17/12/2025
π₯ π KESAN FINTECH TERHADAP DUNIA PERBANKAN
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua, bersama saya saya lagi Muhammad Aziman Bin Khairul Anuar (311561) seperti yang anda sudah maklum dalam tajuk saya pada hari ini, saya nak berkongsi sedikit tentang kesan fintech kepada dunia perbankan. Sebelum saya mula saya nak tanyakan kepada anda semua 1 soalan, pernah tak korang terfikir kenapa sekarang kita boleh bayar bil, transfer duit, buat loan, atau pelaburan terus dari telefon je?haaa Itu semua kerja Fintech(Financial Technology) yang tengah bergelut dan bangkitkan perubahan besar dalam dunia perbankan laa! π²π‘
π 1. π¨ Mempercepatkan Perkhidmatan & Pengalaman Pengguna
Fintech dah naikkan standard servis kewangan semua jadi lebih cepat, mudah & 24/7 ππ. Customer tak perlu lagi ke cawangan fizikal. Ini sebab teknologi digital (mobile apps, AI, blockchain) dah menggantikan proses manual lama π»β‘
π€ 2. π€ Bank Perlu Berubah atau Tersingkir
Bank tradisional dulu bergantung pada sistem lama dan banyak prosedur manual namun sekarang, fintech dah βpaksaβ bank untuk integrasi teknologi moden, atau mereka akan kehilangan pelanggan β³πΌ
πΌ 3. π Lebih Efisien & Kos Rendah
Fintech membantu bank kurangkan kos operasi dan automasi banyak kerja rutin. Ini bukan saja jimatkan masa & tenaga pekerja tapi juga buka ruang untuk fokus pada inovasi π―π
π 4. π° Inklusi Kewangan Jadi Lebih Luas
Ramai orang yang sebelum ini tiada akses kepada bank kini boleh guna servis kewangan (mobile payment, P2P lending dan digital wallets). Ini membantu kurangkan jurang kewangan dalam masyarakat πͺπ
β οΈ 5. π‘οΈ Tantangan Baru: Keselamatan & Regulasi
Walaupun fintech bawa banyak faedah, ia juga datang dengan risiko keselamatan data dan cabaran pematuhan peraturan. Bank dan regulator kini perlu pastikan sistem digital ini selamat dan mematuhi undang-undang ππ
β¨ Apa Maknanya Semua Ni?
β‘οΈ Fintech bukan nak βbunuhβ bank. Sebaliknya ia memaksa bank berevolusi, jadi lebih cepat, lebih cekap dan lebih mesra pengguna.
β‘οΈ Masa depan perbankan = kolaborasi antara fintech & bank tradisional π₯π€
π Rujukan
Rahman, M. A., & Astria, K. (2024). Dampak fintech terhadap perkembangan perbankan: Inovasi, aksesibiliti, dan cabaran keselamatan. Jurnal Ekonomi & Bisnis, 29(1), 3493.
DAMPAK FINTECH TERHADAP PERKEMBANGAN PERBANKAN Authors M Arief Rahman Politeknik Negeri Sriwijaya Kenny Astria Universitas Pamulang DOI: https://doi.org/10.33592/jeb.v29i1.3493 Keywords: Fintech, Perbankan, Layanan Keuangan, Efisiensi, Aksesibilitas Abstract Penelitian ini mengkaji dampak fintech te...