A222MPU1013-Penghayatan Etika dan Peradaban Kumpulan S1

A222MPU1013-Penghayatan Etika dan Peradaban Kumpulan S1 Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from A222MPU1013-Penghayatan Etika dan Peradaban Kumpulan S1, Education Website, SLCP, Sintok.

"Kekuatan Minda, Keamanan Jiwa: Memelihara Kesihatan Mental"Kesihatan mental adalah situasi dimana seorang individu meny...
21/06/2023

"Kekuatan Minda, Keamanan Jiwa: Memelihara Kesihatan Mental"

Kesihatan mental adalah situasi dimana seorang individu menyedari potensinya boleh berdaya tindak terhadap stres kehidupan dan mempunya banyak faktor. Justeru itu, kita mesti jaga diri daripada pelbagai segi.

Semua orang mesti ada stres, hanya bergantung kepada anda bagaimana untuk mengendalikan tekanan anda dengan bijak dan mesti menjaga orang sekeliling anda untuk mengelakkan masalah mental juga.

Harap semua orang dapat mengelakkan masalah mental dan kekal sihat.

**an1

Kesimp**annya, sebagai rakyat Malaysia, kita harus bijak mengambil ruang dan peluang ini untuk menyelesaikan permasalaha...
06/06/2023

Kesimp**annya, sebagai rakyat Malaysia, kita harus bijak mengambil ruang dan peluang ini untuk menyelesaikan permasalahan yang dialami. Bukannya dengan mengambil jalan singkat atau short-cut dengan membunuh diri. Ingatlah, pepatah Melayu ada mengatakan 'ikut hati mati, ikut rasa binasa'. Janganlah diikut rasa hati yang resah dan gundah gulana kerana kelak badan sendiri yang binasa.

Nama: Khor Ean Thing
Nombor Matrik: 284287

Peranan pelbagai pihak dalam kesihatan mental sangat penting untuk memastikan pendekatan yang komprehensif dan holistik ...
05/06/2023

Peranan pelbagai pihak dalam kesihatan mental sangat penting untuk memastikan pendekatan yang komprehensif dan holistik dalam mengatasi masalah kesehatan mental. Berikut adalah beberapa pihak yang berperanan dalam kesihatan mental:

1. Pihak Pendidikan dan institusi akademik : Pihak sekolah boleh menyediakan kursus dan program pendidikan yang meningkatkan kesedaran tentang masalah kesihatan mental, membekalkan pengetahuan mengenai rawatan dan pemulihan, serta melatih tenaga profesional dalam bidang ini.

2. Pihak Keluarga: Keluarga boleh menjadi contoh yang baik dalam mengelola stres dan menjaga kesehatan mental, serta memberikan dukungan emosional tanpa syarat kepada remaja.

3. Pihak Kerajaan: Pihak kerajaan boleh merumuskan kebijakan dan regulasi terkait dengan kesehatan mental supaya masalah kesihatan mental tidak berlaku dalam masyarakat.

4. Pihak majikan: Majikan boleh membekalkan beberapa program tentang kesihatan mental kepada pekerja supaya pekerja tidak mengalami masalah. Program boleh membantu pekerja mengurangkan tekanan daripada kerja.

Nama: YEOH YUEN ZHI
No matrik: 286803

Tajuk: Cara-cara untuk menjaga kesihatan mental1.      Rehat- Seimbangkan masa belajar atau bekerja dengan masa berehat ...
03/06/2023

Tajuk: Cara-cara untuk menjaga kesihatan mental
1. Rehat
- Seimbangkan masa belajar atau bekerja dengan masa berehat dengan baik. Pastikan mempunyai masa berehat yang secukupnya. Badan sihat otak pun cerdas. Kendalikan stress anda dan seimbangkan kehidupan seharian anda.
2. Komuniti
- Kerap melibatkan diri dengan komuniti terdekat anda. Elakkan diri dari bersendirian dan berfikir banyak. Sebagai contohnya, sertai kump**an yang mempunyai minat sama ataupun menjadi sukarelawan supaya dapat membina hubungan sosial dengan orang lain.
3. Makan
- Pemakanan yang seimbang dapat membantu dan mengekalkan fizikal dan juga mental yang sihat. Jaga pemakanan seharian anda.
4. Bantuan
-Sering berkongsi masalah dengan orang yang rapat seperti ahli keluarga dan kawan-kawan. Berjumpa dengan pihak kaunselor untuk mendapat bantuan berkesan daripada professional. Tak ada apa yang perlu malu untuk memohon bantuan berkaitan kesihatan mental kita.

Nama: Foo Yoke Shian
Nombor Matrik: 286593

Kejadian Bunuh Diri Semakin MENINGKAT??👀Masalah Mental atas KANAK-KANAK usia 5 tahun hingga DEWASA?👥Apakah Kepentingan K...
02/06/2023

Kejadian Bunuh Diri Semakin MENINGKAT??👀
Masalah Mental atas KANAK-KANAK usia 5 tahun hingga DEWASA?👥
Apakah Kepentingan Kesihatan Mental?💁‍♀

1. Kehidupan berkualiti👣
Tentang kebahagian, kedamaian, kepuasan dan keseronokan, kesihantan mental mempengaruhi kewujudan penyakit mental. kesihatan mental amatlah penting dalam kehidupan kita kerana kita dapat menjalani kehidupan normal dalam rutin harian dan segera mendapatkan bantuan dari pakar atau orang sekeliling jika masalah kesihatan mental yang dialami oleh anda semakin teruk. Kesihatan mental teras kehidupan berkualiti

2. Mengharungi cabaran kehidupan secara berhemah💡
Dalam cabaran kehidupan, mudah menerima kenyataan dengan pemikiran yang positif. Seseorang yang mempunyai kesihatan mental yang baik akan tahu untuk menghadapi tekanan dengan baik. Untuk menangani tekanan, seseorang indivividu boleh melakukan aktiviti seharian atau beriadah untuk mengurangkan tekanan. dalam cabaran kehidupan, pastinya ia mudah menerima kenyataan. Seseorang individu akan menggunakan keupayaan diri dalam mengatasi cabaran yang kian mencabar pada masa kini.

3. Bekerja secara produktif🧘‍♀️
Motivasi merangsang mental untuk mendorong seseorang melakukan pekerjaan dalam keadaan yang baik. Fenomena ini kita dapat lihat melalui mental yang sihat. Mental yang sihat juga dapat diperolehi apabila kita dapat memotivasikan diri kita sendiri. Motivasi dapat meransang mental untuk mendorong seseorang melakukan pekerjaan dalam keadaan yang baik.

4. Asas Kesejahteraan Individual dan masyarakat🏆
individu menyedari tentang keupayaan diri, dapat mengendalikan tekanan dengan baik, bekerja secara produktif dan menyumbang kepada masyarakat. Usaha diperlukan untuk menambahbaik tahap literasi dan memperkasakan masyarakat serta keluarga untuk membantu individu yang mempunyai masalah kesihatan mental dan mengurangkan masalah social dan seterusnya mencapai kesejahteraan hidup.

5. Daya penumpuan yang tinggi⚖️
Pengurusan diri sendiri dengan cara menyedari kelemahan dan kekuatan diri. Pengawalan diri yang konsisten dan berdisiplin. Penumpuan boleh diungkapkan sebagai perhatian yang bertugas memberikan tumpuan terhadap tugas mental dengan mengetepikan rangsangan lain yang mengganggu. Dengan mental yang sihat seseorang dapat memberi tumpuan atas perkara yang dilakukan dan tiada masalh seperti kekurangan tidur dan berasa sukar menumpu dalam melakukkan sesuatu perkara

Nama: Ng Ying San
Nombor Matrik: 284354

Tajuk: Kesan masalah kesihatan mental.Setelah mempelajari faktor kesihatan mental di poster sebelum ini, kita juga wajar...
02/06/2023

Tajuk: Kesan masalah kesihatan mental.

Setelah mempelajari faktor kesihatan mental di poster sebelum ini, kita juga wajarlah cakna dengan kesan-kesan yang akan dihadapi apabila mengalami masalah kesihatan mental p**a.
Masalah kesihatan mental jika tidak ditangani dengan betul boleh menyebabkan pelbagai jenis penyakit dan memberi kesan buruk terhadap tubuh badan kita. Kita sering memandang ringan tentang isu ini namun tahukah anda ada jenis penyakit yang boleh disebabkan oleh masalah kesihatan mental hingga membawa maut?
Berikut adalah antara kesan-kesan masalah kesihatan mental terhadap fizikal dan mental jika kita tidak pandai menguruskannya dengan baik:

1. Insomnia - Apabila mengalami masalah kesihatan mental, otak manusia akan lebih aktif daripada biasa. Mereka yang menghadapinya tidak boleh berhenti untuk berfikir walaupun pada waktu di mana tubuh badan mereka sepatutnya rehat, apabila tubuh kurang mendapat rehat, maka ia akan menjadi lesu pada hari berikutnya.

2. Gastrik - Masalah kesihatan mental akan merangsang penghasilan asid berlebihan dalam perut. Asid yang terlalu banyak akan menyebabkan irritasi pada lapisan perut. Perkara ini akhirnya menyebabkan perut cedera ataupun ketumbuhan ulser.

3. Darah beku - Sistem koagulasi badan bertindak untuk membekukan darah untuk mengelakkan pendarahan berlebihan. Dalam masa yang sama, sistem koagulasi juga akan melakukan proses fibrinolysis iaitu sebuah proses yang membantu darah mengalir dengan lebih baik dengan cara menguraikan darah beku dalam salur darah. Walau bagaimanapun, proses fibrinolysis tidak dapat dijalankan secara normal dalam kalangan pesakit yang mengalami masalah kesihatan mental.

4. Sakit jantung - Masalah kesihatan mental yang tidak diuruskan dengan baik boleh menyebabkan kerosakan dinding dalam salur darah. Kerosakan ini membuatkan saluran darah rosak dan kolesterol lebih mudah mendap di dalamnya. Kesan jangka masa panjang akan menyebabkan saluran darah tersumbat dan akhirnya penyakit jantung akan berlaku.

Nama: AhmadLuqman Bin Zainal Abidin
Matrik: 284367

Tajuk: Faktor-faktor kesihatan mental Kesihatan mental merupakan suatu spektrum keadaan yang pada awalnya bermula dengan...
01/06/2023

Tajuk: Faktor-faktor kesihatan mental

Kesihatan mental merupakan suatu spektrum keadaan yang pada awalnya bermula dengan hanya rasa tidak selesa dengan persekitaran sekeliling, diri sendiri dan orang lain dalam mengharungi cabaran hidup sehinggalah kepada situasi yang menganggu kehidupan seharian. Jika sengaja dibiarkan atau dilewatkan maka ia akan memakan diri kita secara diam kerana penyakit mental merupakan penyakit yang bahaya. Faktor atau punca penyakit mental adalah kompleks dan boleh berbeza-beza bergantung pada individu dan keadaan kesihatan mental tertentu. Oleh hal yang demikian, penting untuk mengetahui akan faktor yang menyumbang kepada masalah ini agar tindakan awal dapat diambil.

1. Faktor keluarga.
Didapati bahawa seseorang yang memiliki masalah keluarga yakni ibu bapa sering bergaduh di rumah mahupun keluarga yang mengalami masalah penceraian sering mengalami masalah tertekan.

2. Faktor persekitaran.
Perhubungan dengan orang sekeliling seperti kawan-kawan menjadi faktor kepada masalah mental seperti pergaduhan, cemburu atau ditipu oleh rakan sendiri. Hal ini sering terjadi dalam kalangan remaja terutamanya jika wujud situasi seperti tekanan daripada rakan sebaya.

3. Faktor pekerjaan.
Tekanan ketika bekerja kerap berlaku menyumbang kepada masalah depresi terutamanya bagi pekerjaan yang memerlukan komitmen masa dan tenaga yang tinggi seperti berhadapan dengan bos yang garang.

4. Faktor psikologi.
Faktor ini bermula daripada sikap individu. Individu yang mempunyai kecenderungan perfeksionis atau harga diri yang rendah mungkin lebih terdedah kepada keadaan seperti kebimbangan atau kemurungan.

Faktor-faktor adalah penting untuk ambil perhatian bahawa penyakit mental bukan disebabkan oleh satu faktor semata-mata, tetapi timbul daripada interaksi kompleks pelbagai faktor.Memahami faktor ini boleh membantu memaklumkan strategi pencegahan, campur tangan awal, dan pembangunan pendekatan rawatan yang berkesan untuk keadaan kesihatan mental. Jika anda atau seseorang yang anda kenali mengalami kebimbangan kesihatan mental, anda dinasihatkan untuk mendapatkan bantuan profesional daripada pengamal kesihatan mental yang berkelayakan.

Nama: Siti Nur Najihah binti Abdul Rashid
No matrik: 285597

Tajuk: Tanda-tanda masalah kesihatan mentalPenyakit mental masih lagi menjadi stigma dalam kalangan masyarakat. Keadaan ...
31/05/2023

Tajuk: Tanda-tanda masalah kesihatan mental
Penyakit mental masih lagi menjadi stigma dalam kalangan masyarakat. Keadaan yang menjadi antara beban utama di peringkat global ini perlu dikesan awal agar rawatan yang efektif dapat diberikan. Namun, apakah tanda tanda penyakit mental yang perlu anda kenal pasti?
Perkara penting yang perlu diambil perhatian adalah untuk tidak menyembunyikan apa yang dialami. Jika perasaan dan keadaan tersebut terus disimpan seorang diri, lama-kelamaan ia akan memakan diri sendiri.
Untuk membantu penyakit dikesan awal, kenali tanda-tanda amaran penyakit mental.
Tanda tanda penyakit mental
• Mudah Marah
• Kurang Tumpuan
• Memikir tentang Bunuh Diri
• Letih Dan Lesu
• Keresahan dan kerisauan berlebihan
• Tingkah Laku Agressif
• Perubahan Selera Makan
• Penyalahgunaan Dadah
• Masalah Tidur
Jika anda sendiri atau mengenal pasti tanda tanda penyakit mental ini pada ahli keluarga atau kenalan, sila dapatkan bantuan perubatan yang betul. Andai terdapat kekangan untuk terus bertemu doktor, maklumkan terlebih. Jangan simpan, luahkannya!

Nama: Lim Yee Xin
Nombor Matrik: 284273

DATA MASALAH KESIHATAN MENTAL DI MALAYSIA 2020-2023Isu kesihatan mental atau dikenali sebagai tekanan emosi semakin memb...
30/05/2023

DATA MASALAH KESIHATAN MENTAL DI MALAYSIA 2020-2023

Isu kesihatan mental atau dikenali sebagai tekanan emosi semakin membimbangkan dalam kalangan masyarakat Malaysia. Hal ini kerana masalah kesihatan mental in telah menunjukkan trend peningkatan yang drastik, terutamanya selepas pandemik covid-19. Hal ini disokong oleh Talian Bantuan Perkhidmatan Sokongan Psikososial (MHPSS) iaitu inisiatif di bawah Pusat Kecemerlangan Kesihatan Mental Kebangsaan (KKM) meningkat 5 kali ganda bagi tahun 2022 berbanding tahun 2020 (SUMBER: Berita Harian , Oktober 10, 2022).
Terdapat banyak kes dilaporkan yang berhubung kait dengan masalah kesihatan mental seperti kes bunuh diri. Direkodkan bahawa kes bunuh diri telah meningkat sebanyak 81% pada tahun 2021 berbanding 2020 (SUMBER: Berita Harian, Oktober 10, 2022).
Lebih dari itu, masalah kesihatan mental ini semakin meresahkan apabila turut menular kepada golongan kanak-kanak. KKM telah merekodkan sejumlah 424, 000 kanak-kanak di Malaysia disahkan mengalami masalah ganguan mental. UNICEF turut merekodkan 12.3% remaja 10-17 tahun yang kebanyakannya mendiami Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Lembah Klang mengalami masalah gangguan mental dan cenderung untuk bunuh diri (SUMBER: Harian Metro, Mac 18, 2023)

NAMA: MAISAH BINTI MAJILIS
NOMBOR MATRIK: 286079

Tajuk: Definisi Kesihatan MentalKesihatan mental adalah satu keadaan yang sejahtera di mana seseorang individu menyedari...
28/05/2023

Tajuk: Definisi Kesihatan Mental

Kesihatan mental adalah satu keadaan yang sejahtera di mana seseorang individu menyedari tentang keupayaan diri, dapat mengendalikan tekanan dengan baik, dapat bekerja secara produktif dan mampu menyumbang kepada masyarakat. Ini bermaksud, kesihatan mental adalah asas kepada kesejahteraan individu dan kemampuan masyarakat berfungsi secara effektif. Kesihatan mental adalah ekspresi emosi dan melambangkan keupayaan untuk menyesuaikan diri dalam pelbagai tekanan dan tuntutan hidup. Kesihatan mental meliputi pelbagai aspek kehidupan, termasuk cara individu menghadapi tekanan, berinteraksi dengan orang lain, menguruskan emosi, membuat keputusan, serta mempunyai pandangan yang realistik terhadap diri sendiri dan orang lain. Ia juga meliputi keupayaan untuk menyesuaikan diri dengan perubahan, menunjukkan kekuatan, dan menghadapi cabaran dalam kehidupan.

Nama: Lo You Heng Emanuel
Nombor Matrik: 287023

Address

SLCP
Sintok
06010

Telephone

+60165278313

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when A222MPU1013-Penghayatan Etika dan Peradaban Kumpulan S1 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to A222MPU1013-Penghayatan Etika dan Peradaban Kumpulan S1:

Shortcuts

Share