapa faktor utama yang memberi tekanan kepada harga barangan dan perkhidmatan. Antaranya ialah rasionalisasi subsidi, terutamanya subsidi bahan api, yang boleh meningkatkan kos pengangkutan dan seterusnya menaikkan harga barang. Selain itu, kelemahan nilai ringgit turut menjadi punca kerana Malaysia banyak mengimport makanan dan bahan mentah; apabila ringgit lemah, kos import menjadi lebih mahal.

Malaysia juga berdepan kenaikan kos pengeluaran, termasuk kos logistik, tenaga kerja dan bahan mentah, yang akhirnya dipindahkan kepada pengguna dalam bentuk harga yang lebih tinggi. Faktor global seperti ketidaktentuan ekonomi dunia dan harga komoditi turut menambah tekanan. Gabungan faktor-faktor ini menyebabkan inflasi sukar dielakkan dan memberi kesan kepada kos sara hidup rakyat.

Sumber:

Beberapa faktor utama boleh mempengaruhi pergerakan inflasi, terutamanya dalam konteks rasionalisasi subsidi dan tekanan permintaan.

Daripada: Nureen Liyana Binti Hanafi (309737)Tajuk: Memahami Apa itu Inflasi-Punca dan KesanInflasi berpunca daripada ga...
06/12/2025

Daripada: Nureen Liyana Binti Hanafi (309737)

Tajuk: Memahami Apa itu Inflasi-Punca dan Kesan

Inflasi berpunca daripada gabungan faktor yang mempengaruhi keseimbangan harga dalam ekonomi. Antaranya termasuk permintaan yang melebihi penawaran, yang menyebabkan perniagaan menaikkan harga. Peningkatan kos pengeluaran seperti gaji dan bahan mentah turut mendorong kenaikan harga barangan dan perkhidmatan. Dasar kewangan yang menambah bekalan wang dalam ekonomi juga boleh meningkatkan perbelanjaan dan seterusnya harga.

Selain itu, gangguan rantaian bekalan akibat bencana, konflik atau masalah perdagangan menjadikan barangan kurang tersedia dan mendorong inflasi. Penyusutan mata wang menyebabkan kos import meningkat, manakala jangkaan pengguna terhadap kenaikan harga boleh mempercepatkan pembelian dan meningkatkan tekanan harga. Perubahan struktur jangka panjang dalam ekonomi, seperti peningkatan permintaan terhadap sektor tertentu, turut menyumbang kepada inflasi yang berterusan. Semua faktor ini saling berkait dan membentuk asas kepada berlakunya inflasi dalam sesebuah ekonomi.

Sumber:

Inflasi merupakan peningkatan yang berterusan dalam aras harga barangan dan perkhidmatan secara umum dalam seharian, apa punca inflasi berlaku?

Daripada: FARISYA SAFIYYAH BINTI MD PUZI  (310031)Tajuk: Punca-Punca Inflasi Yang Kita Kena TahuRamai rasa tekanan harga...
05/12/2025

Daripada: FARISYA SAFIYYAH BINTI MD PUZI (310031)
Tajuk: Punca-Punca Inflasi Yang Kita Kena Tahu

Ramai rasa tekanan harga barang yang makin naik, tapi tak semua tahu apa sebenarnya yang menyebabkan inflasi berlaku. Ini antara punca utama πŸ‘‡

πŸ“Œ 1. Permintaan Melebihi Bekalan

Bila terlalu ramai nak beli barang/perkhidmatan tapi bekalan tak cukup, harga automatik naik.
Contoh mudah: barang laku keras β†’ stok sikit β†’ harga meningkat πŸ“ˆ

πŸ“Œ 2. Kos Pengeluaran Meningkat

Upah pekerja naik, harga bahan mentah meningkat, kos tenaga melonjak β€” semua ni buat kos pengeluaran naik.
Bila kos naik, harga barang pun ikut naik. Ini dipanggil cost-push inflation βš™οΈ

πŸ“Œ 3. Dasar Kerajaan & Bekalan Wang

Jika kerajaan tambah perbelanjaan atau bekalan wang terlalu banyak, nilai mata wang boleh jatuh.
Bila nilai duit turun, harga barang naik πŸ’Έ

Inflasi bukan berlaku sebab satu punca sahaja β€” tapi campuran banyak faktor yang saling mempengaruhi. Sebab tu harga barang boleh naik perlahan-lahan atau naik secara mendadak.



SUMBER:

Kesan Inflasi Terhadap Kehidupan Harian dan Strategi Mengatasinya - DDNK Holdings https://share.google/tFebhpinNlbBQwxwK

Address

University Utara
Sintok
06010

Opening Hours

Monday 08:30 - 06:00
Tuesday 08:30 - 06:00
Wednesday 08:30 - 06:00
Thursday 08:30 - 06:00
Sunday 08:30 - 06:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when A251 Mpu1022 Penghayatan Etika dan Peradaban Kumpulan X2 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share