A222 Penghayatan Etika Dan Peradaban Group A - Kumpulan 6

A222 Penghayatan Etika Dan Peradaban Group A - Kumpulan 6 Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from A222 Penghayatan Etika Dan Peradaban Group A - Kumpulan 6, Education Website, SLCP UUM, Sintok.

POSTING 20: KESIMPULANDISEDIAKAN OLEH: AMMAR YASIN (292996) Penyelidikan ini menjelaskan bahawa ICT memainkan peranan ya...
03/06/2023

POSTING 20: KESIMPULAN
DISEDIAKAN OLEH: AMMAR YASIN (292996)

Penyelidikan ini menjelaskan bahawa ICT memainkan peranan yang penting kepada masyarakat dan negara. Kita tidak harus ketinggalan untuk menguasai kemahiran ICT kerana bidang ini akan terus berkembang dari hari ke hari dengan pantas. Sistem hidup manusia masa depan akan lebih bergantung kepada kemajuan dalam bidang ini. Malah pada masa ini pun, kebergantungan manusia terhadap teknologi maklumat sememangnya tidak dapat dinafikan. Oleh itu, sebagai rakyat Malay­sia, kita perlu menyokong usaha ini di samping menyediakan diri untuk mempelajari pengetahuan baharu berkaitan ICT agar kita tidak diambil enteng oleh sesetengah golongan dan mampu mewujudkan sebuah negara yang maju dan mampu berdaya saing dengan negara lain di persada dunia.

POSTING 19: HARAPANDISEDIAKAN OLEH: AMMAR YASIN (292996)Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi telah membawa impak...
03/06/2023

POSTING 19: HARAPAN
DISEDIAKAN OLEH: AMMAR YASIN (292996)

Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi telah membawa impak positif dan negatif kepada kualiti hidup kita pada masa kini. Hasil penyelidikan mendapati pengaruh positif teknologi maklumat dan komunikasi terhadap kualiti hidup belia adalah dapat meningkatkan ilmu pengetahuan golongan belia pada masa kini. Kemudahan teknologi ini telah membantu semua individu untuk mendapatkan maklumat dengan pantas dengan masa yang singkat. Dengan itu, ilmu-ilmu yang dikaji dapat menjadikan golongan belia meningkatkan kualiti hidup dengan membina masa depan yang positif melalui pengetahuan- pengetahuan yang diperolehi dari pelbagai sumber ICT. Harapan yang boleh dicerna ialah semoga teknologi maklumat dan komunikasi mampu membawa manfaat yang berterusan untuk semua pengguna tanpa sebarang penyalahgunaan serta mampu menaikkan nama dan institusi negara menjadi sebuah negara yang cemerlang, terbilang dan gemilang di persada dunia.

POSTING 18TAJUK : AKTA-AKTA ICTDISEDIAKAN OLEH : CHONG MUN KIN (293299)1. Akta Jenayah Komputer 1997Akta Jenayah Kompute...
21/05/2023

POSTING 18
TAJUK : AKTA-AKTA ICT
DISEDIAKAN OLEH : CHONG MUN KIN (293299)

1. Akta Jenayah Komputer 1997
Akta Jenayah Komputer 1997 adalah berkaitan dengan kesalahan berkaitan penyalahgunaan komputer untuk tujuan melakukan jenayah. Di bawah akta ini, akses secara tidak sah atau mengubah apa-apa program atau data yang terdapat di dalam sesebuah komputer adalah salah dan boleh dikenakan hukuman. Akta ini juga berkesan kepada apa-apa jenayah yang dilakukan di luar Malaysia walaupun kesalahan tersebut dilakukan oleh seseorang atau dari sesuatu tempat di luar Malaysia selagi mana komputer, program atau data tersebut adalah berada di Malaysia atau boleh dicapai, dihubungkan atau digunakan dengan komputer di Malaysia.

2. Akta Tandatangan Digital 1997
Akta Tandatangan Digital 1997 adalah akta yang dibuat untuk memberi keyakinan dan menggalakkan orang awam melakukan transaksi elektronik yang selamat di peringkat tempatan dan antarabangsa.Akta ini berkuatkuasa pada 1 Oktober 1998. Di bawah akta ini, tandatangan digital menyediakan sistem verifikasi untuk mengesahkan identiti penghantar dan mesej yang dihantar. Untuk membolehkan tandatangan digital diperakui, sijil daripada pihak berkuasa sijil perlu diperolehi. Sijil tersebut akan dihantar bersama mesej sebagai pengesahan bahawa mesej adalah benar sepertimana yang dihantar dan diterima. Tandatangan digital adalah tandatangan elektronik berbentuk suatu rentetan kod dan digunakan untuk mengesahkan identiti penghantar sesuatu mesej atau penandatangan sesuatu dokumen. Tandatangan digital digunakan untuk memastikan sesuatu maklumat itu betul dan sah untuk komunikasi elektronik. Tandatangan digital adalah satu mekanisma yang digunakan untuk menandatangani sesuatu dokumen secara rasmi.

3. Akta Komunikasi dan Multimedia 1998
Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 merupakan satu Akta berkenaan undang-undang siber dan dibentuk sebagai satu rangkakerja bagi campurtangan kerajaan Malaysia dalam memantau industri komunikasi dan multimedia. Aktiviti-aktiviti dan perkhidmatan-perkhidmatan yang dikawal di bawah Akta ini termasuk penyiaran tradisional, telekomunikasi dan perkhidmatan atas talian, termasuk kemudahan dan rangkaian yang digunakan dalam memberikan perkhidmatan tersebut, serta kandungan yang dibekalkan menerusi kemudahan-kemudahan dan rangkaian tersebut. Bagaimanapun, tiada peruntukan di dalam Akta ini yang membenarkan penapisan Internet. Di bawah Rang Jaminan MSC Malaysia (MSC Malaysia Bill of Guarantees), kerajaan Malaysia berikrar tidak akan menapis Internet.
Akta ini merupakan undang-undang siber yang terpanjang antara keenam-enam undang-undang siber yang digubal di Malaysia setakat ini.

POSTING 17TAJUK: CABARAN ICTDISEDIAKAN OLEH: CHONG MUN KIN (293299)1. Isu Jenayah SiberJenayah siber merupakan jenayah k...
21/05/2023

POSTING 17
TAJUK: CABARAN ICT
DISEDIAKAN OLEH: CHONG MUN KIN (293299)

1. Isu Jenayah Siber
Jenayah siber merupakan jenayah komputer yang baharu pada abad ini. Jenayah siber ini terdiri daripada unsur penipuan, kerosakan atau pengubahsuaian program atau data komputer, pencurian maklumat, penggodaman dan lain-lain. Kemunculan Internet sebagai alat komunikasi terkini menjanjikan satu wadah penyebaran maklumat yang memantapkan ilmu dan maklumat. Oleh sebab tiada siapa yang dapat mengawal perjalanan maklumat di dunia siber, berjuta-juta laman web telah dihidupkan. Bermacam-macam maklumat sama ada benar atau salah, idea, ideologi, propaganda dan tidak kurang juga pornografi disebarkan melalui Internet.Ancaman terbesar di negara ini sekarang ialah Jenayah siber yang melibatkan serangan terhadap laman-laman sesawang (web) kerajaan. Penjenayah yang menggunakan peralatan teknologi maklumat seperti komputer dan pencetak bagi memalsukan dokumen seperti pasport, kad pengenalan, mata wang, dan cek juga boleh dikategorikan sebagai Jenayah siber. Selain Itu, penipuan juga melibatkan e-dagang dan penipuan dalam talian telefon.

2. Isu Pemalsuan dan Cetak Rompak
Isu pemalsuan atau cetak rompak merupakan kegiatan cetak rompak ini memberikan cabaran hebat kepada sumber ekonomi negara. Pendapatan negara berkurang kerana cukai yang dihasilkan daripada industri pengeluaran yang berasaskan percetakan ini tidak dapat dijana sepenuhnya. Pengeluar yang menghasilkan industri percetakan yang sah ini mengalami kerugian disebabkan produk dan barangan asli yang dikeluarkan mengalami kemerosotan dari segi jualan syarikat. Pengeluar asli tidak dapat menampung beban cukai yang dikenakan cukai oleh kerajaan, sekali gus memberi impak kepada kejatuhan ekonomi negara. Sebaliknya pengusaha cetak rompak p**a yang mengaut untung.

3. Isu Ketagihan Permainan Komputer
Ketagihan permainan video di Malaysia masih kurang mendapat perhatian oleh pihak kerajaan. Walaubagaimanapun, kita perlu akui masalah ini sering berlaku di persekitaran tempat tinggal kita dan gejala ponteng sekolah juga berkait rapat dengan isu ini. Hal ini demikian kerana pelajar sekolah sering ditangkap di 'cyber cafe' kerana bermain permainan video secara talian.Isu ini perlu diberi perhatian sebelum menjadi barah seperti yang dialami oleh Korea Selatan,Jepun,Amerika Syarikat dan lain-lain kerana kebanyakkan remaja di negara-negara tersebut berhenti sekolah kerana ketagihan permainan video.

Secara kesimp**annya, penggunaan ICT walaupun mendatangkan kebaikan kepada masyarakat namun juga mendatangkan pelbagai isu sekiranya tidak bijak menggunakan ICT.

POSTING 16TAJUK : TOKOH ICTDISEDIAKAN OLEH : RUMIZA BINTI ABDUL BARI (292836)Steve Jobs adalah salah satu tokoh paling t...
20/05/2023

POSTING 16
TAJUK : TOKOH ICT
DISEDIAKAN OLEH : RUMIZA BINTI ABDUL BARI (292836)

Steve Jobs adalah salah satu tokoh paling terkenal dan berpengaruh di bidang ICT (Information and Communication Technology). Dia adalah salah satu pendiri Apple Inc., perusahaan yang telah memimpin inovasi dalam industri teknologi.

1. Menubuhkan Apple Inc.
- Steve Jobs adalah salah satu pendiri Apple Inc. pada tahun 1976. Ia menjadi salah satu arsitek di balik produk-produk revolusioner seperti Macintosh, iPod, iPhone, iPad, dan MacBook. Inovasi produk Apple di bawah kepemimpinan Jobs telah mengubah industri komputer, musik, telepon genggam, dan tablet.

2. Reka Bentuk yang Menarik
- Salah satu faktor utama yang membedakan Apple adalah desain produk yang menarik dan fokus pada pengalaman pengguna. Jobs menempatkan penekanan kuat pada desain produk yang elegan, antarmuka yang intuitif, dan penggunaan bahan-bahan berkualitas tinggi.

3. Perubahan Industri Muzik
- Jobs meluncurkan iPod pada tahun 2001, yang mengubah cara orang mendengarkan musik dengan mempopulerkan pemutar musik digital. Selanjutnya, melalui iTunes Store, Jobs membantu memperkenalkan model bisnis unduhan musik digital yang sukses.

4. iPhone dan Revolusi Telefon Pintar
- Peluncuran iPhone pada tahun 2007 adalah tonggak penting dalam sejarah teknologi. Jobs memperkenalkan konsep ponsel pintar yang intuitif dengan antarmuka layar sentuh yang revolusioner. iPhone menjadi dasar bagi perkembangan selanjutnya dalam industri ponsel pintar.

5. App Store dan Ekosistem
- Jobs juga memperkenalkan App Store, platform distribusi aplikasi mobile yang mengubah cara orang mengakses dan menggunakan aplikasi di ponsel pintar. App Store menjadi model bisnis yang sukses dan mendorong ekosistem aplikasi yang luas di iOS.

Peninggalan Steve Jobs dalam industri ICT sangat signifikan. Inovasi dan visi kreatifnya telah membentuk tren dan standar di industri teknologi, serta memengaruhi cara orang berinteraksi dengan teknologi dalam kehidupan sehari-hari.

POSTING 15TAJUK : TOKOH ICTDISEDIAKAN OLEH : RUMIZA BINTI ABDUL BARI (292836)Bill Gates adalah salah satu tokoh terkemuk...
20/05/2023

POSTING 15
TAJUK : TOKOH ICT
DISEDIAKAN OLEH : RUMIZA BINTI ABDUL BARI (292836)

Bill Gates adalah salah satu tokoh terkemuka di bidang ICT (Information and Communication Technology). Ia adalah salah satu pendiri Microsoft Corporation, perusahaan perangkat lunak terbesar di dunia. Berikut adalah beberapa poin penting tentang peran dan kontribusi Bill Gates dalam industri ICT:

1. Mencipta Microsoft
- Bersama dengan Paul Allen, Bill Gates mendirikan Microsoft pada tahun 1975. Mereka mengembangkan sistem operasi DOS (Disk Operating System), yang menjadi landasan bagi kesuksesan awal perusahaan. Kemudian, Gates memimpin Microsoft untuk mengembangkan produk-produk revolusioner seperti Windows, Office Suite, dan Internet Explorer.

2. Mengubah Industri Software
- Bill Gates memainkan peran penting dalam mengubah industri perangkat lunak. Dengan visinya, ia berhasil memperluas penggunaan komputer personal dan mempopulerkan perangkat lunak yang mudah digunakan. Produk-produk Microsoft, seperti Windows, telah menjadi standar di banyak komputer di seluruh dunia.

3. Terlibat dalam Kegiatan Filantropi
- Setelah meninggalkan peran operasional utama di Microsoft, Bill Gates telah terlibat dalam berbagai kegiatan filantropi melalui Bill & Melinda Gates Foundation. Organisasi ini berfokus pada upaya kesehatan dan pendidikan global serta memberikan dukungan untuk penelitian dan pengembangan teknologi inovatif di berbagai bidang.

4. Inisiatif Global
- Melalui Gates Foundation, Bill Gates telah berperan aktif dalam memerangi penyakit seperti malaria, polio, dan HIV/AIDS di seluruh dunia. Ia juga terlibat dalam upaya untuk meningkatkan akses terhadap pendidikan, mengurangi kemiskinan, dan mengatasi tantangan kemanusiaan lainnya dengan menggunakan teknologi dan inovasi.

5. Visi Masa Depan
- Selain filantropi, Bill Gates juga telah terlibat dalam upaya untuk mendorong pengembangan teknologi masa depan. Misalnya, ia tertarik pada bidang energi terbarukan dan ikut mendirikan Breakthrough Energy Ventures, sebuah dana investasi yang mendukung pengembangan solusi energi bersih.

Melalui perannya dalam mengembangkan Microsoft dan dedikasinya untuk filantropi dan inovasi, Bill Gates telah memberikan dampak besar pada industri ICT dan masyarakat secara luas. Dia terus berperan sebagai salah satu tokoh ikonik di dunia teknologi.

POSTING 14TAJUK: LANGKAH-LANGKAH MENGATASI MASALAH JUDI ONLINEDISEDIAKAN OLEH: NUR SYAQIRAH AZMINA BINTI NOR AZMAN (2929...
16/05/2023

POSTING 14
TAJUK: LANGKAH-LANGKAH MENGATASI MASALAH JUDI ONLINE
DISEDIAKAN OLEH: NUR SYAQIRAH AZMINA BINTI NOR AZMAN (292931)

Mengatasi masalah judi online adalah penting untuk menjaga kesejahteraan dan kestabilan kehidupan seseorang. Berikut adalah beberapa langkah yang dapat diambil untuk mengatasi masalah judi online:

1. Tentukan sasaran dan motivasi untuk berubah
- Tetapkan sasaran yang jelas untuk diri sendiri dan berikan motivasi untuk mengatasi masalah judi. Fokus pada konsekuensi negatif yang telah Anda alami dan gambaran positif kehidupan yang ingin Anda capai tanpa perjudian.

2. Batasi akses ke judi online
- Ambil langkah-langkah untuk membatasi akses Anda ke situs perjudian online. Blokir situs-situs perjudian dengan menggunakan alat pengaturan laman web atau perangkat lunak yang tersedia. Juga, hindari situasi atau lingkungan yang memicu keinginan untuk berjudi.

3. Cari dukungan dan bantuan
- Mencari dukungan dari orang-orang terdekat, seperti keluarga, teman, atau kelompok dukungan untuk masalah perjudian. Berbicaralah tentang masalah Anda dan minta bantuan mereka. Terdapat juga organisasi dan institusi yang menyediakan bantuan profesional dan konseling khusus untuk masalah perjudian.

4. Kelola keuangan dengan bijak
- Buatlah anggaran dan batasi pengeluaran Anda. Jangan gunakan uang yang seharusnya untuk kebutuhan dasar, tagihan, atau tabungan untuk berjudi. Pertimbangkan juga untuk menutup akun perjudian online Anda.

5. Temukan alternatif yang sehat
- Temukan kegiatan-kegiatan alternatif yang sehat dan positif untuk mengisi waktu luang Anda. Terlibat dalam hobi, olahraga, atau aktivitas lain yang membantu Anda mengalihkan perhatian dari judi.

Mengatasi masalah judi online memerlukan ketekunan dan komitmen yang kuat. Jika Anda merasa kesulitan mengatasinya sendiri, jangan ragu untuk mencari bantuan dari profesional yang berkualitas dalam bidang perjudian dan kesehatan mental.

POSTING 13TAJUK: PUNCA-PUNCA BERLAKUNYA JUDI ONLINEDISEDIAKAN OLEH: NUR SYAQIRAH AZMINA BINTI NOR AZMAN (292931)Punca be...
16/05/2023

POSTING 13
TAJUK: PUNCA-PUNCA BERLAKUNYA JUDI ONLINE
DISEDIAKAN OLEH: NUR SYAQIRAH AZMINA BINTI NOR AZMAN (292931)

Punca berlakunya judi online boleh merangkumi beberapa faktor. Berikut adalah beberapa punca yang memberi penjelasan mengapa judi online menjadi pop**ar dan meluas:

1. Aksesibiliti yang mudah
- Dengan adanya internet, judi online telah menjadi lebih mudah diakses berbanding dengan kasino fizikal atau tempat-tempat perjudian lain. Individu boleh berjudi dengan keselesaan dari rumah mereka sendiri atau di mana-mana sahaja dengan menggunakan peranti elektronik seperti telefon pintar atau komputer.

2. Anonimiti
- Perjudian dalam talian memberikan anonimiti kepada pemain. Mereka boleh bermain tanpa perlu mendedahkan identiti mereka sepenuhnya. Ini menarik kepada sesetengah individu yang mungkin enggan untuk melibatkan diri dalam perjudian terbuka atau yang tidak mahu diketahui oleh orang lain.

3. Pelbagai pilihan permainan
- Platform judi online menawarkan pelbagai jenis permainan, seperti kasino, slot, poker, sukan, dan banyak lagi. Terdapat banyak pilihan untuk dipilih, menjadikan judi dalam talian lebih menarik dan menghibur.

4. Potensi keuntungan
- Peluang untuk memenangi wang yang besar adalah daya tarikan utama bagi sesetengah pemain. Judi online memberi peluang kepada pemain untuk menang besar dengan memasang taruhan pada permainan-permainan yang menawarkan jackpot atau ganjaran besar.

5. Promosi dan bonus
- Platform judi online sering kali menawarkan promosi dan bonus kepada pemain baru dan sedia ada. Ini termasuk bonus pendaftaran, bonus deposit, putaran percuma, dan banyak lagi. Keistimewaan ini menarik minat pemain dan dapat memberikan nilai tambah kepada pengalaman perjudian mereka.

Penting untuk diingat bahawa walaupun terdapat beberapa faktor ini yang mendorong pop**ariti judi dalam talian, perjudian juga membawa risiko yang signifikan, termasuk kecanduan, kewangan yang terjejas, dan masalah kesihatan dan hubungan yang mungkin timbul akibat perjudian yang tidak terkawal. Oleh itu, adalah penting untuk bermain dengan bertanggungjawab dan mengambil langkah-langkah yang sesuai untuk melindungi diri sendiri daripada kemungkinan masalah perjudian.

POSTING 12TAJUK: LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENGATASI JENAYAH SIBERDISEDIAKAN OLEH: SEA YUE PEI (292772)Mengatasi jenayah sib...
13/05/2023

POSTING 12
TAJUK: LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENGATASI JENAYAH SIBER
DISEDIAKAN OLEH: SEA YUE PEI (292772)

Mengatasi jenayah siber memerlukan pendekatan holistik yang melibatkan kerjasama antara individu, organisasi, dan kerajaan. Jenayah siber merupakan tindakan kriminal yang dilakukan dengan menggunakan teknologi informasi dan komunikasi.

Berikut adalah beberapa langkah yang boleh diambil untuk mengatasi jenayah siber:

1. Kesedaran dan Pendidikan
- Meningkatkan kesedaran mengenai jenayah siber adalah langkah pertama yang penting. Pendidikan mengenai risiko dan ancaman keselamatan siber harus dimulai sejak dini dan terus dilakukan kepada semua lapisan masyarakat, termasuk individu, keluarga, dan organisasi.

2. Perlindungan dan Keselamatan
- Setiap individu dan organisasi perlu melindungi diri mereka dengan menggunakan langkah-langkah keselamatan siber yang tepat. Ini termasuk memasang perisian antivirus yang dikemaskini, memastikan perisian dan sistem operasi sentiasa diperbaharui, menggunakan kata laluan yang kuat, dan menghindari memasukkan maklumat peribadi ke laman web yang tidak selamat.

3. Perundangan dan Penegakan Undang-Undang
- Penting untuk mempunyai undang-undang yang komprehensif dan berkuat kuasa untuk menghukum penjenayah siber. Pihak berkuasa perlu mempunyai keupayaan dan sumber daya yang mencukupi untuk menyiasat, menangkap, dan menghukum penjenayah siber.

4. Penyelidikan dan Pembangunan Teknologi
- Penting untuk terus melakukan penyelidikan dan pembangunan dalam bidang keselamatan siber. Ini termasuk mengembangkan teknologi yang lebih canggih untuk mengesan, mencegah, dan merespon jenayah siber, serta meningkatkan kemampuan sumber daya manusia dalam bidang keselamatan siber.

5. Tanggungjawab Sosial
- Semua pengguna internet perlu mengambil tanggungjawab sosial dalam penggunaan teknologi. Ini termasuk tidak menyebarkan maklumat palsu, menghormati privasi orang lain, dan tidak terlibat dalam aktiviti jenayah siber.

Mengatasi jenayah siber adalah usaha berterusan yang memerlukan komitmen dari semua pihak. Dengan langkah-langkah keselamatan siber yang tepat, pendidikan, dan kerjasama yang baik, kita dapat mengurangkan risiko jenatah siber. Hal ini penting untuk diingat bahawa mengatasi jenayah siber merupakan usaha yang berkelanjutan dan memerlukan kerjasama dari semua pihak terkait.

POSTING 11TAJUK: PUNCA-PUNCA JENAYAH SIBERDISEDIAKAN OLEH: SEA YUE PEI (292772)Jenayah siber merujuk kepada aktiviti jen...
13/05/2023

POSTING 11
TAJUK: PUNCA-PUNCA JENAYAH SIBER
DISEDIAKAN OLEH: SEA YUE PEI (292772)

Jenayah siber merujuk kepada aktiviti jenayah yang dilakukan secara dalam talian menggunakan teknologi komputer atau rangkaian digital. Ia melibatkan penggunaan komputer, telefon pintar, internet, dan teknologi digital lain untuk melakukan kegiatan jenayah. Contoh jenayah siber termasuk penipuan dalam talian, pencurian identiti, serangan siber, penyebaran malware, penipuan kad kredit, serangan jaringan, dan pelanggaran privasi.

Antara punca-punca jenayah siber termasuk:

1. Kekurangan kesedaran keselamatan siber
- Kebanyakan individu tidak tahu atau tidak memahami risiko dan ancaman keselamatan siber. Ini memudahkan penjenayah siber untuk mencuri maklumat peribadi atau memasuki akaun tanpa kebenaran.

2. Penipuan
- Penjenayah siber menggunakan teknik penipuan untuk mendapatkan maklumat sensitive atau wang daripada mangsa. Kebanyakan kes ini terdapat daripada orang tua. Hal ini disebabkan orang tua kekurangan kesedaran keselamatan siber.

3. Kebebasan internet
- Beberapa negara memberikan kebebasan yang terlalu luas dalam menggunakan internet. Ini memberi peluang kepada penjenayah siber untuk melakukan jenayah dalam talian tanpa sebarang risiko.

4. Teknologi berkembang dengan pesat
- Teknologi berkembang pesat juga memberi peluang kepada penjenayah siber untuk mencipta dan menggunakan alat baru untuk melakukan jenayah dalam talian.

Jenayah siber boleh memberi punca yang serius kepada individu, organisasi, dan masyarakat secara keseluruhannya. Ia boleh merosakkan reputasi peribadi, merugikan kewangan dan keselamatan seseorang, menyebabkan kehilangan data yang penting, dan mengganggu operasi organisasi. Jenayah siber juga boleh menjejaskan infrastruktur kritikal seperti sistem tenaga, komunikasi, dan kewangan.

POSTING 10 TAJUK: KEBURUKAN PENGGUNAAN ICT 2 DISEDIAKAN OLEH DURGA DEVI A/P MUTHUSAMY( 293048 ) Antara keburukannya iala...
13/05/2023

POSTING 10
TAJUK: KEBURUKAN PENGGUNAAN ICT 2
DISEDIAKAN OLEH DURGA DEVI A/P MUTHUSAMY
( 293048 )

Antara keburukannya ialah:

1.Melayari laman sesawang yang tidak bermoral atau pronografi. Generasi muda khususnya lebih terdedah untuk melayari laman sesawang yang tidak bermoral dan pronografi disebabkan benteng agama yang tidak kukuh. Melalui laman sesawang tidak bermoral ini, generasi muda akan mudah terpengaruh dan mengikut perlakuan yang tidak baik menerusi laman sesawang tersebut.

2. Keseronokan melayari laman-laman sosial seperti Facebook, Twitter, dan bermain permainan maya secara atas talian menyebabkan seseorang membazir masa. Kesan yang paling ketara adalah sehingga mengabaikan kerja sekolah dan waktu belajar.

3.Perkembangan teknologi juga boleh membawa keburukan terutamanya jenayah siber, ianya seperti kecurian maklumat, penipuan, penyebaran virus, penggodam , pengubahsuaian ke atas program dan sebagainya. Jenayah Siber amat berleluasa sekarang ini dan ianya sukar untuk dibendung. Kecanggihan teknologi telah disalahgunakan oleh pihak-pihak yang tertentu bagi mengaut keuntungan dengan cara yang mudah. Di samping itu, teknologi juga telah memudahkan penjenayah untuk melakukan jenayah contohnya dengan penggunaan alat bagi mengesan laptop di dalam kereta dan juga alat untuk membuka pintu kereta. Alat-alat ini banyak digunakan oleh penjenayah.

4.Membantut perkembagan sosial. Kecerdasan interpersonal mereka akan terbantut yang mana mereka hanya memikirkan mengenai permainan komputer semata-semata dan mewujudkan sifat sosio-emosi kanak-kanak yang mementingkan diri sendiri dan tidak mahu mengalah. Sifat negative ini tidak sewajarnya ada dalam diri kanak-kanak. Dengan hanya bermain permainan komputer juga sekali gus akan menghilangkan tahap keyakinan diri kanak-kanak dengan masyarakat kerana mereka langsung tidak bercampur dengan masyarakat bagi aktiviti luar rumah. Perkara ini juga akan memberi impak yang besar kepada kanak-kanak apabila mereka remaja dan dewasa kelak.

5. Menjejaskan kesihatan .Hal ini dikataka demikian kerana ramai yang menggunakan telefon atau peranti lain bagi mengakses Internet dan melayari laman sosial . Sinaran cahaya yang dipancarkan dari peranti - peranti tersebut dipercayai akan membawa kepada masalah penglihatan kabur dan sakit kepala .

POSTING 9 TAJUK: KEBURUKAN PENGGUNAAN ICT 1 DISEDIAKAN OLEH DURGA DEVI A/P MUTHUSAMY ( 293048 ) Perkembangan teknologi s...
13/05/2023

POSTING 9
TAJUK: KEBURUKAN PENGGUNAAN ICT 1
DISEDIAKAN OLEH DURGA DEVI A/P MUTHUSAMY ( 293048 )

Perkembangan teknologi semasa, iaitu teknologi maklumat dan komunikasi (information communication technology - ICT), terjelma dalam bentuk Internet, Digital Apps, Facebook, Instagram
dan berbagai lagi tapak digital sangat mempengaruhi pembinaan kesepaduan nasional sekali gus membentuk peradaban majmuk di Malaysia. Menurut CIO (2020), ICT merujuk kepada infrastruktur dan komponen teknologi yang membolehkan pengkomputeran moden
pada hari ini. Tiada satu definisi khusus ICT tetapi terma yang diterima umum tetapi ia boleh ditafsirkan sebagai semua peranti komputer, komponen rangkaian kerja, aplikasi dan sistem yang digabungkan yang membolehkan manusia dan organisasi berinteraksi dalam dunia digital. Meskipun ICT banyak memudahkan cara hidup kita namun ada beberapa kesannegatif kepada masyarakat . Misalnya , Sejak kebelakangan ini sosial media telah disalahgunakan oleh segelintir pengguna untuk mendapatkan perhatian orang ramai mahupun kepentingan diri sendiri. Ada di kalangan mereka tidak bertanggungjawab dengan menyebarkan berita yang tidak betul atau fitnah yang boleh menjejaskan perpaduan dan keharmonian masyarakat. Ada juga di kalangan mereka mengambil kesempatan dengan taktik computer scams .

Cyber Security Malaysia (2018) telah mengklasifikasikan ancaman
siber seperti berikut:
(i) Ancaman seksual atau pornografi
(ii) Pencurian identiti
(iii) Buli siber
(iv) Pengaruh negatif dari komuniti internet
(v) Perjudian dalam talian

Address

SLCP UUM
Sintok
06010

Telephone

+60192077992

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when A222 Penghayatan Etika Dan Peradaban Group A - Kumpulan 6 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share