A231 Penghayatan Etika dan Peradaban Group O - Kumpulan 2

A231 Penghayatan Etika dan Peradaban Group O - Kumpulan 2 Kami merupakan mahasiswa/wi dari UUM akan berkongsi maklumat

POSTER KRISIS ALAM SEKITARKumpulan kami telah memilih krisis alam sekitar sebagai tema utama untuk poster kami, mengikti...
21/12/2023

POSTER KRISIS ALAM SEKITAR
Kumpulan kami telah memilih krisis alam sekitar sebagai tema utama untuk poster kami, mengiktiraf keperluan mendesak untuk menangani cabaran mendalam yang dihadapi planet kita. Dalam dunia yang bergelut dengan isu-isu seperti perubahan iklim, kehilangan biodiversiti dan pencemaran, kami percaya adalah penting untuk memberi penerangan tentang keterukan krisis alam sekitar. Dengan memilih topik ini, kami berhasrat untuk meningkatkan kesedaran di kalangan penonton kami tentang keadaan kritikal ekosistem kami dan keperluan mendesak untuk tindakan kolektif. Melalui poster kami, kami berharap dapat memberi inspirasi kepada orang lain untuk terlibat dalam perbincangan yang bermakna dan mengambil langkah konkrit ke arah amalan mampan, memupuk rasa tanggungjawab dan menggalakkan perubahan alam sekitar yang positif.

NAMA: KOR WENG ANNNO MATRIKS: 285022TAJUK: KRISIS ALAM SEKITARSUBTOPIK: KEMISKINAN DAN KRISIS MAKANANMenurut Setiausaha ...
07/12/2023

NAMA: KOR WENG ANN
NO MATRIKS: 285022
TAJUK: KRISIS ALAM SEKITAR
SUBTOPIK: KEMISKINAN DAN KRISIS MAKANAN

Menurut Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres, sejak krisis perangan antara Ukraine dan Russia sehingga konflik Israel-Palestin telah mengakibatkan lebih satu daripada lima orang, atau sekitar 1.7 bilion populasi dunia berdepan kemiskinan dan kelaparan serta menyebabkan isu krisis makanan di seluruh dunia. Tetapi tanpa disedari, krisis itu turut mendatangkan kesan buruk terhadap negara membangun. Melalui postal ini akan memberikan kesedaran tentang isu kemiskinan dan krisis makanan terhadap masyarakat. Sekian Terima Kasih.

NAMA : TANG QI HAONO MATRIKS : 286069TAJUK : KRISIS ALAM SEKITARSUBTOPIK: PERUBAHAN IKLIMPerubahan iklim merujuk pada pe...
07/12/2023

NAMA : TANG QI HAO
NO MATRIKS : 286069
TAJUK : KRISIS ALAM SEKITAR
SUBTOPIK: PERUBAHAN IKLIM

Perubahan iklim merujuk pada perubahan jangka panjang dalam pola cuaca rata-rata di Bumi, biasanya dalam rentang waktu yang luas seperti beberapa dekade hingga ribuan tahun. Perubahan iklim terjadi karena adanya faktor-faktor alami seperti aktivitas matahari, vulkanisme, dan perubahan alami dalam orbit Bumi, serta karena aktiviti manusia seperti peningkatan emisi gas rumah kaca akibat pembakaran bahan bakar fosil, deforestasi, dan perubahan penggunaan lahan. Akibatnya akan menyebabkan peningkatan suhu global, perubahan pola cuaca ekstrem, naiknya permukaan air laut, dan konsekuensi serius bagi lingkungan dan kehidupan manusia.

Perubahna iklim mendatangkan kesan-kesan kepada kehidupan bumi sama ada flora dan fauna dan juga manusia. Antaranya kesan-kesan yang melibatkan perubahan iklim:
- Bencana alam dan banjir
- Hujan lebat bermusim
- Pencairan ais laut
- Musim kemarau yang berpanjangan
- Kekurangan sumber air
- Flora dan fauna terancam

Oleh itu, rakyat bumi haruslah berkerjasama dan berusaha untuk mengatasi masalah ini iaitu perubahan iklim supaya kualiti kehidupan bumi dapat dipeliharakan dan juga dijaminkan. Antara langkah-langkah yang kita boleh ambil termasuk:
- Menyokong Kempen Earth Hour &
Earth Day Seluruh Dunia
- Menyelamatkan Hutan dan Tanah Lembap
- Penjimatan Tenaga dan Air
- Amalkan Gaya Hidup Hijau Dan Rendah Karbon
- Kongsi Kenderaan dan Gunakan Pengangkutan Awam
- Kurangkan Sisa Dan Amalkan Pengurusan Lestari Sisa

Arhir sekali, masyarakat kita haruslah memainkan peranan sebagai seorang penjaga alam sekitar dan juga mananggung tanggungjawab memelihara alam sekitar kita supaya alam sekitar ini tidak dirosakkan.

NAMA : SHARIF AIMANNUDDIN BIN HJ SHARIF ZAINAL ABIDDINNO MATRIKS : 291188TAJUK : KRISIS ALAM SEKITARSUBTOPIK: PENCEMARAN...
07/12/2023

NAMA : SHARIF AIMANNUDDIN BIN HJ SHARIF ZAINAL ABIDDIN
NO MATRIKS : 291188
TAJUK : KRISIS ALAM SEKITAR
SUBTOPIK: PENCEMARAN AIR

Pencemaran air adalah masalah alam sekitar yang terjadi ketika kualiti air terganggu oleh bahan-bahan berbahaya yang masuk ke dalam sumber air. Pencemaran air berasal dari berbagai sumber, termasuk pembaziran industri dan domestik, pertanian, dan kegiatan-kegiatan manusia lainnya. Terdapat beberapa faktor umum pencemaran air iaitu :

1 .Pencemaran Air pemabaziran Industri:
Limbah industri seringkali mengandung bahan kimia berbahaya seperti logam berat, zat-zat kimia organik, dan senyawa-senyawa toksik. Jika limbah ini tidak diolah dengan benar sebelum dibuang ke dalam sungai atau danau, dapat menyebabkan pencemaran air yang serius.

2. Pencemaran Air Limbah Domestik:
Limbah domestik dari rumah tangga, termasuk air bekas cucian, tinja, dan limbah domestik lainnya, dapat mengandung bakteri, virus, dan zat-zat kimia yang dapat mencemari sumber air jika tidak diolah dengan benar.

3. Pencemaran Pertanian:
Penggunaan pupuk dan pestisida di pertanian dapat menyebabkan aliran ke sumber air. Ini dapat menyebabkan peningkatan kadar nutrien seperti nitrogen dan fosfor di dalam air, yang dapat menyebabkan pertumbuhan alga yang berlebihan dan mengakibatkan eutrofikasi.

4. Pencemaran Minyak:
Tumpahan minyak dari kecelakaan kapal atau kegiatan industri minyak dapat mencemari perairan. Minyak dapat membahayakan kehidupan laut, termasuk ikan dan burung laut, serta menciptakan zona mati di sekitar area tumpahan.

5. Pencemaran Udara yang Terdeposit ke Air:
Beberapa polutan udara dapat terdeposit ke dalam air melalui hujan. Misalnya, nitrogen oksida dari asap kendaraan bermotor dapat larut dalam air hujan dan menyebabkan masalah pencemaran air.

Dampak dari pencemaran air dapat sangat merugikan, baik bagi lingkungan maupun kesehatan manusia. Ini termasuk kerugian keanekaragaman hayati, kerusakan ekosistem perairan, dan risiko kesehatan bagi manusia yang mengonsumsi air tercemar. Oleh karena itu, pengelolaan sumber daya air dan upaya untuk mencegah pencemaran sangat penting dalam menjaga kesehatan lingkungan dan keberlanjutan sumber daya air.

Nama: LIEW KWAK HENGMatric's number: 286722Tajuk: Krisis Alam SekitarSubtopik: Peningkatan populasiJumlah penduduk dunia...
06/12/2023

Nama: LIEW KWAK HENG
Matric's number: 286722
Tajuk: Krisis Alam Sekitar
Subtopik: Peningkatan populasi

Jumlah penduduk dunia terus bertambah setiap saat. Berdasarkan data real time situs World Population Review mengungkapkan, jumlah penduduk dunia pada 4 Jun 2023 telah mencapai 8.039.642.225 jiwa. Peningkatan populasi manusia ini sudah pasti diringi dengan peningkatan keperluan bahan asas untuk kehidupan seperti tempat tinggal, makanan dan minuman. Untuk meneruskan kelangsungan hidup, manusia amat bergantung kepada sumber-sumber alam semula jadi.

Peningkatan populasi manusia dan aktiviti ekonomi meningkatkan beban pencemaran kepada alam sekitar seterusnya menjadi penyebab perubahan iklim yang
memberi kesan secara langsung kepada sumber air serta ekosistem. Kesan-kesan yang akan berlaku kepada alam sekitar adalah
* Menyushkan pengurusan sisa pepejal
* Meningkatkan beban pencemaran
* Meningkatkan masalah kesihatan
* Mewujudkan perubahan iklim dunia
* Mewujukan masalah berkalan sumber air

Untuk mencapai keseimbangan dan peningkatan yang lebih baik untuk alam sekitar dan sumber lain, kita perlu merancang dan mendidik penggubal dasar mengenai kepentingan perlindungan alam sekitar kita. Dengan peningkatan penduduk dan pembangunan, kita memerlukan lebih banyak sumber air dan sumber lain.

Apakah tindakan untuk mengatasi masalah apabila kita memerlukan lebih baik persekitaran alam sekitar?
* Menjalankan dasar pembangunaan lestari
* Mengamalkan sikap kitar semula
* Mewujudkan pengurusan sumber yang cekap
* Menstabilkan populasi
* Menggunakan teknologi hijau

Lihat kepada anak kita. Mereka patut mendapat masa depan yang lebih baik. Keindahan alam sekitar kita tidak akan dilihat generasi akan datang. Kita meminjam air dan sumber lain dari generasi akan datang. Siapa kita untuk memusnahkan alam sekitar.

Nama: AUNG YI HAO Matric's number : 286439Tajuk : Krisis Alam SekitarSubtopik : Pencemaran UdaraApakah pecemaran udara?P...
06/12/2023

Nama: AUNG YI HAO
Matric's number : 286439
Tajuk : Krisis Alam Sekitar
Subtopik : Pencemaran Udara

Apakah pecemaran udara?
Pencemaran udara merupakan satu keadaan yang melibatkan pengenalan sebarang bahan kimia, jirim zarahan atau bahan biologi yang boleh menyebabkan kemudaratan , ketidakselesaan kepada manusia atau organisma hidup lain serta merosakkan alam sekitar apabila ia dibebaskan ke atmosfera.

Bahan menyebabkan pencemaran udara berlaku:
1. Gas metana- gas ini dilepasan oleh pelupusan sampah sarap
2. Sulfur oksida (SOx) -pelbagai proses industri. Arang batu, petroleum
3. Karbon monoksida (CO) - CO adalah gas tidak berwarna, tidak berbau, toksik
4. Sumber pegun termasuk jujukan asap loji kuasa, kemudahan perkilangan (kilang-kilang) dan sisa incinerator
5. Sumber bergerak termasuk kenderaan bermotor, kapal laut, dan pesawat.
6. Bahan kimia, habuk dan pembakaran terkawal amalan dalam bidang pertanian dan pengurusan hutan.

Kesan Pencemaran Udara:
1. Kesihatan manusia-meracuni sistem pengangkutan oksigen dalam darah dan melambatkan tindak balas manusia
2. Tumbuhan- kerosakan nekrosis (keguguran daun), klorosis (pertukaran warna), dan pertumbuhan terbantut.
3. Haiwan- terancam atau mati akibat daripada pencemaran udara.
4. Penipisan lapisan ozon- Pencemaran udara akan menyebabkan berlakunya pemanasan global akibat daripada penyusutan lapisan ozon yang melindungi bumi daripada sinaran terus cahaya matahari.
5. Hujan asid- Hujan asid berlaku disebabkan oleh penggabungan gas sulfur dioksida dan nitrogen oksida dengan air hujan dan seterusnya menjadi asid sulfurik
6. Kesan rumah hijau dan pemanasan global- Kenaikan suhu bumi dan penipisan lapisan ozon juga menjadi punca kepada pemanasan global yang dapat dirasakan oleh seluruh dunia.

Nama: Muhammad Luqman bin Ab latifNo. Matriks: 291189Isu: Pembalakan HaramPembalakan haram merujuk kepada aktiviti peneb...
06/12/2023

Nama: Muhammad Luqman bin Ab latif
No. Matriks: 291189
Isu: Pembalakan Haram

Pembalakan haram merujuk kepada aktiviti penebangan hutan yang dilakukan tanpa izin atau melanggar undang-undang pemuliharaan hutan. Pembalakan haram juga turut digelar sebagai pencuri balak. Ia juga merujuk kepada penuaian, pengangkutan, pembelian atau penjualan balak yang menyalahi undang- undang. Hal ini kerana, prosedur penuaian itu sendiri haram, termasuk menggunakan cara yang salah bagi memasuki hutan. Pembalakan haram juga termasuk pengeluaran tanpa kebenaran, penebangan spesis yang dilindungi serta penebangan balak yang melebihi had. Merujuk akhbar Malaysia Kini bertarikh 21 Mac 2023, jumlah kawasan hutan di Semenanjung Malaysia berjumlah 42.95% atau berkeluasan 5,694,784 hektar. Berdasarakan Petubuhan Bangsa- bangsa Bersatu (PBB), sesebuah negara perlu mempunyai keluasan hutan kira- kira 50% daripada keluasan tanah negara. Oleh itu, pembalakan haram banyak memberi impak negatif serta mengurangkan keluasan kawasan hutan di Malaysia.

Pembalakan haram boleh menyebabkan banyak masalah serius sebagai contoh:
1) Kemusnahan habitat dan ekosistem
- Kemusnahan habitat menyebabkan kehilangan biodiversiti, di mana spesis tertentu mungkin menghadapi kepupusan kerana tidak dapat beradaptasi atau berpindah ke habitat baru. Kehilangan ini boleh merosakkan rantai makanan serta mengancam kestabilan ekosistem.

2) Meningkatkan kadar hakisan tanah
- Hakisan tanah mampu menyebabkan pencemaran sumber air. Ini berlaku apabila tanah dikawasan penebangan dibawa ke sumber air akibat hujan bersama dengan bahan pencemar seperti sedimen dan pestisida. Apabila sampai di sumber air, ini boleh menyebabkan pencemaran air serta turut mempengaruhi kualiti dan ekosistem air.

3) Mengubah iklim dan meningkatkan suhu setempat
- Hutan berfungsi sebagai penyerap karbon semulajadi. Pembalakan haram mengakibatkan hilangnya hutan, menyebabkan berkurangnya kapasiti penyerapan karbon. Ini mampu meningkatkan kandungan karbon dioksida dalam atmosfera dan mempercepat perubahan iklim serta menjurus kepada peningkatan suhu bumi.

4) Kesan terhadap sistem hidrologi
- Hutan mempengaruhi pola hujan dan kitaran udara. Pembalakan haram akan mengubah iklim mikro hutan, pola hujan, kelembapan dan mempengaruhi sistem kitaran hidrologi secara keseluruhan. Hal ini akan mengakibatkan perubahan musim monsun dalam jumlah curahan hujan serta kemarau yang tidak stabil.

Langkah mengatasi pembalakan haram:
1) Hukuman terhadap pesalah
- Pihak kerajaan perlu mengenakan hukuman berat terhadap pesalah. Sebagai contoh, mengambil tindakan undang- undang dengan mengenakan hukuman penjara serta denda dengan jumlah bayaran yang tinggi agar menjadi iktibar kepada seluruh rakyat.

2) Mewartakan kawasan hutan simpan
- Hutan simpan yang tidak boleh dicemari akan mencipta satu lingkungan yang harmoni kepada pelbagai spesis tumbuhan dan haiwan. Hal ini akan mendukung dasar pemuliharaan keanekaragaman hidupan dan mempertahankan ekosistem hutan yang baik.

3) Penanaman semula pokok di kawasan pembalakan
- Projek penanaman semula hutan membantu dalam mengembalikan sumber daya hutan yang telah lenyap. Hutan yang ditanam kembali membantu dalam pemuliharaan tanah dan air dengan hutan mampu menahan air hujan, mencegah hakisan tanah, dan memelihara kelembaban udara.

4) Meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kelestarian hutan
- Kesadaran masyarakat tentang kelestarian hutan dapat memberi motivasi kepada individu atau suatu kelompok masyarakat untuk terlibat dalam usaha pemeliharaan hutan seperti penanaman semula pokok, pengawasan hutan simpan, dan perlindungan terhadap spesis tumbuhan dan haiwan terancam.

Rujukan:

https://www.malaysiakini.com/news/659467

Nama : Daniel Ashraf Bin Badruhisham Nombor Matriks : 291194Tajuk : Krisis alam sekitar subtopic : Hujan asidHujan asid ...
06/12/2023

Nama : Daniel Ashraf Bin Badruhisham
Nombor Matriks : 291194
Tajuk : Krisis alam sekitar
subtopic : Hujan asid

Hujan asid adalah fenomena alam yang terjadi apabila hujan yang mempunyai nilai pH kurang daripada 5 serta mengandungi gas sulfur dioksida dan nitrogen oksida yang terlepas di udara bercampur dengan air hujan untuk membentuk asid sulfurik dan asid nitrik.Hujan asid secara semulajadi adalah berasid. Ini disebabkan air hujan yang turun akan bergabung dengan karbon dioksida dan gas-gas berasid yang terdapat di atmosfera. Terdapat dua jenis hujan asid iaitu hujan asid lembap dan hujan asid kering.Bagaimanapun, hujan asid ini terjadi disebabkan oleh beberapa faktor seperti aktiviti manusia terutama penggunaan tenaga elektrik dan kereta yang menyebabkan bahan api fosil di bakar dalam jumlah yang banyak sehingga berlakunya pencemaran udara.

Hujan asid mendatangkan pelbagai kemudaratan terhadap beberapa aspek tertentu iaitu kesihatan,tumbuhan, ekosistem akuatik,bangunan serta peralatan bangunan.Gas sulfur dioksida adalah merupakan agen kepada beberapa penyakit kepada manusia seperti sakit dada,batuk, dan barah payu dara.Air dan hujan asid yang bercampur dengan plumbum, kadmium dan aluminium berbahaya kepada manusia apabila diminum di mana boleh menyebabkan cirit birit di kalangan kanak-kanak, gangguan saraf dan membahayakan otak.Selain itu,hujan asid juga menyebabkan kemusnahan hutan . contohnya 70% hutan di Czechslovakia musnah akibat hujan asid ini. Di samping itu,Air sungai dan laut yang berasid akan membunuh hidupan akuatik seperti ikan sepertimana yang berlaku di Tasik Minnesota di mana hujan asid ini telah memusnahkan 140 buah tasik di situ.Akhir sekali,Hujan asid yang turun ke bumi akan terkumpul menjadi pemendapan berasid, ini akan mempercepatkan kadar hakisan dan pengaratan barangan besi.

Bagi menangani masalah hujan asid yang kian hangat melanda dunia,beberapa langkah boleh dijalankan oleh pihak kerajaan untuk menangani masalah ini iaitu dengan menghadkan pelepasan asap. Pihak berkuasa perlu menghadkan pelepasan asap oleh kilang-kilang terutamanya yang membabitkan kilang-kilang besar. Selain itu ,memulihkan tasik dan sungai dengan mengadakan aktiviti gotong-royong dengan lebih giat lagi.Di samping itu , kerajaan haruslah mengetatkan undang - undang yang sedia ada dan mengenakan denda kepada individu yang tidak bertanggungjawab melakukan aktiviti pembakaran terbuka. Akhir sekali,masyarakat hendaklah memainkan peranan dengan tidak melakukan pembakaran terbuka yang boleh menyebabkan berlakunya pencemaran udara.

Nama : Muhammad Afiq Padillah bin Arep Padillah Matric's Number : 291192Tajuk : Krisis Alam SekitarSubtopic : Pengasidan...
06/12/2023

Nama : Muhammad Afiq Padillah bin Arep Padillah
Matric's Number : 291192
Tajuk : Krisis Alam Sekitar
Subtopic : Pengasidan Laut

Pengasidan lautan didefinisikan sebagai penurunan pH laut selama beberapa dekad atau lebih yang disebabkan terutamanya oleh pengambilan karbon dioksida (CO2) dari suasana. Kepekatan CO atmosfera2 telah meningkat secara mendadak sejak Revolusi Perindustrian, dari sekitar 280 bahagian per juta (ppm) pada masa pra-industri hingga 419.05 ppm pada April 2021. Peningkatan karbon dioksida atmosfera (CO2) diserap oleh lautan dan membawa kepada perubahan dalam kimia karbonat lautan, yang biasanya disebut sebagai pengasidan lautan.

Masalah peningkatan suhu dan keasidan laut bukan sahaja membawa impak buruk kepada nelayan laut tetapi juga pengusaha ternakan ikan dalam sangkar yang berdepan ancaman, antaranya ledakan alga merah seperti yang berlaku di Pulau Pinang dan Perak baru-baru ini.
Insiden itu memberikan kesan ekonomi yang bukan sedikit kepada penternak ikan dalam sangkar terbabit apabila ikan mereka mati akibat kekurangan oksigen terlarut di dalam air ekoran litupan alga merah.
"Bagi menangani isu ini, kami membangunkan sistem amaran yang dapat memantau kewujudan alga merah bagi membolehkan pengusaha akuakultur mengambil langkah preventif," kata Adnan, menambah alga merah adalah agresif dan berkembang biak dalam masa yang singkat.

https://www.astroawani.com/berita-malaysia/perubahan-iklim-dan-pengasidan-laut-pembunuh-senyap-industri-perikanan-negara-444802

Nama : Muhammad Kall Danish Bin Mohd Haikal Matric's Number : 291193Tajuk : Krisis Alam SekitarSubtopic : Penipisan Ozon...
06/12/2023

Nama : Muhammad Kall Danish Bin Mohd Haikal
Matric's Number : 291193
Tajuk : Krisis Alam Sekitar
Subtopic : Penipisan Ozon

Terma "penipisan lapisan ozon" merujuk kepada penurunan jumlah ozon yang terdapat di lapisan ozon stratosfera Bumi. Lapisan ozon menyerap sebahagian besar radiasi ultraviolet (UV) matahari, melindungi kehidupan di Bumi. Penyebab utama penipisan ozon ialah aktiviti manusia, yang menghasilkan beberapa senyawa kimia yang boleh menjejaskan ozon, seperti bromofluorokarbon, klorofluorokarbon, halon, dan karbon tetraklorida.

Senyawa dilepaskan ke atmosfer dan kemudian terionisasi oleh sinar matahari, melepaskan atom klor atau brom, yang merupakan punca utama penipisan ozon. Kemudian, atom-atom ini menyertai reaksi kimia yang memusnahkan molekul ozon. Penipisan ozon lebih jarang berlaku di belahan bumi utara dan lebih kerap berlaku di kawasan tertentu di atmosfera, seperti Antartika (juga dikenali sebagai lubang ozon Antartika).

Banyak usaha internasional telah dibuat untuk mengatasi penipisan ozon. Banyak negara telah meratifikasi Protokol Montreal, perjanjian internasional yang bertujuan untuk mengurangkan produksi dan penggunaan bahan kimia yang merusak ozon. Apabila protokol ini digunakan, perkara semakin baik. Walau bagaimanapun, pemantauan terus dijalankan untuk memastikan lapisan ozon pulih dan menghalang kerusakan tambahan.

Nama: CHAN WEI ZHONGMatric's number : 286693Tajuk : Krisis Alam SekitarSubtopik : Kecairan GlasierApakah kecairan glasie...
06/12/2023

Nama: CHAN WEI ZHONG
Matric's number : 286693
Tajuk : Krisis Alam Sekitar
Subtopik : Kecairan Glasier

Apakah kecairan glasier?
Glasier ialah sejumlah besar ais seperti gunung yang bergerak secara perlahan-lahan. Glasier terbentuk kerana pengumpulan salji yang cepat. Kehilangan glasier itu adalah antara bukti bahawa bumi semakin memanas.

Bagaimana kecairan glasier berlaku?
1. Pelepasan karbon dan gas rumah hijau
2. Suhu dunia meningkat
3. Glasier mencair dan berpecah

Apakah kesan kecairan glasier?
1. Kekurangan bekalan air.
2. Banjir berlaku.
3. Kehilangan tempat bersejarah dilitupi ais.
4. Kekurangan pengeluaran pertanian.
5. Pecahan industri berasaskan lautan.

Apakah langkah-langkah untuk mengurangkan kecairan glasier?
1. Mengehadkan pemanasan global kepada 1.5 darjah celsius.
2. Menjimatkan penggunaan elektrik.
3. Mengamalkan kitar semula.
4. Pengurangan penggunaan klorofluorokarbon (CFC).

Apakah yang berlaku jika krisis alam sekitar ini tidak diberi tindakan?
1. Sebanyak 68 peratus daripada glasier dunia akan hilang.
2. Sebanyak 115MM paras laut akan meningkat.
3. Sebanyak 2.7 suhu dunia akan menaik.

Pautan Rujukan:
- https://www.astroawani.com/berita-dunia/glasier-mengecut-lebih-pantas-dari-yang-dijangka-kajian-400475
- https://www.sinarharian.com.my/article/240305/suara-sinar/fenomena-glasier-cair-makin-membimbangkan

Nama: NISHAN KUMAR A/L KASIVISHVA NATHANMatric's number : 295552Tajuk : Krisis Alam SekitarSubtopik : Pelupusan Sisa Pep...
04/12/2023

Nama: NISHAN KUMAR A/L KASIVISHVA NATHAN
Matric's number : 295552
Tajuk : Krisis Alam Sekitar
Subtopik : Pelupusan Sisa Pepejal

Krisis alam sekitar semakin meruncing, dan pelupusan sisa pepejal menjadi isu serius yang memerlukan perhatian segera. Bagaimanakah kita dapat menguruskan sisa pepejal dengan berkesan dan meminimakan kesan negatif terhadap alam sekitar? Jawapannya terletak pada pelaksanaan prinsip 3R (Reduce, Reuse, Recycle), pembuangan sisa yang betul, dan pengendalian sisa berbahaya.

Melaksanakan 3R, iaitu mengurangkan penggunaan, menggunakan semula barang, dan mengitar semula bahan, adalah langkah pertama dalam mengurangkan jumlah sisa yang dihasilkan. Misalnya, mengurangkan penggunaan plastik sekali guna dan menggalakkan penggunaan beg kain boleh membantu mengurangkan pencemaran plastik.

Pembuangan sisa yang betul juga penting dalam usaha pemuliharaan alam sekitar. Pembinaan tapak pelupusan yang terkawal dan menggalakkan masyarakat untuk memilih cara pembuangan yang mesra alam adalah langkah-langkah penting. Sebagai contoh, penggunaan pusat kitar semula komuniti atau menggalakkan amalan komposisi di rumah dapat membantu mengurangkan beban tapak pelupusan.

Pengendalian sisa berbahaya adalah aspek kritikal yang tidak boleh diabaikan. Bateri terpakai, ubat-ubatan, dan bahan kimia berbahaya haruslah diuruskan dengan cermat untuk mengelakkan pencemaran air dan tanah. Menyediakan tempat khusus untuk membuang sisa berbahaya di komuniti dan meningkatkan kesedaran mengenai risiko sisa berbahaya dapat membantu melindungi alam sekitar dan kesihatan manusia.

Dalam menghadapi krisis alam sekitar, tajuk pelupusan sisa pepejal ini mencetuskan kesedaran akan tanggungjawab kolektif kita dalam merangka tindakan positif. Melaksanakan prinsip 3R, pembuangan sisa yang betul, dan pengendalian sisa berbahaya bukan sahaja memberi impak langsung kepada alam sekitar tetapi juga membentuk masyarakat yang lebih mampan dan penyayang alam. Sama-sama kita berganding bahu untuk memastikan sisa pepejal bijak, bumi kita sihat!

Address

Universiti Utara
Sintok
06010

Telephone

+60183779089

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when A231 Penghayatan Etika dan Peradaban Group O - Kumpulan 2 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to A231 Penghayatan Etika dan Peradaban Group O - Kumpulan 2:

Shortcuts

Share