A231Mpu1013E2

A231Mpu1013E2 Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from A231Mpu1013E2, Education Website, UUM, Sintok.

Assalamualaikum dan Selamat Sejahteraโœจ๐ŸฉตKami dari Kump**an 2 bagi subjek MPU1013 Penghayatan Etika Dan Peradaban (E) sesi...
28/12/2023

Assalamualaikum dan Selamat Sejahteraโœจ๐Ÿฉต

Kami dari Kump**an 2 bagi subjek MPU1013 Penghayatan Etika Dan Peradaban (E) sesi A231.

Poster kami bertemakan Pengaruh Penggunaan Media Sosial (ICT) Terhadap Etika Dan Peradaban Masyarakat.

Terima kasih kepada anda semua yang sudi meluangkan masa berkunjung ke page kami. Mohon like, comment and share post kami.๐Ÿ˜†๐Ÿคฉ

Diharapkan segala informasi yang kami kongsikan dapat sedikit sebanyak memberikan manfaat kepada anda semua. Terima kasihโœจ๐Ÿ™

Ayuh sama-sama kita sentiasa rasional ketika menggunakan media sosial!๐Ÿซถ๐Ÿป๐Ÿ”ฅ

Disediakan oleh:
Semua ahli kump**an 2

Disediakan olehNama: Ng Chuan QiNo. Matrik: 291333Kesimp**annya, penggunaan media sosial (ICT) mempunyai kesan ketara te...
25/12/2023

Disediakan oleh
Nama: Ng Chuan Qi
No. Matrik: 291333

Kesimp**annya, penggunaan media sosial (ICT) mempunyai kesan ketara terhadap etika dan peradaban masyarakat. Secara keseluruhan, penggunaan media sosial bukan hanya mempengaruhi cara kita berkomunikasi dan berinteraksi, tetapi juga membawa akibat yang ketara terhadap etika dan peradaban masyarakat. Ianya penting bagi setiap individu untuk menjadi netizen yang bertanggungjawab, bijak dalam bermedia sosial, dan berkontribusi positif dalam membangun lingkungan online yang sihat.

Disediakan olehNama: Ng Chuan QiNo. Matrik: 291333Tema: Pengaruh Penggunaan Media Sosial (ICT) Terhadap Etika dan Perada...
22/12/2023

Disediakan oleh
Nama: Ng Chuan Qi
No. Matrik: 291333

Tema: Pengaruh Penggunaan Media Sosial (ICT) Terhadap Etika dan Peradaban Masyarakat
๐—˜๐˜๐—ถ๐—ธ๐—ฎ ๐——๐—ฎ๐—ป ๐—˜๐˜๐—ถ๐—ธ๐—ฒ๐˜ ๐˜†๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐—ฆ๐—ฒ๐—ฝ๐—ฎ๐˜๐˜‚๐˜๐—ป๐˜†๐—ฎ ๐—ฆ๐—ฒ๐—บ๐—ฎ๐˜€๐—ฎ ๐— ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ด๐˜‚๐—ป๐—ฎ ๐— ๐—ฒ๐—ฑ๐—ถ๐—ฎ ๐—ฆ๐—ผ๐˜€๐—ถ๐—ฎ๐—น

Penggunaan media sosial dengan etika dan etiket yang baik dapat menciptakan lingkungan online yang positif dan saling menghormati. Berikut adalah beberapa prinsip etika dan etiket yang sepatutnya diamalkan semasa menggunakan media sosial:

๐Ÿญ. ๐—•๐—ฒ๐—ฟ๐˜๐—ถ๐—ป๐—ฑ๐—ฎ๐—ธ ๐—ฑ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ป ๐—›๐—ผ๐—ฟ๐—บ๐—ฎ๐˜ ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป ๐—ฆ๐—ผ๐—ฝ๐—ฎ๐—ป
Berkomunikasi dengan sopan santun dan menghormati pendapat orang lain. Elakkan penggunaan bahasa kasar atau ayat-ayat yang merendahkan jati diri orang lain. Penggunaan bahasa yang sopan dan beradab semasa berkomunikasi di media sosial adalah antara etika yang paling penting kerana boleh menjadi pemangkin pepaduan ataupun peperangan. Walaupun pihak lain menggunakan perkataan yang kasar, kita seharusnya menbalas dengan hujahan yang rasional dan sopan bagi mengelakkan keadaan daripada menjadi makin teruk. Jangan terlibat dalam pelecehan atau diskriminasi berdasarkan ras, agama, gender, atau faktor lainnya serta bertoleransi terhadap kelakuan orang yang berlainan dengan budaya kita.

๐Ÿฎ. ๐—ฃ๐—ฟ๐—ถ๐˜ƒ๐—ฎ๐˜€๐—ถ ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป ๐—ž๐—ฒ๐—ฎ๐—บ๐—ฎ๐—ป๐—ฎ๐—ป
Lindungi privasi pribadi dan hindari menyebarkan maklumat pribadi orang lain tanpa izin. Ini termasuk berkongsi cerita menggunakan nama sebenar orang-orang yang terlibat tanpa izin mereka, mengepos gambar-gambar atau video-video mereka, memberikan maklumat perhubungan seseorang, dan lain-lain. Selain melindungi keperibadian orang lain, kita juga harus melindungi privasi kita sendiri. Kita patut menggunakan pengaturan privasi untuk mengawal akses ke informasi pribadi kita, terutamanya daripada golongan yang boleh meyamar sebagai kita untuk kegiatan yang tidak baik.

๐Ÿฏ. ๐—ง๐—ฎ๐—ป๐—ด๐—ด๐˜‚๐—ป๐—ด๐—ท๐—ฎ๐˜„๐—ฎ๐—ฏ ๐—ง๐—ฒ๐—ฟ๐—ต๐—ฎ๐—ฑ๐—ฎ๐—ฝ ๐—ž๐—ฒ๐—ฏ๐—ฒ๐—ป๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ๐—ป ๐—™๐—ฎ๐—ธ๐˜๐—ฎ
Kita patut menyampaikan maklumat yang benar dan diiktiraf oleh sumber yang rasmi serta boleh dipercayai. Hindari menyebarkan berita palsu atau informasi yang tidak terverifikasi. Jika berbagi pendapat, pastikan untuk menyatakan sekiranya itu adalah pendapat sendiri dan bukannya fakta atau hasil penyelidikan. Pastikan juga bahawa fakta yang disebarkan itu ada yang terkini, disemak serta dikemas kini dan bukannya yang ketinggalan zaman dan tidak lagi relevan. Sekiranya kita hendak berkongsi pendapat yang bukan pendapat sendiri, kita haruslah sebut sumbernya sama ada secara link ataupun rujukan terutamanya dalam tapak profesional.

๐Ÿฐ. ๐—•๐—ฎ๐—ป๐˜๐˜‚ ๐— ๐—ฒ๐—บ๐—ฏ๐—ฎ๐—ป๐—ด๐˜‚๐—ป ๐—ž๐—ผ๐—บ๐˜‚๐—ป๐—ถ๐˜๐—ถ ๐˜†๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐—ฃ๐—ผ๐˜€๐—ถ๐˜๐—ถ๐—ณ
Kita bertanggungjawab untuk menciptakan lingkungan online yang positif dan berganding bahu. Sertailah perbincangan dengan cara yang menaikkan semangat dan informatif. Tegurlah orang-orang yang kurang ajar dengan sopan agar mereka insaf dan turut menjadi โ€˜netizenโ€™ yang baik. Media sosial bukannya tempat untuk bergaduh tetapi tempat untuk belajar sama ada secara akademik, sahsiah ataupun kemahiran hidup. Oleh itu, kita haruslah bersabar dan bersikap pemaaf terhadap mereka yang tidak tahu dan saling mendidik satu sama lain.

๐Ÿฑ. ๐—ฃ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ต๐—ฎ๐—ฟ๐—ด๐—ฎ๐—ฎ๐—ป ๐—›๐—ฎ๐—ธ ๐—–๐—ถ๐—ฝ๐˜๐—ฎ
Menghormati hak cipta dan jangan menyertai aktiviti pelanggaran hak kekayaan intelektual. Jangan menyebarkan konten haram atau mencurigakan. Pastikan pencipta konten yang sah dapat kredit yang sepatutnya sekiranya ciptaannya disebarkan.

๐Ÿฒ. ๐— ๐—ฒ๐—ป๐—ท๐—ฎ๐—ด๐—ฎ ๐—ž๐—ฒ๐—ฝ๐—ฒ๐—ป๐˜๐—ถ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ป ๐—ž๐—ฒ๐˜€๐—ฒ๐—น๐—ฎ๐—บ๐—ฎ๐˜๐—ฎ๐—ป ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป ๐—ž๐—ฒ๐˜€๐—ถ๐—ต๐—ฎ๐˜๐—ฎ๐—ป ๐— ๐—ฒ๐—ป๐˜๐—ฎ๐—น
Fahami bahawa media sosial dapat mempengaruhi kesihatan mental seseorang pengguna. Jika perlu, hadkan jangka waktu penggunaan media sosial dan mementingkan kesihatan mental anda. Selain itu, pastikan konten yang dikongsi adalah sesuatu yang positif dan bermanfaat bagi mementingkan kesihatan mental orang lain. Hindari menyebarkan konten yang mungkin merugikan atau menyinggung orang lain. Hindari juga kontroversi yang tidak diperlukan. Jangan mulakan pergaduhan atau mewujudkan konflik yang hanya akan menjadi kenangan buruk pada semua pihak yang terlibat.

Sumber๏ผš
https://www.webroot.com/us/en/resources/tips-articles/netiquette-and-online-ethics-what-are-they
https://www.verywellmind.com/ten-rules-of-netiquette-22285
https://www.cybersafecarepei.ca/online-safety-and-ethics
https://achievevirtual.org/7-rules-for-online-etiquette/

Disediakan olehNama: Wan SyamimiNo. Matrik: 291365Tema: Pengaruh Penggunaan Media Sosial (ICT) Terhadap Etika dan Perada...
18/12/2023

Disediakan oleh
Nama: Wan Syamimi
No. Matrik: 291365

Tema: Pengaruh Penggunaan Media Sosial (ICT) Terhadap Etika dan Peradaban Masyarakat

๐—Ÿ๐—ฎ๐—ป๐—ด๐—ธ๐—ฎ๐—ต: ๐—ฃ๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ๐—ป๐—ฎ๐—ป ๐—ž๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ๐—ท๐—ฎ๐—ฎ๐—ป ๐—ฌ๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐—ฃ๐—ฒ๐—ฟ๐—น๐˜‚ ๐——๐—ถ๐—น๐—ฎ๐—ธ๐˜‚๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—จ๐—ป๐˜๐˜‚๐—ธ ๐— ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐˜๐—ฎ๐˜€๐—ถ ๐—ฃ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ฟ๐˜‚๐—ต ๐—•๐˜‚๐—ฟ๐˜‚๐—ธ ๐— ๐—ฒ๐—ฑ๐—ถ๐—ฎ ๐—ฆ๐—ผ๐˜€๐—ถ๐—ฎ๐—น

Pihak kerajaan merupakan peneraju gemilang terhadap sesebuah negara berperanan menjaga keharmonian dan keamanan negara melalui kempen kesedaran dan undang-undang yang tegas bagi mengawal penyalahgunaan media sosial.

๐Ÿญ. ๐—ฃ๐——๐—ฅ๐—  ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ๐—ธ๐—ผ๐—น๐—ฎ๐—ฏ๐—ผ๐—ฟ๐—ฎ๐˜€๐—ถ ๐—ฑ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ป ๐—ฆ๐˜‚๐—ฟ๐˜‚๐—ต๐—ฎ๐—ป๐—ท๐—ฎ๐˜†๐—ฎ ๐—ž๐—ผ๐—บ๐˜‚๐—ป๐—ถ๐—ธ๐—ฎ๐˜€๐—ถ ๐——๐—ฎ๐—ป ๐— ๐˜‚๐—น๐˜๐—ถ๐—บ๐—ฒ๐—ฑ๐—ถ๐—ฎ ๐— ๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐˜†๐˜€๐—ถ๐—ฎ (๐—ฆ๐—ž๐— ๐— )
Mengambil tindakan tegas kepada seseorang yang menyalahgunakan rangkaian media sosial untuk menyebar berita palsu, lucah, mengancam keselamatan dengan niat menyinggung perasaan, menganiaya, menggugat atau mengganggu orang lain. Mereka boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 233(1) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan jika didapati bersalah boleh didenda RM50,000 atau dipenjarakan tidak melebihi setahun atau kedua-duanya sekali.

๐Ÿฎ. ๐—ž๐—ฒ๐—บ๐—ฝ๐—ฒ๐—ป ๐—ž๐—ฒ๐˜€๐—ฒ๐—ฑ๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ๐—ป
Menggalakkan pihak PDRM membuat kempen kesedaran pengaruh buruk media social di setiap institusi untuk meningkatkan celik media sosial dalam kalangan pelajar dan memberi pemahaman yang lebih baik tentang cara menggunakan media sosial secara positif dan bertanggungjawab. Selain itu, kempen ini dapat memberi maklumat tentang risiko dan bahaya yang boleh timbul daripada penggunaan media sosial dan mengajar cara mengenal pasti dan menangani tingkah laku dalam talian yang berbahaya.

๐Ÿฏ. ๐— ๐—ฒ๐˜„๐—ฎ๐—ฟ-๐˜„๐—ฎ๐—ฟ๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—ฒ๐˜๐—ถ๐—ธ๐—ฎ ๐—ฝ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ด๐˜‚๐—ป๐—ฎ๐—ฎ๐—ป ๐—บ๐—ฒ๐—ฑ๐—ถ๐—ฎ ๐˜€๐—ผ๐˜€๐—ถ๐—ฎ๐—น
Kita boleh mendidik rakyat menerusi televisyen, radio dan surat khabar secara berterusan. Hal ini sangat penting bagi memupuk kesedaran orang ramai supaya menggunakan media sosial dengan sebaik mungkin serta menyekat penyebaran kandungan yang berunsur prejudis terhadap kaum, agama, jantina, seksual atau keganasan.

Sumber:
KARANGAN SPM - CARA-CARA MENGAWAL PENGGUNAAN MEDIA SOSIAL DALAM KALANGAN MASYARAKAT. (n.d.). Retrieved from https://ohkarangan.blogspot.com/2018/11/karangan-spm-cara-cara-mengawal.html

https://www.astroawani.com/berita-malaysia/kerajaan-perlu-main-peranan-terap-etika-penggunaan-media-sosial-pensyarah-203074

Disediakan OlehNama: Rizq Hairin Bin AruzamriNo. Matrik: 291352Tema: Pengaruh Penggunaan Media Sosial (ICT) Terhadap Eti...
17/12/2023

Disediakan Oleh
Nama: Rizq Hairin Bin Aruzamri
No. Matrik: 291352

Tema: Pengaruh Penggunaan Media Sosial (ICT) Terhadap Etika dan Peradaban Masyarakat

๐—Ÿ๐—ฎ๐—ป๐—ด๐—ธ๐—ฎ๐—ต: ๐—ฃ๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ๐—ป๐—ฎ๐—ป ๐—œ๐—ฏ๐˜‚ ๐—•๐—ฎ๐—ฝ๐—ฎ ๐——๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐—บ ๐— ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐˜๐—ฎ๐˜€๐—ถ ๐— ๐—ฎ๐˜€๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐—ต ๐—ž๐—ฒ๐˜๐—ฎ๐—ด๐—ถ๐—ต๐—ฎ๐—ป ๐— ๐—ฒ๐—ฑ๐—ถ๐—ฎ ๐—ฆ๐—ผ๐˜€๐—ถ๐—ฎ๐—น

Internet merupakan satu fenomena teknologi yang mengubah cara hidup setiap lapisan masyarakat secara keseluruhan. Ini kerana, urusan surat-menyurat yang memakan masa sehingga berminggu-minggu pada suatu masa dahulu telah berubah dengan adanya aplikasi emel di mana urusan tersebut boleh dilakukan secara langsung di alam maya. Situasi ini telah memberikan satu anjakan paradigma dalam kehidupan manusia kerana pelbagai urusan dapat dilaksanakan dengan pantas dan mudah tanpa perlu bersusah payah serta melibatkan kos yang berpatutan. Sehingga hari ini, Internet telah menjadi tulang belakang kepada pelbagai industri seperti perkhidmatan komunikasi, perniagaan dan pendidikan yang telah menjadikan globalisasi satu perkara yang tidak mustahil untuk dikecapi. Namun, setiap ciptaan manusia ada baik dan buruknya. Ia bergantung kepada setiap individu untuk memanfaatkan kemudahan yang dinikmati sama ada memberi manfaat kepada diri atau sebaliknya.

๐Ÿญ. ๐— ๐—ฒ๐—บ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ๐—ถ๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—ฑ๐—ถ๐—ฑ๐—ถ๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—ธ๐—ฒ๐—ฝ๐—ฎ๐—ฑ๐—ฎ ๐—บ๐—ฒ๐—ฟ๐—ฒ๐—ธ๐—ฎ ๐—ธ๐—ต๐˜‚๐˜€๐˜‚๐˜€๐—ป๐˜†๐—ฎ ๐˜๐—ฒ๐—ป๐˜๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐—ฝ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ด๐˜‚๐—ป๐—ฎ๐—ฎ๐—ป ๐—œ๐—ป๐˜๐—ฒ๐—ฟ๐—ป๐—ฒ๐˜.
Seperti yang diketahui, proses pengajaran dan pembelajaran bukan sahaja di sekolah, tetapi ibu dan bapa juga perlu terlibat dalam menerangkan segala butiran mengenai Internet sehingga mereka faham dan bijak dalam menggunakannya. Misalnya mengetahui laman web yang berunsurkan penipuan dan berisiko untuk dilayari serta kebaikan dan keburukan melayari media sosial hari ini. Peribahasa Melayu berkata, melentur buluh biarlah dari rebungnya, yang bermaksud kita seharusnya mendidik anak-anak sejak kecil agar apabila menjelang dewasa kelak mereka mempunyai ilmu yang betul dan berakhlak mulia dalam kehidupan seharian. Internet merupakan satu elemen yang akan digunakan secara menyeluruh di masa hadapan, maka pendidikan yang tepat sejak kecil adalah mustahak agar generasi muda celik teknologi dan mampu menjadi pemacu negara di masa akan datang.

๐Ÿฎ. ๐— ๐—ฒ๐—บ๐—ฝ๐—ฒ๐—ฟ๐—ธ๐—ฒ๐—ป๐—ฎ๐—น๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—ฎ๐—ฝ๐—น๐—ถ๐—ธ๐—ฎ๐˜€๐—ถ ๐—ฝ๐—ฒ๐—บ๐—ฏ๐—ฒ๐—น๐—ฎ๐—ท๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ๐—ป ๐˜†๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐—บ๐—ฒ๐—ป๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ๐—ธ ๐—ฑ๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐—บ ๐—บ๐—ฒ๐—ฑ๐—ถ๐—ฎ ๐˜€๐—ผ๐˜€๐—ถ๐—ฎ๐—น
Peranan lain yang boleh dilakukan oleh ibu dan bapa untuk memanfaatkan penggunaan Internet dalam kalangan anak-anak adalah dengan memperkenalkan aplikasi pembelajaran yang menarik. Generasi muda hari ini perlu dididik dengan pendekatan yang berbeza berbanding zaman ibu dan bapa mereka terdahulu. Jika ditelusuri, proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah memerlukan fokus yang tinggi daripada anak-anak. Maka, jika ibu dan bapa ingin menawarkan pendidikan di luar bilik darjah, ia hendaklah sesuatu yang menarik dan interaktif supaya anak-anak seronok dan mempelajari sesuatu dalam masa yang sama. Rata-rata capaian Internet di negara kita adalah ditahap yang memuaskan dan ia seharusnya memberikan kelebihan kepada ibu dan bapa dalam memberikan pendidikan kepada anak-anak ketika di rumah. Tamsilnya, aplikasi kuiz yang mengetengahkan penguasaan ilmu pengetahuan am dalam kalangan anak-anak seperti nama haiwan, kedudukan negara dan sebagainya. Ini adalah contoh aplikasi yang baik untuk dimuat turun dan dimainkan bersama-sama ketika waktu lapang di kediaman masing-masing. Pendekatan ini bukan sahaja dapat menambah ilmu pengetahuan anak-anak tetapi ia juga dapat merapatkan lagi hubungan kekeluargaan antara ibu, bapa dan anak-anak. Kita juga boleh menilai kemampuan dan bakat yang ada dalam anak-anak kita sekiranya kita bijak dalam mencari kepakaran yang mampu menjadi punca rezeki anak-anak pada satu hari nanti. Bak kata pepatah Melayu, sambil menyelam minum air.

๐Ÿฏ. ๐— ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ฒ๐—ต๐—ฎ๐—ฑ๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—บ๐—ฎ๐˜€๐—ฎ ๐—ฝ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ด๐˜‚๐—ป๐—ฎ๐—ฎ๐—ป ๐˜€๐—ฒ๐—ต๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ๐—ฎ๐—ป ๐—บ๐—ฒ๐—ฟ๐—ฒ๐—ธ๐—ฎ
Ibu dan bapa seharusnya menjalankan peranan masing-masing dalam memanfaatkan penggunaan Internet anak-anak dengan mengehadkan masa penggunaan seharian mereka. Peruntukkan masa dalam kehidupan anak-anak adalah mustahak kerana masa itu emas. Justeru, ibu dan bapa sewajarnya menyediakan jadual masa yang perlu dipatuhi oleh anak-anak pada setiap hari supaya nilai disiplin dan menepati masa dalam diri mereka dapat dicambah dengan baik. Pastikan anak-anak mempunyai peruntukan masa yang seimbang untuk mengulang kaji pelajaran, melayari Internet untuk belajar atau berhibur dan bers**an atau beriadah di luar sebagai langkah menjaga kesihatan diri. Dari sudut penggunaan Internet, ia adalah penting untuk menetapkan had masa supaya kanak-kanak tidak terdedah atau bebas melayari perkara yang kita tidak inginkan. Tambahan p**a, penggunaan skrin yang terlalu lama akan memberikan kesan buruk kepada kesihatan mata anak-anak begitu juga kepada diri kita. Intihannya, sebagai ibu dan bapa yang mempunyai kewarasan dan pengetahuan yang lebih berbanding anak-anak perlu sentiasa mengetahui kesan baik dan buruk sesuatu teknologi terhadap fizikal, mental dan kerohanian kita.

Sumber :
https://www.ipendidikan.my/peranan-mendidik-anak-anak-memanfaatkan-internet.html

Disediakan OlehNama: Darweena Ikhwana Binti Shamsul HishamNo. Matrik: 291263Tema: Pengaruh Penggunaan Media Sosial (ICT)...
16/12/2023

Disediakan Oleh
Nama: Darweena Ikhwana Binti Shamsul Hisham
No. Matrik: 291263

Tema: Pengaruh Penggunaan Media Sosial (ICT) Terhadap Etika dan Peradaban Masyarakat

๐—Ÿ๐—ฎ๐—ป๐—ด๐—ธ๐—ฎ๐—ต: ๐—ฃ๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ๐—ป๐—ฎ๐—ป ๐—œ๐—ป๐—ฑ๐—ถ๐˜ƒ๐—ถ๐—ฑ๐˜‚ ๐——๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐—บ ๐— ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐˜๐—ฎ๐˜€๐—ถ ๐— ๐—ฎ๐˜€๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐—ต ๐—ž๐—ฒ๐˜๐—ฎ๐—ด๐—ถ๐—ต๐—ฎ๐—ป ๐— ๐—ฒ๐—ฑ๐—ถ๐—ฎ ๐—ฆ๐—ผ๐˜€๐—ถ๐—ฎ๐—น

Menurut laporan penyelidikan oleh Globalstat menunjukkan bahawa lebih 72% pengguna media sosial di Malaysia adalah pengguna melampau atau orang yang ketagih dengan media sosial, terutamanya ketagihan telefon pintar. Rangkaian sosial yang paling kerap digunakan oleh rakyat Malaysia ialah Facebook pada 79%, Twitter pada 5%, YouTube pada 4% dan Instagram pada 3%. Kajian menunjukkan masyarakat kita lebih ghairah dan taksub dengan media sosial berbanding negara maju. Ini bermakna dalam masa sejam, rakyat Malaysia akan terus melihat telefon pintar mereka setiap 10 minit atau kurang. Ia adalah situasi yang mengerikan apabila pengguna rangkaian sosial melanggar peraturan, etika dan disiplin apabila mereka sentiasa menyemak mesej secara rahsia melalui WhatsApp, semasa mesyuarat, kelas atau semasa memandu kereta (DR ISMAIL SUALMAN, 2019).

๐Ÿญ. ๐— ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ด๐˜‚๐—ป๐—ฎ๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—œ๐—ป๐˜๐—ฒ๐—ฟ๐—ป๐—ฒ๐˜ ๐—ฑ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ป ๐—ฟ๐—ฎ๐˜€๐—ถ๐—ผ๐—ป๐—ฎ๐—น
Apabila seseorang individu ingin melayari internet, perlulah ia menggunakan internet dengan lebih rasional. Hal ini kerana, apabila minda seseorang itu menetapkan bahawa telefon bimbit itu hanya digunakan untuk tujuan melayari sebarang maklumat berkenaan pelajaran, maka ia akan mengehadkan individu daripada terjebak dengan media sosial. Sebagai contohnya menggunakan internet apabila ingin melaksanakan tugasan yang diberi atau melayari internet untuk mendapatkan sebarang maklumat.

๐Ÿฎ. ๐—•๐—ถ๐—ท๐—ฎ๐—ธ ๐—บ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐˜‚๐—ฟ๐˜‚๐˜€๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—บ๐—ฎ๐˜€๐—ฎ ๐—บ๐—ฒ๐—น๐—ฎ๐˜†๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ ๐—ถ๐—ป๐˜๐—ฒ๐—ฟ๐—ป๐—ฒ๐˜
Jika seseorang individu ingin mengatasi masalah ketagihan media sosial, pihak individu disarankan untuk membuat jadual harian seperti mengisi masa dengan aktiviti berfaedah. Sebagai contohnya, membaca buku, mengisi masa lapang bersama rakan dan keluarga, mempelajari hobi baharu dan lain-lain. Seseorang individu jugak perlulah melatihkan dirinya dengan menetapkan masa sekitar beberapa jam dalam seminggu sahaja untuk mengakses media sosial. Oleh itu, ini dapat mengehadkan masa melayari media sosial secara berlebihan dan dapat mendidik diri sendiri agar lebih berdisiplin.

๐Ÿฏ. ๐— ๐—ฒ๐—ป๐˜†๐—ฎ๐—ต๐—ฎ๐—ธ๐˜๐—ถ๐—ณ๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—ฎ๐—ธ๐—ฎ๐˜‚๐—ป ๐˜‚๐—ป๐˜๐˜‚๐—ธ ๐˜๐—ฒ๐—บ๐—ฝ๐—ผ๐—ต ๐˜๐—ฒ๐—ฟ๐˜๐—ฒ๐—ป๐˜๐˜‚
Apabila seseorang individu menyahaktifkan akaun media sosialnya, ia akan mengalihkan perhatian mereka untuk mengakses media sosial dengan lebih kerap. Langkah ini amat berkesan untuk mengelakkan seseorang itu melayari media sosial kerana akaun media sosialnya dinyahaktifkan dalam tempoh masa tertentu. Selain itu, jalan pintas lain juga boleh diambil dengan nyahpasang atau uninstall aplikasi media sosial di telefon pintar individu.

๐Ÿฐ. ๐— ๐—ฎ๐˜๐—ถ๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐˜๐—ฒ๐—น๐—ฒ๐—ณ๐—ผ๐—ป ๐—ฝ๐—ฎ๐—ฑ๐—ฎ ๐˜„๐—ฎ๐—ธ๐˜๐˜‚-๐˜„๐—ฎ๐—ธ๐˜๐˜‚ ๐˜๐—ฒ๐—ฟ๐˜๐—ฒ๐—ป๐˜๐˜‚ ๐—ฑ๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐—บ ๐˜€๐—ฒ๐—ต๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ
Apabila seseorang individu mematikan telefon pada waktu tertentu seperti ketika memandu, dalam mesyuarat, di gim, makan malam, ketika pergi ke tandas, atau semasa meluangkan masa bersama keluarga. Hal ini, dapat mengalihkan perhatian individu daripada menggunakan masa terluang daripada mengakses media sosial dan dapat mengurangkan penggunaan media sosial dalam sehari.

Sumber :
https://www.sinarharian.com.my/article/55317/ketagihan-media-sosial-sudah-serius
http://lokkong.blogspot.com/2017/09/langkah-mengatasi-penyalahgunaan.html

Disediakan olehNama: Aina Syauqina binti SuhaimiNo. Matrik: 291298Tema: Pengaruh Penggunaan Media Sosial (ICT) Terhadap ...
15/12/2023

Disediakan oleh
Nama: Aina Syauqina binti Suhaimi
No. Matrik: 291298

Tema: Pengaruh Penggunaan Media Sosial (ICT) Terhadap Etika dan Peradaban Masyarakat

๐—œ๐˜€๐˜‚: ๐—ฃ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ฟ๐˜‚๐—ต ๐—ฃ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ด๐˜‚๐—ป๐—ฎ๐—ฎ๐—ป ๐— ๐—ฒ๐—ฑ๐—ถ๐—ฎ ๐—ฆ๐—ผ๐˜€๐—ถ๐—ฎ๐—น ๐—ง๐—ฒ๐—ฟ๐—ต๐—ฎ๐—ฑ๐—ฎ๐—ฝ ๐—˜๐˜๐—ถ๐—ธ๐—ฎ ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป ๐—ฃ๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ๐—ฑ๐—ฎ๐—ฏ๐—ฎ๐—ป ๐— ๐—ฎ๐˜€๐˜†๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ๐—ธ๐—ฎ๐˜ ๐—ฑ๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ ๐—”๐˜€๐—ฝ๐—ฒ๐—ธ ๐—ฆ๐—ผ๐˜€๐—ถ๐—ฎ๐—น

Media sosial sudah pasti telah merevolusikan cara kita berkomunikasi dan berhubung dengan orang lain. Namun, kehadirannya yang meluas dalam kehidupan kita juga telah membawa beberapa pengaruh negatif terhadap kehidupan sosial kita. Berikut adalah beberapa isu utama:

๐Ÿญ. ๐—ฃ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐˜€๐—ถ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ป ๐˜€๐—ผ๐˜€๐—ถ๐—ฎ๐—น ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป ๐—ถ๐—ป๐˜๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ๐—ธ๐˜€๐—ถ ๐˜€๐—ฒ๐—ฐ๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ๐˜€๐—ฒ๐—บ๐˜‚๐—ธ๐—ฎ ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ๐—ธ๐˜‚๐—ฟ๐—ฎ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ป
Walaupun platform media sosial menyediakan kaedah interaksi secara maya dan atas talian, kebergantungan secara berlebihan padanya boleh menyebabkan pengasingan sosial dan pengurangan dalam interaksi secara bersemuka bersama orang sekeliling. Hal ini boleh dilihat apabila seseorang individu itu menghabiskan lebih banyak masa di media sosial digunakan untuk berinteraksi dan diluangkan dengan orang lain berbanding bersama rakan dan ahli keluarga secara bersemuka. Ini boleh mengakibatkan penurunan dalam kualiti dan kuantiti interaksi bersemuka yang penting untuk membina dan mengekalkan hubungan yang kukuh antara satu sama lain.

๐Ÿฎ. ๐—ฃ๐—ฒ๐—ป๐˜†๐—ฒ๐—ฏ๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ๐—ป ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ๐—ถ๐˜๐—ฎ ๐—ฝ๐—ฎ๐—น๐˜€๐˜‚ ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป ๐—บ๐—ฎ๐—ธ๐—น๐˜‚๐—บ๐—ฎ๐˜ ๐˜€๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐—ต
Platform media sosial menyediakan saluran pengedaran maklumat yang cepat dan meluas. Walau bagaimanapun, ini juga mewujudkan persekitaran di mana maklumat palsu, khabar angin dan kandungan berbahaya atau mengelirukan mendapat daya tarikan dengan lebih mudah. Maklumat yang salah boleh direka dan dikongsi dengan sengaja untuk memenuhi pelbagai tujuan, termasuklah memanip**asi maklumat, mempengaruhi pendapat, menyemarakkan konflik, menghakis kepercayaan terhadap sesuatu institusi dan menyebabkan kekeliruan. Jelaslah, maklumat yang salah di media sosial boleh membawa kesan terhadap kehidupan harian individu dan masyarakat. Sebagai contoh, berlakunya pergaduhan, perbalahan, permusuhan, menimbulkan kemarahan dan kekecewaan antara satu sama lain hasil daripada salah faham akibat daripada maklumat yang tidak sahih.

๐Ÿฏ. ๐—•๐˜‚๐—น๐—ถ ๐˜€๐—ถ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป ๐—š๐—ฎ๐—ป๐—ด๐—ด๐˜‚๐—ฎ๐—ป ๐——๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐—บ ๐—ง๐—ฎ๐—น๐—ถ๐—ฎ๐—ป
Buli siber merujuk kepada penggunaan teknologi digital, termasuk media sosial, untuk mengganggu, menakut-nakutkan, atau membahayakan individu. Identiti yang tidak dikenali dan capaian media sosial boleh mendorong individu untuk terlibat dalam buli siber dan gangguan dalam talian. Ini melibatkan penggunaan media sosial untuk menyasarkan seseorang dengan niat untuk menyebabkan bahaya, penyebaran maklumat palsu, ancaman, atau penyebaran kandungan peribadi dan sensitif. Antara bentuk-bentuk buli siber ialah gangguan seperti ancaman, penghinaan, atau komen yang merendahkan mangsa, penyamaran seperti membuat profil palsu atau menggunakan identiti orang lain untuk menipu atau membahayakan mangsa dan mendedahkan maklumat peribadi, memalukan secara terbuka atau mengaibkan mangsa.

Sumber:
http://www.myhealth.gov.my/cyberbullying/

Disediakan olehNama: Nurul Huda Binti SuhaimiNo. Matrik: 291303Tema: Pengaruh Penggunaan Media Sosial (ICT) Terhadap Eti...
14/12/2023

Disediakan oleh
Nama: Nurul Huda Binti Suhaimi
No. Matrik: 291303

Tema: Pengaruh Penggunaan Media Sosial (ICT) Terhadap Etika dan Peradaban Masyarakat

๐—œ๐˜€๐˜‚: ๐—ฃ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ฟ๐˜‚๐—ต ๐—ฃ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ด๐˜‚๐—ป๐—ฎ๐—ฎ๐—ป ๐— ๐—ฒ๐—ฑ๐—ถ๐—ฎ ๐—ฆ๐—ผ๐˜€๐—ถ๐—ฎ๐—น ๐—ง๐—ฒ๐—ฟ๐—ต๐—ฎ๐—ฑ๐—ฎ๐—ฝ ๐—˜๐˜๐—ถ๐—ธ๐—ฎ ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป ๐—ฃ๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ๐—ฑ๐—ฎ๐—ฏ๐—ฎ๐—ป ๐— ๐—ฎ๐˜€๐˜†๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ๐—ธ๐—ฎ๐˜ ๐—ฑ๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ ๐—”๐˜€๐—ฝ๐—ฒ๐—ธ ๐—˜๐—ธ๐—ผ๐—ป๐—ผ๐—บ๐—ถ

Media sosial mempunyai kelebihan dari segi kelajuan menyampaikan sesuatu maklumat yang menjadi satu medium yang berperanan besar dalam kehidupan harian manusia, perkara ini sangat membantu dari segi ekonomi jika digunakan sebetulnya. Sekiranya tidak pelbagai perkara negatif akan berbangkit seperti berikut:

๐Ÿญ. ๐—ฆ๐—ถ๐—ธ๐—ฎ๐—ฝ ๐—•๐—ผ๐—ฟ๐—ผ๐˜€ ๐˜๐—ฒ๐—ฟ๐˜‚๐˜๐—ฎ๐—บ๐—ฎ ๐—ฑ๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐—บ ๐—ธ๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ป ๐—ฅ๐—ฒ๐—บ๐—ฎ๐—ท๐—ฎ
Seperti yang kita sedia maklum remaja s**a belajar perkara baharu yang menyebabkan mereka sangatlah mudah dipengaruhi,melalui media sosial mereka mudah โ€œteracunโ€ dengan pelbagai trend terkini yang kadang kala menyebabkan mereka hilang kawalan dalam membeli barangan tersebut sehingga kadang kala mereka mengabaikan keperluan harian mereka. Ada yang sanggup berlapar sehingga menyebabkan masalah kesihatan demi membeli sesuatu yang mereka lihat di sosial media. Perkara ini menyebabkan ekonomi kendiri seseorang individu itu merosot yang mengakibatkan perkara lain.

๐Ÿฎ. ๐—ž๐—ฒ๐—บ๐—ฒ๐—ฟ๐—ผ๐˜€๐—ผ๐˜๐—ฎ๐—ป ๐—˜๐—ธ๐—ผ๐—ป๐—ผ๐—บ๐—ถ ๐—ฝ๐—ฒ๐—ป๐—ถ๐—ฎ๐—ด๐—ฎ ๐—ธ๐—ฒ๐—ฐ๐—ถ๐—น ๐˜๐—ฒ๐—บ๐—ฝ๐—ฎ๐˜๐—ฎ๐—ป
Mesti ternyata kan macam mana perkara ini berlaku? Seperti yang kita perhatikan, Peniaga Kecil akan meletakkan harga yang lebih tinggi berbanding syarikat yang besar kerana perlu (break-even) dengan servis dan pembelian barang yang mereka lakukan. Dengan kelajuan media sosial, pengguna akan dapati terdapat banyak harga lain yang ditawarkan dari luar negara dengan produk yang sama dengan produk yang lebih murah. Sudah semestinya, pengguna akan terdorong untuk membeli dari penjual luar yang lebih murah. Perkara ini menyebabkan peniaga kecil mendapat saingan yang sengit dalam jualan dan perlu menurunkan harga barngan mereka untuk menghabiskan stok yang kadangkala menyebabkan kerugian untuk pihak peniaga.

Disediakan olehNama: Nurul Afiqah Che YusoffNo. Matrik: 291267Tema: Pengaruh Penggunaan Media Sosial (ICT) Terhadap Etik...
13/12/2023

Disediakan oleh
Nama: Nurul Afiqah Che Yusoff
No. Matrik: 291267

Tema: Pengaruh Penggunaan Media Sosial (ICT) Terhadap Etika dan Peradaban Masyarakat

๐—œ๐˜€๐˜‚: ๐—ฃ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ฟ๐˜‚๐—ต ๐—ฃ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ด๐˜‚๐—ป๐—ฎ๐—ฎ๐—ป ๐— ๐—ฒ๐—ฑ๐—ถ๐—ฎ ๐—ฆ๐—ผ๐˜€๐—ถ๐—ฎ๐—น ๐—ง๐—ฒ๐—ฟ๐—ต๐—ฎ๐—ฑ๐—ฎ๐—ฝ ๐—˜๐˜๐—ถ๐—ธ๐—ฎ ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป ๐—ฃ๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ๐—ฑ๐—ฎ๐—ฏ๐—ฎ๐—ป ๐— ๐—ฎ๐˜€๐˜†๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ๐—ธ๐—ฎ๐˜ ๐—ฑ๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ ๐—”๐˜€๐—ฝ๐—ฒ๐—ธ ๐—™๐—ถ๐˜‡๐—ถ๐—ธ๐—ฎ๐—น

Tidak dapat dinafikan bahawa media sosial membawa pelbagai kebaikan jika diguna secara berhemah namun terdapat sisi gelap media sosial yang perlu kita awasi dan hindari. Ayuh sama-sama kita mengamati senarai di bawah:

๐Ÿญ. ๐— ๐—ฒ๐—บ๐—ฏ๐—ฎ๐—ต๐—ฎ๐˜†๐—ฎ๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—ธ๐—ฒ๐˜€๐—ฒ๐—น๐—ฎ๐—บ๐—ฎ๐˜๐—ฎ๐—ป ๐—ฑ๐—ถ๐—ฟ๐—ถ
Perkongsian maklumat peribadi atau perkongsian maklumat secara berlebihan di ruang siber mampu mengancam keselamatan diri, seperti perkongsian lokasi keberadaan diri secara langsung, alamat rumah, maklumat ahli keluarga dan maklumat peribadi lain. Maklumat yang dikongsi tersebut dapat dimanfaatkan oleh individu yang berniat jahat dan tidak beretika untuk tujuan penculikan dan rompakan.

๐Ÿฎ. ๐— ๐—ฎ๐˜€๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐—ต ๐—ถ๐—บ๐—ฒ๐—ท ๐—ฏ๐—ฎ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป
Aliran video di media sosial yang sering memaparkan kehidupan seseorang yang sempurna mampu menggugat citra individu. Video-video yang menunjukkan bentuk tubuh badan dan fizikal seseorang yang ideal dan memenuhi taraf kecantikan mampu mempengaruhi keyakinan diri individu lain terhadap tubuh badannya sendiri. Kesannya, berlaku masalah gangguan pemakanan akibat tekanan atau kebimbangan mengenai berat dan bentuk badan seperti anoreksia nervosa, bulimia nervosa, dan gangguan makan berlebihan.

๐Ÿฏ. ๐— ๐—ฒ๐—บ๐—ฝ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ฟ๐˜‚๐—ต๐—ถ ๐—ฝ๐—ฒ๐—บ๐—ฏ๐—ฒ๐—ป๐˜๐˜‚๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—ถ๐—ฑ๐—ฒ๐—ป๐˜๐—ถ๐˜๐—ถ
Pembentukan identiti seseorang sebelum kemunculan media sosial adalah berdasarkan interaksi mereka dengan dunia luar serta daripada pergaulan dengan ahli keluarga, rakan serta masyarakat. Kemunculan media sosial menyebabkan pembentukan identiti dipengaruhi oleh masyarakat luar yang mempunyai latar belakang serta budaya yang berbeza. Pengaruh budaya Barat seperti budaya homoseksual mampu mempengaruh pembentukan identiti individu dan bercanggah dengan etika Islam dan budaya Malaysia.

Sumber:
https://www.astroawani.com/gaya-hidup/awasi-trend-jelik-media-sosial-jangan-mudah-terjebak-346896

Disediakan olehNama: Tan Jou YieNo Matrik: 291311Tema: Pengaruh Penggunaan Media Sosial (ICT) Terhadap Etika dan Peradab...
12/12/2023

Disediakan oleh
Nama: Tan Jou Yie
No Matrik: 291311

Tema: Pengaruh Penggunaan Media Sosial (ICT) Terhadap Etika dan Peradaban Masyarakat

๐—œ๐˜€๐˜‚: ๐—ฃ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ฟ๐˜‚๐—ต ๐—ฃ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ด๐˜‚๐—ป๐—ฎ๐—ฎ๐—ป ๐— ๐—ฒ๐—ฑ๐—ถ๐—ฎ ๐—ฆ๐—ผ๐˜€๐—ถ๐—ฎ๐—น ๐—ง๐—ฒ๐—ฟ๐—ต๐—ฎ๐—ฑ๐—ฎ๐—ฝ ๐—˜๐˜๐—ถ๐—ธ๐—ฎ ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป ๐—ฃ๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ๐—ฑ๐—ฎ๐—ฏ๐—ฎ๐—ป ๐— ๐—ฎ๐˜€๐˜†๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ๐—ธ๐—ฎ๐˜ ๐—ฑ๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ ๐—”๐˜€๐—ฝ๐—ฒ๐—ธ ๐— ๐—ฒ๐—ป๐˜๐—ฎ๐—น

Sekiranya masyarakat tidak menggunakan media sosial secara rasional dan optimum, maka penggunaan tersebut secara tidak langsung dapat membawa pengaruh negatif terhadap etika dan peradaban masyarakat dari aspek mental.

๐Ÿญ. ๐— ๐—ฒ๐—ฟ๐—ผ๐˜€๐—ฎ๐—ธ๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—บ๐—ถ๐—ป๐—ฑ๐—ฎ ๐—ฎ๐˜๐—ฎ๐˜‚ ๐—ฝ๐—ฒ๐—บ๐—ถ๐—ธ๐—ถ๐—ฟ๐—ฎ๐—ป ๐—บ๐—ฎ๐˜€๐˜†๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ๐—ธ๐—ฎ๐˜
Apabila seseorang melayari media sosial seperti Facebook, Instagram, WhatsApp dan sebagainya, seseorang itu tidak dapat dielakkan daripada terdedah kepada kandungan-kandungan yang berunsur negatif yang dipaparkan. Sebagai contoh, video, gambar atau posting yang mengandungi unsur keganasan, pornografi dan isu-isu sensitif dapat mempengaruhi mental masyarakat dan impaknya, mereka akan melakukan sesuatu yang tidak beretika kerana mudah terpengaruh dengan unsur negatif tersebut yang menjadi model pembentukan budaya moden yang liberal dan pemikiran yang ekstrem. Hal ini secara langsung mendatangkan keruntuhan akhlak dalam kalangan masyarakat terutamanya generasi muda. Statistik telah menunjukkan bahawa 24% remaja terlibat dalam pornografi, 21% terlibat dalam seks sebelum nikah, 20% dalam penzinaan dan 35% lagi terbabit dalam kes juvana yang menyebabkan etika dan peradaban remaja kontemporari di Asia semakin merosot. (Orestes, 2002)

๐Ÿฎ. ๐—œ๐˜€๐˜‚ ๐—ž๐—ฒ๐˜€๐—ถ๐—ต๐—ฎ๐˜๐—ฎ๐—ป ๐— ๐—ฒ๐—ป๐˜๐—ฎ๐—น (๐——๐—ฒ๐—ฝ๐—ฟ๐—ฒ๐˜€๐—ถ)
Penyalahgunaan media sosial dalam kalangan masyarakat turut menimbulkan isu kesihatan mental yang agak serius sehingga menjadi tumpuan ramai dalam era globalisasi ini. โ€˜Facebook Depressionโ€™ atau dalam bahasa Malaysia bermaksud kemurungan Facebook merupakan sesuatu keadaan mental di mana kemurungan terhasil daripada luangan masa yang berlebihan dalam penggunaan media sosial seperti Facebook. Depresi yang berlarutan dan melampau tersebut mengakibatkan masyarakat mengalami tekanan atau stres yang amat tinggi sehingga membawa berlakunya kes-kes bunuh diri, kes gengsterisme dan kes gejala sosial yang merebak ke seluruh dunia. Berdasarkan statistik, remaja perempuan yang berusia 16 tahun telah membunuh diri dengan terjun dari tingkat tiga bangunan disebabkan tekanan media sosial seperti komen-komen negatif. (Berita Harian, 2019) Masalah kesihatan mental tersebut telah membuktikan pengaruh yang amat besar oleh penggunaan media sosial terhadap etika dan peradaban masyarakat dari aspek mental.

๐Ÿฏ. ๐—š๐—ฎ๐—ป๐—ด๐—ด๐˜‚๐—ฎ๐—ป ๐˜๐—ถ๐—ฑ๐˜‚๐—ฟ ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป ๐—บ๐—ฎ๐—ธ๐—ฎ๐—ป
Apabila masyarakat terlalu leka atau mengalami ketagihan dalam penggunaan media sosial, gaya hidup seharian mereka akan terjejas kerana membazirkan terlalu banyak masa untuk melayari media sosial. Contoh yang paling jelas ialah tabiat kehidupan seseorang akan terpengaruh seperti waktu tidur, tempoh berehat, cara pemakanan dan sebagainya. Gangguan tidur dan makan yang serius dapat menjejaskan mental seseorang itu sehingga menimbulkan kecelaruan, pengasingan sosial dan pembentukan emosi yang tidak tertentu dalam seseorang itu. Hal ini mendatangkan implikasi yang besar terhadap etika dan peradaban masyarakat kerana kehidupan seharian mereka telah terjejas.

Sumber:
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/45207/1/45207.pdf
https://www.bharian.com.my/berita/wilayah/2019/05/564468/tekanan-media-sosial-punca-remaja-bunuh-diri

Disediakan OlehNama: Tuan Nur Izza Nasuha binti Tuan RosidiNo. Matrik: 291319Tema: Pengaruh Penggunaan Media Sosial (ICT...
11/12/2023

Disediakan Oleh
Nama: Tuan Nur Izza Nasuha binti Tuan Rosidi
No. Matrik: 291319

Tema: Pengaruh Penggunaan Media Sosial (ICT) Terhadap Etika dan Peradaban Masyarakat

๐—™๐—ฎ๐—ธ๐˜๐—ผ๐—ฟ ๐—ฌ๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐— ๐—ฒ๐—บ๐—ฝ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ฟ๐˜‚๐—ต๐—ถ ๐—ฃ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ด๐˜‚๐—ป๐—ฎ๐—ฎ๐—ป ๐— ๐—ฒ๐—ฑ๐—ถ๐—ฎ ๐—ฆ๐—ผ๐˜€๐—ถ๐—ฎ๐—น ๐—ถ๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐—ต ๐— ๐—ฒ๐—ฟ๐˜‚๐—ฝ๐—ฎ๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—ฃ๐˜‚๐˜€๐—ฎ๐˜ ๐—ฆ๐—ผ๐˜€๐—ถ๐—ฎ๐—น ๐˜†๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐—œ๐—ป๐˜๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ๐—ธ๐˜๐—ถ๐—ณ.

Menurut keratan akhbar Berita Harian, rakyat Malaysia menghabiskan hampir 3 jam sehari menggunakan media sosial dan purata pengguna media sosial di Malaysia berusia antara 16 hingga 64 tahun, menghabiskan masa selama 2 jam 47 minit menggunakan media sosial setiap hari, lebih tinggi berbanding purata global iaitu 2 jam 31 minit, demikian menurut Laporan Digital 2023. Antara kesannya ialah:

๐Ÿญ. ๐—ฃ๐—ฒ๐—ฟ๐—ธ๐—ผ๐—ป๐—ด๐˜€๐—ถ๐—ฎ๐—ป ๐—ถ๐—ป๐—ณ๐—ผ๐—ฟ๐—บ๐—ฎ๐˜€๐—ถ ๐—บ๐—ฒ๐—ป๐—ท๐—ฎ๐—ฑ๐—ถ ๐—น๐—ฒ๐—ฏ๐—ถ๐—ต ๐—ฝ๐—ฎ๐—ป๐˜๐—ฎ๐˜€ ๐˜๐—ฎ๐—ป๐—ฝ๐—ฎ ๐˜€๐—ฒ๐—ฏ๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐—ธ๐—ฎ๐˜„๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐—ป ๐—ฎ๐˜๐—ฎ๐˜‚ ๐˜๐—ฎ๐—ฝ๐—ถ๐˜€๐—ฎ๐—ป.
Kemunculan pelbagai media sosial dan aplikasi membolehkan pengguna menghantar mesej atau berita secara pantas dan percuma. Ia juga turut memberi perubahan kaedah penerima dan penyebaran maklumat. Bagaimanapun fungsi kemudahan dan kelebihan yang disediakan ini, kerap kali disalah guna melalui penyebaran maklumat yang tidak sahih dan tidak berfaedah. Tindakan ini juga mampu mengundang fitnah kepada pelbagai pihak kerana ia merupakan satu tindakan yang boleh menjatuhkan dan menjejaskan reputasi seseorang melalui apa yang ditulis atau diperkatakan.

๐Ÿฎ. ๐— ๐—ฎ๐˜€๐˜†๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ๐—ธ๐—ฎ๐˜ ๐—บ๐—ฒ๐—น๐˜‚๐—ฎ๐—ป๐—ด๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—บ๐—ฎ๐˜€๐—ฎ ๐˜†๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐—ฏ๐—ฎ๐—ป๐˜†๐—ฎ๐—ธ ๐—ฑ๐—ถ ๐—บ๐—ฒ๐—ฑ๐—ถ๐—ฎ ๐˜€๐—ผ๐˜€๐—ถ๐—ฎ๐—น.
Seperti kita sedia maklum, golongan remaja kebanyakannya mempunyai masa lapang yang lebih lama berbanding golongan dewasa yang bekerja. Oleh sebab yang demikian, para pembangun aplikasi media sosial mengetengahkan ciri-ciri yang menarik minat golongan remaja yang merupakan pengguna aktif mereka. Menurut Laporan Digital 2023, seramai 94.7% pengguna internet di Malaysia berusia 16 hingga 64 tahun menonton kandungan televisyen melalui perkhidmatan penstriman seperti Netflix setiap bulan. Oleh itu, golongan remaja perlu sedar bahawa media sosial memang merupakan sasaran pengguna para pembangun aplikasi tersebut.

๐Ÿฏ. ๐— ๐—ฎ๐˜€๐˜†๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ๐—ธ๐—ฎ๐˜ ๐—บ๐—ฒ๐—ป๐—ฑ๐—ฎ๐—ฝ๐—ฎ๐˜ ๐—ต๐—ถ๐—ฏ๐˜‚๐—ฟ๐—ฎ๐—ป ๐˜€๐—ฒ๐—ฐ๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ ๐—ฝ๐—ฒ๐—ฟ๐—ฐ๐˜‚๐—บ๐—ฎ ๐˜๐—ฎ๐—ป๐—ฝ๐—ฎ ๐˜€๐—ฒ๐—บ๐—ฝ๐—ฎ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป.
Dalam tekanan ekonomi serta peningkatan kos sara hidup, hiburan seperti menonton wayang, bers**an dan melancong memerlukan kos yang tinggi. Oleh sebab itu, golongan remaja lebih s**a menonton video dan menghabiskan masa di media sosial sebagai hiburan. Menurut Laporan Digital 2023, seramai 87.4% pengguna internet di Malaysia bermain permainan video di mana-mana peralatan. Sebagai contoh, pas**an bola sepak tempatan mahupun di negara luar menggunakan medium media sosial ini untuk berinteraksi bersama peminat di pelusuk dunia. Perkongsian video ini menjadi tontotan utama para peminat kerana dapat melihat aksi-aksi yang menarik yang dirangkum dalam jangka masa yang pendek. Hal ini menyebabkan golongan remaja lebih berminat melihat hiburan yang berbentuk realiti dan secara langsung.

Sumber :
https://www.bharian.com.my/bisnes/teknologi/2023/02/1062957/rakyat-malaysia-habiskan-hampir-tiga-jam-sehari-guna-media-sosial
http://ejournal.um.edu.my
https://evolusimediasosial.blogspot.com/2015/12/faktor-faktor-pendorong-penggunaan.html

Disediakan OlehNama: Wan Nur Aidaa Binti Wan Saipu AzmanNo. Matrik: 290519Tema: Pengaruh Penggunaan Media Sosial (ICT) T...
10/12/2023

Disediakan Oleh
Nama: Wan Nur Aidaa Binti Wan Saipu Azman
No. Matrik: 290519

Tema: Pengaruh Penggunaan Media Sosial (ICT) Terhadap Etika dan Peradaban Masyarakat

๐—™๐—ฎ๐—ธ๐˜๐—ผ๐—ฟ ๐—ฌ๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐— ๐—ฒ๐—บ๐—ฝ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ฟ๐˜‚๐—ต๐—ถ ๐—ฃ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ด๐˜‚๐—ป๐—ฎ๐—ฎ๐—ป ๐— ๐—ฒ๐—ฑ๐—ถ๐—ฎ ๐—ฆ๐—ผ๐˜€๐—ถ๐—ฎ๐—น ๐—ถ๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐—ต ๐—ž๐—ฒ๐—บ๐—ฎ๐—ท๐˜‚๐—ฎ๐—ป ๐—ง๐—ฒ๐—ธ๐—ป๐—ผ๐—น๐—ผ๐—ด๐—ถ ๐— ๐—ฎ๐˜€๐—ฎ ๐—ž๐—ถ๐—ป๐—ถ.๐Ÿ“ก๐ŸŒ

Kemajuan teknologi masa kini yang menjadi pencetus kepada perkembangan media sosial sekaligus telah mempengaruhi budaya dan kehidupan manusia seharian. Antara kesan kemajuan teknologi terhadap media sosial ialah:

๐Ÿญ. ๐—ง๐—ฒ๐—ธ๐—ป๐—ผ๐—น๐—ผ๐—ด๐—ถ ๐—ฎ๐—น๐—ด๐—ผ๐—ฟ๐—ถ๐˜๐—บ๐—ฎ ๐˜†๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐˜€๐—ฒ๐˜€๐˜‚๐—ฎ๐—ถ ๐—ฑ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ป ๐—ธ๐—ฒ๐—ต๐—ฒ๐—ป๐—ฑ๐—ฎ๐—ธ ๐—ฝ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ด๐˜‚๐—ป๐—ฎ
Kemajuan dalam teknologi algoritma membolehkan platform media sosial mengumpul data tentang pengguna secara berterusan, termasuk interaksi mereka, pilihan, dan tingkah laku dalam talian. Dengan maklumat ini, algoritma mampu menganalisis minat dan tingkah laku pengguna dengan lebih tepat. Hasil daripada analisis ini adalah kemampuan untuk menyampaikan kandungan yang disesuaikan dengan setiap pengguna secara peribadi. Contohnya, platform media sosial boleh menyesuaikan suapan berita atau laman utama pengguna dengan kandungan yang paling mungkin menarik kepada mereka, berdasarkan sejarah interaksi sebelumnya.

๐Ÿฎ. ๐—ž๐—ฒ๐—บ๐˜‚๐—ฑ๐—ฎ๐—ต๐—ฎ๐—ป ๐˜‚๐—ป๐˜๐˜‚๐—ธ ๐—บ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ธ๐˜€๐—ฒ๐˜€ ๐˜๐—ฎ๐—ธ ๐—ธ๐—ถ๐—ฟ๐—ฎ ๐—ฑ๐—ถ ๐—บ๐—ฎ๐—ป๐—ฎ ๐˜€๐—ฎ๐—ต๐—ฎ๐—ท๐—ฎ
Kemajuan teknologi memastikan hampir setiap individu memiliki akses mudah ke peranti pintar seperti telefon pintar atau tablet, membolehkan mereka mengakses media sosial dengan mudah. Ini menyebabkan peningkatan penggunaan media sosial kerana lebih mudah diakses oleh semua lapisan masyarakat, termasuk mereka yang sebelum ini mempunyai akses terhad kepada teknologi. Peningkatan dalam penggunaan media sosial dalam kehidupan seharian secara tidak lansung juga telah mengubah cara kita berinteraksi dan berkomunikasi dengan orang di sekeliling kita.

๐Ÿฏ. ๐—ฃ๐—ฒ๐—ฟ๐—ธ๐—ฒ๐—บ๐—ฏ๐—ฎ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ป ๐—ฎ๐—ฝ๐—น๐—ถ๐—ธ๐—ฎ๐˜€๐—ถ ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป ๐—ฝ๐—น๐—ฎ๐˜๐—ณ๐—ผ๐—ฟ๐—บ ๐—บ๐—ฒ๐—ฑ๐—ถ๐—ฎ ๐˜€๐—ผ๐˜€๐—ถ๐—ฎ๐—น
Terdapat banyak aplikasi dan platform media sosial yang terus berkembang, menawarkan pelbagai ciri dan fungsi. Kemajuan teknologi membolehkan pembangunan aplikasi yang lebih kompleks dan menarik, menggalakkan pengguna untuk lebih aktif dalam media sosial. Aplikasi ini tidak hanya menawarkan kemampuan asas untuk berkongsi teks atau gambar, tetapi juga ciri-ciri yang canggih seperti video secara langsung, cerita pendek, efek istimewa, dan bahkan kecerdasan buatan untuk menganalisis pilihan pengguna. Ini dapat mencipta persekitaran yang lebih dinamik dan menarik, serta menggalakkan pengguna untuk terlibat secara lebih aktif dalam media sosial.

Sumber:
https://mediasosialusahawan.blogspot.com/2016/01/faktor-faktor-pendorong-penggunaan.html
https://ejournal.um.edu.my/index.php/JUD/article/download/37643/14752/92409
https://www.hmetro.com.my/addin/2021/10/761535/awasi-jerat-media-sosial

Address

UUM
Sintok
06010

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when A231Mpu1013E2 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share