A222 Penghayatan Etika dan Peradaban Group A - 1

A222 Penghayatan Etika dan Peradaban Group A - 1 BULI MEMBAWA PADAH

MPU 1013 PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN (A) - KUMPULAN 1POSTER KUMPULANTEMA: ISU BULI DALAM KALANGAN MASYARAKATAHLI KUM...
14/06/2023

MPU 1013 PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN (A) - KUMPULAN 1

POSTER KUMPULAN

TEMA: ISU BULI DALAM KALANGAN MASYARAKAT

AHLI KUMPULAN:
1. Aaqil bin Ahmad Zubaidi (285016)
2. Nurul Umairah Husna binti Ramli (286206)
3. Nor Izzati binti Salman (286613)
4. Nurul Marsya Iwani binti Mohamad Tunggal (287287)
5. Ahmad Faiz Izzuddin bin Mohd Karim (287335)
6. Pravin Raju Naidu A/L S Palani Raju Naidu (287352)
7. Nur Hanim binti Abdul Manaf (287679)
8. Lee Kai Xin (287723)
9. Nur Syazwanie binti Asmuni (287951)
10. Muhammad Syafiq Aiman bin Mohd Shukri (287952)

NAMA: NUR SYAZWANIE BINTI ASMUNINO MATRIK: 287951TOPIK: PENGAJARAN DARIPADA ISU BULIBudaya membuli ini tidak menunjukkan...
14/06/2023

NAMA: NUR SYAZWANIE BINTI ASMUNI
NO MATRIK: 287951
TOPIK: PENGAJARAN DARIPADA ISU BULI

Budaya membuli ini tidak menunjukkan kekuatan seseorang individu terhadap individu yang lain malah ianya merupakan budaya yang tidak patut diteladani khususnya daripada peringkat umur yang masih kecil. Rata-rata kegiatan buli ini terjadi sejak dari peringkat sekolah lagi dan akan meninggalkan kesan kepada kehidupan seseorang mangsa buli. Oleh itu, semua pihak perlu memainkan peranan bersama-sama membanteras kegiatan membuli.

NAMA: NUR SYAZWANIE BINTI ASMUNINO MATRIK: 287951TOPIK: PENGAJARAN DARIPADA ISU BULIINDIVIDU - Seseorang individu perlul...
14/06/2023

NAMA: NUR SYAZWANIE BINTI ASMUNI
NO MATRIK: 287951
TOPIK: PENGAJARAN DARIPADA ISU BULI

INDIVIDU
- Seseorang individu perlulah mempunyai keyakinan dalam dari yang tinggi supaya dapat melawan ancaman daripada seorang pembuli
-Seseorang individu juga perlulah kuat dari segi fizikal dan mental
-Seseorang individu hendaklah mempunyai sifat asertif dan simpati supaya orang tidak akan berani untuk membuat perkara yang tidak elok kepada diri kita

IBUBAPA
-Ibubapa perlulah membimbing dan memupuk nilai murni dalam diri anak-anak supaya menghormati dan prihatin kepada orang lain
-Ibubapa perlulah memantau aktiviti harian anak-anak sama ada anak-anak dicegah lebih awal daripada kegiatan buli
-Ibubapa hendaklah mengenal pasti kelemahan anak-anak bagi meningkatkan keyakinan diri mereka
-Ibubapa haruslah memupuk kepentingan membuat aduan atau laporan mengenai kegiatan buli contohnya, memberitahu anak-anak mengenai saluran yang betul untuk membuat aduan

MASYARAKAT
-Masyarakat perlulah membuat aduan sekiranya terlihat kegiatan membuli kepada kaunseling atau pihak polis mengenai isu buli
-Masyarakat juga perlu mempunyai sikap berani dan prihatin untuk mencegah isu buli

NAMA: NUR HANIM BINTI ABDUL MANAFNO. MATRIK: 287679TAJUK: LANGKAH-LANGKAH MENGATASI MASALAH BULI4️⃣ PERANAN PIHAK KERAJA...
14/06/2023

NAMA: NUR HANIM BINTI ABDUL MANAF
NO. MATRIK: 287679
TAJUK: LANGKAH-LANGKAH MENGATASI MASALAH BULI

4️⃣ PERANAN PIHAK KERAJAAN
Pihak kerajaan boleh mengadakan kempen kesedaran anti-buli bagi memberikan kesedaran kepada masyarakat bahawa perbuatan buli merupakan satu kesalahan dan memberikan kesan yang buruk dalam kehidupan seseorang. Kempen tersebut dapat mendedahkan pelbagai maklumat seperti kesan buruk daripada membuli dan cara mengatasinya.

Terdapat juga portal aduan buli yang telah dilancarkan bagi membolehkan aduan mengenai kes buli di sekolah dilaporkan secara terus kepada Kementerian Pendidikan (KPM). Portal tersebut juga boleh diakses di laman sesawang https://www.moe.gov.my/aduanbuli yang menyediakan tiga saluran untuk orang awam, mangsa, ibu bapa atau penjaga melaporkan sebarang kejadian buli di sekolah.

NAMA: NUR HANIM BINTI ABDUL MANAFNO. MATRIK: 287679TAJUK: LANGKAH-LANGKAH MENGATASI MASALAH BULI1️⃣ PERANAN INDIVIDUSese...
14/06/2023

NAMA: NUR HANIM BINTI ABDUL MANAF
NO. MATRIK: 287679
TAJUK: LANGKAH-LANGKAH MENGATASI MASALAH BULI

1️⃣ PERANAN INDIVIDU
Seseorang individu atau para pelajar hendaklah pandai dalam memilih rakan kerana setiap perbuatan mereka mempengaruhi diri sama ada pengaruh positif atau negatif. Sebagai contoh, rakan yang baik dapat mendorong mereka ke arah kebaikan dan mengelakkan daripada terlibat dalam aktiviti-aktiviti yang tidak berfaedah seperti buli.

Seterusnya ialah penghayatan nilai-nilai agama dalam diri. Mereka yang mempunyai nilai agama dalam diri dapat membezakan perkara yang baik atau buruk dan tidak sanggup menganiayai orang di sekeliling mereka seperti memeras ugut, memukul dan menghina rakan-rakan yang lemah. Hal ini disebabkan oleh kesan daripada penghayatan agama dapat melahirkan golongan remaja yang takut berbuat dosa dan bimbang jika tidak menyesali kesalahan yang dilakukan.

2️⃣ PERANAN PIHAK IBU BAPA
Selain itu, ibu bapa juga memainkan peranan yang penting dalam menangani kes buli. Ibu bapa haruslah menampilkan teladan yang baik supaya dapat diikuti oleh anak-anak mereka kerana perbuatan ibu bapa dianggap sentiasa betul dan patut diikuti. Pada masa yang sama, anak-anak perlulah diberikan sepenuh perhatian dan kasih sayang. Walaupun sibuk bekerja, ibu bapa perlu mengambil berat dan perhatian mengenai keadaan anak-anak semasa di sekolah dari semasa ke semasa agar mereka tidak terasa diabaikan dan mencari peluang untuk melakukan perkara tidak baik seperti membuli rakan-rakan di sekolah.

3️⃣PERANAN PIHAK SEKOLAH
Dalam membendung kes buli ini, peranan pihak sekolah juga penting dalam memantau para pelajar. Pihak sekolah yang menerima laporan aduan daripada pelajar sewajarnya berusaha mengatasi masalah itu dengan sebaik mungkin. Sebagai contoh, pihak sekolah boleh berjumpa dengan pelajar dan ibu bapanya yang disyaki melibatkan diri dalam kes buli bagi membincangkan masalah tersebut. Jadi, pihak sekolah boleh mengenakan hukuman yang setimpal kepada pelajar tersebut agar tidak mengulangi perbuatan itu lagi dan dapat dijadikan sebagai iktibar oleh individu atau pelajar yang lain.

Oleh itu, peranan ketiga-tiga pihak tersebut sangat penting dalam melahirkan satu bangsa yang bermartabat mulia dan berdaya maju kerana generasi muda merupakan aset negara yang penting dalam meneraju negara ini pada masa hadapan. Bak kata peribahasa Melayu, ‘pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara’.

NAMA: NURUL MARSYA IWANI BINTI MOHAMAD TUNGGALNO MATRIK: 287287TAJUK: KESAN BULI SIBERTerdapat beberapa kesan yang akan ...
14/06/2023

NAMA: NURUL MARSYA IWANI BINTI MOHAMAD TUNGGAL

NO MATRIK: 287287

TAJUK: KESAN BULI SIBER

Terdapat beberapa kesan yang akan dialami oleh mangsa yang dibuli secara siber atau atas talian antaranya:

1️⃣ Rasa Marah

Mangsa buli siber berasa marah kerana mereka tidak bersalah dan mereka tidak mengacau kehidupan orang lain. Mereka juga mempunyai maruah diri namun disebabkan buli siber yang sangat melampaui batas menyebabkan mereka marah dan berdendam dengan pembuli.

2️⃣ Tidak Sihat

Mangsa buli siber sering tidak sihat kerana tertekan memikirkan perkara tersebut. Mereka tertanya-tanya kenapa mereka dibuli. Mereka juga tidak tahu bagaimana hendak menghentikan pembulian siber dan mempertahankan maruah diri mereka.

3️⃣ Kurang Bersosial

Mangsa buli siber tidak akan bergaul dengan orang ramai. Hal ini demikian kerana, mereka malu jika ada maklumat yang mereka tidak bersalah tetapi dipersalahkan melalui sosial media dan sebagainya. Selain itu, mereka takut untuk mempercayai orang yang mereka tidak kenal mahupun yang mereka kenal kerana mereka tidak tahu siapakah dalang disebalik perkara tersebut ataupun pendek kata siapakah pembuli tersebut.

4️⃣ Tidak Dapat Mengawal Diri

Mangsa buli siber tidak dapat mengawal diri mereka. Maksud tidak dapat mengawal diri ini berkaitan dengan penderaan diri sendiri, fikiran yang buruk seperti membunuh diri dan sebagainya. Hal ini terjadi kerana, mereka berasa tertekan dan tidak tahu bagaimana hendak membersihkan nama mereka dan tidak tahu siapa yang akan percaya dengan mereka.

5️⃣ Rasa Imej Diri Tercemar

Mangsa buli siber akan merasa imej diri dan juga maruah diri tercemar. Hal ini demikian kerana, ramai orang tidak tahu apa yang terjadi dan mereka tidak salah namun mereka akan dihentam dengan kata-kata yang kurang sopan dan sebagainya. Selain itu, gambar mereka akan disebarkan dan mereka tidak tahu bagaimana hendak membersihkan nama mereka dan membuat penjelasan bahawa mereka dianaiya dan mereka tidak bersalah

NAMA: NURUL MARSYA IWANI BINTI MOHAMAD TUNGGALNO MATRIK: 287287TAJUK: KESAN BULI FIZIKALTerdapat beberapa kesan yang aka...
14/06/2023

NAMA: NURUL MARSYA IWANI BINTI MOHAMAD TUNGGAL

NO MATRIK: 287287

TAJUK: KESAN BULI FIZIKAL

Terdapat beberapa kesan yang akan dialami oleh mangsa yang dibuli secara fizikal antaranya:

1️⃣ Sentiasa Ketakutan

Mangsa yang dibuli akan berada dalam ketakutan. Terutamanya apabila mereka diugut oleh pembuli sekiranya mereka melaporkan hal tersebut kepada pihak lain seperti ibu bapa guru dan sebagainya. Perasaan takut menguasai diri mereka untuk menceritakan apa yang terjadi kepada mereka kepada orang ramai terutamanya ibu bapa.

2️⃣ S**a Bersendirian

Mangsa yang dibuli lebih s**a duduk bersendirian. Hal ini demikian kerana, mereka tidak mempunyai kepercayaan kepada orang lain dan mereka menganggap semua orang adalah sama. Selain itu, mereka juga takut dibuli seperti yang berlaku sebelum ini. Mereka lebih gemar membawa diri bersendirian kerana tidak mahu dibuli lagi dan tidak percaya kepada orang lain.

3️⃣ Rasa Rendah Diri

Mangsa yang dibuli akan berasa rendah diri. Hal ini kerana, mereka menganggap mereka lemah dan tidak dapat membela diri mereka yang sering dibuli. Mereka jugak sering diejek oleh para pembuli sehingga perkara tersebut tertanam didalam diri mereka. Selain itu, mereka juga malu kerana sering dibuli.

4️⃣ Berfikir Untuk Membunuh Diri

Mangsa yang dibuli mempunyai fikiran untuk menamatkan riwayat hidup mereka dengan cara membunuh diri. Hal ini demikian kerana, mereka berasa tidak berguna dan juga tertekan kerana sering dibuli. Selain itu, mereka ingin mengelak untuk dibuli dengan berfikiran untuk menamatkan riwayat hidup mereka sendiri.

5️⃣ Rasa Tertekan

Ramai mangsa yang dibuli berasa tertekan. Hal ini kerana, mereka sering dikacau sehingga tidak selesa kerana sering dibuli. Mereka juga menganggap diri mereka lemah dan tidak tahu bagaimana cara untuk melarikan diri atau memberhentikan pembuli tersebut.

Punca Buli Nama: NURUL UMAIRAH HUSNA BINTI RAMLINo. Matrik: 286206Banyak faktor yang mendorong kepada berlakunya gejala ...
14/06/2023

Punca Buli

Nama: NURUL UMAIRAH HUSNA BINTI RAMLI
No. Matrik: 286206

Banyak faktor yang mendorong kepada berlakunya gejala buli ini, bak kata pepatah, Jika tidak kerana angin, masakan pokok bergoyang.

1. Pengaruh Televisyen & Media Massa
Faktor umur yang semakin menaik menjadikan seseorang itu ingin menunjukkan kekuatannya dengan menjadi pembuli hasil pengaruh daripada filem. Bahan seni yang memaparkan sisi buruk sebuah masyarakat tidak sepatutnya menjadi tontonan umum kerana kanak-kanak mudah terpengaruh.

2. Kurang Perhatian & Kasih Sayang Ibu Bapa
Kekurangan kasih sayang atau perhatian apabila di rumah akan memberikan tekanan kepada seseorang anak muda kerana tiada tempat mengadu dan kemahuan untuk melepaskan tekanan tersebut disalurkan dengan membuli

3. Kurang Penghayatan Nilai Agama.
Mereka tidak menghayati dan mengamalkan suruhan agama. Mereka sanggup membuli hanya untuk mendapatkan perhatian orang lain dan menunjukkan kekuatannya kepada orang lain.

4. Pengaruh Rakan Sebaya
Mereka amat mudah terpengaruh dengan tindakan rakan sebaya dan tidak dapat berfikir tentang baik buruknya tindakan itu.

NAMA: PRAVIN RAJU NAIDUMATRIK NO: 287352TAJUK: BULI MENTALBuli mental adalah lebih kepada ejek-mengejek. Misalnya, jika ...
14/06/2023

NAMA: PRAVIN RAJU NAIDU
MATRIK NO: 287352
TAJUK: BULI MENTAL

Buli mental adalah lebih kepada ejek-mengejek. Misalnya, jika nama pelajar atau nama bapa pelajar agak luar biasa, maka itu akan dijadikan bahan ejekan pelajar senior yang membuli. Sungguhpun, kes buli jenis ini kurang mendapat perhatian media massa, ia sebenarnya sering berlaku di sekolah.

NAMA: PRAVIN RAJU NAIDUMATRIK NO: 287352TAJUK: BULI FIZIKALBuli fizikal melibatkan pukul-memukul, memeras ugut, menampar...
14/06/2023

NAMA: PRAVIN RAJU NAIDU
MATRIK NO: 287352
TAJUK: BULI FIZIKAL

Buli fizikal melibatkan pukul-memukul, memeras ugut, menampar, menendang, menarik rambut, menolak, mencubit, atau sepak terajang hingga menyebabkan kecederaan. situasi paling ganas boleh menyebabkan kematian.

Buli Siber adalah merupakan salah satu jenis buli di media sosial dengan melakukan penyebaran berita yang memalukan suat...
14/06/2023

Buli Siber adalah merupakan salah satu jenis buli di media sosial dengan melakukan penyebaran berita yang memalukan suatu pihak sebagai contohnya. Berikut merupakan beberapa contoh buli siber:

Terdapat pelbgai jenis buli yang harus kita sedari. Buli kadang kala berada di sekeliling kita tanpa disedari. 😰
02/06/2023

Terdapat pelbgai jenis buli yang harus kita sedari. Buli kadang kala berada di sekeliling kita tanpa disedari. 😰

Address

Universiti Utara Malaysia
Sintok
06010

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when A222 Penghayatan Etika dan Peradaban Group A - 1 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to A222 Penghayatan Etika dan Peradaban Group A - 1:

Shortcuts

Share