Kumpulan 10

Kumpulan 10 HI WE ARE MPU1022 GROUP X STUDENTS. OUR TOPIC IS ABOUT AGROTECHNOLOGY. LETS DIVE INTO WORLD OF INNOVATION FOR A GREENER FUTURE🌾🌎

AGRTEKNOLOGI- Definisi & Konsep- Isu semasa- Data dan Statistik- Punca generasi kurang minat dengan agroteknologi- Kepen...
28/12/2025

AGRTEKNOLOGI
- Definisi & Konsep
- Isu semasa
- Data dan Statistik
- Punca generasi kurang minat dengan agroteknologi
- Kepentingan agroteknologi

PUNCA GENERASI MUDA KURANG MINAT DALAM BIDANG AGROTEKNOLOGITimbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Chan Foo...
14/12/2025

PUNCA GENERASI MUDA KURANG MINAT DALAM BIDANG AGROTEKNOLOGI

Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Chan Foong Hin berkata, ini kerana golongan itu mungkin berpandangan bidang pertanian satu karier yang susah, kerana perlu bekerja di bawah panas matahari.

RAMLI, L. (2023, June 22). Persepsi kurang tepat punca belia Tak minat bidang pertanian. Utusan Malaysia.

Persepsi kurang tepat terhadap bidang pertanian menjadi punca golongan belia kurang berminat untuk menceburi bidang tersebut.

KEPENTINGAN AGROTEKNOLOGIkepentingan agroteknologi adalah untuk mempertahankan kedaulatan makanan sebagai asa negara. Se...
14/12/2025

KEPENTINGAN AGROTEKNOLOGI
kepentingan agroteknologi adalah untuk mempertahankan kedaulatan makanan sebagai asa negara. Selain kekuatan ketenteraan dan diplomatik, kemandirian masa depan Malaysia turut bergantung kepada kebolehan untuk mencapai 'kemerdekaan' dalam aspek pengeluaran makanan.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Salahuddin Ayub berkata, bagi memastikan masa depan pengeluaran makanan, kehadiran generasi pelapis yang mempunyai kemahuan dan kemahiran sangat penting dalam memastikan bidang pertanian dan industri asas tani (IAT) terus maju dan mampu menegakkan kedaulatan negara.
MAHA 2018 tonjol kepentingan agroteknologi. (2018, October 12). Harian Metro. https://www.hmetro.com.my/agro/2018/10/385808/maha-2018-tonjol-kepentingan-agroteknologi

Pada tahun 2022, kuantiti import sayur bersamaan 2,022,839 tan metrik dan meningkatkepada 2,066,000 tan metrik dengan ni...
13/12/2025

Pada tahun 2022, kuantiti import sayur bersamaan 2,022,839 tan metrik dan meningkat
kepada 2,066,000 tan metrik dengan nilai RM6.920 bilion pada tahun 2023 (Statistik Tanaman
DOA, 2023). Jumlah perdagangan agromakanan dan hasil pertanian terpilih Malaysia meningkat
sebanyak 9.3% kepada RM28.8 bilion pada November 2024, berbanding dengan RM26.4 bilion
yang dicatatkan pada November 2023. Tahap kebergantungan Malaysia pada makanan import
ternyata kekal tinggi apabila didapati dalam tempoh lima tahun meliputi 2019 – 2023 sebanyak
RM325.0 bilion meningkat 37.6% berbanding dengan lima tahun sebelumnya (2014 – 2018:
RM236.2 bilion). Nilai import agromakanan Malaysia dijangka lebih tinggi tahun ini (2025)
setelah menyaksikan peningkatan nilai import agromakanan mencecah RM77.86 bilion bagi
tempoh Januari hingga Oktober tahun lepas (DOSM, 2024). Berdasarkan laporan Global Food
Security Index (GFSI) oleh KPKM pada 2022, prestasi keselamatan bekalan makanan negara
berada pada 69.9. Prestasi ini memberikan negara berada pada kedudukan ke-41 daripada 113
negara dalam Global Food Security Index (GFSI), menurun dua anak tangga berbanding dengan
pada tahun sebelumnya.
274
Pembangunan dan proses urbanisasi telah mewujudkan sebanyak 314 buah bandar di
Malaysia (tidak termasuk di Sarawak) yang mana ia terbahagi kepada lima peringkat hierarki
bandar iaitu Bandar Global, (Kuala Lumpur dan Putrajaya), Bandar Wilayah (George Town,
Kuantan, Johor Bahru, Labuan, Kota Kinabalu), Bandar Negeri, Bandar Utama dan Bandar
Tempatan (sumber: Dasar Perbandaran Negara Kedua / DPN2). Pop**asi jumlah penduduk
meningkat kepada 77% dan daripada jumlah ini, penduduk Malaysia tertumpu di kawasan
bandar. Bilangan penduduk yang ramai ini meyebabkan peningkatan kepada permintaan
bekalan makanan di kawasan bandar dan mempengaruhi rantaian bekalan makanan. Dari
jumlah keseluruhan penduduk bandar, 83% adalah golongan M40 dan B40 yang kebanyakannya
tergolong dalam kategori miskin bandar. Golongan ini terbeban dengan harga makanan yang
meningkat di mana 50 – 70% pendapatan dibelanjakan untuk membeli bahan makanan.
Dalam mendepani cabaran urbanisasi dan pertumbuhan pop**asi yang pesat serta
peningkatan permintaan terhadap bekalan makanan serta bebanan import yang semakin
meningkat, kerajaan melalui Kementerian Pertanian dan Keterjaminanan Makanan (KPKM)
mempunyai agenda untuk memperkasa dasar keselamatan dan keterjaminan makanan dan salah
satunya melalui program pertanian bandar dengan pendekatan aplikasi teknologi moden yang
kreatif dan inovatif. MARDI merupakan salah satu agensi di bawah KPKM yang bertanggungjawab
melaksanakan aktiviti penyelidikan dan pembangunan telah menghasilkan pelbagai teknologi
dan inovasi yang telah memberi impak yang besar kepada komuniti bandar khususnya melalui
projek pembangunan RMK11-12 yang telah dilaksanakan.

http://etmr.mardi.gov.my/Content/Report/2024/21.%20LS-AIMI%20ATHIRAH%20BIL.21.pdf

VISHALAN A/L THANABALAN (312722)

1. Engku Elini Engku Ariff (Dr.) 2. Syahrin Suhaimee (Dr.) 3. Roslina Ali (Dr.) 4. Hairazi Rahim @ Abdul Rahim (Dr.) 5. Norzalila Kasron (Dr.) 6. Nik Rozana Nik Mohd Masdek (Dr.) 7. Aimi Athirah Ahmad – Secretary 8. Hazida Syima Hamazah 9. Sivaganesh Loganathan

DATA DAN STATISTIK AGROTEKNOLOGIPengeluaran dan keluasan kawasan tanaman mengikut negeri dari 2017 hingga 2022, dengan p...
02/12/2025

DATA DAN STATISTIK AGROTEKNOLOGI

Pengeluaran dan keluasan kawasan tanaman mengikut negeri dari 2017 hingga 2022, dengan pecahan mengikut jenis tanaman.

Data dikumpulkan melalui survei dan banci di peringkat perusahaan yang dilaksanakan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) dengan kerjasama Jabatan Pertanian (DOA). Data ini kemudian digunakan untuk menghasilkan bukan sahaja statistik rasmi pertanian, tetapi juga statistik Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) Malaysia.

Bagi set data ini secara khusus, pengkelasan yang digunakan adalah seperti berikut:

1. Tanaman kontan adalah tanaman yang boleh memberikan p**angan cepat (dalam tempoh 1 tahun) kepada petani. Ia termasuk jagung manis, kacang tanah, ubi kayu, keladi, ubi keledek dan tebu (jus).

2. Tanaman industri adalah tanaman yang ditanam untuk menghasilkan bahan mentah industri. Ia dibahagikan kepada beberapa kump**an seperti lemak (kelapa), dan kump**an yang menghasilkan penyegar (kopi dan teh). Tanaman industri ditanam dalam kuantiti yang besar dengan tempoh penanaman yang agak lama, bermula dari satu tahun hingga bertahun-tahun.

3. Herba merujuk kepada tumbuhan renek yang biasanya mempunyai batang lembut dan mengandungi banyak air. Secara umumnya, ini bermaksud semua tumbuhan yang mempunyai nilai untuk perubatan, makanan (kesihatan dan suplemen), minyak wangi, wangian dan kosmetik.

4. Rempah adalah tanaman aromatik yang digunakan sebagai pewarna dan perisa untuk tujuan masakan seperti buah pala dan halia.

6. Buah-buahan dan Sayur-sayuran merujuk khusus kepada spesies tropika yang ditanam di Malaysia, yang mempunyai iklim khatulistiwa. Contoh buah-buahan tropika adalah pisang, mangga, betik, nanas, durian, rambutan dan nangka, manakala contoh sayur-sayuran tropika adalah bayam, bendi, terung, kangkung, kacang panjang, petola dan peria.

https://open.dosm.gov.my/ms-MY/data-catalogue/crops_state?visual=planted_area

CONNIE ANN TIONG OI ZHEN (312739)

DATA & STATISTIK AGROTEKNOLOGI : Kemajuan teknologi digital, automasi dan AI menjadi tunjang utama memperkasakan sektor ...
28/11/2025

DATA & STATISTIK AGROTEKNOLOGI :
Kemajuan teknologi digital, automasi dan AI menjadi tunjang utama memperkasakan sektor agromakanan dan agrikomoditi, kata Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Chan Foong Hin.
Setakat 2024, lebih 600 sistem Digital AgTech dilaksanakan dan 30,000 usahawan tani dilatih menggunakan teknologi IoT dan AI. MDEC menerajui pelaksanaannya.
MPOB juga menubuhkan MARCOP untuk meningkatkan produktiviti industri sawit melalui mekanisasi dan automasi.
Ekspo Pakar Pertanian 2025 di MAEPS menampilkan 218 reruai dan 630 jenama.

BERNAMA TV. (2025, February 20). KEMAJUAN TEKNOLOGI DIGITAL , AI PERKUKUH SEKTOR AGROMAKANAN DAN AGRIKOMODITI. BERNAMA.

Chan Foong Hin, inovasi, KPK, Digital Agtech, eksp

25/11/2025

REVOLUSI DATA PERTANIAN MALAYSIA: MASA DEPAN AGROTEKNOLOGI DAN CABARAN GENERASI MUDA

Sektor pertanian kita kini berada di persimpangan era—ia bergantung kepada teknologi untuk terus maju, namun kita berdepan dengan jurang generasi dan pendidikan yang ketara. Data terkini daripada Banci Pertanian 2024 oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) menunjukkan bahawa purata umur pengusaha pertanian individu kini mencecah 56.5 tahun. Ini adalah satu petanda jelas bahawa kita perlu mempercepatkan usaha integrasi Agroteknologi (AgriTech) agar bidang ini kekal relevan dan menarik minat belia.

Penglibatan belia di bawah 40 tahun dalam sektor ini masih rendah, hanya sekitar 13.9% daripada jumlah pengusaha individu. Selain itu, cabaran ini diperhebatkan lagi dengan fakta bahawa hanya 8.0% pengusaha yang mempunyai pendidikan di peringkat Tertiary. Ini membuktikan terdapat keperluan mendesak untuk meningkatkan latihan dan pemindahan ilmu pengetahuan moden, terutamanya dalam aspek Pertanian Pintar (Smart Farming), bagi melahirkan pengusaha yang mampu mengendalikan data dan teknologi tinggi.

Namun, kejayaan sektor ternakan membuktikan bahawa Agroteknologi adalah kunci. Subsektor Ayam dan Telur telah mencapai Kadar Sara Diri (SSR) yang amat tinggi, masing-masing melebihi 104.9% dan 114.1%. Kejayaan ini sebahagian besarnya didorong oleh penggunaan sistem teknologi tinggi seperti Rumah Ternakan Tertutup (Closed House System). Ini adalah model yang perlu dicontohi oleh subsektor tanaman lain seperti padi, sayur-sayuran, dan buah-buahan—pelaburan dalam teknologi bukan lagi pilihan, tetapi satu kemestian untuk mencapai Keterjaminan Makanan negara secara menyeluruh.

Justeru, kita menyeru para belia berpendidikan untuk mengambil peranan utama, menggunakan ilmu dan data untuk merevolusikan pertanian Malaysia kepada sektor yang lebih cekap dan berpendapatan tinggi!

Sumber Rujukan :
Laporan Banci Pertanian 2024 (Data Rujukan 2023) - DOSM
https://storage.dosm.gov.my/census/census_agri_2023_other.pdf
Perangkaan Agromakanan Malaysia 2023 - KPKM
https://www.kpkm.gov.my (Sila cari penerbitan "Perangkaan Agromakanan Malaysia" terkini)

24/11/2025

AYER HITAM, 10 Februari 2025 – Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), agensi peneraju ekonomi digital negara di bawah Kementerian Digital (KD), telah menganjurkan Jelajah Malaysia Digital (JMD) @ Kedah yang berteraskan kepada pengadaptasian Kecerdasan Buatan (AI) melalui inisiatif ‘Malaysia Digital Agriculture Technology’ (Digital AgTech). Program ini memberi fokus kepada pemodenan sektor pertanian melalui teknologi digital bagi meningkatkan daya saing dan produktiviti serta mengukuhkan keterjaminan makanan negara, selaras dengan pelantikan MDEC sebagai Pengesah Teknologi Strategik oleh Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM).
Program JMD @ Kedah merupakan sebahagian daripada usaha berterusan kerajaan untuk merancakkan ekosistem digital di seluruh negara. Inisiatif ini selari dengan sasaran meningkatkan sumbangan ekonomi digital kepada 25.5% daripada KDNK menjelang 2025 serta menyokong usaha mewujudkan lebih 500,000 pekerjaan baharu.
Transformasi digital dalam sektor pertanian merupakan salah satu fokus kerajaan, selaras dengan agenda yang digariskan dalam Dasar Agromakanan Negara (DAN 2.0), Pelan Tindakan Dasar Sekuriti Makanan Negara, serta inisiatif di bawah Majlis Ekonomi Digital dan Revolusi Perindustrian Keempat Negara (MED4IRN). Bagi memastikan sektor ini berkembang secara mampan, kerajaan akan terus memperkukuhkan kerjasama erat di antara Kementerian Digital (KD), Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), Kementerian Ekonomi, serta agensi-agensi berkaitan.
MDEC selaku agensi pelaksana Digital AgTech, memainkan peranan utama dalam memastikan teknologi digital yang dibangunkan oleh rakan teknologi, memberikan manfaat kepada usahawan tani agar dapat memperkukuhkan kecekapan sektor pertanian. Digital AgTech telah dilancarkan pada November 2023 dan sehingga kini, lebih 600 sistem Digital AgTech telah dilaksanakan di seluruh negara, manakala sebanyak 30,000 usahawan tani telah menerima latihan untuk mengadaptasi Internet Kebendaan (IoT) dan AI dalam operasi harian.
Melalui inisiatif ini juga, sejumlah 40 sistem Digital AgTech telah dilaksanakan di seluruh negeri Kedah meliputi kesemua sub-sektor utama pertanian, iaitu tanaman, ternakan dan akuakultur pada tahun 2024. Selain itu, 15 projek tambahan Digital AgTech berteraskan IoT dan AI dengan anggaran nilai melebihi RM300,000 juga akan dilaksanakan menjelang tahun 2025 untuk menggiatkan teknologi digital dalam sektor pertanian di negeri Kedah.
Inisiatif Digital AgTech yang merentasi kesemua sub-sektor pertanian utama di negara kita, termasuk tanaman, ternakan dan perikanan/akuakultur membantu memperkasakan operasi pertanian melalui adaptasi teknologi pertanian digital yang berasaskan data masa nyata untuk meningkatkan produktiviti, pendapatan dan mengurangkan kos operasi keseluruhan dalam usaha menangani isu sekuriti makanan yang dipacu oleh penerapan digital.
Antara keberhasilan memberangsangkan yang telah dicapai termasuk peningkatan produktiviti sehingga 20%, peningkatan pendapatan sehingga 20% serta pengurangan kos operasi sehingga 30% ke arah memangkin transformasi digital dalam sektor pertanian dan mengukuhkan keterjaminan makanan negara kita.
Digital AgTech turut memberi manfaat yang menggalakan kepada komuniti B40 serta menarik lebih ramai penyertaan golongan belia, dengan lebih 50% peserta berusia di bawah 40 tahun dan potensi menjana pendapatan tambahan sehingga RM10,000 setahun melalui adaptasi teknologi digital dalam sektor pertanian di negara kita.
JMD @ Kedah merangkumi lawatan tapak ke fasiliti akuakultur berteknologi AI, sesi perkongsian impak keberhasilan pendigitalan dalam pertanian, dan sesi libat urus antara usahawan tani bersama pemegang taruh industri bagi membincangkan cabaran serta peluang dalam ekosistem Digital AgTech.
Majlis pelancaran Jelajah Malaysia Digital @ Kedah telah dirasmikan oleh YB Tuan Gobind Singh Deo, Menteri Digital, bersama YBhg. Datuk Azah Hanim Binti Ahmad, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar), Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) dan YBhg. Datuk Ts. Fadzli Abdul Wahit, Naib Presiden Kanan MDEC, serta pegawai kanan daripada Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) dan Jabatan Perikanan Malaysia (DOF).
Program ini turut disokong oleh rakan strategik MDEC seperti Jabatan Pertanian Malaysia, Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), Agrobank, Pacton Technologies, Blue Archipelago Berhad, dan industri lain dalam ekosistem Digital AgTech di Malaysia.

https://www.digital.gov.my/en-GB/siaran/Jelajah-Malaysia-Digital-%40-Kedah-Memperkasa-Transformasi-Digital-Sektor-Pertanian?utm_source

NOR SHAHIRA BINTI MOHD JOHARI (312532)

18/11/2025

Berikut merupakan data dan statistik berkaitan agroteknologi di Malaysia berdasarkan Portal Rasmi Kementerian Digital :
SABAH NEGERI KEDUA TERTINGGI DI MALAYSIA DALAM PENGGUNAAN SISTEM DIGITAL AGTECH
Sabah merupakan negeri penerima manfaat Digital AgTech kedua tertinggi di seluruh negara selepas Selangor. Lebih 70 sistem Digital AgTech yang diperkasakan dengan teknologi IoT telah dilaksanakan di seluruh negeri Sabah meliputi semua sub-sektor pertanian, termasuk tanaman, ternakan dan akuakultur pada tahun 2024. Tahun 2025 menyasarkan tambahan sebanyak 10 sistem, di mana 5 sistem Digital AgTech yang diperkasakan dengan teknologi Kecerdasan Buatan (AI) akan dilaksanakan untuk subsektor akuakultur dan ternakan.
Program JMD merupakan sebahagian daripada usaha berterusan kerajaan untuk merancakkan ekosistem digital di seluruh negara. Inisiatif ini selari dengan sasaran meningkatkan sumbangan ekonomi digital kepada 25.5% daripada KDNK menjelang 2025 serta menyokong usaha mewujudkan lebih 500,000 pekerjaan baharu.
Transformasi digital dalam sektor pertanian merupakan salah satu fokus kerajaan, selaras dengan agenda yang digariskan dalam Dasar Agromakanan Negara 2021-2030 (DAN 2.0), Pelan Tindakan Dasar Sekuriti Makanan Negara 2021-2025, serta inisiatif di bawah Majlis Ekonomi Digital dan Revolusi Perindustrian Keempat Negara (MED4IRN). Bagi memastikan sektor ini berkembang secara mampan, kerajaan akan terus memperkukuhkan kerjasama erat di antara Kementerian Digital (KD), Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), Kementerian Ekonomi, serta agensi-agensi berkaitan.
MDEC selaku agensi pelaksana Digital AgTech, memainkan peranan utama dalam memastikan teknologi digital yang dibangunkan oleh rakan teknologi, memberikan manfaat kepada usahawan tani agar dapat memperkukuhkan kecekapan sektor pertanian. Sehingga penghujung bulan Januari 2025, lebih 600 sistem Digital AgTech telah dilaksanakan di seluruh negara, manakala sebanyak 30,000 usahawan tani telah menerima latihan untuk mengadaptasi Internet Kebendaan (IoT) dan AI dalam operasi harian.
Inisiatif Digital AgTech yang merentasi kesemua sub-sektor pertanian utama di negara kita, membantu memperkasakan operasi pertanian melalui adaptasi teknologi pertanian digital yang berasaskan kepada data masa nyata untuk meningkatkan produktiviti, pendapatan dan mengurangkan kos operasi keseluruhan dalam usaha menangani isu keterjaminan makanan yang dipacu oleh penerapan teknologi digital.
Antara keberhasilan memberangsangkan yang telah dicapai termasuk peningkatan produktiviti sehingga 20%, peningkatan pendapatan sehingga 20% serta pengurangan kos operasi sehingga 30% ke arah memangkin transformasi digital dalam sektor pertanian dan mengukuhkan keterjaminan makanan negara kita. Digital AgTech turut memberi manfaat yang menggalakkan kepada komuniti B40 serta menarik lebih ramai penyertaan golongan belia, dengan lebih 50% peserta berusia di bawah 40 tahun dan berpotensi menjana pendapatan tambahan sehingga RM10,000 setahun melalui adaptasi teknologi digital.
JMD merangkumi sesi perkongsian impak keberhasilan pendigitalan dalam pertanian, dan sesi libat urus antara usahawan tani bersama pemegang taruh industri bagi membincangkan cabaran serta peluang dalam ekosistem Digital AgTech.
Sumber: https://www.digital.gov.my/siaran/Sabah-Negeri-Kedua-Tertinggi-Di-Malaysia-Dalam-Penggunaan-Sistem-Digital-AGTECH

Addina Nafeesa bt Fadzir 312481

✨ Data dan Statistik:Berikut merupakan data dan statistik berkaitan agroteknologi di Malaysia berdasarkan artikel daripa...
18/11/2025

✨ Data dan Statistik:
Berikut merupakan data dan statistik berkaitan agroteknologi di Malaysia berdasarkan artikel daripada Sabah Media:

Pada tahun 2020, sektor pertanian menyumbang 7.4% kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia dengan eksport pertanian berjumlah RM118.6 bilion, manakala import sebanyak RM98 bilion. Industri kelapa sawit adalah komponen terbesar, 37.1% daripada nilai eksport dengan lebih 5.8 juta hektar tanah diguna pakai. Industri padi p**a meliputi kawasan sekitar 700,000 hektar. Jumlah pekerja sektor pertanian ialah hampir 1.6 juta orang iaitu 10.5% pekerja negar) dengan 32% dari mereka adalah pekerja asing. Purata gaji bulanan adalah RM1,598, sedikit melepasi kadar gaji minimum RM1,500. Malaysia bergantung kepada import makanan yang meningkat dari RM45.3 bilion pada 2015 kepada RM55.5 bilion pada 2020 dengan purata kenaikan 4.1% setahun. Hal ini menimbulkan cabaran keselamatan makanan negara. Penggunaan teknologi pertanian pintar seperti dron dan AI masih rendah. Contohnya, hanya 3% dari kawasan sawah di Muda menggunakan teknologi dron pada tahun 2021. Model pertanian pintar dapat meningkatkan hasil tanaman, pendapatan petani, mengoptimumkan penggunaan racun dan baja serta membantu kelestarian alam sekitar dengan mengurangkan penggunaan racun hingga 80% dan penggunaan air sebanyak 82%. Agroteknologi di Malaysia telah menunjukkan perkembangan melalui inisiatif pertanian pintar yang dapat meningkatkan produktiviti, menjimatkan kos dan memelihara alam sekitar tetapi penggunaan teknologi masih rendah disebabkan kos dan kebiasaan penggunaan tenaga manusia yang lebih murah. Kerajaan sedang mengambil langkah memperluas penggunaan teknologi ini supaya dapat menyokong keselamatan makanan negara secara mampan.

✨ Rujukan:
Model pertanian pintar, Transformasi melalui teknologi. (2022, September 18). Sabah Media. https://sabahmedia.com/2022/09/18/model-pertanian-pintar-transformasi-melalui-teknologi/

INTAN WARDINA BINTI IKHSHAN (312528)

Agrobank Menggalakkan Penerapan Agro-Teknologi Dengan Sokongan Kewangan Kepada UsahawanSERDANG, 21 SEPTEMBER 2024 – Agro...
17/11/2025

Agrobank Menggalakkan Penerapan Agro-Teknologi Dengan Sokongan Kewangan Kepada Usahawan

SERDANG, 21 SEPTEMBER 2024 – Agrobank dengan kerjasama Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) di bawah Inisiatif Ekonomi Madani mengumumkan penyaluran dana di bawah Program Pembiayaan Agroteknologi Madani (DPPAM) kepada tujuh usahawan agro yang layak.

Majlis penyerahan dana ini berlangsung ketika Segmen Agrotech yang disampaikan oleh Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, YB Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu. Dalam sesi ini, replica cek disampaikan kepada tujuh penerima dari pelbagai sektor pertanian termasuk tanaman, perikanan, ternakan dan industri berasaskan agro.

rujukan: https://www.utusan.com.my/nasional/2024/09/agrobank-promosi-agroteknologi-bagi-tingkatkan-produktiviti-pertanian/

SAIYIDAH FATIMAH BINTI FAIZUL YAZAN (312580

Agrobank dengan kerjasama Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) di bawah Inisiatif Ekonomi Madani mengumumkan penyaluran dana di bawah Program Pembiayaan Agroteknologi Madani (DPPAM) kepada tujuh usahawan agro yang layak.

NEGARA kini menghadapi dua cabaran semasa iaitu perubahan iklim dan jaminan makanan yang memerlukan campur tangan teknol...
17/11/2025

NEGARA kini menghadapi dua cabaran semasa iaitu perubahan iklim dan jaminan makanan yang memerlukan campur tangan teknologi tinggi untuk menanganinya.

Kedua-dua cabaran ini mempunyai hubung kait yang boleh mendatangkan kesan buruk yang besar jika tiada sebarang perancangan rapi jangka masa panjang dibuat.

Tambahan lagi, kebergantungan sumber makanan Malaysia yang tinggi dari luar negara yang melebihi nilai RM60 bilion pada tahun 2021 boleh mendatangkan risiko yang tinggi apabila berlaku krisis ekonomi atau kesihatan seperti pandemik Covid-19 yang lalu.

Cabaran semasa berkaitan perubahan iklim di Malaysia termasuk peningkatan suhu, pola hujan yang tidak menentu, dan peningkatan frekuensi dan intensiti bencana alam seperti banjir dan kekeringan menjejaskan sektor pertanian, seterusnya memberi kesan kepada jumlah hasil tanaman di pasaran.

Hal ini boleh membawa kepada peningkatan harga makanan di pasaran yang akan membebankan kos sara hidup rakyat.

Satu jalan penyelesaian mampan perlu dirangka dan dilaksanakan dengan segera supaya hasil pertanian mampu memenuhi permintaan makanan dalam negara dan seterusnya mengurangkan kebergantungan makanan import.

MOSTI miliki tanggungjawab

Oleh yang demikian, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) memiliki tanggungjawab untuk memimpin negara dalam mencari penyelesaian kepada cabaran-cabaran tersebut.

Pendekatan berasaskan Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) bukan sahaja dapat melindungi rakyat dari kesan buruk bencana, malah ia juga dapat memacu ekonomi negara serta meningkatkan kualiti hidup rakyat.

Dalam merangka tindak balas awal untuk mengatasi cabaran semasa seperti perubahan iklim dan jaminan makanan, kemampuan daya jangka STI (STI foresight) yang berpandu pada data sangat penting.

Ini adalah untuk memastikan negara dapat menyediakan pelan mitigasi dan adaptasi yang lebih cekap untuk menghadapi cabaran tersebut.

Namun pada masa yang sama, MOSTI perlu meneroka pembangunan teknologi tinggi baharu yang boleh diaplikasikan dan dikomersilkan dalam sektor industri bagi mendepani cabaran tersebut.

Selari dengan kenyataan Menteri MOSTI, Chang Lih Kang semasa sidang media selepas Majlis Amanat 2023 baru-baru ini, fokus perlu diberikan kepada pembangunan teknologi Artificial Intelligence (AI) bagi mendepani cabaran semasa sejajar dengan Pelan Hala Tuju Negara Kecerdasan Buatan 2021-2025 (AI-RMAP).

“Teknologi Artificial Intelligence (AI) boleh membantu kita menyelesaikan masalah besar yang kita hadapi sekarang, terutamanya food security (jaminan makanan) dan juga perubahan iklim,” ujar Lih Kang.

Teknologi AI dianggap sebagai teknologi masa hadapan yang akan memainkan peranan penting dalam memacu ekonomi dan mewujudkan bakat berkemahiran tinggi.

Menurut MarketsandMarkets Research, dianggarkan nilai pasaran AI global mampu mencecah AS$190 bilion menjelang tahun 2025. Dapatan ini seharusnya mendorong lebih banyak pemain industri untuk terlibat dalam pembangunan teknologi AI memandangkan ianya mampu untuk dikomersilkan di dalam dan luar negara.

Kepesatan teknologi AI juga telah menuntut keperluan bakat-bakat baru untuk menceburkan diri dalam industri tesebut yang menawarkan gaji dan pendapatan yang sangat baik.

Selain itu, peningkatan keupayaan teknologi AI telah membolehkan teknologi tersebut diintegrasikan dalam pelbagai sektor industri termasuklah sektor pertanian.

Negara-negara seperti Amerika Syarikat, Jepun dan China juga telah menggunakan teknologi AI secara meluas yang telah terbukti mampu meningkatkan hasil tanaman pada kadar penggunaan sumber yang optimum.

Dengan kemajuan teknologi dan peningkatan keperluan untuk penghasilan makanan yang lebih efisien dan mampan, dijangkakan lebih banyak negara akan mengaplikasikan teknologi AI dalam sektor pertanian mereka.

Penerapan teknologi AI dalam industri pertanian telah membawa kepada pengenalan kaedah-kaedah baru seperti precision agriculture yang mengaplikasikan machine learning dan Internet of Things (IoT) bagi tujuan pembajaan dan pengurusan tanaman.

Kemajuan ini semestinya mampu meningkatkan hasil tanaman dan memastikan sumber dapat diuruskan dengan lebih efisien. Selain itu, teknologi-teknologi berasaskan AI seperti dron, sensors, dan sistem pengairan dapat dibangunkan untuk mengoptimumkan hasil tanaman.

Government AI Readiness Index 2020 oleh Oxford Insights meletakkan Malaysia di posisi nombor satu di Asia Tenggara dan nombor 28 di peringkat global.

Dapatan ini menunjukkan potensi besar yang dimiliki oleh negara dalam membangunkan teknologi AI dan seterusnya menjadi pemain utama di peringkat global.

Sokongan kerajaan, kewujudan bakat dan kemahiran tempatan, sektor kajian dan pembangunan (R&D) dan penglibatan industri merupakan beberapa faktor utama yang menyumbang kepada pembangunan teknologi AI dalam negara.

Justeru, bagi memastikan perkembangan teknologi AI dalam negara sudah semestinya memerlukan sokongan daripada syarikat-syarikat pemula (startups) dan pemain industri yang perlu mengadaptasi dengan budaya baharu yang berasaskan inovasi.

Transformasi sektor pertanian berasaskan digital dan teknologi AI mampu meningkatkan kapasiti pengeluaran makanan dalam negara dan seterusnya menangani cabaran jaminan makanan, di samping dapat menjana p**angan yang baik kepada syarikat dan perniagaan.

Penetapan hala tuju melalui AI-RMAP membuktikan komitmen MOSTI dalam menerokai teknologi AI bagi memacu pembangunan dalam pelbagai sektor termasuklah industri pertanian.

MOSTI akan bekerjasama rapat dengan agensi dan pemain industri dalam usaha mewujudkan ekosistem inovasi AI yang kondusif bagi mempercepatkan adaptasi teknologi AI.

Melihat kepada potensi dan peluang pasaran, teknologi AI mampu menjadi salah satu pendorong kepada pembentukan Negara berteknologi tinggi menjelang 2030, seiring dengan Dasar Sains, Teknologi dan Inovasi Negara (DSTIN) 2021-2030.

Ia juga seiring dengan aspirasi Lih Kang sebagai Menteri MOSTI yang mahu melihat Negara mengambil langkah proaktif melalui pengaplikasian teknologi AI dalam menangani isu dan cabaran semasa Negara.

https://www.sinarharian.com.my/article/241559/khas/pendapat/teknologi-ai-mampu-tangani-cabaran-jaminan-makanan?utm_source

SHAHIRA (312532)

Address

Sintok, Bukit Kayu Hitam
Sintok
06010

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kumpulan 10 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share