Pusat Inovasi dan Pengkomersialan - ICC UUM

Pusat Inovasi dan Pengkomersialan - ICC UUM Nurture ● Innovate ● Connect

11 Ogos 2026Pusat Inovasi dan Pengkomersialan (ICC), UUM telah mengadakan kunjungan hormat ke ICC, Universiti Malaysia T...
19/08/2026

11 Ogos 2026

Pusat Inovasi dan Pengkomersialan (ICC), UUM telah mengadakan kunjungan hormat ke ICC, Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan disantuni oleh Pengarah ICC UMT, Prof. Madya Chm. Dr. Khairul Anuar Mat Amin bersama pasukan.

Kunjungan ini menjadi ruang perkongsian pengalaman dan amalan terbaik dalam bidang inovasi, pengkomersialan dan pengurusan harta intelek, di samping meneroka peluang kerjasama antara UUM dan UMT.

Semoga jalinan strategik ini terus diperkukuh demi memacu ekosistem inovasi dan pengkomersialan yang lebih berimpak.

16 Ogos 2026Pusat Inovasi dan Pengkomersialan (ICC), Universiti Utara Malaysia (UUM) telah mengadakan Bengkel Dari Idea ...
18/08/2026

16 Ogos 2026

Pusat Inovasi dan Pengkomersialan (ICC), Universiti Utara Malaysia (UUM) telah mengadakan Bengkel Dari Idea ke Produk bagi memberi pendedahan kepada peserta tentang proses membangunkan idea sehingga menjadi produk yang berpotensi untuk dikomersialkan.

Semoga perkongsian yang disampaikan dapat membantu peserta mengembangkan idea dan menghasilkan inovasi yang lebih bernilai.

11 Ogos 2026Pengarah, Pusat Inovasi dan Pengkomersialan (ICC), UUM telah mengadakan kunjungan ke Pusat Pengurusan Keceme...
13/08/2026

11 Ogos 2026

Pengarah, Pusat Inovasi dan Pengkomersialan (ICC), UUM telah mengadakan kunjungan ke Pusat Pengurusan Kecemerlangan & Inkubator Penyelidikan (CREIM), UniSZA.

Kunjungan ini melibatkan sesi perkongsian dan perbincangan berkaitan pengurusan harta intelek, pemindahan teknologi serta pengurusan inkubator, di samping meneroka peluang kerjasama strategik dalam memperkukuh ekosistem inovasi dan pengkomersialan.

Semoga jalinan kerjasama ini terus berkembang dan memberi manfaat kepada kedua-dua institusi.

11 Ogos 2026 Pusat Inovasi dan Pengkomersialan (ICC), Universiti Utara Malaysia (UUM) telah berjaya melaksanakan Klinik ...
13/08/2026

11 Ogos 2026

Pusat Inovasi dan Pengkomersialan (ICC), Universiti Utara Malaysia (UUM) telah berjaya melaksanakan Klinik ICC sebagai platform bimbingan dan konsultasi berkaitan harta intelek, inovasi dan pengkomersialan.

Melalui sesi ini, warga UUM berpeluang mendapatkan pandangan, semakan dan khidmat nasihat berkaitan idea serta hasil penyelidikan yang berpotensi untuk dilindungi dan dikomersialkan.

Klinik ICC diharapkan dapat menjadi titik permulaan dalam memperkasa idea, melindungi inovasi dan meneroka peluang pengkomersialan dalam kalangan warga UUM.

Tahniah dan selamat maju jaya diucapkan kepada kumpulan penyelidik diketuai Prof Madya Noraziah Che Pa (SOC) atas komitm...
10/08/2026

Tahniah dan selamat maju jaya diucapkan kepada kumpulan penyelidik diketuai Prof Madya Noraziah Che Pa (SOC) atas komitmen dan inisiatif membangunkan dan melengkapkan produk Inovasi untuk serahan kepada Pusat Islam UUM.

Gambar Laura Lim Sie Yi SINTOK, 10 Ogos 2026: Universiti Utara Malaysia (UUM) terus memperkukuhkan a

Hebahan Pertandingan Inovasi Digital Agensi Lestari (iDIGITAL 2026)Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,YBhg. Dato’/Datin...
05/08/2026

Hebahan Pertandingan Inovasi Digital Agensi Lestari (iDIGITAL 2026)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

YBhg. Dato’/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan,

Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa Pusat Inovasi dan Pengkomersialan (ICC), Universiti Utara Malaysia (UUM) membuka penyertaan bagi Pertandingan Inovasi Digital Agensi Lestari (iDIGITAL 2026).

Pertandingan ini bertujuan mengiktiraf inovasi digital yang memberi impak kepada kelestarian serta menggalakkan penghasilan penyelesaian kreatif melalui pendigitalan.

Maklumat pertandingan adalah seperti berikut:

Kategori Penyertaan:
Zon EKSA UUM
Terbuka (Agensi Kerajaan, Badan Berkanun, Pihak Berkuasa Tempatan dan Organisasi Luar)

Yuran Penyertaan:
RM200.00

Pengiktirafan:
Anugerah Emas (E-Sijil)
Anugerah Perak (E-Sijil)
Anugerah Gangsa (E-Sijil)
Anugerah Khas (E-Sijil)
Sijil Penyertaan (E-Sijil)

Aspek Penilaian:
Konsep Idea – Keaslian
Hasil Inovasi – Boleh dilaksanakan terus di pelbagai tempat, Unsur Digital
Impak – Jimat masa, Jimat kos, Tingkatkan produktiviti, Impak
Persembahan – Penggunaan slaid yang berkesan, Pembentangan

Tarikh Penting:
22 Ogos 2026 – Tarikh tutup pendaftaran dan penghantaran video
26–27 Ogos 2026 - Pertandingan dan penjurian
29 Ogos 2026 – Pengumuman keputusan

Pendaftaran boleh dibuat melalui pautan berikut:
https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLScY-0BjzElOeo6nYgbfTuELcXwS_0gy0NtEDQ4aHuhpaOgO7Q/viewform

Bersama-sama e-mel ini disertakan poster pertandingan untuk rujukan lanjut.

Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada:
Encik Khairil Azfar
Telefon: 014-3094746
E-mel: [email protected]

Kerjasama dan sokongan YBhg. Dato’/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan dalam menyebarluaskan hebahan ini amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih.

26 Julai 2026Pusat Inovasi dan Pengkomersialan (ICC), Universiti Utara Malaysia merakamkan setinggi-tinggi penghargaan k...
04/08/2026

26 Julai 2026
Pusat Inovasi dan Pengkomersialan (ICC), Universiti Utara Malaysia merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua warga UUM yang telah menyertai Taklimat Geran Inkubator Inovasi (GII) Bil. 2/2026.

Semoga sesi perkongsian ini dapat membantu para penyelidik, staf dan pelajar memahami peluang yang ditawarkan melalui Geran Inkubator Inovasi (GII) dalam mempercepat pembangunan inovasi ke arah pengkomersialan.

4 Ogos 2026Pusat Inovasi dan Pengkomersialan (ICC), UUM telah mengadakan sesi perbincangan bersama pereka cipta   daripa...
04/08/2026

4 Ogos 2026

Pusat Inovasi dan Pengkomersialan (ICC), UUM telah mengadakan sesi perbincangan bersama pereka cipta daripada Jabatan Pembangunan dan Pengurusan Infrastruktur (JPPI).

Perbincangan memberi tumpuan kepada usaha memperbaharui perlindungan paten, mengenal pasti peluang pasaran, serta strategi memperluaskan jaringan kerjasama dengan pihak industri.

Semoga usaha ini dapat membuka lebih banyak peluang untuk membawa inovasi UUM ke peringkat industri dan memberi manfaat kepada masyarakat.

3 Ogos 2026Pengarah dan staf Pusat Inovasi dan Pengkomersialan (ICC) telah menghadiri Konvensyen ILTIZAM 2026 sebagai ta...
03/08/2026

3 Ogos 2026

Pengarah dan staf Pusat Inovasi dan Pengkomersialan (ICC) telah menghadiri Konvensyen ILTIZAM 2026 sebagai tanda sokongan terhadap usaha memperkukuh agenda reformasi perkhidmatan awam melalui perkongsian ilmu dan kolaborasi strategik.

2 Ogos 2026Pusat Inovasi dan Pengkomersialan (ICC), Universiti Utara Malaysia telah mengadakan sesi perbincangan bersama...
03/08/2026

2 Ogos 2026

Pusat Inovasi dan Pengkomersialan (ICC), Universiti Utara Malaysia telah mengadakan sesi perbincangan bersama Tutor TISSA, Encik Mohammad Syaszuwan bin Mohd. Radzi.

Sesi ini bertujuan membincangkan aspek inovasi dan pengkomersialan, termasuk perkongsian pandangan serta penerokaan peluang untuk memperkukuh ekosistem inovasi dan memperluaskan potensi pengkomersialan hasil penyelidikan.

Semoga sesi ini menjadi pemangkin kepada lebih banyak kolaborasi strategik dan inisiatif yang memberi impak kepada universiti serta masyarakat.

Address

Pusat Inovasi Dan Pengkomersialan (ICC)
Sintok
06010

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 15:30
Sunday 08:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Inovasi dan Pengkomersialan - ICC UUM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Pusat Inovasi dan Pengkomersialan - ICC UUM:

Shortcuts

Share