Group 2 etika

Group 2 etika haii kami dari kump**an 2 etika dan peradaban dengan tajuk PATI . Sila share dan like ya ! terima kasih

01/12/2024
01/12/2024

Langkah keempat yang berkesan untuk mengatasi kemasukan pendatang tanpa izin (PATI)

Meningkatkan Pendidikan dan Kesedaran
- Kesedaran dalam Kalangan Majikan: Mengajar majikan tentang kesan negatif menggaji PTI, yang boleh menjejaskan ekonomi, keselamatan, dan imej negara. memberi insentif kepada majikan yang mempekerjakan pekerja asing yang berlesen dan sah.
- Program Pendidikan di Kalangan Pendatang: Mengajar pendatang tentang hak dan kewajipan mereka di negara tempat mereka tinggal atau bekerja.
(Ahmad Syukran Jazilan Bin Zuhaidi,303728)

Name:Wong Zheng QuanNo.matric:303872Tajuk:Kesan Kemasukan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI)4)Penyebaran Penyakit Berbaha...
01/12/2024

Name:Wong Zheng Quan
No.matric:303872
Tajuk:Kesan Kemasukan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI)

4)Penyebaran Penyakit Berbahaya
-Lambakan pendatang asing tanpa izin (PATI) di negara kita juga akan menyebabkan penyebaran penyakit berbahaya. Keadaan ini akan menyebabkan rakyat tempatan terdedah kepada penyakit berbahaya seperti tibi, kusta, batuk kering dan sebagainya. Penyebaran ini berlaku kerana pendatang asing tanpa izin (PATI) yang masuk ke dalam negara kita tidak membuat saringan kesihatan. Hal ini menyebabkan mereka akan menjangkiti rakyat tempatan.
-Oleh itu, kesihatan awam di negara kita akan terjejas. Lambakan pendatang asing tanpa izin (PATI) ini juga menjejaskan dasar-dasar kerajaan untuk mengawal penyakit berbahaya seperti Covid-19 kerana mereka yang menjadi penyebar kepada penyakit ini. Misalnya, lambakan pendatang asing tanpa izin (PATI) di negara kita akan menjejaskan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan yang dilakukan oleh kerajaan supaya negara kita mencapai imuniti kelompok.
-Namun begitu, keengganan pendatang asing tanpa izin (PATI) untuk mengikuti program ini kerana takut ditangkap oleh pihak berkuasa menyebabkan kebarangkalian untuk mereka menyebarkan Covid-19 kepada rakyat tempatan adalah tinggi. Oleh itu, negara kita akan terus dibelenggu krisis kesihatan. Kesannya, kesejahteraan rakyat dan ekonomi negara terjejas.

Sejak akhir-akhir ini, isu lambakan pendatang asing tanpa izin (PATI) kembali hangat diperkatakan di media sosial. Hal ini memberi banyak kesan kepada

Name:Wong Zheng QuanNo.matric:303872Tajuk:Kesan Kemasukan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI)3)Lambakan pendatang asing ta...
01/12/2024

Name:Wong Zheng Quan
No.matric:303872
Tajuk:Kesan Kemasukan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI)

3)Lambakan pendatang asing tanpa izin (PATI) di negara akan menyebabkan pengaliran keluar mata wang tempatan, iaitu Ringgit Malaysia ke luar negara:
-Pendatang asing tanpa izin (PATI) datang ke negara kita untuk bekerja yang sudah pastinya bagi mendapatkan wang. Wang yang diperoleh ini akan dihantar kepada keluarga mereka di negara asal mereka. Setiap kali mereka mendapat gaji, mereka akan mengirimkan sebahagian daripada gaji mereka kepada keluarga mereka di kampung.
-Secara keseluruhannya, boleh dikatakan beratus-ratus ribu Ringgit Malaysia yang dihantar oleh pendatang asing tanpa izin (PATI) ini ke negara asal mereka pada setiap bulan. Hal ini sudah pastinya akan mengurangkan pendapatan negara pada setiap tahun. Selain itu, pengaliran keluar mata wang tempatan ini juga akan merugikan negara dari segi tukaran mata wang asing. Ia boleh menjejaskan nilai Ringgit Malaysia berbanding dengan mata wang asing.

Sejak akhir-akhir ini, isu lambakan pendatang asing tanpa izin (PATI) kembali hangat diperkatakan di media sosial. Hal ini memberi banyak kesan kepada

Name:Wong Zheng QuanNo.matric:303872Tajuk:Kesan Kemasukan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI)2)Menjejaskan Peluang Pekerja...
01/12/2024

Name:Wong Zheng Quan
No.matric:303872
Tajuk:Kesan Kemasukan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI)

2)Menjejaskan Peluang Pekerjaan kepada Penduduk Tempatan:
-Pihak majikan lebih cenderung mengambil pendatang asing tanpa izin (PATI) untuk bekerja dengan mereka. Kebiasannya, golongan PATI ini diambil bekerja secara haram oleh pihak majikan di ladang-ladang kelapa sawit, sektor-sektor pembinaan dan perindustrian. Hal ini dikatakan demikian kerana pendatang asing tanpa izin (PATI) ini lebih sanggup menerima upah yang rendah berbanding dengan penduduk tempatan.
-Kesanggupan pendatang asing tanpa izin (PATI) menerima upah yang rendah ini menyebabkan pihak majikan mengambil mereka kerana kos upah yang ditanggung oleh pihak majikan akan menjadi lebih rendah. Hal ini menyebabkan peluang untuk penduduk tempatan diambil bekerja di sektor-sektor perladangan kelapa sawit, pembinaan dan perindustrian menjadi semakin tipis.
-Hal ini akan mengurangkan kos untuk pihak majikan memberikan latihan dan kemahiran kepada mereka. Jika hal ini berterusan, maka kadar pengangguran di negara ini akan meningkat.

Sejak akhir-akhir ini, isu lambakan pendatang asing tanpa izin (PATI) kembali hangat diperkatakan di media sosial. Hal ini memberi banyak kesan kepada

Name:Wong Zheng QuanNo.matric:303872Tajuk:Kesan Kemasukan Pendatang Asing Tanpa Izin Ke Malaysia1)Antara kesan lambakan ...
01/12/2024

Name:Wong Zheng Quan
No.matric:303872
Tajuk:Kesan Kemasukan Pendatang Asing Tanpa Izin Ke Malaysia

1)Antara kesan lambakan pendatang asing tanpa izin (PATI) di negara kita termasuklah menyebabkan kadar jenayah dan masalah sosial meningkat:
-Kejadian pecah rumah yang didalangi oleh pendatang asing tanpa izin (PATI) ini kerap berlaku di kawasan-kawasan perumahan, malah mereka juga sanggup merogol wanita-wanita tempatan demi memuaskan nafsu mereka. Selain itu, terdapat juga pendatang asing tanpa izin (PATI) yang terlibat dalam kegiatan gangsterisme di mana mereka akan bergaduh sesama sendiri untuk merebut kawasan kekuasaan, malah mereka juga akan mengugut warga-warga tempatan untuk membayar wang perlindungan kepada mereka.
-Budaya gangsterisme yang dibawa oleh pendatang asing tanpa izin (PATI) ini juga akan menyebabkan banyak anak-anak muda yang akan terikut-ikut dengan perlakuan mereka. Peningkatan kadar jenayah yang disebabkan oleh pendatang asing tanpa izin (PATI) ini juga menyebabkan imej negara tercemar di mata dunia kerana ketidakmampuan negara dalam mengawal jenayah.

Sejak akhir-akhir ini, isu lambakan pendatang asing tanpa izin (PATI) kembali hangat diperkatakan di media sosial. Hal ini memberi banyak kesan kepada

01/12/2024

Isu Semasa 4: Korang tahu tak ? Negeri mana sering berlaku kes PATI tak?

Kewujudan pendatang asing tanpa izin (PATI) di Malaysia akan meningkatkan risiko yang bahaya kepada rakyat. Hal ini dapat dibuktikan dengan sebanyak 153 orang PATI ditangkap dalam pelbagai jenayah di Kelantan. Kesemua individu yang ditahan itu merupakan PATI yang daripada Bangladesh, Thailand, Indonesia, Myanmar dan Pakistan. Kes kecurian melibatkan PATI mencatatkan jumlah tertinggi dengan 45 tangkapan manakala kes pecah rumah merupakan kes yang kedua tinggi iaitu 32 tangkapan. Seramai 28 warga asing p**a diberkas bagi kes khianat, sebanyak 15 orang individu dalam kes rompakan berkump**an menggunakan kenderaan, sebanyak 8 orang individu dalam kes menceroboh, seramai 7 orang individu dalam pukul dan kes yang terendah ialah kes ugutan jenayah iaitu sebanyak 6 orang.

Selain itu, jenayah yang banyak dilakukan di Kelantan juga berkaitan dengan kes penyeludupan orang juga sering dikaitkan dengan pendatang asing tanpa izin. Pada 22 November 2024, enam warga Thailand, termasuk dalang utama rangkaian sindiket penyeludupan manusia di Kelantan ditangkap dalam operasi khas yang dijalankan oleh Jabatan Imigresen Malaysia di sekitar Rantau Panjang. Pemeriksaaan lanjut kemudiannya membawa kepada penahanan 13 lelaki dan 22 wanita warga Indonesia ,dua lelaki daan seorang wanita warga Thailand serta seorang lelaki warga Myanmar. Modus operandi sindiket adalah menyasaarkan individu warga asing yang telah disenarai hitam dan ingin memasuki Malaysia. Pendatang asing tanpa izin biasa dibawa masuk ke Malaysia melalui pangkalan haram di Rantau Panjang, Kelantan dan seterusnya ke destinasi di sekitar Lembah Klang dengan menggunakan van pelancong Thailand.

Disamping itu, Jabatan Imigresen Malaysia menumpaskan satu sindiket penyeludupan migran melalui laluan haram menggunakan motosikal dalam operasi khas di Kubang Kerian dan Lembah Sireh Kota Bharu, Kelantan pada Jun 15, 2024. Operasi ini dapat bertindak menyerbu sebuah rumah transit dan berjaya menahan seramai empat lelaki warga Bangladesh. Akibat daripada operasi ini, pasukan berjaya mendapat maklumat mengenai pergerakan 'transporter' memindahkan PATI ke Terminal Bas Ekspres Lembah Sireh. Pemeriksaan di kawasan sekitar terminal dan berjaya menahan seramai 24 PATI terdiri dari 17 lelaki dan 7 wanita warga asing dipercayai sedang menunggu bas untuk dibawa ke destinasi yang ditetapkan.

Tan Xuan Jie (303956)

https://www.bharian.com.my/berita/kes/2024/06/1258956/sindiket-seludup-pati-guna-motosikal-tumpas-di-kelantan
https://www.kosmo.com.my/2024/01/22/153-pati-terlibat-kes-jenayah-dicekup-di-kelantan-

01/12/2024

Isu Semasa 3: Aduhai!! PATI amat membahayakan keselamatan rakyat..

Kehadiran pendatang asing tanpa izin (PATI) di Malaysia telah menimbulkan pelbagai isu keselamatan. Hal ini akan mengancam keselamatan rakyat dan membawa keburukan kepada masyarakat. Pelbagai aspek jenayah yang sering dikaitkan dengan pendatang asing tanpa izin di Malaysia seperti jenayah keganasan, jenayah dadah, jenayah siber, jenayah pemerdagangan manusia dan sebagainya.

Sehingga 16 Julai 2016, Kerajaan Malaysia melalui PDRM telah menahan 213 orang yang terlibat dalam kegiatan ISIS (DAESH) termasuk 27 orang warga asing. Menurut Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, sebanyak 2,366 orang ditangkap dalam tempoh tersebut iaitu peningkatan sebanyak 409 orang berbanding empat tahun sebelum ini. Jumlah rakyat asing yang ditangkap kerana terbabit jenayah meningkat sebanyak 20.09 peratus.

Pada November 2023, terdapat seorang lelaki warga Nepal melarikan kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun di hadapan sebuah kedai roti canai di Pekan Jeniang, Kuala Muda. Lelaki warga Nepal itu mengacukan pisau ke arah leher kanak-kanak terbabit dan meminta wang untuk makan kepada bapa mangsa yang berada di hadapan suspek ketika itu. Motif suspek bertindak demikian kerana terlalu tertekan dan berada dalam keadaan kelaparan ketika kejadian kerana sudah beberapa hari tidak makan. Disebabkan kekurangan wang dan makanan, pendatang asing tanpa izin mungkin melakukan tindakan jenayah seperti mencuri,merampas dan sebagainya supaya dapat wang.

Tan Xuan Jie (303956)
https://www.astroawani.com/berita-malaysia/lelaki-nepal-acu-pisau-cuba-larikan-kanakkanak-perempuan-ditahan-447605
https://www.utusan.com.my/nasional/2023/12/warga-asing-terbabit-jenayah-meningkat/

01/12/2024

Isu Semasa 2:
Masalah Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) juga berkaitan dengan kes penyalahgunaan dokumen pekerja asing, khususnya berkaitan dengan penggunaan MyKad palsu. Hal ini telah meningkatkan keseriusan masalah PATI di Malaysia.

Pada 27 Februari 2023, Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan JPN Putrajaya telah menjalankan Ops Pintas di sekitar kawasan perindustrian Puchong, Selangor dan berjaya memintas satu van penumpang yang membawa pekerja warga asing yang disyaki menggunakan kad pengenalan palsu untuk bekerja. Pemeriksaan terperinci ini telah menjumpai 13 belas kad pengenalan palsu dan satu kad pengenalan milik orang lain yang digunakan oleh kesemua mereka.

Akibat daripada operasi ini, pasukan telah membuat pemeriksaan susulan lagi di kawasan Taman Perindustrian Puchong dan telah berjaya menahan 15 orang lain p**a yang kesemuanya juga menggunakan kad pengenalan palsu. Mereka telah membeli kad pengenalan palsu yang berharga RM300 dari seorang ejen yang tidak dikenali di Selangor. Kesemua kes disiasat di bawah Peraturan 25(1)(e) Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990 (Pindaan 2007) kerana disyaki menggunakan kad pengenalan palsu dan kad pengenalan milik orang lain sebagai pengenalan diri, sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara tidak melebihi 3 tahun atau denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya.
Pada Julai 2024, tiga pengawal keselamatan warga asing yang warganegara Filipina ditahan dalam serbuan di sebuah premis perniagaan selepas didapati memiliki MyKad palsu dalam Ops Pengawal Keselamatan.

Bahagian Penguat kuasa Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) berkata, siasatan awal dipercayai ketiga-tiga lelaki warga Filipina itu disyaki menggunakan MyKad palsu itu antara satu hingga dua tahun lalu. "Mereka disyaki menggunakan kad pengenalan berkenaan sebagai identiti diri bagi mendapatkan pekerjaan," kata kenyataan itu hari ini.

MyKad berkenaan diperoleh daripada ejen dengan harga RM200 ke RM250 dan majikan p**a tidak mengetahui pengawal keselamatan terbabit menggunakan MyKad palsu kerana tidak membuat semakan.

Seorang daripada mereka memiliki pasport Filipina manakala dua lagi lelaki tidak memiliki sebarang dokumen perjalanan yang sah.
Ketiga-tiga individu berkenaan boleh dituduh mengikut Peraturan 25(1)(e) Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda mencecah RM20,000.

Tan Xuan Jie (303956)

https://www.jpn.gov.my/my/kenyataan-media/4076-29-warga-asing
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/08/1125657/3-jaga-warga-filipina-guna-mykad-palsu-dicekup
https://www.bharian.com.my/berita/kes/2024/08/1288352/3-pengawal-keselamatan-warga-filipina-beli-mykad-palsu-rm200-hingga-rm250
https://www.sinarharian.com.my/article/674604/berita/semasa/pengawal-keselamatan-warga-filipina-ditahan-miliki-mykad-palsu

01/12/2024

Isu Semasa 1:Pendatang asing tanpa izin (PATI) merupakan satu masalah yang serius di Malaysia. Tapi, kalian tahu tak? Apakah sektor pekerja sering bergantung dengan PATI ? Salah satu sektor yang sering bergantung dengan PATI ialah dalam sektor pembinaan.
Menurut berita yang dari Berita Harian pada Julai 12, 2017, sebahagian besar daripada 3,126 pendatang tanpa izin (PATI) yang ditahan di seluruh negara dalam Ops Mega Jabatan Imigresen setakat jam 5 petang semalam, bekerja dalam sektor pembinaan. Menurut Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Imigresen, Datuk Jaafar Mohamed, berkata ini berikutan kepesatan sektor berkenaan terutama di Lembah Klang menyebabkan pekerja warga asing diambil. Ops Mega dijalankan di seluruh negara, tetapi kebanyakan PATI yang ditahan adalah di sekitar Lembah Klang, terutama sektor pembinaan.
Tindakan tangkapan ini disertai oleh 148 kakitangan Jabatan Imigresen dari Putrajaya dan Negeri Sembilan di sebuah tapak pembinaan di Batu 12 Jalan Pantai. Seramai 85 orang warga asing diperiksa dan daripada jumlah itu, 77 orang ditahan, iaitu 60 warga Indonesia dan 15 Bangladesh, serta masing-masing seorang warga Nepal dan Pakistan.
Jaafar berkata, antara kesalahan mengikut Akta Imigresen 1959/1963 yang dikenal pasti dilakukan oleh warga asing terbabit, termasuk enam wanita adalah tinggal melebihi tempoh dibenarkan, tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah dan melanggar syarat pas pekerjaan.
Selain itu, Jabatan Imigresen Johor menahan 137 pendatang asing tanpa izin (PATI) dalam operasi penguatkuasaan di tapak pembinaan di Jaya Putra pada Mac, 2024. Seramai 219 warga asing dan seorang warga tempatan diperiksa sebelum 137 daripadanya ditahan.
"Mereka yang ditahan merangkumi 17 wanita dan 81 lelaki warga Indonesia, 19 lelaki warga Bangladesh, dua wanita dan 14 lelaki warga Myanmar, seorang wanita dan seorang lelaki warga Vietnam serta dua lelaki warga Pakistan yang semuanya berusia dalam lingkungan 18 hingga 55 tahun," katanya menerusi kenyataan media, hari in
Beliau berkata, mereka yang ditahan dipercayai melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) kerana tidak memiliki pas atau permit sah untuk berada di Malaysia dan dan Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) kerana tinggal lebih masa.
Katanya, seorang lelaki warga Indonesia disiasat di bawah Seksyen 56(1)(1) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) kerana menggunakan atau memiliki pas lawatan sosial palsu.
Baharuddin berkata, semua tahanan ditempatkan di Depot Imigresen Setia Tropika untuk siasatan dan tindakan lanjut.
Beliau berkata, usaha penguatkuasaan di seluruh Johor akan ditingkatkan bagi membanteras isu kebanjiran PATI di negeri itu.

Tan Xuan Jie (303956)

https://www.bharian.com.my/taxonomy/term/11/2017/07/301322/majoriti-pati-ditahan-dalam-sektor-pembinaan
https://www.bharian.com.my/berita/kes/2024/03/1226744/imigresen-johor-tahan-137-pati-di-tapak-binaan

Address

UUM Sintok
Sintok
06010

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Group 2 etika posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share