Penghayatan Etika Dan Peradaban Group 7

Penghayatan Etika Dan Peradaban Group 7 MPU1022

- Poster  -TEMA: ISU ETIKA DALAM PENULISAN AKADEMIK BERKUMPULANSekian daripada kita, Kump**an 7B**g Hui Ting (300100)Jee...
15/12/2023

- Poster -

TEMA: ISU ETIKA DALAM PENULISAN AKADEMIK BERKUMPULAN

Sekian daripada kita,
Kump**an 7

B**g Hui Ting (300100)
Jee Xin Ying (300295)
Seah Hui Enn (300327)
Raavanyaa A/P Pathmanathan (300159)
Mahaasri A/P Santhran (299933)
Yiow Han Wei (300002)
Khairunnisa Bt Faisal Shaharil (300265)
Dayashineey A/P Subramanian (300323)
Anis Khaleeda Binti Nur Hilmi (300313)
Nur Asrawi Binti Ayup Khan (300344)

Hiii guysssss‼️👋  Korang masih ingat tak tema kita❓🤔 Tak berapa ingat dah⁉️Takpe….🤭tenang je…… di sini saya akan ulang s...
10/12/2023

Hiii guysssss‼️👋 Korang masih ingat tak tema kita❓🤔 Tak berapa ingat dah⁉️Takpe….🤭tenang je…… di sini saya akan ulang satu kali lagi tema kita secara ringkas.🫣 Tema kita adalah tentang penulisan akademik berkump**an. Dalam penulisan akademik berkump**an ini terdapat beberapa isu iaitu konflik kepentingan, isu plagiat dalam penulisan akademik berkump**an dan isu kepengarangan dalam penulisan akademik berkump**an😨. Kalau korang dah lupa tentang tema kita, mestilah tak berapa jelas isu-isu ni kan❓❓Takpe saya jelaskan sikit tentang isu-isu ni je🔅

Isu konflik ni rujuk kepada perselisihan atau pertentangan antara individu dan perkataan kepentingan p**a bermaksud keadaan sifat penting. Konflik nib oleh dibahagikan kepada dua jenis konflik iaitu konflik kepentingan intelek🧠 dan konflik kepentingan kewangan💰. Kalau korang nak tahu maklumat yang lebih jelas tentang isu ni boleh rujuk kepada posting ke2️⃣ye 🆙🆙. Isu plagiat dalam penulisan akademik berkump**an ni p**a merujuk kepada menggunakan karya atau idea orang lain sama ada dalam bentuk perkataan, idea atau penemuan dan mempersembahankan hasil tu sebagai karya sendiri. Plagiat ni adalah perlakuan yang buruk, so korang jangan buat macam tu tau✍🏻🚫. Okay marilah kita tengok isu ke3️⃣ ni iaitu isu kepengarangan dalam penulisan akademik berkump**an. Isu ni berlaku disebabkan oleh kekurangan kesederhanaan terhadap kriteria kepengarangan dan sering berlaku semasa mengarang sesuatu manuskrip dengan pengarang dalam kuantiti yang banyak.

Jadi….marilah kita lihat beberapa cadangan yang boleh menyelesaikan isu dalam penulisan alademik berkump**an kerana segala isu-isu yang korang baca tadi itu merupakan masalah yang selalu dihadapi oleh pelajar 🤔Korang nak tahu tak langkah apa yang sesuai untuk mengatasi isu konflik kepentingan yang ada dalam penulisan akademik berkump**an⁉️⁉️ Perbincangan secara terbuka dan akui perbezaan pendapat sesama ahli kump**an dapat mengelakkan perselisihan faham atau pertentangan antara individu. Bila setiap ahli kump**an mengakui pelbagai perspektif setiap individu yang dapat produk penulisan akhir yang lebih konprehensif✍️👌 Selain itu, ketua Kump**an perlulah menentukan peranan dan tanggungjawab setiap ahli kump**an dengan jelas. Ini kerana apabila semua orang memahami tugas mereka kepada sesuatu penulisan akademik secara tidak langsung ini dapat mengurangkan kemungkinan salah faham dan konflik sesame ahli kump**an.

Next…jom kita tengok langkah yang dapat menyelesaikan isu plagiat p**a💁‍♀️ Semua ahli kump**an perlu memahami secara mendalam tentang isu plagiat🧠 ini sebab kita dapat mengetahui cara mengutip sumber dengab betul✅ dan memberikan kredit kepada penulis asli. Selain langkah ini, penyuntingan bersama-sama ahli kump**an dapat menyelesaikan isu ini. Proses penyuntingan bersama sebagai bersama dapat membantu untuk memeriksa kepatuhan aturan pengutipan, menghindari plagiat dan meningkatkan kualiti penulisan akademik secara menyeluruh.

Sekarang mari saya kongsikan cara penyelesaian yang seterusnya bagi isu ketiga iaitu isu kepengarangan🧐 kita perlu memastikan penggunaan referens dan sumber yang tepat untuk meningkatkan mutu penulisan alademik. Korang juga perlu gunakan kriteria pengarangan dan gaya penulisan yang diakui secara umum. Harap korang faham lah tentang cadangan bagi menyelesaikan isu-isu yang terdapat dalam penulisan akademik berkump**an ini😀😀 so korang tolonglah mengamalkan langkah-langkah yang telah korang baca tadi bagi mengelakkan isu-isu yang dinyatakan di atas‼️‼️

Walaupun penulisan akademik berkump**an timbul beberapa isu, tapi masih terdapat kepentingannya. Korang tau tak tentang kepentingan ni❓Tak tau❓❓Okey je, let me jelaskan ye. Kepentingan penulisan akademik berkump**an yang pertama ialah membangunkan kemahiran komunikasi🗣️. Penulisan akademik berkump**an memberi peluang kepada ahli untuk meningkatkan kemahiran komunikasi mereka. Bekerjasama dalam projek penulisan melibatkan perkongsian idea, memberi dan menerima maklum balas yang membina, dan merundingkan perbezaan pendapat👂🏻. Okay kan penulisan akademik berkump**an ni, sambil belajar sesuatu sambil meningkatkan kemahiran komunikasi🤔🙌🏻.

Seterusnya sambung dengan kepentingan yang kedua iaitu pengurusan masa⌚️. Penulisan kump**an menggalakkan pengurusan masa yang berkesan. Sebab kalua kita buat kerja secara last minute, hasil tu mesti jadi rojak kan…. 😰 Dengan menetapkan tarikh akhir untuk tugasan individu, ahli kump**an boleh memastikan projek itu berjalan tepat pada masanya, mengurangkan kemungkinan tergesa-gesa saat akhir. So kita dapat menghasilkan projek yang baik lah🤩.

Kepentingan yang ketiga ialah kemahiran menyelesaikan masalah. Penulisan kolaboratif selalunya melibatkan mengatasi cabaran dan menyelesaikan masalah sebagai satu pasukan. Ini boleh meningkatkan pemikiran kritis dan kemahiran menyelesaikan masalah apabila ahli kump**an bekerjasama untuk menangani isu-isu yang mungkin timbul semasa proses penulisan.💪🏻💪🏻

Macam mana sekarang❓🤔Faham tak tentang kepentingan penulisan akademik berkump**an ni❓Haraplah korang semua faham dan dapat sesuatu dalam posting ni….. 🫰🏻🫰🏻Terima kasih semua kerana amik masa untuk baca posting ni. Bye❕👋🏻

DISEDIAKAN OLEH:
SEAH HUI ENN (300327)
NUR ASRAWI BINTI AYUP KHAN
(300344)

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera… Hi guyss!!!👋👋Korang apa khabar❓❓ Korang sihat❓❓Harap korang dalam keadaan baik2 s...
30/11/2023

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera… Hi guyss!!!👋👋Korang apa khabar❓❓ Korang sihat❓❓Harap korang dalam keadaan baik2 saja…😊😊

Hari ini saya sangat teruja🤩nak share kepada korang salah satu isu etika dalam penulisan akademik berkump**an tau.

Saya tahu ada antara korang tak pernah dengar isu ini kan. 😂No worries. Jom🏃‍♂️!!! Hari ini saya ingin berkongsi tentang isu kepengarangan. Korang tau tak apa itu kepengarangan??? 🤔🤔Kepengarangan ialah amalan yang harus dinilai berdasarkan kejujuran mereka terhadap hasil penulisan terakhir. Kepengarangan ini penting tau untuk reputasi, kenaikan pangkat akademik dan sokongan terhadap individu yang terlibat bagi kekuatan dan imej institusi mereka.

Apakah itu isu kepengarangan??🤔🤔 Menurut artikel📰, Authorship issue at a New Zealand Academic Institution, isu kepengarangan berlaku disebabkan oleh kekurangan kesederhanaan terhadap kriteria kepengarangan. Menurut artikel📰, Ethical Issues In Writing And Publishing oleh Cynthia R. King, PhD, NP, RN, FAAN, isu ini sering berlaku semasa mengarang sesuatu manuskrip📃 dengan pengarang dalam kuantiti yang banyak.

Antara masalah yang berlaku adalah keadaan rasa malu, kebencian😤, kepahitan, persahabatan yang tidak baik👭, kemusnahan hubungan kemarahan😠dan kehilangan kerjaya akan berlaku.
Isu kepengarangan terbahagi kepada 3 jenis iaitu:

👉 Kepengarangan tetamu
👉 Kepengarangan ‘Pressed’
👉 Kepengarangan hantu

Mesti korang pernah jadi salah satu antara jenis tersebut kan😅… Takpe, saya faham… Kebanyakkan orang sekarang selalu begini sekiranya melakukan sesuatu projek dalam kump**an🙃…

Kepengarangan tetamu ialah seseorang yang namanya terletak dalam senarai pengarah dalam sesuatu kajian tetapi tidak terlibat dalam keseluruhan prosedur. Dengan ini mereka menggunakan peluang ini untuk meningkatkan dalam hieraki pengarah dan membuat kertas kerja dengan nama yang telah diiktiraf. Selain itu, kepengarangan ‘Pressed’ ialah ketua kump**an yang memerlukan nama dalam semua prestasi kajian. Tambahan p**a, kepengarangan hantu ialah seseorang mengasingkan mereka daripada sesuatu situasi yang penting. Paten kepengarangan ini ialah perselisihan antara penyelidik dengan saintis👩‍🔬👨‍🔬bagi sesuatu kedudukan dan takut untuk mengelakan sesuatu permasalahan yang tidak membawa kebaikan.

Pengamalan etika ini akan menimbulkan masalah seperti mempersoalkan intergriti, pengamalan amalan ini mengekploitasi penyelidik baru atau melibatkan kepalsuan, ketidakadilan berlaku dalam kenaikan pangkat dan kesukaran dalam mengekalkan keseimbangan dalam keperluan standard etika peribadi dan peraturan.

Isu kepengarangan berlaku disebabkan oleh beberapa konflik yang ada seperti:

👉 Konflik ke atas pemilikan data
👉 Konflik mengenai pengarang hadiah
👉 Konflik ke atas isu-isu lain

Jom kita mengenali tentang konflik ke atas pemilikan data🏃‍♂️!!!! Adakah anda tahu tentang perkara ini? HMMM TIDAKKAN❌❌. Mari saya jelaskan tentang perkara ini.

Konflik ke atas pemilikan data ialah satu proses sosial yang terjadi di antara dua orang ataupun kelompok yang berupaya untuk saling menyingkirkan antara satu sama lain dengan membuat seseorang atau kelompok lain tidak berdaya ataupun dengan cara menghancurkan orang atau kelompok yang lain. Kesan daripada konflik pemilikan data ini berlaku perselisihan faham dalam kump**an penulisan akademik ini. Sebagai contoh, pengarang pertama bersusah payah mencari maklumat untuk penulisannya manakala pengarang lain mencuri maklumat tersebut dan memasukkan dalam penulisan tetapi hanya mereka yang mendapat nama ataupun pengiktirafan.

Ish ish ish… kesian kan kita dah bersusah payah cari maklumat, orang lain curi💆‍♀️💆‍♂️… lepastu dia yang dapat nama… benda ni mesti pernah berlaku kat korang kan😢😢… bertabah la anda semua😔😔…

Seterusnya, konflik mengenai pengarang hadiah. Apa itu pengarang hadiah❓❓Pengarang hadiah adalah salah satu jenis tingkah laku yang tidak beretika yang paling biasa dilihat dalam penerbitan akademik. Dalam amalan ini, seorang pengarang ditambahkan ke kertas apabila mereka sebenarnya tidak memberi sumbangan kepada kerja, mungkin untuk memberi ganjaran kepada rakan usaha sama, membalas budi atau untuk keuntungan lain. Selain itu, penyelidik sering membenarkan salah laku ini dengan menekankan sifat kompleks dan pelbagai disiplin kump**an penyelidikan moden. Sesetengah ahli makmal mungkin lebih melabur dalam kerja klinikal atau merekrut subjek kajian. Orang lain mungkin lebih terlibat dalam penulisan dan penerbitan.

Akhir sekali, konflik ke atas isu-isu lain. Antara penyebab konflik ke atas isu-isu lain ialah pengagihan kerja yang sama menjadi perbahasan mengenai kedudukan pengarang pertama. Perselisihan pendapat pengarang ini sebenarnya dapat dikurangkan dengan perbincangan yang teliti, garis panduan makmal eksplisit dan pemahaman yang baik tentang amalan pengarang dalam bidang seseorang. Tidak ada pendekatan yang sempurna, tetapi memutuskan siapa yang mendapat kredit pengarang, dan bagaimana mereka disenaraikan, adalah bahagian penting dalam melakukan sains secara bertanggungjawab.

Next kita akan mengetahui cabaran isu kepengarangan…. Korang excited tak tuu🤩?? Ayuh kita🏃‍♂️!!!

Orang awam bergantung kepada pakar saintifik apabila membangunkan pandangan mereka, oleh itu pelanggaran integriti penyelidikan, termasuk pengarang yang tidak beretika, merosakkan kepercayaan antara orang awam dan pakar saintifik. Hubungan yang dipercayai antara para penyelidik sendiri juga merupakan syarat asas untuk perkembangan sains yang berjaya, kerana penyelidikan pelbagai disiplin kontemporari memerlukan pengetahuan yang dihasilkan oleh banyak pakar yang datang dari pelbagai bidang. Kesimp**annya, pengarang kehormat merosakkan kepercayaan dalam sains kerana penulis kehormat tidak boleh mengambil tanggungjawab penuh terhadap hasil kajian dan oleh itu "melemahkan kepercayaan dan keyakinan terhadap kualiti penyelidikan itu sendiri dan reputasi komuniti penyelidikan secara lebih umum".

Selain merosakkan kepercayaan antara masyarakat dan komuniti saintifik, pengarang kehormat juga membahayakan penulis sebenar dengan mencairkan sumbangan mereka dan memberikan kelebihan daya saing yang tidak terhingga kepada penyelidik yang tidak beretika dengan memudahkan promosi dan akses mereka kepada geran penyelidikan. Pengarang bukanlah tulisan tunggal nama keluarga seseorang pada baris pengarang. Sebagai bibliometrik berasaskan petikan memberikan "kredit petikan" kepada semua pengarang yang disenaraikan, tidak kira berapa banyak terdapat, berat saintifik pengarang kehormat tumbuh selari dengan jumlah petikan mereka dan mewujudkan kelebihan daya saing yang tidak adil pada skala yang lebih luas.

Terdapat strategi untuk mengatasi berlakunya konflik dalam isu kepengaranagan. Nak tahuu tak apa strateginya❓❓

📌 Menyedari bahawa norma pengarang berbeza-beza dan beberapa perspektif tertanam 🖋🖋
Konvensyen dan norma pengarang berbeza di kalangan individu, kump**an penyelidikan, disiplin, budaya dan perspektif tentang apa yang menjadi sumbangan pengarang yang layak boleh ditanam. Ada yang berpendapat bahawa pasukan pengarang besar mengikis tanggungjawab dan akauntabiliti dan mencairkan nilai sumbangan individu kepada penyelidikan, sementara yang lain memeluk pasukan pengarang inklusif dan menghargai sumbangan yang pelbagai. Di samping itu, perspektif berbeza-beza mengikut urutan bahawa penulis harus disenaraikan. Bias wujud terhadap atau terhadap pelbagai jenis sumbangan. Sebagai contoh, sumbangan teknikal cenderung dinilai rendah berbanding dengan sumbangan teori dan beberapa peranan (contohnya, pembangunan perkongsian) belum diiktiraf dalam taksonomi pengarang semasa. Terdapat juga dokumen dan merasakan berat sebelah, sama ada sedar atau tidak sedarkan diri, terhadap sumbangan daripada orang-orang dari latar belakang yang kurang diwakili. Walaupun perspektif tertanam ini, trend semasa ke arah penyelidikan penyertaan, kolaboratif, dan antara disiplin, dan pengiktirafan pelbagai cara yang dapat menyumbang kepada cabaran penyelidikan cita-cita normatif siapa penyumbang dan yang merit pengarang. Menyedari apabila perspektif anda sendiri tertanam contohnya, melalui refleksi mengenai kecenderungan tidak sedarkan diri yang berpotensi dan menyedari potensi berat sebelah yang wujud dalam pasukan adalah langkah pertama untuk menyoal siasat amalan semasa. Tambahan p**a, memupuk perbincangan mengenai struktur pasukan, gaya kepimpinan, tanggungjawab, dan jangkaan dan memudahkan perjanjian awal dan inklusif mengenai amalan dan jangkaan pengarang bersama dapat mengelakkan konflik dan salah nyata dan memastikan layanan yang sama dan adil kepada semua ahli pasukan. Begitu juga, menguatkan pemahaman bahawa pasukan pengarang antara disiplin yang lebih besar mungkin mempunyai ahli yang menyumbang kemahiran, perspektif, dan pengetahuan khusus yang penting untuk manuskrip, walaupun sumbangannya seolah-olah "kecil" dapat membantu mencabar berat sebelah yang wujud.

📌 Berhati-hati dengan perbezaan kuasa 👩👨🖋🖋
Terdapat perhatian media yang semakin meningkat mengenai buli akademik dengan wacana mengenai kelaziman dan keterukannya. Perbezaan kuasa yang wujud dalam hubungan antara pelajar dan penyelia mereka, bersama-sama dengan proses promosi yang kompetitif dan berpusatkan individu dalam bidang akademik, meninggalkan pelajar siswazah👩‍🎓👨‍🎓terutamanya terdedah kepada buli akademik, di mana pengkreditan yang tidak adil dan pelanggaran IP dianggap sebagai bentuk yang serius. Kaji selidik yang lebih luas mengenai pengarang artikel terbitan kolaboratif juga mendapati tema buli, paksaan, kerahsiaan, dan intimidasi apabila mereka meminta responden untuk komen terbuka mengenai "pengedaran adil pengarang dalam penyelidikan pasukan". Selalunya, penyelewengan pengarang dapat dilihat sebagai kolaborator kanan yang mengambil kesempatan daripada asimetri kuasa untuk menuntut kedudukan pengarang pertama melalui intimidasi dan paksaan ahli pasukan junior yang layak. Buli dalam bidang akademik masih tidak dilaporkan kerana banyak sebab termasuk kekurangan protokol yang mudah diakses atau jelas untuk pelaporan, perasaan tidak selamat tentang kedudukan atau status, kebimbangan tentang dipecat dan kehilangan pendapatan, dan kebimbangan terhadap menerima cadangan atau surat rujukan yang lemah untuk jawatan masa depan. Isu sedemikian diperbesarkan untuk pekerja antarabangsa yang bergantung kepada visa untuk mengekalkan pelajar atau status kerja mereka. Dalam kes hadiah dan pengarang yang hilang, pilihan mudah seperti memasukkan pernyataan sumbangan setiap pengarang tidak mungkin menyelesaikan isu itu, kerana individu yang dibuli termasuk nama pengarang yang tidak layak juga boleh dipaksa untuk memalsukan penyata sumbangan. Selalunya, pelajar yang mengalami buli akademik akan memerlukan fakulti dan kakitangan lain dalam kedudukan kuasa untuk menganjurkan, melaporkan, dan membuat rakan sekerja mereka bertanggungjawab. Mentees boleh bersedia untuk sebarang konflik yang berpotensi dengan dididik tentang keputusan pengarang seawal kerjaya akademik mereka yang mungkin dan dengan menjadikan diri mereka akrab dengan sumber yang ada. Penting untuk mengajar pelajar bagaimana untuk melibatkan diri dalam membuat keputusan etika dan bagaimana untuk menganjurkan diri mereka sebagai sebahagian daripada penyediaan ini. Semasa perbincangan pengarang, yang paling baik dilakukan pada permulaan projek atau permulaan hubungan akademik, penyelia harus menyedari bahawa dinamik kuasa wujud. Walaupun dalam hubungan yang sangat sihat dan menyokong, ahli junior boleh menahan diri daripada berhadapan dengan penyelia atau ahli pasukan yang lebih senior. Individu dalam kedudukan kuasa harus menyatakan dengan jelas bahawa perbincangan pengarang boleh menjadi dialog yang jujur bebas daripada kesan negatif. Institusi dan jabatan juga dapat memastikan mereka mempunyai mekanisme pelaporan yang jelas dan dasar pemodelan peranan, komuniti, dan tindakan sokongan kolektif.

Haaa… macam mana sekarang❓❓Dapat sesuatu tak daripada posting kami❓❓ Hehe 🤭🤭Thank you korang sebab sudi luangkan masa baca posting kami 🥰🥰 Stay tuned for next posting…bye… 👋👋

DISEDIAKAN OLEH:
DAYASHINEEY A/P SUBRAMANIAM (300323)
ANIS KHALEEDA BINTI NUR HILMI (300313)

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada sesiapa yang tengah tengok posting ni🤗Korang tengah buat apa tu❓ Sihat ka sem...
23/11/2023

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada sesiapa yang tengah tengok posting ni🤗Korang tengah buat apa tu❓ Sihat ka semua❓ Saya harap korang yang tengok posting ni sihat- sihat belaka🤩 Saya nak minta korang yang tengah tengok posting ni luangkan masa kejap untuk baca apa yang saya nak share ni, bole ke? 😁

Oke untuk posting yang sebelum ni kawan saya dah terangkan berkenaan pergaduhan yang timbul dalam penulisan akademik berkump**an. Jadi hari ini saya akan kongsikan apa masalah etika dalam penulisan akademik berkump**an yang seterusnya iaitu isu plagiat dalam penulisan akademik berkump**an.✍🏻 Korang dah bersedia ka untuk dengar? mari saya kongsikan ⬇️

Korang tau tak apa itu plagiat❓ Mesti ramai yang familiar tentang masalah plagiat ni kan😁 isu ni sangar pop**ar dalam kalangan pelajar. Bagi yang kurang familiar mari saya ceritakan. Plagiarisme ialah menggunakan karya atau idea orang lain sama ada dalam bentuk perkataan, idea atau penemuan dan mempersembahkan hasil itu sebagai karya anda. ☝🏻☝🏻

Antara contoh plagiarism ialah:
🖇 Memetik kata-kata seseorang tokoh tanpa mengakui mereka
🖇 Menyalin teks dari internet
🖇 Membeli kertas kerja orang lain dari dalam talian dan mengaku bahawa itu penulisannya

Macam yang saya cakap sebelum ni plagiarisme kerap berlaku pada zaman ini.. nak tau tak kenapa❓❓sebab penggunaan internet daripada kalangan pelajar yang banyak mempengaruhi budaya ilmu di universiti☝🏻Dengan adanya internet ni, para pelajar akan mengambil jalan mudah dengan mengambil sumber dari internet👩🏻‍💻 untuk dijadikan bahan dalam membuat assignment mereka. Budak zaman sekarang panggil ‘copy and paste’ hehe😅 Mesti ramai yang pernah buat jugakkan?😏 Jangankan korang saya pun pernah, tolong jangan ikut contoh ni yaa tak baik2❌❌

Korang mesti nak tau kenapa plagiarism ni banyak berlaku dalam kalangan pelajar kan❓ Meh saya kongsikan faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya masalah plagiat dalam kalangan pelajar, antaranya ialah

1️⃣ Pelajar kurang mahir dalam mencari maklumat – nak tau sebabnya? Sebabnya pelajar tu tak didedahkan kepada kemahiran mencari maklumat, contohnya, cara menyelidik🔎 atau menganalisis📑 sesuatu bahan kajian, so mereka ni mudah terjebak dalam masalah plagiat semasa membuat assignment.

2️⃣ Pelajar tidak mempunyai masa yang cukup untuk menyiapkan tugasan – alasan ni yang sering digunakan oleh pelajar bila tak sempat nak siapkan tugasan, betul tk? Betulkann elehh saya tau la sebab saya pun pelajar HAHA🫣 Sifat ambil mudah dan tak prihatin pelajar terhadap tugasan yang diberikan menyebabkan mereka mempunyai masalah ketika ingin menghantar tugasan. So sebab ni la mereka mengambil tindakan untuk meniru hasil kerja orang lain😵

3️⃣Suasana pembelajaran di universiti berbeza dengan sebelumnya – suasana di universiti ni berbeza dengan suasana di sekolah atau matrikulasi. Kenapa saya cakap macam tu sebab waktu sekolah cikgu akan bagi nota dan apa yang kita belajar akan diterangkan secara terperinci dalam kelas sampai kita faham. Betulkan? 😁Tapi bila dekat universiti ni semua kena buat sendiri, senang cakap kena berdikarilah kan😮‍💨 Perkara inilah yang menyebabkan pelajar banyak yang ketinggalan dan tidak tahu macam mana nak dapatkan nota berkaitan perkara yang dipelajarinya. Akhirnya, mereka mengambil jalan mudah dengan melakukan amalan ‘copy and paste’🗂️

So korang dah tau kan faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya masalah plagiat? 👏👏 Jadi sekarang saya nak kongsikan kesan terhadap isu plagiat dalam penulisan akademik berkump**an p**ak😊😊 Kesan ni penting tau untuk korang tahu supaya korang tak amalkan plagiat dalam menyiapkan penulisan akademik berkump**an atau mana-mana tugasan.🙅‍♂️🙅‍♀️

1. Kegagalan ❌💯
Sama ada di peringkat sekolah, di peringkat universiti ataupun sektor pekerjaan, akan ada dasar yang menggariskan proses disiplin jika didapati bersalah melakukan plagiarisme.📖 Hukuman ni akan berbeza-beza mengikut kepentingan tugas tersebut.✖️
Bagi tugasan yang mudah, mungkinan markah yang diberikan rendah⬇️ korang kalau taknak markah rendah jangan amalkan plagiat ni tau bila buat assignment.
Bagi tugasan yang tahap kesusahannya tinggi atau kertas ilmiah, berkemungkinan mereka akan gagal dalam projek tu atau kertas kerja tu ditolak oleh pengajar dan keputusan exam korang dibatalkan. Benda ni bole effect keseluruhan subjek korang tau.🔚 eee takutnyaa

2. Penggantungan atau Dibuang 🚫🏴‍☠️
Jika peristiwa plagiarisme diulangi atau serius‼️,pihak atasan boleh ambil tindakan tau keatas korang and ahli kump**an korang sekali.📝📝 bila ramai sangat tenaga pengajar tak kisah la cikgu ka lecturer laporkan kejadian plagiarisme ni dekat pihak atasan bila-bila masa ja korang boleh dikenakan tindakan tau.
👂✍️biasanya bila berlaku di peringkat sekolah menengah, pihak sekolah biasanya akan menentukan sama ada tingkah laku pelajar melanggar kod di mana memerlukan pelaksanaan semula kerja ataupun bagi markah yang rendah.
👂✍️Manakala jika penulisan akademik berkump**an belaku di peringkat universiti, lembaga kehakiman biasanya pihak fakulti berkenaan akan mengadakan tindakan tatatertib mahasiswa atau mahasiswi dan pensyarah sekiranya ia sampai ke tahap kod tingkah laku yang mewajarkan penggantungan atau pembuangan universiti. Keputusan sama ada amaran akademik‼️, penarikan diri secara sukarela🚶‍♀️, penggantungan🤚 atau pemecatan🙅‍♀️ akan ditentukan melalui mesyuarat tersebut.

3. Kejatuhan Imej 😨😥
Pembuatan plagiat dalam penulisan akademik berkump**an akan menjatuhkan imej sendiri🧑‍💼, keluarga👨‍👩‍👦, sekolah atau universiti🏫 dan juga negara kita🇲🇾.
Pelaku plagiat dalam penulisan akademik berkump**an boleh merosakkan hubungan dengan rakan dan lecturer tau😟 korang tak fikir ka ahli kump**an lain susah payah fikirkan idea masing-masing tapi kau hanya ambil jalan mudah untuk mendapatkan markah yang tinggi dengan melakukan plagiat😠 bila dh kantoi tak pasal-pasal kau dengan ahli kump**an kau sekali dipandang serong dengan ahli group lain😒😒 so korang kalau bole jangan la meniru bahan dari internet ni eh.. fikir dulu sebelum buat ya😱😱
So untuk elak perkara ni berlaku, pihak universiti kena tegas dalam memberi amaran untuk mengelakkan pelajar IPT iaitu ijazah sarjana dan doktor falsafah (PhD) melakukan plagiat serta mengupah orang lain yang profesional untuk menyiapkan tugasan mereka‼️Perkara ini penting tau demi memelihara dan menjaga nama baik universiti berkenaan👍

Kalau korang still buat jugak, korang boleh dikenakan tindakan tauu iaitu ⏩ di bawah kaedah 6, kaedah-kaedah universiti (Tatatertib Pelajar Tahun 1999) di bawah Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU) dan Akta Badan-badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000 (Akta 605).. takutnyaa😰

So kitorang ni sebenarnya nak bagi tau yang plagiat ni memang akan merugikan semua orang khususnya mahasiswa kerana IPT ialah medan menuntut ilmu pengetahuan. Pembabitan mahasiswa dalam kecurangan dalam akademik ini akan menyekat rangsangan pemikiran tinggi💡dan membantutkan proses pembelajaran sepanjang hayat📖. Nilai integriti, profesionalisme dan etika yang menjadi pemangkin perkembangan individu juga gagal diserap dan diamal bila nilai penguasaan ilmu hanya untuk mendapat pekerjaan💼 atau nak dapat nilai gred yang cemerlang🏅semata-mata.

Harap korang faham la tentang isu plagiat dalam penulisan akademik berkump**an ni.😊😆 so korang tolonglah elakkan diri untuk meniru atau copy paste bahan dari internet tauuu.‼️‼️ oke last, terima kasih banyak- banyak kepada semua yang sudi meluangkan masa untuk baca posting ni.👏👏 korang mang boekk lahhh lurvee sangat .. lepas ni korang boleh la pi baca posting seterusnya untuk tambah ilmu korang.🔜🔜

DISEDIAKAN OLEH:
KHAIRUNNISA BT FAISAL SHAHARIL (300265)
JEE XIN YING (300295)

Hi semua. Welcome back👋🏻! Seperti kawan kita bagitau dalam posting sebelum ni, dalam suatu penulisan akademik berkump**a...
17/11/2023

Hi semua. Welcome back👋🏻! Seperti kawan kita bagitau dalam posting sebelum ni, dalam suatu penulisan akademik berkump**an mestilah wujudnya macam2 isu etika. So hari ni kami nak bincang tentang isu etika dalam penulisan akademik berkump**an. You all dah tau kan tentang penulisan akademik berkump**an kan kan kan🧐 So sekarang kami nak bagitau lebih mendalam tentang isu etika dalam penulisan itu. Terdapat banyak isu etika akan tetapi dalam posting ni kami hanya bincang tentang isu utama yang timbul dalam penulisan akademik berkump**an iaitu konflik kepentingan yang ada dalam penulisan akademik berkump**an.😱😱
Secara ringaksnya, menurut Dewan Bahasa Dan Pustaka📖, perkataan konflik bermaksud ‘perselisihan atau pertentangan antara individu dan perkataan kepentingan p**a bermaksud keadaan sifat penting'. Frasa konflik kepentingan membawa maksud percanggahan kepentingan yang berlaku di mana seseorang atau organisasi mendahulukan kepentingan peribadi atau diri sendirinya.’🤓 Dlm post ini, kami ingin membincangkan tentang 2️⃣ jenis konflik kepentingan yang timbul dalam penulisan akademik berkump**an iaitu, konflik kepentingan intelek 🧠& konflik kepentingan kewangan💰.
Perhatian terhadap konflik kepentingan intelektual dan kewangan telah mendorong organisasi profesional dan editor jurnal profesional untuk memulakan dan menyemak semula dasar dan prosedur secara berkala untuk memastikan pendedahan diperlukan oleh bakal pembentang dan pengarang.👀 Organisasi telah menyediakan garis panduan untuk membantu penyiasat, universiti dan institusi lain menangani konflik kepentingan sebenar atau berpotensi. 🔥
Korang tau X apakah itu konflik 🗣️kepentingan intelektual🤨❓ Sebenarnya konflik kepentingan intelektual termasuk situasi di mana pengetahuan am mungkin bercanggah dengan apa yang dilaporkan dalam sesebuah kump**an. Contohya, kebanyakan pengarang memetik rujukan yang menyokong kerja mereka, tetapi sesetengahnya mungkin salah memetik rujukan atau rujukan tidak menyokong pendapat mereka dengan secukupnya.📝 Kontroversi mungkin timbul berkaitan dengan penggunaan instrumen yang dibangunkan dan diuji oleh orang lain tanpa memberi mereka kredit yang sewajarnya😔. Lokasi pengakuan yang sesuai dalam manuskrip juga menjadi kebimbangan. Semakan undang-undang hak cipta⚖️, manual gaya, dan borang pemindahan hak cipta penerbit mungkin perlu.

Sampai sini korang paham X🤯? Jom minum kopi dulu..baru sambung balik ☕🥨

Selain konflik kepentingan intelektual, konflik kepentingan kewangan💰 juga menjadi isu etika dalam penulisan akademik berkump**an. Konflik kepentingan kewangan muncul apabila wujud perkaitan kewangan antara pengarang dan syarikat komersial. Sebagai contoh, pengarang mungkin telah menerima sokongan kewangan yang konsisten daripada jurnal dan syarikat untuk kerja mereka dan hasilnya. Dalam sesetengah keadaan, kajian mungkin tidak dapat dilakukan tanpa sokongan kewangan ini💸. Walaulah penyiasat dalam kebanyakan keadaan mengakui sokongan, persoalan integriti keputusan masih kekal. Individu yang menerima sokongan sedemikian harus berhati-hati supaya tindakan mereka tidak dilihat sebagai mempromosikan produk tertentu. Pendedahan kewangan diperlukan oleh pengarang apabila menyerahkan manuskrip kepada kebanyakan jurnal profesional. Dasar ini melindungi individu daripada sebarang jenis syak wasangka. Tiada jawapan betul ✅atau salah ❌wujud untuk soalan konflik kepentingan. Kajian kes kerap digunakan dalam seminar dan kelas mengenai penulisan dan penerbitan untuk memudahkan perbincangan topik ini. Konflik kepentingan harus terus dibincangkan, serta dasar dan garis panduan harus dibangunkan dan diikuti dengan teliti untuk menjaga integriti saintifik kejururawatan. Sebagai pengarang👩🏻‍💼🖋️, mesti meminta rakan sekerja, penyemak dan editor untuk membantu anda menentukan sama ada anda mempunyai konflik kepentingan.
Faham tak semua?👻 Kami berharap apa yg kami nak sampaikan telah disampaikan kepada kalian lah🤧. Penulisan akademik berkump**an ni mestilah mempunyai banyak isu etika yang perlu beri perhatian‼️.Harap2 kalian juga mengabaikan isu-isu ini semasa aktiviti penulisan akademik berkump**an ye⛔.. terima kasih semua..see you all again😘

Disediakan oleh
RAAVANYAA A/P PATHMANATHAN (300159)
B**G HUI TING (300100)

Salam sejahtera semua . Sihat tak tu❓ berharap semua dalam keadaan baik aja🙌🏼. Harini I nak bagi tahu satu isu etika yan...
07/11/2023

Salam sejahtera semua . Sihat tak tu❓ berharap semua dalam keadaan baik aja🙌🏼. Harini I nak bagi tahu satu isu etika yang kita pernah dengar atau pun ada juga yang tak pernah dengar pasal isu ni. Haah nak tahu tak apa tu🙄? iaitu isu etika dalam penulisan akademik berkump**an. Sebelum tu nak tanya, adakah anda 🫵🏼 tahu apa itu penulisan akademik❓❓❓

Mari aku bagi tahu kepadamu, penulisan akademik adalah penulisan yang dijalankan secara ilmiah atau saintifik. Ia mengkaji secara teratur dan teliti sesuatu persoalan. Ia berbeza dari kaedah – kaedah lain, contohlah penulisan novel yang berasakan rekaan dan generalisasi daripada pengalaman😳😳.

Mungkin dalam kalangan korang ada ingat penulisan akademik ni sama dengan penulisan novel🤭🤭. Haah sekarang dah jelas kan sebenarnya penulisan akademik ni beza dengan penulisan novel.
So bagaimana kaedah saintifik tu berfungsi dalam penyediaan penulisan akademik 🤔🤔🤔 ⁉️Ha meh sini baca dan faham,
Kaedah saintifik adalah berasakan kepercayaan bahawa mana-mana fenomena mempunyai keterangan-keterangan tertentu; iaitu tiap-tiap kesan mempunyai sebab. Kaedah ini sebenarnya berasaskan idea bahawa kesimp**an hanya boleh diterima bila disokong oleh bukti.

Dah faham kan pasal kaedah saintifik😅😅. Sekarang korang mesti teruja🤩🤩🤩 nak tahu tentang apa tindakan seseorang penulis akademik untuk mencapai kaedah tersebut. Meh saya ceritakan😇😇,
Seorang penulis haruslah mengumpulkan data secara objektif 🧐🧐iaitu tidak berat sebelah dalam mengumpulkan data yang menyokong kebenaran hipotesis dan mengabaikakan perkara yang tidak mengikut kehendak peribadi penyelidik.⚖️⚖️

Untuk membolehkan pengetahuan biasa menjadi pengetahuan ilmiah(sains), ia harus melalui jalan yang panjang. Kalau nak tahu lagi terperinci pasal penulisan akademik kliklah link youtube ni 👉🏻 https://youtu.be/4VuqVdE7Mao?si=_n02YP0a8UJLRbtu Video ni 5 minit je kalau ada masa tengoklah⏱️⏱️⏱️. Lagipun video ni disediakan oleh Dr. Kamaruddin llias penyasarah kanan institusi pendidikan guru kampus ipoh.

I betul betul harap korang dah faham tentang penulisan akademik ni sebenarnya apa 🥳🥳🥳👏🏻👏🏻👏🏻. Lepas ni kawan I akan jelaskan lebih lanjut berkaitan tajuk.

Hi semua👋👋Tadikan dah dengar penjelasan tentang penulisan akademik daripada kawan saya.Masihkan anda semangat dengan penjelasan seterus🧐🧐🧐atau sudah rasa bosan😴🥱🥱.Janganlah macam tu🙏🙏🙏🥹🥹.

Okay,sekarang saya nak jelas apa tu penulisan akademik berkump**an dengan specific. Pastinya banyak yang tahu apa penulisan akademik berkump**an tapi tidak jelas dalam peratusan 40% ke atas❗❗.Apa tu penulisan akademik berkump**an iaitu merupakan terdapat penyelidikan kerjaya awal Dan ahli fakulti persekitaran yang kondusif di mana semua orang dapat berkongsi bahan-bahan penulisan dengan orang lain, menerima pendapat atau maklum balas Dan membagikan mereka motivasi dalam penulisan mereka.

Penulisan berkump**an atas talian untuk ahli akademik juga semakin digunakan dalam setiap universiti. Adakah anda🫵🫵setuju dengan pandangan saya❓❓❓ pasti banyank yang bersetuju dengan saya kerana korang sedang melanjutkan pelajaran di universiti Dan mengunakkan cara tersebut 😎😎😎. Kerana penulisan berkump**an dapat membantu ahli mengetahui Dan mematuhui tentang sumber membaca Dan menulis melalui interaksi.

Dah faham ke maksud penulisan akademik berkump**an🤔🤔🤔. Seterusnya saya akan menjelaskan objektif utama bagi penulisan berkump**an ni.Apakah anda rasanya objektif utama❓❓❓🤓.Saya tekan korang rasa ialah semua orang duduk sekali untuk membincangkan sesuatu masalah ataupun bekerjasama untuk melakukan sesuatu kerjaya. Bukan-bukan, bagi objektif utama ini adalah membantu ahli meningkatkan kemahiran menulis, membantu ahli menangani cabaran Dan mencapai kemajuan ahli sendiri.

Walaupun dah jelaskan maksud Dan objektif tapi penulisan berkump**an ni juga terdapat banyak kelebihan yang korang tidak tahui. Mestilah bukan semua kelebihan saya akan jelas😂😂😂.Yang lain perlulah awak sendiri pergi cari🫵🫵🛜🛜🖥️📱.Okay kelebihan dalam penulisan akademik berkump**an adalah meningkatkan output Dan produktiviti ahli sendiri.Kerana peningkatan Kadar penerbitan Dan cadangan yang diberikan oleh ahli-ahli dalam sekump**an.Ahli akan bermotivasi untuk menulis banyak Dan membolehkan mereka fokus dengan matlamat penulisan mereka.

Akhir sekali, di atasnya semua adalah berkaitan tentang penulisan akademik Dan penulisan akademik berkump**an.Harap awak semua dapat memahami apa maklumat yang ingin disampaikan oleh kawan Dan I. Terima kasih banyak sudi meluangkan masa untuk membaca posting kita😁😁😁.

Disediakan oleh :
1.MAHAASRI A/P SANTHRAN ( 299933 )
2. YIOW HAN WEI ( 300002 )

Address

UNIVERSITY UTARA
Sintok
06010

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Penghayatan Etika Dan Peradaban Group 7 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Penghayatan Etika Dan Peradaban Group 7:

Shortcuts

Share