A231 - Penghayatan Etika & Peradaban Kumpulan 5

A231 - Penghayatan Etika & Peradaban Kumpulan 5 Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from A231 - Penghayatan Etika & Peradaban Kumpulan 5, Education Website, SLCP UUM, Sintok.

[Poster]📌Dengan paparan poster ini, berakhirlah perbahasan kami berkenaan "Memupuk Nilai Kemanusiaan Dalam Kalangan Masy...
20/12/2023

[Poster]

📌Dengan paparan poster ini, berakhirlah perbahasan kami berkenaan "Memupuk Nilai Kemanusiaan Dalam Kalangan Masyarakat Kini".

📌Diharapkan semua perkongsian daripada kumpulan kami memberi manfaat serta memberi kesedaran kepada semua pembaca berkenaan nilai kemanusiaan ini.

Sekian daripada kami, Kumpulan 5.

Disediakan Oleh:
1. Nor Hafiza Binti Zahid (297815)
2. Lim Shiao Yee (297831)
3. Nur Maisarah Binti Mubarek (297840)
4. Nur Afrina Farhah Binti Mohd Azhar (297875)
5. Muhammad Azfar Yamin Bin Mohd Dali (297886)
6. Muhammad Muaz Afiq Bin Mohammad Zuber (298759)
7. Mohamad Amar Aidid Bin Mohd Zain (299173)
8. Christine Cheng Suk Ling (299915)

Posting kelapan 8️⃣📌 Tajuk : Memupuk nilai kemanusiaan dalam kalangan masyarakat kiniℹ️Peranan individu dan masyarakat d...
12/12/2023

Posting kelapan 8️⃣

📌 Tajuk : Memupuk nilai kemanusiaan dalam kalangan masyarakat kini

ℹ️Peranan individu dan masyarakat dalam memupuk nilai kemanusiaan

➡️Peranan individu dan masyarakat dalam memupuk sifat kemanusiaan merupakan aspek yang krusial dalam pembangunan sebuah masyarakat yang berdaya. Sifat kemanusiaan merangkumi kesediaan untuk mengutamakan kebajikan dan kesejahteraan bersama di atas kepentingan diri sendiri. Individu, sebagai unit terkecil dalam masyarakat, serta masyarakat secara kolektif, memegang peranan penting dalam memperkukuh dan memupuk nilai-nilai kemanusiaan.

➡️Pertama sekali, peranan individu dalam memupuk sifat kemanusiaan adalah dengan kesedaran diri akan tanggungjawab terhadap orang lain. Individu yang memahami peranan mereka dalam memberi pertolongan kepada sesama mampu mencipta impak positif dalam masyarakat. Misalnya, melalui sukarelawanisme atau sumbangan kepada mereka yang memerlukan bantuan, individu-individu ini menjana kepedulian dan keberanian dalam menyumbang kepada kebajikan bersama.

➡️Di samping itu, masyarakat sebagai entiti kolektif juga mempunyai peranan yang signifikan dalam memupuk sifat kemanusiaan. Pembentukan komuniti yang berperikemanusiaan, di mana orang saling membantu dan menyokong antara satu sama lain, memainkan peranan dalam membentuk persekitaran yang menyuburkan sikap tolong-menolong dan kepekaan terhadap keperluan bersama. Penyediaan perkhidmatan sosial oleh masyarakat juga menjadi aspek penting dalam memupuk sifat kemanusiaan. Organisasi bukan kerajaan (NGO) dan program-program sukarelawan yang dijalankan oleh masyarakat membuka ruang untuk individu untuk terlibat secara langsung dalam aktiviti yang bertujuan membantu golongan yang memerlukan bantuan.

➡️Kesimpulannya, peranan individu dan masyarakat dalam memupuk sifat kemanusiaan adalah tidak dapat dipandang ringan. Melalui kesedaran diri, pendidikan, dan sumbangan masyarakat, nilai-nilai kemanusiaan dapat ditanamkan dan dipupuk secara berterusan. Ini merupakan asas yang kukuh dalam membina masyarakat yang berdaya dan prihatin terhadap kebajikan bersama.

disediakan oleh:
MUHAMMAD AZFAR YAMIN BIN MOHD DALI(297886)

Posting ketujuh 7️⃣📌 Tajuk : Memupuk nilai kemanusiaan dalam kalangan masyarakat kiniSIAPA YANG BERTANGGUNGJAWAB UNTUK M...
10/12/2023

Posting ketujuh 7️⃣

📌 Tajuk : Memupuk nilai kemanusiaan dalam kalangan masyarakat kini

SIAPA YANG BERTANGGUNGJAWAB UNTUK MEMUPUK NILAI KEMANUSIAAN ⁉️ 🤔

Nilai kemanusiaan yang semakin berkurang di kalangan masyarakat kita dapat ini ditanggani jika semua pihak berganding bahu dalam menyelesaikannya. Namun begitu persoaalannya ialah “SIAPA YANG BERTANGGUNGJAWAB UNTUK MEMUPUK NILAI KEMANUSIAAN ?”. Terdapat banyak pihak yang mempunyai peranan dalam memupuk nilai kemanusiaan termasuklah :

1. KERAJAAN 👨🏻‍💼

• Menambah baik sistem pendidikan : Pihak kerajaan mempunyai tanggungjawab dalam menambah baik sistem pendidikan di negara. Ianya termasuklah menyediakan akses kepada pendidikan yang berkualiti kepada semua warganegara. Pendidikan yang baik membentuk nilai-nilai kemanusiaan seperti empati, toleransi, dan kebolehan berempati terhadap orang lain. Selain itu, mewujudkan pelajaran tentang kemanusiaan merupakan langkah yang perlu dilakukan oleh kerajaan.

• Mewajibkan program tanggungjawab sosial : Pihak kerajaan perlu mewajibkan setiap orang atau majikan tidak kira sektor awam atau swasta untuk melakukan program tanggungjawab sosial setahun sekali. Hal ini secara tidak langsung dapat membantu golongan yang memerlukan bantuan, seperti orang kurang upaya, golongan miskin, dan yang terpinggir dan sifat kemanusiaan akan terwujud. Namun, begitu untuk memastikan program ini dapat berjalan dengan lancar, pihak kerajaan perlu memberikan insentif kepada mereka untuk menggalakkan program ini dijalankan seperti pemotongan cukai dan lain-lain.

• Kuat-kuasa undang-undang : Pihak kerajaan seharusnya menguatkuasa undang-undang dengan mengenakan denda yang berat kepada pesalah yang telah melakukan tindakan yang tidak memberi kemanusiaan. Denda seperti penjara seumur hidup dapat mengelakkan kejadian itu berlaku. Hal ini kerana ianya dapat membuat masyarakat untuk berfikir dua kali sebelum melakukannya. Secara tidak langsung dapat menyedarkan masyarakat tentang kesan jika tiada nilai kemanusiaan. Ianya juga dapat melindungi individu daripada diskriminasi, keganasan, dan eksploitasi.

2. IBU BAPA👨‍👩‍👧‍👦

• Menyediakan pendidikan kepada anak-anak : Ibu bapa memainkan peranan penting dalam membentuk nilai kemanusiaan dengan memberikan pendidikan awal kepada anak-anak tentang kepentingan nilai-nilai seperti hormat-menghormati, kejujuran, dan kesederhanaan.

• Menjadi suri teladan : Ibu bapa harus menjadi contoh yang baik kepada anak-anak dalam mengamalkan nilai-nilai kemanusiaan. Seperti peribahasa melayu “ke mana tumpah kuah, kalau tidak ke nasi” dapat mengambarkan bahawa setiap perilaku dan tindakan ibu bapa akan diikut oleh anak-anak mereka. Jika ianya perilaku yang baik maka anak tersebut akan mempunyai sifat yang baik dan begitu sebaliknya. Sebagai contoh, jika ibu bapa selalu menolong orang yang berada dalam kesusahan, secara tidak langsung anak mereka akan turut membantu orang tersebut.
• Komunikasi tentang isu semasa: Ibu bapa perlu berkomunikasi dengan anak-anak tentang isu-isu kemanusiaan seperti kepelbagaian budaya, toleransi, dan hak asasi manusia. Pendidikan lanjut ini membantu membina kesedaran dan kepekaan terhadap isu-isu sosial. Selain itu, ibu bapa juga dapat memberikan solusi dalam menyelesaikan isu tersebut kepada anak-anak.

Dengan kerjasama antara kerajaan yang bertanggungjawab dalam menyediakan infrastruktur dan sokongan serta peranan ibu bapa dalam membentuk sikap dan nilai-nilai dalam kalangan anak-anak, nilai kemanusiaan dapat ditingkatkan dalam masyarakat hari ini, mencipta generasi yang lebih peka dan bertanggungjawab terhadap keperluan manusia.

Disediakan oleh,
MUHAMMAD MUAZ AFIQ BIN MOHAMMAD ZUBER
(298759)

Posting keenam 6️⃣📌 Tajuk : Memupuk nilai kemanusiaan dalam kalangan masyarakat kiniℹ️Implikasi Masyarakat Tidak Mempuny...
09/12/2023

Posting keenam 6️⃣

📌 Tajuk : Memupuk nilai kemanusiaan dalam kalangan masyarakat kini

ℹ️Implikasi Masyarakat Tidak Mempunyai Nilai Kemanusiaan

Pada pendapat saya, jika masyarakat tidak mempunyai nilai kemanusiaan akan memberi banyak kesan buruk kepada masyarakat dan negara kita.
📌Antara implikasinya ialah membentuk masyarakat yang kurang prihatin. Dalam hal ini, golongan yang memerlukan bantuan akan tidak mendapatkan bantuan daripada masyarakat menyebabkan kebebanan kehidupan golongan tersebut semakin serius. Sebagai contoh, masyarakat yang tidak mempunyai nilai kemanusiaan tidak akan memberi bantuan kepada golongan yang memerlukan seperti golongan anak yatim. Dalam hal ini, anak-anak di rumah anak yatim tidak boleh membaiki kehidupan mereka dan mungkin tidak dapat pergi ke sekolah untuk belajar disebabkan kekurangan wang dermaan daripada masyarakat. Dengan ini, mereka tidak dapat menujukkan bakat mereka dan juga ditemui oleh negara menyebabkan kehilangan banyak bakat di negara kita. Oleh hal yang demikaian, kemakmuran negera akan diperlahankan.

📌Selain itu, implikasinya adalah meningkatkan kes jenayah. Hal ini dikatakan demikian kerana ketiadaan sokongan dan perhatian masyarakat boleh mendorong individu membuat tingkah laku yang membahayakan masyarakat. Dengan ini, kes jenayah meningkat dan menyebabkan keselamatan negara terjejas. Oleh itu, pelancong asing tidak berani melancong ke negara kita disebabkan keselamatan negara dan ekonomi negara akan terjejas.

📌Seterusnya, implikasinya ialah imej negara terjejas. Hal ini dikatakan demikian kerana apabila orang asing datang ke negara kita, orang asing tersebut susah mendapat bantuan daripada penduduk tempatan. Sebagai contoh, apabila orang asing bertanya penduduk tempatan untuk arah, mereka tidak akan menjawab soalannya dan bermungkinan besar mengabaikan orang tersebut. Kesannya, orang asing akan berasa negara kita tidak bersemangat dan juga tidak mengalu-alukan orang asing datang. Oleh hal yang demikian, imej negara terjejas dan orang asing tidak mahu berniaga dengan negara kita menyebabkan ekonomi negara terjejas.

disediakan oleh:
CHRISTINE CHENG SUK LING(299915)

08/12/2023

Posting kelima 5️⃣

📌 Tajuk : Memupuk nilai kemanusiaan dalam kalangan masyarakat kini

ℹ️Pentingkah Nilai Kemanusiaan itu?

➡️Jika saya, sungguh ngeri membayangkan kehidupan kini tanpa nilai kemanusiaan dalam kalangan masyarakat.

➡️Kini isu dan kes yang tidak berperikemanusiaan kian berleluasa.

Sebagai contoh, isu kini yang menjadi perhatian seluruh dunia 🌍 iaitu pembunuhan kejam terhadap orang awam terutamanya kalangan kanak - kanak dan wanita di Palestin.

Jika dilihat dari skop dalam negara Malaysia itu sendiri, wujud kes - kes yang menimbulkan tanda tanya kemanakah hilangnya nilai kemanusiaan dalam diri seseorang itu.

Antara kes yang dapat saya kongsikan adalah kes pembunuhan kejam oleh seorang lelaki terhadap 3 ekor kucing yang dilemaskan didalam mesin basuh di dobi layan diri. Selain itu, kes seorang bapa merogol dan melacurkan anak perempuannya yang berusia 13 tahun.

Bila dilihat kes sebegini berlaku didalam kalangan masyarakat kita, masih wajarkah kepentingan nilai kemanusiaan itu dipersoalkan?

➡️Video diatas memaparkan kepentingan nilai kemanusiaan.

Terdapat banyak kepentingan yang boleh dihuraikan. Namun begitu, didalam video ini menerangkan 4 kepentingan nilai kemanusiaan.

1. Memupuk Empati dan Keprihatinan

2. Melahirkan Masyarakat Yang Harmoni

3. Persepakatan Dalam Masyarakat Dapat Diperkukuhkan

4. Keselamatan Masyarakat Terjamin

➡️Kesimpulannya, nilai kemanusiaan memainkan peranan penting dalam pembentukan masyarakat yang lebih baik, lebih adil dan berintegrasi. Masyarakat yang menerapkan nilai-nilai ini dalam pola pikir dan tindak-tanduknya cenderung membentuk lingkungan yang membawa kepada perkembangan positif dan kesejahteraan bersama.

disediakan oleh:
NUR AFRINA FARHAH BINTI MOHD AZHAR (297875)

Address

SLCP UUM
Sintok
06010

Telephone

+60103436962

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when A231 - Penghayatan Etika & Peradaban Kumpulan 5 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share