Penghayatan Etika dan Peradaban-Kumpulan 10

Penghayatan Etika dan Peradaban-Kumpulan 10 1 like amat bermakna buat kami🤗💖TERIMA KASIH🔥👍🏻

Posting 6🎨Poster tentang ISU ETIKA DALAM SEKTOR AWAM
14/06/2023

Posting 6🎨
Poster tentang ISU ETIKA DALAM SEKTOR AWAM

POSTING 5TAJUK: ISU ETIKA DALAM SEKTOR AWAMTOPIK: SALAH LAKU DALAM SEKTOR AWAM Kita perlu tahu ⁉️ Sekiranya berlaku sala...
13/06/2023

POSTING 5
TAJUK: ISU ETIKA DALAM SEKTOR AWAM
TOPIK: SALAH LAKU DALAM SEKTOR AWAM

Kita perlu tahu ⁉️
Sekiranya berlaku salah laku ketika bertugas dalam sektor awam, Pihak Berkuasa Tatatertib boleh mengenakan mana-mana satu atau apa-apa kombinasi dua atau lebih daripada hukuman-hukuman seperti di bawah
⚠️ Peraturan 38, P.U.(A)395/1993 ⚠️

⛔️Amaran
⛔️Denda
⛔️ Lucut hak emolument
⛔️Tangguh pergerakan gaji
⛔️ Turun gaji
⛔️Turun pangkat
⛔️Buang kerja

Tiap-tiap Kementerian dan Jabatan mempunyai objektif dan peranan tersendiri dalam mengenakan sesuatu hukuman Tatatertib.

🚫KENAPA DIJATUHKAN HUKUMAN TATATERTIB 🚫

Antara salah laku yang berlaku dalam sektor awam ialah:

❎ MEMALSUKAN SIJIL SAKIT

Punca-punca berlaku keraguan terhadap ketua Jabatan dalam menerima sijil dari pekerja ialah kekerapan menerima sijil sakit dari klinik atau hospital, alamat klinik yang merawat seperti adakah kilinik tersebut berdekatan dengan kawasan perumahan pekerja ataupun tidak?

🔊JADI APA NAK BUAT JIKA SYAK ITU ADALAH SIJIL CUTI SAKIT PASLU?🔊

1)Hantar surat bertajuk Semakan Sijil Cuti Sakit kepada alamat klinik yang tertera di sijil tersebut selalui fax atau email.📩

2) Berhubung terus dengan nama doktor yang merawat dan menandatangani sijil cuti sakit tersebut.☎️

3) Jika pihak doktor mengesahkan itu adalah sijil yang tulen. Kes ditutup. 😇

⁉️‼️ JIKA DIDAPATI PALSU ⁉️‼️

Pegawai jabatan hendaklah mengambil tindakan mengikut Surat Edaran Rujukan JPA.(S)TT 343 Jld.2(67) bertarikh 26.3.2010 iaitu :

◼️ menghapuskan hak emolumen pegawai pada hari-hari di mana pegawai tidak hadir bertugas kerana cuti.

◼️ Laporkan kepada pihak berkuasa sekiranya sijil cuti sakit dibeli daripada perniagaan yang menjual sijil cuti sakit; dan

◼️ Mengambil tindakan tatatertib sehingga pegawai ➡️ dibuang kerja kerana berkelakuan tidak jujur, tidak amanah atau tidak bertanggungjawab, yang melanggar tatakelakuan yang digariskan dalam Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 [P.U.(A) 395/1993].

💢 Ketidakhadiran pegawai dengan memals**an tandatangan pada sijil sakit tidak boleh ditolak dari Cuti Rehat pegawai



❎ TIDAK MENGIKUTI KURSUS PENGAJIAN YANG DITETAPKAN

Sekiranya, ada laporan yang diterima pihak kementerian menyatakan pegawai telah didapati 🔺tidak mengikuti kursus🔺sepertimana yang ditawarkan kepadanya dan seterusnya tidak memaklumkan kepada Bahagian Latihan, JPA tentang status sebenar kursus yang diikuti sewaktu melanjutkan pelajaran.

📌APA TINDAKAN TEHADAP PERBUATAN MENIPU INI?📌

Pihak Berkuasa Tatatertib yang mempunyai kuasa mengenakan hukuman ➡️ buang kerja atau ➡️ turun pangkat atau ➡️ turun gaji sebanyak 3 pergerakan gaji selama 36 bulandi bawah peraturan 35, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.

Sekiranya pegawai ingin 🔗 membela diri 🔗, Pegawai boleh mengemukakan representasi secara bertulis kepada Pihak Berkuasa Tatatertib dalam tempoh 21 hari bermula dari tarikh dimaklumkan.

💭KENAPA MESTI MENGIKUTI PENGAJIAN YANG DITETAPKAN 💭

⚫️ Ciri-ciri yang diperlukan dalam perkhidmatan mana-mana pegawai boleh dipenuhi sekiranya bakal pegawai mengikuti kursus tertentu.

⚫️ Pemalsuan dalam borang laporan diri jelas melanggar syarat-syarat dan ketetapan yang termaktub dalam surat tawaran dan wajar dikenakan hukuman tatatertib.



❎ PENYALAHGUNAAN DADAH

💊Larangan penglibatan pegawai awam dalam penyalahgunaan dan penagihan dadah seperti diperuntukkan di bawah 🚫 Peraturan 7,
Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, [P.U.(A) 395/1993]🚫

💊Subperaturan 7(1) P.U.(A) 395/1993 menyatakan bahawa pegawai awam adalah dilarang menggunakan atau mengambil apa-apa dadah berbahaya, 🆘 kecuali dipreskripsikan untuk kegunaannya bagi maksud perubatan🆘 oleh pengamal perubatan yang berdaftar di bawah Akta Perubatan 1971.

💊Jika seseorang pegawai awam diperakui oleh Pegawai Perubatan Kerajaan menggunakan atau mengambil (selain bagi maksud perubatan) atau menyalahgunakan atau menagih suatu dadah berbahaya, pegawai itu boleh dikenakan tindakan tatatertib dengan tujuan ➡️ buang kerja seperti dinyatakan dalam subperaturan 7(2) P.U.(A) 395/1993.

💊Selain itu, pegawai juga boleh ditamatkan demi kepentingan awam di bawah peraturan 49 P.U.(A) 395/1993 dengan syarat pegawai itu telah mencapai 🪫umur persaraan pilihan yang ditentukan oleh Kerajaan pada masa itu

🧪"DADAH BERBAHAYA" bermaksud apa-apa dadah atau bahan yang disenaraikan dalam Jadual Pertama kepada Akta Dadah Berbahaya 1952.🧪

💊Kerajaan memandang serius isu penyalahgunaan dan penagihan dadah dalam kalangan pegawai awam serta sentiasa mengambil langkah tegas bagi membendung masalah tersebut. 📈 Usaha ini selaras dengan hasrat Kerajaan untuk mewujudkan negara dan masyarakat Malaysia yang ✍🏻bebas daripada ancaman dadah bagi ✍🏻menjamin kesejahteraan hidup bermasyarakat, ✍🏻mengekalkan kestabilan dan ketahanan nasional.

❎ MENERIMA HADIAH / SUMBANGAN

1️⃣ Apakah Yang Dimaksudkan Hadiah?

Pekeliling Perkhidmatan Bil 3 Tahun 1998 (PP 3/1998) menganggap hadiah sebagai apa-apa jenis hadiah yang diberikan atau diterima oleh pegawai. 🎁 Hadiah boleh ditakrifkan dalam pelbagai bentuk seperti 💸 wang tunai,saham, tiket loteri, ahli kelab, komisen, hamper, barang kemas, perhiasan, dan apa-apa yang berharga Oleh itu, dalam PP 3/1998, sebarang pemberian yang termasuk dalam definisi ini dianggap sebagai hadiah 🎁

2️⃣ Bolehkan Penjawat Awam Menerima Hadiah Dalam Musim Perayaan ?

Pegawai awam tidak dibenarkan untuk menerima atau menerima hadiah seperti hamper, Limau Mandarin, atau Ang Pau yang berkaitan dengan tugas rasmi mereka. (Lihat Perenggan 5 PP 3/1998)

3️⃣ Bolehkah Seorang Penjawat Awam Menerima Hadiah Yang Tiada Kaitan Tugas Rasminya ?

BOLEH DITERIMA ✔️, tetapi ia mesti sepadan, iaitu kurang daripada setengah daripada emolumen, atau tidak lebih daripada RM500.00 💰untuk hadiah itu sendiri. Adalah perlu untuk melaporkan kepada Ketua Jabatannya melalui Borang Lampiran A PP 3/98 jika tidak sepadan, iaitu jika ia melebihi emolumen atau melebihi RM 500.00. 🚫Tetapi jika ia lebih daripada RM 500.00🚫 ia boleh diterima dalam keadaan tertentu, seperti hadiah yang diterima daripada rakan sempena persaraan, pertukaran, pertunangan dan perkahwinan pegawai. 💡Sekiranya pegawai awam masih mempunyai keraguan, mereka boleh melaporkan penerimaan hadiah kepada Ketua Jabatan. (Rujuk Para 7 PP 3/1998) (Lihat Perenggan 8 PP 3/1998)


❎GANGGUAN SEKSUAL

Ditakrifkan sebagai sebarang perlakuan berunsur seksual yang tidak diingini
sama ada secara lisan, bukan lisan, visual, psikologi atau fizikal.🚩🚩

🏴KATEGORI GANGGUAN SEKSUAL
💢Cubaan untuk merapati orang lain secara seksual
💢Meminta layanan seksual daripada orang lain
💢Gangguan seksual yang mengugut
💢 Gangguan seksual yang menyinggung atau menghina

🚩Perbuatan melakukan gangguan seksual itu adalah melanggar Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 yang menyatakan seperti :

4A(1)(a) Seseorang pegawai tidak boleh melakukan apa-apa perbuatan yang bersifat seksual berhubung dengan orang lain 🚨

4A(1)(b) Seseorang pegawai tidak boleh berkelakuan sehingga memburukkan nama atau mencemarkan nama dan perkhidmatan awam 👨‍👩‍👧‍👦👨‍👩‍👧‍👦

Walau apa jua alasan, Pihak Berkuasa Tatatertib mempunyai kuasa mengenakan hukuman ➡️buang kerja atau ➡️turun pangkat dan ‘➡️turun gaji’sebanyak dua (2) pergerakan bagi tempoh 12 bulan mengikut peraturan 38(e), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.

📌 KESIMPULAN:
Kita tidak boleh memandang mudah terhadap isu etika dalam sektor awam di negara kita. Hal ini kerana sekiranya perkara negatif seperti isu rasuah, isu pemalsuan sijil sakit, isu penjagaan sahsiah dan isu dikriminasi ini tidak dicegah daripada sekarang, negara kita akan semakin merundum dan jauh ketinggalan. Para kakitangan sektor awam perlulah menjaga integriti dan etika ketika bekerja supaya tidak dikenakan hukuman oleh pihak berkuasa tatatertib yang seterusnya memberi nama buruk kepada diri, keluarga dan negara. Akhir kata, semua kakitangan dalam sektor awam di Malaysia perlu bersama-sama komited dalam membanteras unsur-unsur negatif dalam sektor awam supaya negara kekal bahagia dan harmoni.

Disediakan oleh:
Balqis Binti Suliman (293175)
Nurul Husna Binti Abdul Ghani (295213)

POSTING 4TAJUK: ISU ETIKA DALAM SEKTOR AWAMTOPIK: ISU DISKRIMINASI DALAM SEKTOR AWAMIsu diskriminasi dalam sektor awam m...
06/06/2023

POSTING 4
TAJUK: ISU ETIKA DALAM SEKTOR AWAM
TOPIK: ISU DISKRIMINASI DALAM SEKTOR AWAM
Isu diskriminasi dalam sektor awam merupakan. Diskriminasi merujuk kepada layanan yang tidak adil dan berat sebelah kepada individu tertentu disebabkan oleh perbezaan yang ketara. Menurut Kamus Dewan Bahasa Edisi keempat, diskriminasi bermaksud perlakuan membeza-bezakan warna kulit, keturunan dan sebagainya. Berdasarkan sasaran, diskriminasi dalam dunia pekerjaan terdiri daripada diskriminasi umur, gender, kesihatan, ras dan agama. ndustri di Malaysia pada masa kini dilihat semakin berkembang maju seiring dengan pembangunan negara dalam mencapai status negara maju. Perkembangan sesebuah industri itu sebenarnya amat dipengaruhi oleh kejayaan organisasi tersebut dalam mewujudkan hubunganyang harmoni antara ketiga-tiga aktor iaitu majikan, pekerja dan kerajaan. Keharmonian industri yang diwujudkan oleh sesebuah organisasi tersebut seterusnya akan membantu dalam menangani pelbagai isu industri yang berlaku dalam organisasi tersebut. Salah satu isu yang sering dikaitkan dengan dunia pekerjaan ialah isu diskriminasi.

FAKTOR BERLAKUNYA DISKRIMINASI DALAM SEKTOR AWAM
2. Kurangnya kepelbagaian dalam pengambilan pekerja - Sekiranya organisasi tidak mencari dan mengambil pekerja daripada pelbagai latar belakang, ini boleh mengakibatkan kekurangan dalam perspektif dan pengalaman dalam organisasi. Ini juga boleh memberi kesan kepada peluang pekerjaan yang saksama dan pengekalan pekerja.

3. Prasangka dan stereotaip - Sering kali, prasangka dan stereotaip tidak berasas tentang individu atau kumpulan tertentu dapat mengakibatkan diskriminasi. Hal ini boleh berlaku dalam pengambilan keputusan atau dalam cara organisasi berinteraksi dengan individu atau kumpulan tertentu.

4. Kebijaksanaan yang tidak sensitif terhadap kepelbagaian budaya dan bahasa - Sekiranya kebijaksanaan dan prosedur tidak mempertimbangkan kepelbagaian budaya dan bahasa, ia boleh mengakibatkan pengabaian atau diskriminasi terhadap individu atau kumpulan tertentu.


Isu diskriminasi dalam sektor awam boleh memberi kesan yang merugikan kepada individu atau kumpulan tertentu yang mengalami diskriminasi. Antara kesan yang mungkin berlaku termasuk:

1. Ketidakadilan - Individu atau kumpulan yang mengalami diskriminasi mungkin tidak diberi peluang yang saksama dalam pemilihan dan perlakuan. Ini boleh menyebabkan ketidakadilan dalam peluang pekerjaan, kenaikan pangkat, atau akses kepada program latihan.

2. Ketegangan - Isu diskriminasi boleh menyebabkan ketegangan dalam organisasi dan mempengaruhi hubungan antara kakitangan. Ini boleh mempengaruhi keberkesanan organisasi dan keberadaannya.

3. Kesan emosi yang negatif - Individu yang mengalami diskriminasi boleh mengalami kesan emosi yang negatif seperti rasa malu, marah, dan kecewa. Kesannya mungkin juga meluas ke keluarga mereka dan masyarakat mereka.

4. Peluang terhad - Diskriminasi boleh menghalang individu atau kumpulan tertentu dari mengambil bahagian dalam aktiviti atau program di organisasi. Ini boleh memberi kesan kepada pengekalan pekerja atau peluang untuk memajukan kerjaya.

5. Kehilangan bakat - Sekiranya organisasi tidak mempunyai kebijaksanaan yang inklusif dan sensitif terhadap kepelbagaian, ia boleh menyebabkan kehilangan bakat dari individu atau kumpulan tertentu. Ini boleh mengurangkan pelbagai perspektif dan pengalaman dalam organisasi, dan mungkin menghalang kemajuan organisasi.

Untuk mengelakkan kesan negatif ini, organisasi perlu mengambil tindakan untuk mengatasi isu diskriminasi dan menerapkan kebijaksanaan dan prosedur yang inklusif dan sensitif terhadap kepelbagaian. Ini akan membantu membina budaya organisasi yang inklusif dan merangsang produktiviti dan inovasi di kalangan kakitangan.

Untuk mengatasi diskriminasi yang berlaku di sektor awam, diperlukan langkah-langkah yang komprehensif dan berkelanjutan. Berikut adalah beberapa langkah yang dapat diambil:

1. Pelatihan dan kesadaran: Memberikan pelatihan kepada pekerja sektor awam tentang keanekaragaman, inklusi, dan penghapusan diskriminasi. Ini akan membantu meningkatkan kesadaran mereka tentang isu-isu yang terkait dengan diskriminasi dan mendorong sikap yang inklusif dan adil.

2. Budaya organisasi yang inklusif: Membangun budaya organisasi yang menghargai keanekaragaman, inklusi, dan penghargaan terhadap perbedaan. Ini melibatkan mempromosikan nilai-nilai inklusif, menghargai kontribusi setiap individu, dan menghindari praktik-praktik yang mendukung diskriminasi.

3. Evaluasi dan pemantauan: Melakukan evaluasi secara berkala terhadap kebijakan dan program yang telah diterapkan untuk mengatasi diskriminasi. Pemantauan terhadap kemajuan yang dicapai dan identifikasi area yang masih memerlukan perbaikan akan membantu memastikan langkah-langkah yang efektif.

4. Budaya organisasi yang tidak inklusif: Jika budaya organisasi tidak mendorong keanekaragaman, inklusi, dan penghargaan terhadap perbedaan, maka individu-individu dari kelompok minoritas mungkin merasa tidak diterima atau diabaikan. Hal ini dapat menciptakan lingkungan yang tidak ramah dan mendukung diskriminasi.
Penting untuk diingat bahwa langkah-langkah ini harus didukung oleh komitmen yang kuat dari pemerintah, manajemen organisasi, dan seluruh anggota sektor awam untuk menciptakan lingkungan yang inklusif, adil, dan bebas dari diskriminasi.


Secara keseluruhannya, dapat dilihat bahawa diskriminasi wanita itu suda menjadi
isu yang semakin serius dalam dunia pekerjaan tidak kiralah sama ada dalam sektor awam mahupun sektor swasta. Bukan itu sahaja, diskriminasi wanita juga berlaku dalam semua jenis pekerjaan baik itu pekerjaan mahir, separa mahir mahupun kurang mahir.Melalui penulisan ini, dapat kita simpulkan bahawa diskriminasi wanita itu terdiri daripada pelbagai bentuk diskriminasi yang masing-masingnya memberi kesan yang negatif kepada kaum wanita di samping mewujudkan suasana tempat kerja yang tidak selesa dan menjejaskan produktiviti syarikat. Dalam hal ini, semua pihak haruslah berganding bahu dalam membendung permasalahan ini.

Disediakan oleh JASYVINI A/P MURUGANANTHAN (293076) dan KALISVARY A/P NOOKARAJOO (293759)

Posting 3 📌💛Tajuk: Isu etika dalam sektor awamTopik: Isu menjaga kerahsiaan penjawat awam🔐🏢Isu menjaga kerahsiaan penjaw...
31/05/2023

Posting 3 📌💛
Tajuk: Isu etika dalam sektor awam
Topik: Isu menjaga kerahsiaan penjawat awam

🔐🏢Isu menjaga kerahsiaan penjawat awam merupakan satu isu penting yang perlu diberi perhatian serius dalam konteks pentadbiran awam di negara kita. Isu ini melibatkan pelbagai aspek termasuk data peribadi, maklumat sektor awam, dan rahsia kerajaan yang boleh memberi kesan buruk kepada individu dan institusi jika terbocor secara tidak sah atau disalahgunakan.🔐🏢

Terdapat beberapa kesan buruk yang akan timbul akibat kebocoran rahsia penjawat awam 👨🏻‍💼👩🏻‍💼

1️⃣.Pelanggaran privasi individu❌🔐
Pengawasan atau kegagalan untuk melindungi maklumat peribadi boleh membuka peluang untuk pencerobohan privasi individu. Ini boleh merosakkan reputasi dan menjejaskan integriti pegawai awam dan organisasi yang terlibat.

2️⃣Ancaman kepada keselamatan negara.⚡⚙️
Kerahsiaan maklumat yang berkaitan dengan keselamatan negara seperti rancangan pertahanan, operasi khas, dan sumber rahsia. Jika terdedah, mungkin memberi peluang kepada pihak yang tidak bertanggungjawab untuk mengancam keselamatan negara dan kepentingannya.

3️⃣Kehilangan kepercayaan awam.💔
Jika penjawat awam tidak dapat menjaga kerahsiaan dengan baik, ini boleh menyebabkan hilangnya kepercayaan awam terhadap institusi kerajaan. Keadaan ini dapat menjejaskan hubungan antara rakyat dengan kerajaan serta prestasi keseluruhan pentadbiran awam yang menyebabkan kemunduran ekonomi negara.

4️⃣Kehilangan keyakinan masyarakat.🙅🏻
Jika terdapat kebocoran kerahsiaan yang berterusan atau berulang kali, masyarakat akan kehilangan keyakinan terhadap sistem pentadbiran awam. Mereka mungkin tidak merasa yakin untuk berkongsi maklumat sensitif dengan kerajaan atau bergantung kepada kerajaan untuk melindungi privasi mereka. Ini dapat merosakkan hubungan antara rakyat dan kerajaan serta mengurangkan kepercayaan masyarakat terhadap institusi kerajaan.

5️⃣Kejatuhan ekonomi dan daya saing.📉💵
Jika maklumat penting seperti rancangan ekonomi, projek strategik, atau maklumat perdagangan terdedah kepada pihak yang tidak berkepentingan, ini boleh merosakkan ekonomi negara dan menjejaskan daya saing. Penyebaran maklumat sensitif kepada pihak yang bersaing atau pihak asing boleh mengurangkan kelebihan daya saing negara dalam bidang ekonomi, teknologi, atau strategi politik.

⚡Seterusnya, faktor yang menyumbang kepada isu kebocoran kerahsiaan penjawat awam⚡

1️⃣Perlindungan data yang tidak betul. 📊
Sistem dan prosedur yang tidak memadai untuk melindungi maklumat penting boleh menjadi faktor yang menyumbang kepada kebocoran kerahsiaan. Kelemahan dalam keselamatan siber atau ketidaktelusan dalam pemindahan maklumat boleh menjadi titik lemah dalam melindungi kerahsiaan.

2️⃣Kegagalan dalam pematuhan.⛔
Ketidakpatuhan terhadap dasar dan garis panduan yang telah ditetapkan boleh membuka peluang untuk penggunaan dan penyebaran yang tidak sah maklumat sensitif. Kurangnya kesedaran dan latihan berkaitan dengan kepentingan menjaga kerahsiaan juga dapat menjadi faktor yang penting.

3️⃣ Serangan siber.🔥
Semakin meningkatnya ancaman serangan siber ke atas sistem komputer dan rangkaian kerajaan memberikan risiko yang besar terhadap kerahsiaan maklumat. Serangan seperti penggodaman, perisian tebusan atau aktiviti jenayah siber lain boleh mengakibatkan kebocoran data sensitif.

4️⃣Kekurangan kesedaran dan latihan.📖
Salah satu faktor yang menyumbang kepada isu kerahsiaan adalah kekurangan kesedaran dan latihan yang mencukupi di kalangan penjawat awam. Jika mereka tidak memahami pentingnya kerahsiaan, tidak mengetahui cara yang betul untuk mengendalikan maklumat sensitif, atau tidak dilatih tentang langkah-langkah keselamatan yang diperlukan, risiko kebocoran kerahsiaan akan meningkat. Oleh itu, pentadbiran awam perlu memberi tumpuan kepada meningkatkan kesedaran dan melaksanakan program latihan yang berterusan bagi penjawat awam.

5️⃣Kelemahan infrastruktur teknologi.👨‍💻
Infrastruktur teknologi yang lemah atau lama merupakan faktor lain yang boleh menyumbang kepada isu kerahsiaan. Sistem yang tidak memadai, perisian yang tidak dikemaskini, atau kelemahan dalam jaringan komunikasi boleh memberi peluang kepada penceroboh untuk mencuri atau mengakses maklumat penting. Oleh itu, pentadbiran awam perlu melabur dalam infrastruktur teknologi yang cekap dan selamat bagi memastikan kerahsiaan maklumat terjamin dengan baik.

⚙️Bagaimanapun, terdapat beberapa langkah yang boleh diambil untuk mengatasi isu kebocoran kerahsiaan penjawat awam:⚙️

1️⃣👮‍♂️Penguatkuasaan undang-undang dan polisi👮‍♀️
Kerajaan perlu memastikan undang-undang dan polisi yang berkaitan dengan kerahsiaan dipatuhi dan dilaksanakan dengan baik agar segala kebocoran maklumat rahsia kerajaan dapat dilindungi dengan baik

2️⃣📑Penambahbaikan infrastruktur keselamatan⛑️
Pentadbiran awam perlu melabur dalam infrastruktur teknologi maklumat yang kukuh dan selamat. Ini termasuk melaksanakan sistem keselamatan terkini, penyulitan data dan langkah keselamatan siber yang berkesan. Pengauditan berkala perlu dijalankan bagi memastikan sistem dan peralatan yang digunakan sentiasa terkini dan selaras dengan ancaman semasa.

3️⃣Pendidikan dan kesedaran. 🏫📝
Pentadbiran awam perlu memberikan latihan yang mencukupi kepada penjawat awam mengenai pentingnya menjaga kerahsiaan dan langkah-langkah keselamatan yang perlu diambil. Mereka perlu diberi kesedaran tentang ancaman serangan siber, amalan terbaik dalam pengendalian maklumat sensitif, dan tatacara untuk melaporkan kejadian yang mencurigakan. Pendekatan ini akan meningkatkan pemahaman dan komitmen penjawat awam dalam menjaga kerahsiaan.

4️⃣Pengukuhan tindakan tatatertib.📜
Pentadbiran awam perlu mengambil tindakan tegas dan melaksanakan proses disiplin yang ketat untuk pelanggaran kerahsiaan. Ini termasuk penyiasatan menyeluruh terhadap pelanggaran yang dilaporkan, serta pengenalan hukuman dan penalti yang sesuai yang menunjukkan pelanggaran undang-undang dan alasan kerahsiaan. Tindakan ini akan menghantar mesej yang jelas bahawa pelanggaran privasi tidak akan diterima dan memberi pengajaran kepada orang lain.

📝Kesimpulannya, Kebocoran kerahsiaan mempunyai kesan buruk yang melibatkan kehilangan privasi individu, ancaman keselamatan negara, dan kehilangan kepercayaan awam. Terdapat beberapa faktor yang menyumbang kepada isu ini, termasuk kekurangan kesedaran dan latihan di kalangan penjawat awam serta kelemahan dalam infrastruktur teknologi. Bagaimanapun, langkah-langkah seperti penambahbaikan infrastruktur keselamatan, pendidikan dan kesedaran, dan penguatkuasaan tindakan disiplin dapat diambil untuk mengatasi isu ini. Dengan mengambil langkah-langkah ini, pentadbiran awam dapat menjaga kerahsiaan maklumat, memulihkan kepercayaan awam, dan mengekalkan integriti institusi kerajaan.📜

Disediakan oleh📝:
1. Puteri Nabila Binti Zulkefli 293221 👩🏻‍💻
2. Muhammad Shafiz Bin Othman 293156👨‍💻

Posting 2📌💜TAJUK : ISU ETIKA DALAM SEKTOR AWAMTOPIK: KEPENTINGAN BUDAYA INTEGRITI DAN ETIKA KERJA DALAM SEKTOR AWAM.Assa...
24/05/2023

Posting 2📌💜
TAJUK : ISU ETIKA DALAM SEKTOR AWAM
TOPIK: KEPENTINGAN BUDAYA INTEGRITI DAN ETIKA KERJA DALAM SEKTOR AWAM.

Assalamualaikum , Salam Sejahtera dan Salam Malaysia Madani 🫶🏼☺️

Harini kami akan kongsikan sedikit sebanyak tentang kepentingan budaya integriti dan etika kerja dalam sektor awam. Semoga perkongsian ini dapat memberi pengetahuan baru kepada anda semua✌🏼🤗❤️

Budaya etika dan integriti ini adalah amat penting dalam mana-mana organisasi kerana ia memastikan pelaksanaan apa jua program serta matlamat dicapai dengan baik serta beretika. Antaranya,

1️⃣Memberikan hala tuju dan bimbingan pelbagai sektor supaya mereka dapat bekerjasama dalam usaha besar membina masyarakat yang bersatu padu, berharmoni, berintegriti, bermoral dan beretika.👮🏻‍♀️‼️

2️⃣Meningkatkan kesedaran, komitmen dan kerjasama pelbagai sektor dalam usaha peningkatan integriti supaya ia menjadi budaya masyarakat dan diamalkan dalam semua bidang.✅

3️⃣Menggalakkan semangat bertanggungjawab di kalangan anggota masyarakat serta mendorong perkembangan masyarakat sivil yang menjunjung prinsip integriti dan bergerak cergas menegakkan integriti

4️⃣ Menyumbang kepada usaha pengukuhan asas moral masyarakat dan negara, dan peningkatan kesejahteraan hidup anggota masyarakat💖

➡️KESIMPULAN :✍🏻👇🏼
Kesimpulannya, bukan mudah untuk kita membentuk penjawat awam yang berintegriti. Namun, pepatah mengatakan bahawa kalau hendak seribu daya, maknanya kita akan berusaha untuk mencapai sesuatu jika kita benar-benar inginkannya. Jadi bagi individu yang inginkan kelangsungan kehidupan yang cemerlang pada masa hadapan perlu berusaha sedaya mungkin untuk memperkukuh integriti diri sendiri dan individu-individu di bawah tanggungjawab masing-masing.

📌Memetik kata-kata cendekiawan Albert Einstein;
_“…integrity without knowledge is weak and useless, and knowledge without integrity is dangerous and dreadful…”_📌📝🔥

Disediakan oleh :
1.SITI NURDINI BT MOHD RAZALI (293206)🌺
2.NUR ARIESYA NASUHA BT ZAIDI (293070)🌸

Posting 1🍀Tajuk: Isu Etika Dalam Sektor AwamTopik: Isu Rasuah Dalam Penjawat Awam🤫📕Apakah Sektor Awam❓❓❓Sektor awam adal...
16/05/2023

Posting 1🍀
Tajuk: Isu Etika Dalam Sektor Awam
Topik: Isu Rasuah Dalam Penjawat Awam🤫

📕Apakah Sektor Awam❓❓❓
Sektor awam adalah nama yang diberikan kepada sejumlah entiti negara yang mana diberi tanggungjawab bagi mewakili negara untuk mentadbir kerajaan, melaksanakan undang-undang dan merangka dasar-dasar untuk menjamin pembangunan negara. Selain itu, sektor awam juga adalah keseluruhan proses, organisasi dan individu yang melaksanakan undang-undang dan pemerintahan negara. Hal ini meliputi badan-badan utama negara iaitu badan perundangan, eksekutif dan badan kehakiman.

Ketiga-tiga badan tersebut dipisahkan mengikut sistem Doktrin Pengasingan Kuasa dan dan bergerak seiring bagi memenuhi kepentingan awam.

Di dalam melaksanakan tugas-tugas awam, setiap anggota perkhidmatan awam perlulah patuh kepada panduan dan arahan yang dibuat oleh badan perundangan, kehakiman dan eksekutif sebenarnya.

Sektor awam juga adalah sektor yang terlibat dalam kegiatan menyediakan barang dan perkhidmatan kerajaan kepada masyarakat umum. Perusahaan, agensi, dan badan sepenuhnya dimiliki, dikawal dan dikendalikan oleh kerajaan sama ada kerajaan pusat, kerajaan negeri atau kerajaan tempatan.

📕Apakah Etika❓❓❓
Etika bermaksud tanggungjawab dan akibat tingkah laku seseorang atau profesion terhadap masyarakat. Selain itu, etika juga boleh ditakrifkan sebagai prinsip moral atau nilai akhlak atau tingkah laku yang menjadi pegangan seseorang individu atau sesuatu kumpulan. Prinsip moral dan kesedaran akhlak ini tidak boleh dicapai oleh seseorang tanpa menjalin perhubungan sosial dengan orang lain.

📕Apakah Rasuah❓❓❓
Rasuah merupakan penerimaan/pemberian suapan sebagai upah/dorongan untuk seseorang individu kerana melakukan atau tidak melakukan sesuatu perbuatan yang berkaitan dengan tugas rasmi. Suapan terdiri daripada wang, hadiah, bonus, undi, perkhidmatan, jawatan, upah, diskaun dan lain-lain.

📕Pengenalan Isu Rasuah Dalam Penjawat Awam🤝
Masalah rasuah telah menjadi semakin serius dalam masyarakat hari ini. Sama ada dalam politik atau perniagaan, gejala rasuah nampaknya tidak lagi menghairankan, hampir setiap masa kita boleh menerima berita tuduhan, tangkapan, dan juga hukuman bagi jenayah rasuah. Kerajaan juga amat mementingkan isu ini. Oleh itu, Malaysia sudah mempunyai undang-undang yang ketat untuk menangani masalah ini iaitu Akta Pencegahan Rasuah 1997. Walaupun rasuah adalah masalah yang paling s**ar diatasi di negara kita selain daripada masalah dadah tetapi pemimpin kita telah bekerja dengan keras.

📕Faktor-Faktor Menyebabkan Berlaku Rasuah Dalam Kalangan Penjawat Awam
1⃣️Sikap Materialistik
Sikap materialistik merupakan sifat yang mementingkan kebendaan. Hal ini disebabkan sikap negatif individu yang s**a bermewah-mewah di luar kemampuannya. Mereka menganggap memiliki banyak harta benda yang mewah seperti kereta, rumah dan barang kemas boleh menyebabkan mereka dikagumi dan dihormati. Hal ini mendorong mereka untuk mengambil rasuah kerana ia merupakan jalan yang mudah yang membolehkan mereka memiliki barang-barang mewah.

2⃣️Kelemahan peribadi
Kelemahan peribadi ini mungkin disebabkan oleh kurang didikan agama dan moral seseorang. Sikap ingin hidup mewah dan tamak menyebabkan golongan yang mengambil rasuah ini sanggup mengetepikan ajaran agama. Mereka hanya memikirkan kesenangan sementara tanpa sedar balasan dan hukuman yang bakal diterima kelak.

3⃣️Masalah pendapatan
Hal ini boleh berlaku sekiranya gaji yang diperoleh oleh penjawat awam terlalu kecil untuk menampung dengan kos sara hidup yang tinggi terutamanya penjawat awam yang menetap di bandar. Jadi untuk menampung kos sara hidup yang tinggi, mereka mengambil jalan pintas dengan menerima rasuah. Selain itu, penjawat awam bergaji rendah yang s**a berbelanja tanpa kawalan juga menyebabkan mereka mengambil rasuah untuk mengisi poket mereka untuk memenuhi kehendak mereka.

📕Kesan-Kesan Negatif Rasuah Dalam Kalangan Penjawat Awam
1⃣️Ekonomi negara tergugat
Rasuah semestinya akan menggugat kemajuan ekonomi negara. Hal ini kerana ekonomi negara diuruskan oleh penjawat awam yang tidak mempunyai ilmu dalam pengurusan ekonomi untuk menguruskan ekonomi negara.

2⃣️Menjejaskan imej negara
Kemajuan media massa dalam mendapatkan maklumat mengenai segala perkara atau isu yang berlaku dalam sesebuah negara mampu menjadi punca kejatuhan imej negara tersebut. Maka, kita hendaklah sentiasa memastikan tiada kes-kes rasuah agar tidak menjadi bahan berita kepada media internasional dalam melaporkan berita kepada penonton mereka di seluruh dunia. Sekiranya kita terpalit dengan isu rasuah, negara akan kehilangan minat daripada pelabur-pelabur asing kerana mereka tidak percaya akan sistem pentadbiran kita.

3⃣️Keselamatan negara terancam
Senjata api, dadah, judi, pelacuran, dan anasir subversif akan memasuki negara kita disebabkan oleh rasuah. Hal ini kerana pegawai awam yang berjawatan tertentu disogok oleh penjenayah dan mendapat manfaat daripadanya. Oleh itu, mereka membenarkan seludup memasuki negara kita dan mengancam keselamatan negara kita.

📕Usaha-Usaha Mengatasi Rasuah Dalam Kalangan Penjawat Awam
1⃣️Memperkuatkuasakan penguatkuasaan undang-undang Hukuman yang berat harus dijatuhi kepada pesalah rasuah agar mereka dapat diberi pengajaran dan berasa gerun untuk melakukan gejala rasuah. Contohnya, pihak kerajaaan harus mengenakan hukuman seperti denda sepuluh kali ganda jumlah wang yang diterima atau hukuman penjara selama 15 tahun dan ke atas. Hal ini dikatakan demikian bahawa pelaksanaan undang-undang yang tegas akan mengurangkan jumlah kes rasuah dalam negara ini pada masa depan.

2⃣️ Peranan Kerajaan Pihak kerajaan melalui agensi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berperanan penting dalam memantau dan bertindak ke atas salah laku yang melibatkan rasuah. Contohnya, anggota SPRM boleh bertindak menyamar seperti rakyat biasa untuk menyiasat aduan yang dilaporkan tentang kes rasuah. Hal ini dikatakan demikian kerana golongan yang terlibat dalam gejala rasuah boleh ditangkap dan dihukum berasaskan undang-undang yang ditetapkan secepat mungkin. Oleh itu, siasatan terhadap penjawat awam tanpa mengira kedudukan atau pangkat oleh SPRM adalah penting untuk membendung gejala rasuah di negara ini.

3⃣️Peranan media massa Media massa turut memainkan peranan vital dalam memberi kesedaran dalam lapisan masyarakat tentang keburukkan dan kesan rasuah. Pihak berkenaan boleh melancarkan kempen iklan yang berkesan melalui media massa secara holistik. Contohnya, media elektronik boleh menyebarkan akhbar-akhbar yang berkaitan dengan rasuah secara atas talian untuk memberi amaran dan peringatan kepada setiap individu.

📕Contoh-Contoh Tingkah Laku Rasuah Dalam Kalangan Penjawat Awam
1⃣️Penerimaan atau pemberian suapan sebagai upah Contohnya, seorang pengawai awam telah menerima seutas jam tangan yang dihadiahi oleh seorang kontraktor.
2⃣️Penyalahgunaan jawatan awam Seorang penjawat awam menyalahgunakan kuasanya dalam meluluskan sesuatu pembinaan yang bermasalah.

3⃣️Tuntutan palsu Seorang penjawat awam didakwa menggunakan lapan invois palsu sebagai dokumen sokongan untuk membuat tuntutan pembekalan makanan mentah asrama di Kuala Terengganu.

📕Kesimpulan Kesimpulannya, rasuah merupakan satu wabak sosial dan tabiat yang tidak baik di sesebuah negara. Semua lapisan masyarakat perlu berganding bahu bagi membanteras gejala rasuah dalam kalangan penjawat awam. Hal ini dikatakan demikian bahawa pengurangan gejala rasuah dapat meningkatkan imej negara dan ekonomi negara juga akan bertambah maju.

Disediakan oleh: 1. Pearlyn Law Ruo Kui 293183 2. Law Xin Yi 293212

Address

Universiti Utara Malaysia
Sintok
06010

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Penghayatan Etika dan Peradaban-Kumpulan 10 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share