05/01/2024
TAJUK UTAMA: ETIKA DAN ADAB DALAM PENGGUNAAN INTERNET DAN MEDIA SOSIAL
SUBJEK: MPU 1013 (E) KUMPULAN 6
Pada era digital ini, adalah penting bagi setiap individu untuk memahami dan mengamalkan etika serta adab dalam penggunaan internet dan media sosial. Adalah kritikal untuk seseorang itu menyebarkan maklumat dengan bertanggungjawab, menghormati privasi orang lain, dan mengelakkan penyebaran berita palsu. Menggunakan platform sosial media sebagai medium untuk menyokong perbincangan seperti perkongsian ilmu dan menghargai perbezaan pendapat juga penting demi menjamin kebaikan penggunaan digital ini. Kita perlulah menjauhi perilaku tidak sopan, seperti buli siber dan penipuan, yang juga merupakan kunci untuk mencipta persekitaran dalam talian yang positif dan sihat. Kita semua memainkan peranan dalam membentuk budaya digital yang beretika, di mana kejujuran, hormat, dan tanggungjawab adalah nilai utama yang perlu sentiasa kita praktikkan agar dapat membentuk masyarakat yang positif di samping mengekalkan keharmonian bermedia sosial.