03/12/2024
KEMAJUAN PERLINDUNGAN HAK ASASI KANAK-KANAK DI MALAYSIA
Konvensyen Hak Kanak-Kanak (CRC)
Malaysia ialah salah satu negara ahli dalam CRC, sebuah konvensyen antarabangsa yang menetapkan hak-hak sivil, politik, ekonomi, sosial, dan kulural kanak-kanak. Terdapat tiga protokol tambahan kepada Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak.
Yang pertama, Protokol Tambahan mengenai Penglibatan Kanak-Kanak dalam Konflik Bersenjata, menghendaki negara pihak memastikan bahawa kanak-kanak di bawah umur 18 tahun tidak direkrut secara paksa ke dalam tentera mereka dan menyeru kerajaan untuk melakukan segala yang mungkin bagi memastikan anggota tentera yang berumur di bawah 18 tahun tidak terlibat dalam permusuhan. Protokol ini berkuatkuasa pada 12 Julai 2002. Sehingga 22 November 2024, 172 negara adalah pihak kepada protokol ini, dan 8 negara lagi telah menandatangani tetapi belum meratifikasinya.
Yang kedua, Protokol Tambahan mengenai Penjualan Kanak-Kanak, Pelacuran Kanak-Kanak, dan Pornografi Kanak-Kanak, menghendaki negara pihak untuk mengharamkan penjualan kanak-kanak, pelacuran kanak-kanak, dan pornografi kanak-kanak. Protokol ini berkuatkuasa pada 18 Januari 2002. Sehingga 22 November 2024, 178 negara adalah pihak kepada protokol ini, dan 7 negara lagi telah menandatangani tetapi belum meratifikasinya.
Yang ketiga, Protokol Tambahan kepada Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak mengenai Prosedur Aduan, membolehkan kanak-kanak atau wakil mereka mengemukakan aduan individu untuk pelanggaran hak kanak-kanak. Protokol ini diterima pakai pada Disember 2011 dan dibuka untuk tandatangan pada 28 Februari 2012. Protokol ini kini mempunyai 52 tandatangan dan 50 ratifikasi, dan berkuatkuasa pada 14 April 2014 selepas ratifikasi yang ke-10 pada tiga bulan sebelumnya.
Malaysia telah meratifikasikan Protokol Tambahan pertama dan kedua. Walaupun Malaysia masih belum meratifikasikan Protokol ketiga, pelbagai langkah telah diambil oleh kerajaan untuk mengemukakan aduan mengenai pelanggaran hak kanak-kanak, termasuk penggubalan akta-akta mengenai kanak-kanak.
Akta Kanak-Kanak 2001
Akta Kanak-Kanak 2001 telah menubuhkan Mahkamah Bagi Kanak-Kanak bagi kes jenayah yang melibatkan kanak-kanak. Seksyen 12 mewajibkan Mahkamah tersebut terletak di bangunan berbeza dengan Mahkamah lain, ataupun membezakan hari pembicaraan kes mengenai kanak-kanak dengan kes yang lain, jika keadaan dibenarkan. Seksyen 15 melarang laporan media masa mendedahkan apa-apa butir yang mampu mendedahkan identiti kanak-kanak yang terlibat dalam perbicaraan mahkamah.
Kedua-dua seksyen ini telah melindungi privasi kanak-kanak supaya mereka bebas daripada kritikan masyarakat yang tidak diperlukan, dan memberi peluang kepada mereka untuk pulih dan meneruskan kehidupan tanpa stigma yang berpanjangan. Langkah ini juga memastikan persekitaran perbicaraan lebih mesra kepada kanak-kanak, membantu mereka merasa selamat untuk memberi keterangan tanpa tekanan atau ketakutan.
Selain itu, peruntukan ini mendorong masyarakat untuk menghormati hak kanak-kanak dan mengelakkan spekulasi awam yang boleh menjejaskan perkembangan emosi mereka. Dengan mengasingkan lokasi dan masa perbicaraan, serta melindungi identiti kanak-kanak, keutamaan terhadap kesejahteraan dan maruah kanak-kanak dalam sistem keadilan Malaysia telah detegaskan.
Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017
Disebabkan oleh peningkatan kes-kes kesalahan seksual terhadap kanak-kanak, Kerajaan Malaysia telah menggubal akta ini untuk membicarakan kes-kes kesalahan seksual di mahkamah secara spesifik.
Seksyen 5 melarang pembuatan, penghasilan dan penglibatan kepada itu dalam pornografi kanak-kanak. Ini konsisten dengan Protokol Tambahan mengenai Penjualan Kanak-Kanak, Pelacuran Kanak-Kanak, dan Pornografi Kanak-Kanak yang diratifikasikan di Malaysia. Bahagian IV dalam akta ini p**a melarang amang seksual fisikal dan bukan fizikal atas kanak-kanak. Ini menunjukkan Kerajaan telah mempertimbangkan fakta bahawa amang seksual bukan Sahaja dilakukan secara fizikal, tetapi secara verbal, siber dan lain-lain juga.
Secara keseluruhannya, Akta ini mencerminkan komitmen Kerajaan Malaysia dalam melindungi hak dan kesejahteraan kanak-kanak daripada ancaman jenayah seksual yang semakin meningkat. Dengan kewujudan akta ini, pesalah akan dihukum, Masyarakat juga akan dididik tentang kepentingan mencegah jenayah seksual terhadap kanak-kanak dan melindungi masa depan mereka.
LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENGUATKAN PERLINDUNGAN HAK ASASI KANAK-KANAK
Penguatkuasaan Undang-Undang Yang Lebih Tegas
Menurut Dato' Sri Dr. Mohd Uzir Mahidin, Ketua Perangkawan Malaysia, statistik menunjukkan peningkatan 21% dalam kes jenayah seksual terhadap kanak-kanak pada 2023, dengan 1,567 laporan diterima oleh pihak polis.
Ini menunjukkan keperluan peguatkuasaan undang-undang yang lebih tegas dan efisien untuk menangani peningkatan kes jenayah tersebut di Malaysia.
Pencegahan dan Pendidikan
Menurut UNICEF Malaysia, 4% kanak-kanak yang menggunakan internet telah mengalami eksploitasi seksual dalam talian pada tahun 2021, termasuk ugutan untuk melakukan aktiviti seksual atau perkongsian imej tanpa kebenaranβ.
Oleh itu, penyediaan pendidikan seksual komprehensif adalah sangat penting untuk meningkatkan kesedaran terhadap isu ini dalam kalangan kanak-kanak. Cara-cara untuk mengidentifikasikan seksual eksploitasi dan menghadapinya wajar diajar kepada kanak-kanak.