25/05/2024
๐ ๐ฃ๐จ ๐ญ๐ฌ๐ฎ๐ฎ - ๐๐ง๐๐๐ & ๐ฃ๐๐ฅ๐๐๐๐๐๐ก (๐)
๐๐จ๐ ๐ฃ๐จ๐๐๐ก: ๐ฎ
๐ง๐๐๐จ๐: ๐๐๐๐๐ฅ๐๐ก ๐๐๐๐๐ ๐ ๐๐ ๐ฃ๐๐ฅ๐ง๐๐๐๐ก๐๐๐ก ๐ฃ๐๐ฅ๐ฃ๐๐๐จ๐๐ก ๐๐๐๐๐ ๐ ๐๐ฆ๐ฌ๐๐ฅ๐๐๐๐ง ๐ฃ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐ ๐ ๐๐๐๐ฌ๐ฆ๐๐
Malaysia merupakan sebuah negara yang maju sehingga berjaya melonjakkan reputasi negara di mata dunia. Perpaduan antara kaum yang kukuh, jelas menyumbang kepada kemajuan negara kita. Maksud perpaduan menurut Kamus Dewan Edisi keempat ialah bergabung menjadi satu atau sepakat. Penubuhan Malaysia tidak hanya berfokus pada aspek geografi, tetapi juga untuk mengiktiraf kepelbagaian budaya, bahasa dan agama. Kepelbagaian kaum telah menjadi ciri unik di Malaysia sehingga kini. Dengan jumlah penduduk Malaysia seramai 32.7 juta (Jabatan Perangkaan Malaysia 2022), etnik utamanya terdiri dari Melayu, Cina, India dan suku asli di Sabah serta Sarawak, ini menunjukkan keharmonian budaya yang luar biasa. Pesta perayaan, festival kebudayaan, dan warisan adat resam diteruskan dari generasi ke generasi serta diraikan bersama-sama adalah bukti bagaimana kepelbagaian dapat menjadi nilai yang mampu menyatupadukan kita semua.
Cabaran dari segi sosial adalah sistem pendidikan yang diasingkan mengikut kaum telah wujud dan meninggalkan kesan yang kurang baik. Pengenalan sistem sekolah vernakular yang mengikut kaum, menyebabkan masih ramai rakyat Malaysia tidak fasih bertutur dalam bahasa kebangsaan iaitu Bahasa Melayu kerana terlalu minat bertutur bahasa ibunda sejak bangku sekolah. Kurangnya niat untuk menguasai Bahasa Melayu secara mendalam, mengakibatkan sukar untuk memahami individu lain yang berbeza pendapat dengan kita. Seterusnya, para pelajar juga akan hilang peluang menjalankan aktiviti Kokurikulum dan Sukan Tahunan bersama-sama. Perkara ini akan menyebabkan para pelajar kurang memiliki kesedaran tentang budaya kaum lain serta hilang platform untuk bekerjasama sebagai satu pasukan yang terdiri daripada pelbagai etnik. Bukan itu sahaja, angkara segelintir masyarakat yang menyebarkan berita-berita palsu dan sensitif terhadap sesuatu kaum lain, serta amalan kecam-mengecam di Media Sosial juga menjadi antara cabaran sosial. Perkara sebegini boleh mengungkitkan kemarahan suatu kaum terhadap kaum lain, sehingga menjejaskan kehidupan berkomuniti. Sebagai contoh, mula kehilangan kepercayaan antara jiran dan rakan-rakan sejawat.
Antara cabaran ekonomi dalam mempertahankan perpaduan dalam masyarakat di Malaysia yang pertama adalah dominasi sektor ekonomi. Ekoran daripada peristiwa 13 Mei 1969 yang telah menyebabkan setiap perkauman mendominasi setiap sektor yang berbeza, sedikit sebanyak ia telah memberi kesan dalam ekonomi kita pada hari ini. Setiap kaum telah berusaha untuk mendapatkan hak dan keuntungan yang lebih besar daripada pertumbuhan ekonomi negara dan berusaha merebut peluang ekonomi yang wujud. Kesannya, ia telah menyebabkan berlakunya jurang yang luas dari segi penguasaan ekonomi di samping ketidakseimbangan pendapatan dalam kalangan masyarakat juga berlaku. Cabaran ekonomi dalam mempertahankan perpaduan dalam masyarakat di Malaysia yang kedua adalah perbezaan pekerjaan. Seperti yang dapat dilihat dalam dunia pekerjaan sekarang, rata-rata sesuatu pekerjaan itu hanya terdiri daripada pekerja yang mengikut kaum tertentu sahaja. Oleh itu, ia boleh menghalang daripada sesuatu interaksi antara kaum itu berlaku dengan lebih kerap. Kesannya, interaksi hanya berlaku di kalangan etnik yang sama sahaja sehingga boleh menyebabkan semangat perkauman yang terus menebal di antara masyarakat.
Perbezaan parti politik di Malaysia yang berasaskan perkauman telah menyukarkan perpaduan kaum. Dunia politik sering kali penuh dengan kontroversi, dan ada individu yang mempunyai matlamat dan minat yang berbeza. Pemimpin politik perlu bersikap terbuka dan matang, serta mengutamakan kepentingan negara daripada kepentingan sendiri. Identiti Politik juga salah satu cabaran di mana ahli politik menekankan perbezaan etnik atau agama untuk memenangi undi. Ini boleh menghalang usaha perpaduan. Ini sering dilihat dalam kempen pilihan raya di mana parti politik memberi tumpuan kepada kump**an etnik tertentu. Kepimpinan politik yang tidak jujur โโatau amalan rasuah boleh menjejaskan usaha integrasi. Ahli politik perlu menunjukkan integriti dan komitmen terhadap prinsip perpaduan dan keadilan bagi memastikan keyakinan rakyat terhadap kerajaan.
Cabaran globalisasi dalam mempertahankan perpaduan negara ialah pengaruh budaya asing dalam masyarakat Malaysia. Hal ini dikatakan demikian kerana, budaya pengaruh asing ini dapat memperkaya kehidupan kita bahkan ia juga dapat menimbulkan ancaman terhadap identitas budaya tempatan. Sebagai contohnya, budaya pop asing yang menular di media sosial , media massa dan internet, sering kali mendominasi landskap budaya. Dengan menularnya budaya asing tersebut, ini menyebabkan generasi muda kehilangan sentimen terhadap nilai-nilai tradisional tempatan. Oleh itu, ini menyebabkan perpecahan identitas yang dapat mempengaruhi perpaduan sosial. Selain itu, cabaran globalisasi dalam mempertahankan perpaduan negara ialah ketidakseimbangan ekonomi. Hal ini dikatakan demikian kerana, malaysia menghadapi tekanan untuk bersaing dalam pasaran global yang semakin kompetitif dan akan menyebabkan berlakunya peningkatan kesenjangan antara golongan kaya dan miskin. Oleh itu, ketidakseimbangan ekonomi ini dapat merosakkan perpaduan dengan mencipta ketidakpuasan dan ketidakadilan di kalangan masyarakat. Cabaran globalisasi dalam mempertahankan perpaduan negara yang terakhir adalah konflik nilai. Hal ini dikatakan demikian kerana, malaysia dikenali dengan kepelbagaian agama dan budaya, tetapi globalisasi telah menimbulkan kesan buruk terhadap masyarakat iaitu membawa ideologi dan nilai-nilai yang baru sering bertentangan dengan nilai-nilai tradisional tempatan. Oleh itu, ini akan menyebabkan berlakunya konflik antara kelompok- kelompok yang berbeza dan melemahkan ikatan perpaduan yang telah dibina.
Kesimp**annya, perpaduan di Malaysia terancam oleh cabaran sosial, politik, globalisasi dan ekonomi yang menghambat interaksi antara kaum serta memperkuat semangat perkauman. Untuk memajukan perpaduan nasional, penting bagi semua pihak mengatasi cabaran ini dengan pendekatan inklusif, adil dan berintegriti agar kedaulatan negara kita terjamin dan rakyat sentiasa bersemangat perpaduan.