MPU 1022 Cahaya Peradaban - Kumpulan 4

MPU 1022 Cahaya Peradaban - Kumpulan 4 Halo semuaaa. Kami adalah pelajar Semester 2 (A242) dari Universiti Utara Malaysia🥰

‼️POSTINGAN TERAKHIR – GEJALA BULI‼️Assalamualaikum, Salam Sejahtera & Salam Biru Warna💙🤍💭Buli bukan sekadar “gurauan” b...
15/05/2025

‼️POSTINGAN TERAKHIR – GEJALA BULI‼️

Assalamualaikum, Salam Sejahtera & Salam Biru Warna💙🤍

💭Buli bukan sekadar “gurauan” biasa. Kesannya? Memang tak nampak dari luar, tapi sangat perit bagi yang kena.

Antara gejala yang dialami mangsa buli:

📉 Prestasi akademik makin merosot
😞 Keyakinan diri hilang entah ke mana
😵‍💫 Tidur pun dah tak lena
🤒 Kesihatan pun makin merosot

📣Benda ni bukan kecil ya!! Kita semua ada peranan untuk hentikan budaya buli ni. Jom jadi sebahagian daripada perubahan!

❤️Terima kasih banyak-banyak sebab follow dan support page ni selama ni.
❤️Ini mungkin posting terakhir kami… tapi ingat, perjuangan lawan buli tak pernah berhenti!

Kita jaga kita. Katakan TIDAK pada buli!😤🚫

Assalamualaikum, Salam Sejahtera & Salam Biru Warna buat semua! 💙🤍Kami merupakan pelajar Semester 2, Sesi A242 dari Univ...
01/05/2025

Assalamualaikum, Salam Sejahtera & Salam Biru Warna buat semua! 💙🤍
Kami merupakan pelajar Semester 2, Sesi A242 dari Universiti Utara Malaysia (UUM) 🏢. Kami dari Kump**an 4 bagi kursus MPU1022 - Penghayatan Etika dan Peradaban Group (D), di bawah bimbingan Prof. Madya Dr. Muhamad Amar bin Mahmad.

📝 Di halaman ini, kami akan berkongsi tentang isu etika berkaitan gejala buli di Malaysia – satu masalah sosial yang memberi kesan besar kepada individu dan masyarakat.

📝 Objektif utama kami ialah untuk memberi kesedaran serta membuka mata masyarakat tentang kesan buli dan kepentingan membentuk budaya hormat dan empati dalam kehidupan seharian.

Kami berharap segala perkongsian kami dapat memberi manfaat, membuka ruang perbincangan sihat dan mendorong perubahan positif dalam menangani isu buli 💬🧠💪🏻.

💪🏻Sokong usaha kami dengan:
👍🏻Like
💬 Komen
🔁 Kongsi

Terima kasih atas perhatian dan sokongan anda! 💗

29/04/2025

🎯PENGENALAN🎯
From : Muhammad Abdullah Bin Ibnu Hallaj (304808)

APAA ITUU BULII ⁉️ APA YANG ANDA FAHAM DENGAN GEJALA BULI ⁉️⁉️

🆘Gejala buli merujuk kepada tanda-tanda atau perlakuan yang menunjukkan berlakunya buli, sama ada secara fizikal, lisan, sosial atau siber.

🆘Ia adalah perlakuan agresif yang dilakukan secara berulang-ulang oleh seseorang atau sekump**an individu untuk menyakiti, mengancam atau mengawal orang lain.

29/04/2025

🔥3 CONTOH JENIS KES BULI🔥
From : Muhammad Abdullah Bin Ibnu Hallaj (304808)

1. Buli Fizikal😖👊🏻

Salah satu bentuk buli yang paling ketara kerana melibatkan sentuhan tubuh yang menyakitkan seperti menolak, menumbuk atau menendang. Tindakan ini sering dilakukan dengan tujuan untuk menakutkan mangsa atau menunjukkan kekuasaan si pembuli. Kesan daripada perbuatan ini boleh menyebabkan kecederaan fizikal yang serius seperti lebam, luka atau bahkan patah tulang. Selain kesan fizikal, mangsa juga boleh mengalami trauma jangka panjang yang menjejaskan kesejahteraan emosi dan mental mereka. Sebagai contoh, terdapat beberapa kes yang dilaporkan di Malaysia melibatkan pelajar sekolah yang dibuli secara fizikal oleh rakan sebaya sehingga mengalami kecederaan teruk dan terpaksa mendapatkan rawatan di hospital iaitu seperti kes yang Baru-baru ini, tular di media sosial sebuah video yang memaparkan kejadian buli secara fizikal melibatkan pelajar-pelajar di sebuah Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) di utara tanah air.

29/04/2025

🔥3 CONTOH JENIS KES BULI🔥
From : Muhammad Abdullah Bin Ibnu Hallaj (304808)

2. Buli Verbal 🤷🏻‍♀️🙅🏻

Buli Verbal boleh berlaku secara langsung atau tidak langsung, termasuk melalui telefon atau media sosial. Walaupun tidak melibatkan sentuhan fizikal, buli verbal mampu menjatuhkan harga diri dan keyakinan mangsa secara berterusan. Ia sering berlaku secara berulang-ulang untuk melemahkan semangat dan kestabilan emosi seseorang. Di Malaysia, kes buli verbal semakin membimbangkan terutamanya di platform media sosial di mana pelajar atau remaja menjadi mangsa ejekan dan penghinaan yang tular, menyebabkan tekanan perasaan dan dalam kes tertentu, membawa kepada cubaan membunuh diri.

29/04/2025

🔥3 CONTOH JENIS KES BULI🔥
From : Muhammad Abdullah Bin Ibnu Hallaj (304808)

3. Buli Sosial / Emosi🤬🙇🏻

Buli Sosial atau Emosi p**a melibatkan tindakan mengasingkan seseorang daripada kump**an atau rakan sebaya, serta menyebarkan gosip atau fitnah untuk menjatuhkan reputasi mangsa. Tindakan ini boleh membuatkan mangsa berasa terpinggir, keseorangan dan tidak disokong oleh persekitaran sosial mereka. Kesannya boleh membawa kepada masalah kesihatan mental seperti kemurungan atau kebimbangan yang berpanjangan. Sebagai contoh, terdapat insiden di sekolah menengah Malaysia di mana seorang pelajar perempuan dip**aukan oleh rakan-rakannya selepas tersebarnya fitnah di media sosial, menyebabkan mangsa mengalami tekanan emosi dan prestasi akademik yang merosot.

29/04/2025

💢FAKTOR BERLAKUNYA GEJALA BULI💢
From: Nur Izzatul Hani Binti Harun (305098)

1. Kurangnya didikan agama atau moral🚫🕌

Kekurangan didikan agama dan nilai moral merupakan antara punca utama remaja terlibat dalam penyalahgunaan dadah. Tanpa panduan hidup yang jelas, remaja mudah terpengaruh dengan perkara negatif kerana tidak dapat membezakan antara baik dan buruk. Contohnya, remaja yang tidak dibimbing tentang kesan dadah akan menganggapnya sebagai perkara biasa apabila dipengaruhi rakan atau perasaan ingin mencuba. Oleh itu, pendidikan agama dan moral sejak kecil sangat penting dalam membentuk sahsiah diri.

29/04/2025

💢FAKTOR BERLAKUNYA GEJALA BULI💢
From: Nur Izzatul Hani Binti Harun (305098)

2. Kurangnya kasih sayang dan perhatian daripada keluarga😞🧑‍🧑‍🧒‍🧒

Remaja memerlukan kasih sayang dan perhatian sebagai sokongan emosi. Jika mereka berasa diabaikan, mereka akan mencari perhatian di luar, sekali gus membuka ruang kepada pengaruh negatif. Sebagai contoh, remaja daripada keluarga bermasalah mungkin tertekan dan mudah dipengaruhi rakan yang memperkenalkan dadah sebagai jalan keluar. Oleh itu, ibu bapa harus memainkan peranan penting dalam memastikan anak-anak berasa dihargai dan disayangi.

29/04/2025

💢FAKTOR BERLAKUNYA GEJALA BULI💢
From: Nur Izzatul Hani Binti Harun (305098)

3. Pengaruh rakan sebaya yang negatif❌🙅🏻

Rakan sebaya sangat mempengaruhi remaja. Jika mereka dikelilingi oleh rakan yang terlibat dengan gejala sosial, mereka mudah terikut-ikut kerana ingin diterima dalam kump**an. Walaupun awalnya menolak, tekanan sosial boleh menyebabkan mereka akhirnya mencuba dadah. Justeru, penting untuk memilih rakan yang baik dan membina persekitaran yang sihat.

29/04/2025

💢FAKTOR BERLAKUNYA GEJALA BULI💢
From: Nur Izzatul Hani Binti Harun (305098)

4. Kurangnya kawalan disiplin di rumah dan sekolah🤯😤

Disiplin yang lemah di rumah atau sekolah turut menjadi faktor remaja terjebak dengan dadah. Tanpa pemantauan yang tegas, mereka berasa bebas bertindak tanpa memikirkan akibatnya. Contohnya, pelajar yang sering ponteng tetapi tidak dikenakan tindakan akan terus mengabaikan tanggungjawabnya. Lama-kelamaan, tingkah laku negatif ini boleh membawa kepada gejala sosial. Maka, pemantauan yang berterusan amat penting dalam membentuk tingkah laku yang positif.

29/04/2025

💢FAKTOR BERLAKUNYA GEJALA BULI💢
From: Nur Damia Aliah Binti Rosmaini (304826)

5. Rasa ingin menunjukkan kuasa atau dominasi😎🆒

Pembuli sering mahu kelihatan lebih hebat dan berkuasa dalam kalangan rakan sebaya. Mereka percaya dengan menindas orang lain, mereka akan dihormati atau ditakuti. Contohnya, pelajar senior mungkin memaksa pelajar baharu melakukan kerja peribadi untuk menunjukkan kuasa. Tindakan ini mencerminkan sikap egois dan boleh menjejaskan emosi serta keyakinan diri mangsa dalam jangka masa panjang.

29/04/2025

💢FAKTOR BERLAKUNYA GEJALA BULI💢
From: Nur Damia Aliah Binti Rosmaini (304826)

6. Cemburu terhadap pencapaian orang lain😒🤩🥇

Perasaan iri hati terhadap kejayaan atau kelebihan rakan sebaya boleh mendorong seseorang untuk membuli, terutamanya apabila individu tersebut berasa tercabar atau kurang keyakinan diri. Contohnya, pelajar yang aktif dalam kokurikulum dan sering mendapat pujian daripada guru mungkin dibuli oleh rakan yang berasa cemburu. Pembuli mungkin menyebarkan fitnah, memulaukan, atau melakukan kekerasan fizikal untuk menjatuhkan imej mangsa. Malah, ada juga yang menggunakan media sosial untuk mengaibkan mangsa secara terbuka. Oleh itu, jika perasaan cemburu tidak dikawal dengan baik, ia boleh menjadi dorongan negatif yang mencetuskan perlakuan buli.

Address

University Utara
Sintok
06010

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when MPU 1022 Cahaya Peradaban - Kumpulan 4 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share