A231mpu1022/c - Kumpulan 9

A231mpu1022/c - Kumpulan 9 Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from A231mpu1022/c - Kumpulan 9, Education Website, SLCP UUM, Sintok.

NUR ANIS NATASYA BINTI MOHD RIDUAN (300578)Skim cepat kaya merupakan satu pelan yang lazimnya menawarkan kadar p**angan ...
21/12/2023

NUR ANIS NATASYA BINTI MOHD RIDUAN (300578)

Skim cepat kaya merupakan satu pelan yang lazimnya menawarkan kadar p**angan yang tinggi atau tidak realistik bagi jumlah pelaburan yang kecil dan pada masa yang sama menjanjikan pelaburan tersebut adalah mudah dan bebas daripada sebarang risiko. Antara aktiviti Skim Cepat Kaya ialah pengambilan deposit secara haram atau menjalankan urus niaga mata wang asing tanpa kebenaran Pengawal Pertukaran Wang Asing di bawah Akta Kawalan Pertukaran Wang 1953 (AKPW). Contoh Skim Cepat Kaya yang diharamkan seperti Pak Man Telo dan Swiss Cash. Berikut merupakan cara-cara dari terjebak dengan skim cepat kaya:

Kebaikan kesedaran keselamatan siber dan keburukan kekurangan kesedaran keselamatan siber - NG PIN XUAN (300588)Kesedara...
19/12/2023

Kebaikan kesedaran keselamatan siber dan keburukan kekurangan kesedaran keselamatan siber - NG PIN XUAN (300588)
Kesedaran keselamatan siber merujuk kepada pemahaman dan pengiktirafan individu atau organisasi terhadap risiko dan amalan terbaik untuk melindungi diri mereka daripada ancaman siber. Masyarakat digalakkan untuk meningkatkan kesedaran keselamatan siber kerana terdapat kebaikannya dan sebaliknya mempunyai keburukan jika kekurangan keselamatan siber dalam diri sendiri.
Peningkatan kesedaran ini membawa kebaikan seperti, perlindungan data peribadi,
kebolehpercayaan perniagaan dan pencegah penipuan siber. Namun begitu, kekurangan kesedaran terhadap keselamatan siber akan membawa keburukan kepada individu atau organisasi seperti menjadi mangsa jenayah siber, peningkatan risiko serangan dan gangguan operasi perniagaan.

Kebaikan kesedaran keselamatan siber:
I.Perlindungan data
Kesedaran keselamatan siber membantu individu untuk melindungi data peribadinya dari ancaman siber. Seseorang yang mempunyai kesedaran keselamatan siber akan menggunakan teknologi dengan rasional tanpa mendedahkan maklumat peribadi seperti nama, alamat rumah dan sebagainya.
II.Kebolehpercayaan Perniagaan
Organisasi yang mempunyai kesedaran keselamatan siber dapat menghindarikan organisasinya dari pelanggaran keselamatan siber seperti berlakunya pengubahan profil pekerja. Organisasi tersebut juga akan memberi perhatian untuk menaik taraf sistem organisasi kepada sistem terbaru untuk mengurangkan risiko menghadapi serangan siber. Dengan ini, organisasi yang mempunyai kesedaran ini boleh meningkatkan kebolehpercayaan daripada pelanggan dan pihak berkepentingan lain.
III.Pencegah Penipuan Siber
Dengan mempunyai kesedaran keselamatan siber, individu dapat mengenali dan mengelakkan penipuan siber seperti penipuan dengan modus pinjaman online dan sebagainya. Contohnya, seseorang yang mempunyai kesedaran ini tidak akan klik pautan yang curiga yang dihantar dalam emel atau Whatsapp.

Keburukan kekurangan kesedaran keselamatan siber:
I.Menjadi mangsa jenayah siber
Sekiranya individu tidak meningkat kesedaran keselamatan siber, dia tidak akan mempunyai kewaspadaan yang cukup terhadap jenayah siber seperti penyalahgunaan data peribadi. Contohnya, seseorang yang kekurangan kesedaran kemungkinan mendedahkan maklumat peribadi dalam media sosial. Maklumat peribadi tersebut kemungkinan diguna oleh orang yang berniat jahat.
II.Peningkatan Risiko Serangan
Kekurangan kesedaran keselamatan siber akan meningkatkan risiko seseorang mendapat risiko serangan siber. Seseorang mudah untuk percaya penipuan yang dia alami seperti phishing sehingga wangnya ditipu akibat maklumat kad kerdit terdedah.
III.Gangguan Operasi Perniagaan
Serangan siber seperti ransomware boleh membawa kesan yang serius kepada perniagaan. Kekurangan kesedaran keselamatan siber menyebabkan organisasi tidak menitikberatkan maklumat berkaitan sistem pertahanan siber sehingga berlakunya kehilangan data organisasi, kerugian kewangan dan lain.

Oleh itu, kita perlulah memupuk kesedaran keselamatan siber dan bijak mengguna teknologi dan media sosial supaya tidak menyalahgunakan apa-apa yang terdapat dalam Internet.

SOFWAN ADAM BIN FAZNEE ANIFF (300571)Kajian daripada Mohd Azrul Mohamad Salleh dari Universiti Kebangsaan Malaysia Tahun...
16/12/2023

SOFWAN ADAM BIN FAZNEE ANIFF (300571)

Kajian daripada Mohd Azrul Mohamad Salleh dari Universiti Kebangsaan Malaysia Tahun 2016 mendapati bahawa pembangunan sistem atau aplikasi secara dalam talian mendorong kepada anjakan paradigma yang memberi impak kepada kehidupan harian masyarakat dalam memproses, berkongsi dan penyebaran maklumat.

Selain itu,menurut Mohd Azrul, pembangunan teknologi ini akan menjana lagi pembentukan sebuah masyarakat abad ke 21 yang baharu iaitu masyarakat digital atau masyarakat jaringan.

Justeru, literasi konsumerisme dalam kalangan pengguna harus dipergiatkan bagi memastikan perkara-perkara yang tidak diingini seperti penipuan, pencerobohan hak pengguna dan sebagainya tidak berlaku, lebih-lebih lagi mendepani arus kemodenan dan kepantasan maklumat di hujung jari.

Ancaman jenayah siber ini menjadi ancaman utama negara. Perangkaan menunjukkan dari Januari hingga April tahun 2020 berlaku peningkatan jenayah siber yang tinggi dan bilangannya mencecah 3,510 kes.

Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman p**a dilaporkan menerima lebih 800 laporan polis berkaitan dengan penipuan penjualan topeng muka secara atas talian dari Januari hingga September tahun ini melibatkan kerugian lebih RM5.5 juta.

Sementara itu kes jenayah siber 2021 meningkat lebih 99 peratus berbanding tahun 2020 dan 2019 dab modus operandi sendiket ini menggunakan Instragam, Twitter dan Face Book untuk menipu mangsa.

Tanggungjawab individu terhadap penggunaan media sosial dalam membanteras jenayah siber - WAN ZATI AEISYA DANIELLA BINTI...
06/12/2023

Tanggungjawab individu terhadap penggunaan media sosial dalam membanteras jenayah siber - WAN ZATI AEISYA DANIELLA BINTI WAN ZAKARIA (300621)

Pada era digital ini, perkembangan teknologi terutama media sosial, memberi pelbagai implikasi terhadap pengguna, khususnya internet yang menjadi medium efektif bagi tujuan tersebut.Selain itu, ia membolehkan pengguna internet mengakses informasi bagi pengump**an data dan maklumat untuk meningkatkan pengetahuan, daya pemikiran kreatif dan inovasi serta kemahiran mereka.Namun, terdapat segelintir masyarakat yang mengambil kesempatan terhadap kemudahan tersebut untuk melakukan perkara yang menyalahi undang-undang. Kesan daripada perkembangan teknologi ini juga, isu jenayah siber juga kian membarah hingga ke hari ini.Kes penipuan wang dan kecurian data peribadi merupakan antara kejadian yang diklasifikasikan sebagai jenayah siber. Ia adalah kerana kejadian jenayah tersebut dilakukan menerusi penggunaan gajet elektronik dan internet .Penggunaan media sosial sebagai alat komunikasi dan hiburan juga turut menjadi medium bagi penjenayah-penjenayah siber dalam meneruskan aktiviti mereka. Tetapi, sekiranya pengguna-pengguna media sosial bijak dalam pengendalian medium tersebut,isu jenayah siber ini pasti dapat dikurangkan dari terus merebak. Oleh itu, setiap individu perlulah mengetahui tanggungjawab masing-masing dalam penggunaan media sosial agar jenayah siber dapat dibendung.

POSTER KUMPULAN 9 PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN (C)TAJUK :JENAYAH SIBER
05/12/2023

POSTER KUMPULAN 9 PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN (C)

TAJUK :JENAYAH SIBER

Prinsip perlindungan data peribadi – TAN AN YI (300635)Pada tahun 2023 kes jenayah siber telah meningkat sebanyak 13% ak...
05/12/2023

Prinsip perlindungan data peribadi – TAN AN YI (300635)
Pada tahun 2023 kes jenayah siber telah meningkat sebanyak 13% akibat daripada masyarakat tidak mempunyai kesedaran terhadap perlindungan data peribadi di atas talian.Hal ini memberikan peluang kepada penjenayah siber untuk mengambil kesempatan bagi menjalankan jenayah siber seperti penipuan,kecurian maklumat,skim cepat kaya dan peminjaman tidak wujud. Jenayah siber boleh menggugat keharmonian dan keamanan dalam masyarakat.Jadi bagi mencegahkan penjenayah mengambil tindakan yang tidak beretika ini masyarakat perlu mematuhi 4 prinsip perlindungan data peribadi bagi mengelakkan diri daripada menjadi mangsa jenayah siber dan juga membina masyarakat yang lebih aman damai serta kurang ancaman.

1. Prinsip Penyimpanan
Prinsip penyimpanan iaitu pengguna data perlu memastikan data peribadi tidak disimpan lebih lama daripada yang diperlukan untuk memenuhi tujuan pemprosesannya. Pengguna data perlu mengambil langkah yang munasabah untuk memastikan data peribadi dihapuskan atau dipadamkan secara kekal apabila tujuan pemprosesannya telah dipenuhi.

2. Prinsip Integriti Data
Prinsip integriti data iaitu pengguna data bertanggungjawab untuk mengambil langkah-langkah yang munasabah bagi memastikan data peribadi adalah tepat, lengkap, tidak mengelirukan dan sentiasa dikemas kini, dengan mengambil kira tujuan (dan sebarang tujuan yang berkaitan secara langsung) data peribadi itu dikumpulkan dan diproses.

3.Prinsip Keselamatan
Prinsip keselamatan iaitu pengguna data untuk mengambil langkah yang praktikal semasa memproses data peribadi bagi melindungi data peribadi itu daripada hilang, disalah guna, diubah suai, diakses atau dizahirkan tanpa kebenaran atau tidak sengaja, digubah atau dimusnahkan.

4.Prinsip Penzahiran
Prinsip ini melarang penzahiran data peribadi tanpa kebenaran subjek data iaitu untuk tujuan lain selain daripada tujuan penzahiran yang dinyatakan semasa data peribadi tersebut dikumpulkan atau tujuan yang berkaitan secara langsung dengannya dan kepada mana-mana pihak selain daripada golongan pihak ketiga yang telah dimaklumkan kepada subjek data.

CABARAN MENGHADAPI JENAYAH SIBER DAN PENCEGAHANNYA - ALEENA NATASYA BINTI KAMARUL AZHAR (300581)Isu jenayah siber di Mal...
01/12/2023

CABARAN MENGHADAPI JENAYAH SIBER DAN PENCEGAHANNYA
- ALEENA NATASYA BINTI KAMARUL AZHAR (300581)

Isu jenayah siber di Malaysia semakin berleluasa. Jenayah siber ini mampu menjangkau batasan dari sebuah negara ke sebuah negara lain dalam tempoh masa yang singkat. Ia dipanggil jenayah siber kerana kejadian jenayah tersebut dilakukan menerusi gajet elektronik dan internet. Terdapat pelbagai cabaran menghadapi jenayah siber dan juga cara mencegah cabaran-cabaran tersebut.

Antaranya ialah ;

1. Permasalahan remaja dalam penggunaan siber.
Cabaran ini boleh dicegah dengan memperkenalkan pendidikan etika dalam penggunaan siber. Hampir setiap individu termasuk remaja mempunyai gajet dan telefon pintar untuk kegunaan harian tetapi etika dan cara penggunaannya tidak dididik dengan betul. Oleh itu, Institut seperti sekolah dan pusat pengajian perlu memperkenalkan pendidikan etika dalam menggunakan gajet elektronik agar tidak digunakan secara tidak betul seperti menipu, menggondam dan lain-lain lagi. Pendidikan etika ini juga mampu mengajar mereka agar tidak mudah tertipu dengan scammer melalui internet.

2. Penyebaran fitnah dan gosip
Cabaran bagi penyebaran fitnah ini boleh dibendung dengan menguatkuasakan undang-undang siber. Pihak yang terlibat dalam penyebaran fitnah dan gosip melalui media sosial atau sebarang laman web internet seperti memalukan pihak lain, memburukkan dan buli siber perlu dikenakan tindakan yang tegas. Contohnya, membayar saman kepada pihak yang difitnah.

3. Penggodaman
Isu penggodaman juga merupakan cabaran menghadapi jenayah siber. Isu ini boleh dicegah dengan melakukan perlindungan peribadi. Perlindungan peribadi seperti menukar kata laluan secara berkala, memastikan perisian keamanan sentiasa dikemaskini dan memastikan peranti peribadi serta rangkaian internet tidak terdedah kepada orang luar juga merupakan salah satu aspek penting dalam mencegah jenayah siber. Selain itu, pengguna internet perlu mengaktifkan rancangan luar jangka (contingency) bagi mengurangkan kesan serangan siber termasuk kehilangan data dan informasi.

Kesimp**annya, semua pihak perlu cakna dan bertanggungjawab dalam mencegah jenayah siber. Tiada jalan pintas untuk menangani isu ini tetapi tindakan yang terbaik adalah setiap individu perlu memainkan peranan penting dalam kemampuan yang ada.

LANGKAH MENGATASI BUDAYA CETAK ROMPAK – ANWAR WAFI BIN ZAINI ( 300576 )               Isu cetak rompak di Malaysia bukan...
29/11/2023

LANGKAH MENGATASI BUDAYA CETAK ROMPAK – ANWAR WAFI BIN ZAINI ( 300576 )

Isu cetak rompak di Malaysia bukanlah masalah baru di negara ini, masalah kegiatan haram ini telah berlaku sejak sekian lamanya. Jika ditinjau dari sudut pengertiannya, cetak rompak ialah satu pencabulan hak cipta yang bermaksud penggunaan bahan yang dilindungi oleh undang-undang hak cipta tanpa izin, iaitu mencabuli salah satu hak eksklusif pemilik hakcipta asli, seperti hak untuk mengeluarkan semula atau menjalankan karya yang dihakcipta, atau menghasilkan karya derivatif yang berasaskan karya yang dihakcipta itu. Hak cipta adalah sejenis harta intelektual dimana ia boleh wujud dalam berbagai-bagai karya kreatif, hasil kerja intelektual atau berseni, ia termasuklah gubahan muzik, filem, drama, rakaman audio, perisian dan sebagainya. Secara amnya cetak rompak ataupun barang peniruan adalah merupakan barang yang dihasilkan semula dan serupa dengan barang asli. Pengedaran serta pencetakan sesebuah kandungan atau perisian atau yang tidak dibenarkan oleh pencipta atau pemilik adalah salah satu kesalahan siber yang merugikan dan memberi impak berat terhadap kewangan negara. Perbuatan tersebut telah menyebabkan kerugian tahunan disebabkan jenayah itu dianggarkan sebanyak RM 3 bilion kepada industry media dan hiburan kita. Sesawang internet membuka sempadan kepada ilmu dan berita namun masih ramai menyalahgunakan dengan berkongsi maklumat yang tidak sahih serta menipu dan menjalankan aktiviti haram.

Bagi membendung perkara ini daripada terus merebak, semua golongan masyarakat perlulah melaksanakan beberapa langkah untuk mengatasi budaya cetak rompak dalam negara kita. Antaranya ialah :

1. Pihak kerajaan perlulah menganjurkan kempen supaya dapat menyedarkan masyarakat bahawa cetak rompak adalah salah satu kesalahan dan perlu dibanteras oleh semua pihak.

2. Pihak berkuasa mestilah menjalankan harga kawalan maksima terhadap barangan asli dengan membanteras aktiviti jual beli produk cetak rompak dalam komuniti masyarakat di Malaysia.

3. Pihak kerajaan hendaklah menguatkuasakan undang – undang melalui tindakan yang tegas terhadap pelaku serta pihak yang terlibat tanpa mengira latar belakang, pangkat mahupun kedudukan pesalah.

4. Individu sewajarnya melaporkan kegiatan cetak rompak kepada pihak berkuasa bagi menyekat aktiviti cetak rompak hingga ke akar umbi kerana melibatkan semua golongan masyarakat.

Kesimp**annya, seseorang individu itu mempunyai kawalan kendiri yang tinggi atau beretika dalam menggunakan internet akan mampu menilai akibat tindakan yang akan dilakukannya sebelum melakukan sesuatu perkara sama ada hal yang dilakukan tersebut membawa kepada kesan baik ataupun kesan buruk.

WASPADA!!! : Scammer kutip sumbangan untuk Palestin - Muhammad Nazhan Haiqal bin Muhamed Nasrull (300629)           Ekor...
28/11/2023

WASPADA!!! : Scammer kutip sumbangan untuk Palestin - Muhammad Nazhan Haiqal bin Muhamed Nasrull (300629)

Ekoran isu yang kini telah melanda Palestin, ramai individu yang telah mendapat kesedaran untuk menghulurkan bantuan dari segi kewangan kepada rakyat Palestin yang ditindas. Sikap ini selayaknya dipuji dan dijadikan amalan bagi setiap individu. Namun, dalam kekalutan yang berlaku masih terdapat segelintir individu yang tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan dalam kesempitan orang lain. Golongan-golongan yang tidak bertanggungjawab ini telah menggunakan pelbagai medium untuk mengutip bantuan palsu bagi memenuhi kepentingan mereka sendiri. Baru-baru ini terdapat kenyataan yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang memperingatkan masyarakat agar berwaspada dan sentiasa menyemak kesahihan wakil yang menguruskan sumbangan bagi solidariti rakyat Palestin. Hal ini bagi memastikan individu tidak terpedaya dengan "scammer" yang kini berleluasa.

Untuk membendung masalah ini daripada berlaku, rakyat Malaysia perlu mengambil beberapa langkah keselamatan untuk memastikan diri tidak terpedaya dengan tipu helah "scammer". Antara tindakan yang boleh diambil ialah:

1. Menyemak dan memastikan individu yang mengambil sumbangan adalah individu yang dipercayai dan berdaftar dalam urusan solidariti Palestin.

2. Meneliti bukti-bukti yang sahih hasil sumbangan kepada rakyat Palestin dan menyemak "review" yang telah ditulis berkaitan sumbangan tersebut.

3. Menggunakan saluran dan medium aman sejahtera dalam menyuarakan solidariti kepada rakyat Palestin yang ditindas rejim Israel.

Dalam menghulurkan bantuan, semua pihak perlulah berwaspada agar tidak terpedaya dengan penipuan scammer.

KATAKAN TIDAK KEPADA SCAMMER!!!

LANGKAH MEMBENDUNG BERITA PALSU - NURUL IMAN SYUHADA BINTI CHE SOH (300639) Berita palsu adalah satu bentuk “ancaman” da...
27/11/2023

LANGKAH MEMBENDUNG BERITA PALSU - NURUL IMAN SYUHADA BINTI CHE SOH (300639)
Berita palsu adalah satu bentuk “ancaman” dari pelbagai aspek termasuk sosial, politik, ekonomi, perhubungan kaum serta agama. Tidak semua berita yang dibaca itu adalah fakta sebenar, terutamanya berita yang ditularkan dalam media sosial. Terdapat 3 langkah membendung berita palsu yang sangat penting kepada masyarakat untuk diambil tahu.

𝗣𝗘𝗥𝗔𝗡𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗟𝗕𝗔𝗚𝗔𝗜 𝗣𝗜𝗛𝗔𝗞 𝗗𝗔𝗟𝗔𝗠 𝗠𝗘𝗡𝗖𝗘𝗚𝗔𝗛 𝗝𝗘𝗡𝗔𝗬𝗔𝗛 𝗦𝗜𝗕𝗘𝗥 - 𝗞𝗼𝗸 𝗝𝗶𝗮 𝗛𝗼𝘄 (𝟯𝟬𝟬𝟲𝟭𝟵)𝗣𝗶𝗵𝗮𝗸 𝗞𝗲𝗿𝗮𝗷𝗮𝗮𝗻:Pihak kerajaan memainkan perana...
26/11/2023

𝗣𝗘𝗥𝗔𝗡𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗟𝗕𝗔𝗚𝗔𝗜 𝗣𝗜𝗛𝗔𝗞 𝗗𝗔𝗟𝗔𝗠 𝗠𝗘𝗡𝗖𝗘𝗚𝗔𝗛 𝗝𝗘𝗡𝗔𝗬𝗔𝗛 𝗦𝗜𝗕𝗘𝗥 - 𝗞𝗼𝗸 𝗝𝗶𝗮 𝗛𝗼𝘄 (𝟯𝟬𝟬𝟲𝟭𝟵)

𝗣𝗶𝗵𝗮𝗸 𝗞𝗲𝗿𝗮𝗷𝗮𝗮𝗻:
Pihak kerajaan memainkan peranan penting dalam mencegah jenayah siber melalui penggubalan dasar dan penguatkuasaan undang-undang bagi menyekat aktiviti jenayah siber. Contohnya, kerajaan memberikan kuasa kepada agensi penguatkuasaan untuk menyiasat dan menghukum penjenayah siber. Selain itu, kerajaan boleh melancarkan kempen kesedaran untuk mengedarkan maklumat berkaitan dengan jenayah siber kepada mahasiswa. Pada masa yang sama, mereka boleh menyalurkan nilai-nilai murni serta pemikiran yang sewajarnya kepada mahasiswa.

𝗜𝗻𝘀𝘁𝗶𝘁𝘂𝘀𝗶 𝗣𝗲𝗻𝗱𝗶𝗱𝗶𝗸𝗮𝗻:
Pihak universiti haruslah berganding bahu dengan kementerian pendidikan tinggi dalam memasukkan maklumat berkaitan dengan jenayah siber dalam silibus mahasiswa. Selain menyalurkan maklumat fakta kepada mahasiswa, institusi pendidikan juga harus menekankan ajaran moral kepada mahasiswa dengan menetapkan subjek seperti Penghayatan Etika dan Peradaban sebagai subjek wajib diambil oleh semua pelajar.

𝗣𝗶𝗵𝗮𝗸 𝗜𝗯𝘂 𝗕𝗮𝗽𝗮 & 𝗥𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗦𝗲𝗯𝗮𝘆𝗮:
Ibu bapa berperanan penting sebagai teladan kepada anak-anak dalam amalan keselamatan dalam talian dan mereka bertanggungjawab untuk membimbing anak-anak tentang cara menggunakan internet secara berhemah sejak kecil lagi. Pada masa yang sama, rakan sebaya juga boleh memberikan sokongan moral dengan saling menggalak dan saling memantau antara satu sama lain supaya masing-msaing dapat mengelakkan diri daripada menjadi mangsa jenayah siber.

𝗜𝗻𝗱𝗶𝘃𝗶𝗱𝘂 𝗦𝗲𝗻𝗱𝗶𝗿𝗶 (𝗣𝗲𝗿𝗮𝗻𝗮𝗻 & 𝗦𝗶𝗸𝗮𝗽 𝗠𝗮𝗵𝗮𝘀𝗶𝘀𝘄𝗮 𝗦𝗲𝗻𝗱𝗶𝗿𝗶):
Individu sendiri termasuk mahasiswa memainkan peranan utama dalam melindungi diri daripada jenayah siber. Mahasiswa harus mempunyai sikap cermat dan proaktif semasa menggunakan internet. Sebagai contonnya, mereka boleh menggunakan kata laluan yang kuat bagi mengelakkan kehilangan maklumat peribadi di samping menyedari taktik penipuan dalam talian. Seterusnya, mahasiswa sendiri harus berpegang teguh kepada prinsip nilai moral supaya tidak melakukan tindakan yang tidak sewajarnya.

Kesimp**annya, kerjasama antara semua pihak amat diperlukan untuk mencipta persekitaran atas talian yang lebih selamat dan harmoni. Aspek nilai murni dalam kalangan pengguna juga perlu diutamakan dan memastikan ia betul-betul dipaktikkan dalam kehidupan harian.

Address

SLCP UUM
Sintok
06010

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when A231mpu1022/c - Kumpulan 9 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share