14/12/2023
Terdapat beberapa contoh pergaulan bebas:
1.Ketagihan pornografi
- Bahan bercetak atau visual yang mengandungi penerangan atau paparan eksplisit organ atau aktiviti seksual, bertujuan untuk merangsang keinginan seksual. Ini juga merupakan pergaulan bebas di kalangan remaja sebagai salah satu dampak negative. Kesannya, seperti keganasan seks, masalah emosi, masalah perhubungan, ketagihan seks dll.
2. Merokok bawah umur
Penghisap merokok bawah umur di Malaysia semakin meningkat. Persepsi ini disokong oleh tinjauan berlainan yang dilakukan pada 2016 oleh Institusi Kesihatan Awam dan Kementerian Kesihatan Malaysia yang mendapati, sebanyak 78.7% daripada responden mencuba rokok pertama mereka sebelum berumur 14 tahun.
Merupakan perkara yang tidak baik terhadap kesihatan diri kerana bahan yang terkandung adalah bahaya. Bahan ini dipanggil nikotin. Bahan ini akan mengakibatkan sistem saraf dan mental seseorang terganggu. Ia juga boleh mendatangkan pelbagai penyakit dalam diri seperti merosakkan paru-paru.dan akan menjejaskan kesihatan seperti kanser, penyakit paru-paru,penyakit jantung,
3. Seks Bebas
- Seks bebas merupakan gejala yang terlibat dalam aktiviti seksual. Ia dapat diertikan sebagai hubungan seksual yang dilakukan tanpa ada hubungan yang sah iaitu perkahwinan. Gejala ini adalah tidak baik kerana boleh merosakkan diri sendiri dan terpesong daripada jalan yang betul. Perbuatan ini tidak membawa sebarang kebaikan kepada kita malah mendatangkan kemudaratan yang besar. Kesannya akan menyebabkan kehilangan harga diri individu tersebut.
4. Penyalahgunaan dadah
- Pertamanya, dadah adalah bahan yang boleh mengubah fungsi tubuh badan sama ada dari segi mental ataupun fizikal. Jenis-jenis dadah adalah seperti He**in, Morfin, Candu, G***a, Kokain, Amphetamines, Transquilizer, Lysergic Acid Diethlamidi (L*D).
Penyalahgunaan dadah ditakrifkan sebagai penggunaan bahan psikoaktif yang bahaya dan memudaratkan termasuklah penggunaan dadah. Penggunaan dadah yang kerap dan berlebihan tanpa mendapat arahan ataupun nasihat daripada pakar perubatan di mana ia sudah menjadi satu ketagihan yang boleh mendatangkan risiko yang berbahaya kepada tubuh badan, selain keinginan yang tinggi untuk mengambil semula bahan tersebut, kesukaran mengawal pengambilan, penggunaan berterusan walaupun sedar akan akibatnya. Masalah mula timbul apabila segelintir manusia yang tidak bertanggungjawab telah menyalahgunaan dadah untuk tujuan hiburan serta kepuasan diri. Aktiviti -aktiviti lain yang termasuk dalam kategori penyalahgunaan dadah adalah seperti menjual, mengedar, memiliki dan menyimpan dadah tanpa mempunyai lesen kebenaran dari Kementerian Kesihatan ataupun bertentangan dengan Akta Dadah Berbahaya 1952.
5. Minum minuman keras (alcohol)
- Merupakan minuman beralkohol yang mengandung etanol. Ini dihasilkan dari penyulingan etanol yang diproduksi dengan cara fermentasi biji-bijian, buah-buahan. Minuman keras dapat menyebabkan seseorang mabuk iaitu tidak sadarkan diri dan menyebabkan rasa mabuk meringankan badan. Ketika seseorang dalam keadaan mabuk seringkali dapat melakukan hal-hal yang di luar norma kewajaran.
Alkohol yang berlebihan pada satu sesi bisa mengakibatkan kantuk, depresi pernapasan iaitu di mana pernapasan menjadi lambat, dangkal atau berhenti seluruhnya, koma atau menyebabkan kematian.
6. Tawuran
- Tawuran merupakan bentuk kekerasan antara dua kelompok atau lebih. Peristiwa ini banyak terjadi di kalangan anak-anak sekolah berusia remaja, yang seringkali dipengaruhi oleh lingkungan sosial di sekitar serta prasangka dari masyarakat.
Tawuran yang terjadi antara dua kelompok pelajar di Johor Bahru Malaysia terlibat tawuran dan videonya menjadi viral di media sosial. Pada 25 Mei 2023, investigasi polisi mengungkapkan bahawa insiden tersebut berawal dari ketidakpuasan seorang siswa yang terkena lemparan penghapus oleh teman sekelasnya. Akibatnya, peristiwa tawuran telah menyebabkan beberapa pelajar sekolah memerlukan perawatan kerana cedera pada kepala, kaki dan luka di tangan.
Disediakan oleh: Lim Chia Xuan (298784)