A221mpu1013B10

A221mpu1013B10 Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from A221mpu1013B10, Education Website, SLCP UUM, Sintok.

1. KeguguranAsap rokok boleh membahayakan kesihatan ibu mengandung dan juga bayi yang masih berada dalam kandungan iaitu...
31/12/2022

1. Keguguran
Asap rokok boleh membahayakan kesihatan ibu mengandung dan juga bayi yang masih berada dalam kandungan iaitu ianya boleh meningkatkan risiko keguguran pada trimester pertama apabila terdedah dengan asap rokok. Ianya mengakibatkan kecacatan pada genetik terutama pada kromosom.Ia juga menghalang plasenta daripada dapat mengangkut oksigen dan nutrisi ke janin berkurang drastik.

Maka dengan itu, janin tidak dapat membesar dengan baik akibat tidak menerima nutrisi yang secukupnya yang akan mengakibatkan kematian pada janin tersebut.

2. Bayi pramatang

Asap rokok yang dihidu oleh ibu mengandung dapat menjejaskan proses tumbesaran janin iaitu lahirnya bayi pramatang. Bayi pramatang adalah bayi yang lahir sebelum waktunya,seperti kebiasaan tempoh kandungan adalah 9 bulan 10 hari berbeza drngan bayi pramatang yang lahir sebelum tempoh tersebut. Bayi pramatang tersebut juga akan mengalami masalah kesihatan terutama pada paru-paru iaitu bayi tersebut akan mengalami kesukaran pernafasan dan juga lebih mudah terkena jangkitan seperti penyakit kuning, kesulitan untuk menyusu, gangguan saluran pencernaan ,gangguan sistem saraf dan mengalami pendarahan otak .
3. Kematian janin sebelum dan selepas kelahiran.

Bayi tersebut mempunyai risiko mati secara tiba-tiba Sudden Infant Death Syndrom (SIDS) kerana mengalami komplikasi pernafasan.Ianya boleh berlaku saat bayi tidur walaupun sebelumnya bayi tersebut kelihatan baik-baik sahaja. SIDS ini dapat dikenal pasti melalui kelainan yang dibahagian otak yang menganggu pernafasan.

NAMA: NURSAHARA BINTI MAHMODA
NOMBOR MATRIK : 286683

NAMA: NURSYUHADA BINTI MOHD RIZALNOMBOR MATRIK: 293360---------------------------------------------------🚭TIPS BERHENTI ...
24/12/2022

NAMA: NURSYUHADA BINTI MOHD RIZAL
NOMBOR MATRIK: 293360

---------------------------------------------------

🚭TIPS BERHENTI TABIAT MEROKOKā—ļøšŸ”ˆ

1. HARUS YAKIN PADA DIRI
āœ…Anda harus percaya pada diri anda bahawa anda mampu untuk mencuba untuk berhenti merokok cepat mungkin.

2. SENTIASA BERFIKIRAN POSITIF
āœ…Pastikan kesihatan mental anda dalam keadaan yang baik dan elakkan daripada berbuatan yang boleh menyebabkan stress.

3. MENGAMALKAN GAYA HIDUP SIHAT
āœ… Anda dinasihatkan untuk sentiasa melakukan senaman ringkas bagi meningkatkan tenaga dalam tubuh badan kita.

4. DAPATKAN SOKONGAN DAN BIMBINGAN
āœ… Boleh mendapatkan nasihat daripada ahli kaunseling dan ahli keluarga bagi mengurangkan tabiat merokok.

5. TETAPKAN NIAT DAN AZAM UNTUK BERHENTI MEROKOK🚭
āœ… Matlamat yang jelas mampu membantu anda untuk lebih mudah untuk mencapai hasarat jauhi rokok untuk kebaikan diri anda.

6. KATAKAN PADA DIRI ANDA "SAYA BUKAN PEROKOK"
āœ… Sentiasa mengingati diri anda untuk sentiasa menjauhi tabiat merokok supaya kesihatan diri anda lebih terjamin dan sihat.

ā€œLINDUNGI DAN SAYANGI DIRI ANDA SERTA ORANG DI SEKELILING ANDA DENGAN BERHENTI MEROKOKā€NAMA : MUHAMMAD AQIL BIN ROSLANNO...
24/12/2022

ā€œLINDUNGI DAN SAYANGI DIRI ANDA SERTA ORANG DI SEKELILING ANDA DENGAN BERHENTI MEROKOKā€

NAMA : MUHAMMAD AQIL BIN ROSLAN
NO MATRIK : 294576

ā€œFaktor Yang Mendorong Remaja Merokokā€ NAMA : KHAIRUNNISA BINTI AB RAHMANNO MATRIK : 294107
20/12/2022

ā€œFaktor Yang Mendorong Remaja Merokokā€

NAMA : KHAIRUNNISA BINTI AB RAHMAN
NO MATRIK : 294107

ā€œBerhentilah merokok sebelum rokok menghentikan hidupmuā€.PATHSHYARA PHETCHARATH295609
19/12/2022

ā€œBerhentilah merokok sebelum rokok menghentikan hidupmuā€.

PATHSHYARA PHETCHARATH
295609

Sedasawarsa ini, terdapat segelintir masyarakat yang masih tidak cakna akan bahaya rokok kepada tubuh badan kita. Rokok ...
19/12/2022

Sedasawarsa ini, terdapat segelintir masyarakat yang masih tidak cakna akan bahaya rokok kepada tubuh badan kita. Rokok dicipta daripada beberapa bahan yang mampu merosakkan organ dalaman manusia. Antaranya ialah Nikotin, Aseton, Arsenik, Hidrogen Sianida dan beberapa bahan lain. Seluruh masyarakat tidak kira peringkat umur seharusnya mengambil berat mengenai bahaya rokok dan perlu menjauhkan diri daripada terjebak dengan rokok kerana mencegah itu lebih baik daripada mengubati.

DAYANG NUR SYAFIQAH BINTI UJANG
294587

TAJUK:PENYAKIT AKIBAT MEROKOKKetagihan merokok yang tidak terkawal akan menyebabkan pelbagai penyakit yang berbahaya kep...
18/12/2022

TAJUK:PENYAKIT AKIBAT MEROKOK

Ketagihan merokok yang tidak terkawal akan menyebabkan pelbagai penyakit yang berbahaya kepada diri,keluarga dan masyarakat.

Penyakit yang melibatkan jantung dan saluran darah:-

Jantung berfungsi untuk mengepam darah dan membekalkan oksigen kepada sel-sel dan organ lain. Jantung yang sihat amat penting dalam mengekalkan organ-organ dan sel supaya berfungsi dengan lancar. Antara kesan merokok kepada jantung dan saluran darah ialah:

1.Menyempitkan saluran darah.
Nikotin akan menyebabkan saluran darah menjadi sempit dan secara tidak langsung menyekat dan mengurangkan kelancaran aliran darah. Ini menjejaskan fungsi jantung dalam membekalkan oksigen ke sel-sel jantung sendiri. Jantung yang diperbuat daripada otot memerlukan bekalan oksigen yang tinggi kerana jantung sentiasa bekerja untuk mengepam darah ke seluruh anggota. Keadaan ini boleh menyebabkan serangan jantung .

2.Strok.
Antara kesan merokok ialah meningkatkan tekanan darah, melemahkan saluran darah dan menyebabkan saluran darah tersumbat. Kesemua kesan ini boleh menyebabkan strok atau dikenali sebagai angin ahmar.

3.Emfisema.
Penyakit ini menyebabkan sesak nafas. Semakin banyak anda merokok, semakin tinggi risiko anda mendapat penyakit ini . Merokok menyebabkan kerosakan kantung udara (alveoli) yang penting dalam pertukaran gas oksigen dan karbon monoksida di dalam darah dan paru-paru.

4.Bronkitis kronik merupakan penyakit sekatan pulmonari kronik (COPD) seperti penyakit emfisema. Walaupun ia termasuk dalam kategori yang sama dengan emfisema, bronkitis kronik berpunca daripada jangkitan dan disebabkan tabiat merokok. Rokok ini akan melemahkan sistem imun dan menyebabkan perokok mudah mendapat jangkitan paru-paru.

5. Kanser paru-paru. 70-80% kematian kanser paru-paru adalah dalam kalangan perokok. Namun, jika anda berhenti merokok anda mampu untuk mengurangkan risiko kanser paru-paru walaupun anda telah merokok bertahun lamanya.


DISEDIAKAN OLEH:
NAMA:NURUL ATHIRAH BINTI ABDULLAH
NO MATRIK:293901

MALANG PEROKOK PASIFNAMA : MUHAMMAD HAIKAL BIN CHE JOHARINO MATRIK : 292906
17/12/2022

MALANG PEROKOK PASIF

NAMA : MUHAMMAD HAIKAL BIN CHE JOHARI
NO MATRIK : 292906

TAJUK: KESAN MEROKOK TERHADAP PERSEKITARANKita sering membincangkan keburukan merokok kepada tubuh badan perokok dan jug...
17/12/2022

TAJUK: KESAN MEROKOK TERHADAP PERSEKITARAN
Kita sering membincangkan keburukan merokok kepada tubuh badan perokok dan juga perokok pasif. Namun, merokok juga boleh menyebabkan pencemaran alam sekitar.

Pencemaran Udara
- Ini adalah kerana rokok menghasilkan dua bahan kimia utama yang mencemarkan alam sekitar iaitu karbon dioksida dan metana. Mengikut kajian, sebanyak 2.6 bilion kilogram karbon dioksida dan 5.2 bilion kilogram metana dilepaskan ke udara akibat merokok. Ini akan menyebabkan pencemaran udara dan orang sekeliling yang tidak merokok turut menghadapi kesukaran untuk mendapatkan udara yang bersih dan segar.

Pencemaran Tanah
- Menurut Organisasi Kesihatan Dunia, penanaman tembakau menyumbang dua hingga empat peratus kesan kepada pembalakan global serta meningkatkan suhu dunia. Penanaman tembakau yang berleluasa menyebabkan nutrient dalam tanah seperti nitrogen, potassium dan fosforus semakin merosot. Ini akan menyebabkan berlakunya tanah rosak dalam jangka masa panjang.

Pencemaran Air
- Puntung rokok yang dibuang merata-rata termasuk tepi pantai boleh mencemarkan air. Kandungan kimia yang terdapat dalam penapis rokok yang telah dihisap menghasilkan bahan kimia berbahaya seperti arsenic, ammonia, benzene, plumbum dan lain-lain jika ia masuk ke dalam air. Ikan-ikan juga menjadi mangsa sekiranya termakan punting rokok yang dibuang ke dalam pantai.

NAMA: CHUA CHIA LER
NO MATRIC: 289906

APA?!!! MASYARAKAT MALAYSIA GEMAR MEROKOK?!!!Sedia maklum kita tahu bahawa rakyat Malaysia gemar untuk merokok. Hal ini ...
17/12/2022

APA?!!! MASYARAKAT MALAYSIA GEMAR MEROKOK?!!!

Sedia maklum kita tahu bahawa rakyat Malaysia gemar untuk merokok. Hal ini dapat dibuktikan dengan statistik kematian rakyat Malaysia yang meninggal dunia akibat rokok dengan anggaran 27,200 kematian setiap tahun. Ini telah disahkan oleh pengamal perubatan, Dr Arifin Fii. Jika rakyat Malaysia mengambil ringan akan data ini, pastinya anggaran kematian akan melonjak lagi pada tahun-tahun yang akan datang.

Jadi mengapakah masyarakat gemar untuk merokok?

1. Pengaruh Rakan Sebaya

Merokok tidak mengira peringkat umur. Perkara ini termasuk merokok dari kalangan pelajar sekolah. Terdapat beberapa kes yang melibatkan pelajar merokok di tandas sekolah atau di belakang sekolah. Rata-rata pelajar yang merokok disebabkan oleh pengaruh rakan sebaya. Bagi pelajar, merokok menampakkan sisi matang seseorang manusia. Selain itu juga, ada juga yang dipaksa merokok oleh pembuli. Jikalau mereka tidak menghisap rokok, mereka akan dibuli lebih teruk oleh pembuli.

2. Menghilangkan Tekanan di Tempat Kerja

Bagi masyarakat yang bekerja, mereka sudah tentu menerima tekanan dari tempat kerja. Jalan yang paling pintas untuk menghilangkan stres atau tekanan adalah dengan merokok. Hal ini dibuktikan dengan kandungan rokok iaitu nikotin. Nikotin bertindak balas dengan badan manusia dan menghasilkan dopamin. Dopamin akan meningkatkan rasa tenang dan gembira dan hasil daripada ini, perokok akan ketagih kerana kenikmatan merokok dalam masa singkat.

3. Tiada Sokongan dari Orang Tersayang.

Ada perokok yang ingin berhenti merokok namun tidak mendapat dorongan daripada orang tersayang. Oleh yang demikian, perokok sukar untuk membuang nafsu merokok kerana tiada sokongan yang hebat untuk berhenti merokok. Ahli keluarga sepatutnya memainkan peranan yang penting dari segi sokongan mental dan fizikal yang mendalam kepada anggota keluarga yang merokok supaya mereka lebih bersemangat untuk berhenti merokok.

4. Kurang Pendedahan Bahana Merokok

Walaupun pelbagai inisiatif kerajaan telah dijalankan namun masih ada segelintir perokok yang tidak tahu bahawa orang yang menghirup udara rokok mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mati berbanding mereka yang merokok. Jikalau situasi ini berlaku kepada ibu mengandung atau kanak-kanak pastinya lebih ramai orang yang suci akan mati akibat menghirup asap rokok.

Kesimpulannya, masyarakat perlulah mempunyai kesedaran yang cukup tinggi untuk meninggalkan perbuatan merokok. Ingat!! Nyawa tidak boleh dibeli walaupun anda seorang jutawan dunia.

NAMA : NUR AINA SAFA BINTI AHMAD FAUZI
NO MATRIK : 293173

Assalamualaikum dan salam sejahtera kami ucapkan kepada semua.Ini merupakan laman web rasmi page ini bagi menyi...
17/12/2022

Assalamualaikum dan salam sejahtera kami ucapkan kepada semua.

Ini merupakan laman web rasmi page ini bagi menyiarkan tugasan kami dalam subjek Penghayatan Etika dan Peradaban (MPU1013) -Kumpulan B10 iaitu BAHAYA ROKOK kepada anda semua.

Dengan ini, kami ingin memperkenalkan ahli kumpulan kami yang mempunyai 10 anggota.

Sebelum terlupa, kami akan menyiarkan pelbagai maklumat yang berkaitan dengan rokok.

Ahli Kumpulan B10

1. NURSAHARA BINTI MAHMODA (286683)
2. CHUA CHIA LER (289906)
3. MUHAMMAD HAIKAL BIN CHE JOHARI (292906)
4. NUR AINA SAFA BINTI AHMAD FAUZI (293173)
5. NURSYUHADA BINTI MOHD RIZAL (293360)
6. NURUL ATHIRAH BINTI ABDULLAH (293901)
7. KHAIRUNNISA BINTI AB RAHMAN (294107)
8. MUHAMMAD AQIL BIN ROSLAN (294576)
9. DAYANG NUR SYAFIQAH BINTI UJANG (294587)
10. PATHSHYARA PHETCHARATH (295609)

Address

SLCP UUM
Sintok
06010

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when A221mpu1013B10 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share