Mpu 1013 Kumpulan D1

Mpu 1013 Kumpulan D1 University Utara Malaysia

19/12/2022
Nama: SITI MAISARAH BINTI ZAINOLTema: KEMASYARAKATANTajuk: CARA MENINGKATKAN SEMANGAT MASYARAKAT SETEMPAT❣Antara usaha y...
04/12/2022

Nama: SITI MAISARAH BINTI ZAINOL
Tema: KEMASYARAKATAN
Tajuk: CARA MENINGKATKAN SEMANGAT MASYARAKAT SETEMPAT

❣Antara usaha yang dapat dilakukan untuk memupuk semangat kejiranan yang kian pudar hari ini adalah dengan mewujudkan satu pusat komuniti di setiap kawasan perumahan. Sebagai contoh balai raya dan dewan serbaguna yang boleh digunakan untuk aktiviti kemasyarakatan seperti bergotong royong dan sebagainya. Kemudian, perlunya organisasi seperti rukun tetangga ditubuhkan bagi mengurus hal-hal berkenaan aktiviti di kawasan kejiranan. Jadi, seharusnya semua ahli masyarakat mengambil bahagian dan menyumbangkan apa yang perlu untuk mencapai semangat kejiranan yang harmoni dan sejahtera. Bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat adalah peribahasa Melayu yang sesuai untuk digambarkan dengan semangat kejiranan yang wajar disemat dalam diri rakyat Malaysia.

❣Usaha-usaha lain adalah dengan menggalakkan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan seperti gotong-royong dan bersukan di antara kkawasan perjiranan. Tanggungjawab ini bergantung kepada badan-badan bukan kerajaan seperti rukun tetangga dan khidmat komuniti oleh syarikat swasta. Program gotong-royong pembersihan atau membaik pulih balai raya atau dewan serbaguna dapat merapatkan hubungan antara masyarakat yang sertai sekaligus mengindahkan infrastruktur masyarakat serta menjamin kebersihan kawasan sekitar agar bersih daripada ancaman penyakit

❣Akhir sekali, usaha yang semakin pudar hari ini adalah budaya kunjung mengunjung. Kesibukan mengejar kerjaya dan urusan harian telah menyumbang kepada kemerosotan budaya berziarah antara jiran tetangga yang dahulu merupakan tradisi nenek moyang kita. Maka, sekiranya kita berkesempatan untuk berkunjung ke rumah jiran tetangga, terutamanya pada hari perayaan ia adalah suatu usaha yang murni dan perlu ditunjukkan kepada golongan muda agar mereka sedar bahawa nilai muafakat dalam berjiran adalah baik dan memberi manfaat kepada semua. Jika segan menjadi halangan maka mulakan lah dengan menegur sapa apabila bertemu ketika berselisih di kawasan perumahan masing-masing.

Nama: GHOUTHAMAN A/L RAMAN (285590)Tema: KEMASYARAKATANTAJUK: CABARAN DALAM MENINGKATKAN SEMANGAT KEMASYARAKATAN DALAM N...
04/12/2022

Nama: GHOUTHAMAN A/L RAMAN (285590)
Tema: KEMASYARAKATAN
TAJUK: CABARAN DALAM MENINGKATKAN SEMANGAT KEMASYARAKATAN DALAM NEGARA

🚀 Perbezaan parti politik di Malaysia yang berasaskan perkauman.

Dunia politik sememangnya penuh dengan kontrovesi dimana terdapat pelbagai individu yang mempunyai tujuan dan kepentingan yang berbeza. Hasilnya, masih terdapat pemimpin yang kurang bijak dengan mengharapkan sentimen perkauman dapat memancing perhatian rakyat tetapi sebaliknya hanya ingin melindungi kepentingan diri sendiri. Oleh itu, bagi menggerakkan negara ke arah kemajuan yang berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan negara maju yang lain, ahli politik perlu bersikap terbuka dan matang. Politik sepatutnya membela nasib keseluruhan rakyat bukannya mengikut kepentingan bagi mana-mana pihak. Tidak dapat dinafikan lagi bahawa fahaman parti politik merupakan salah satu cabaran untuk mengekalkan perpaduan kaum di negara ini. Sekiranya rakyat dan para pemimpin negara dapat mengatasi cabaran ini, pasti perpaduan kaum antara masyarakat dalam negara akan menjadi lebih erat.

🚀 Sistem pendidikan yang diasingkan mengikut kaum

Pengenalan sistem sekolah vernakular yang mengikut kaum telah menjadikan hubungan masyarakat semakin renggang. Mutakhir ini, masih ramai rakyat yang merupakan warganegara Malaysia tidak fasih untuk bertutur dalam bahasa kebangsaan iaiatu Bahasa Melayu. Bahasa merupakan elemen utama untuk berkomunikasi di antara satu sama lain, sekiranya kita tidak fasih untuk berbahasa, bagaimana untuk kita berkomunikasi dan memahami individu lain yang berbeza pendapat dengan kita. Jika masyarakat majmuk melibatkan diri dalam kegiatan sosial terutamanya pendidikan dan berkomunikasi dengan baik maka akan timbul sifat keterbukaan, persefahaman dan toleransi antara satu sama lain. Pada hemat saya, mewujudkan satu sahaja aliran dalam sistem pendidikan negara serta penekanan tehadap penggunaan bahasa kebangsaan dapat menyelesaikan masalah perpaduan kaum yang semakin membelenggu masyarakat hari ini. Persis kata mutiara, melentur buluh biarlah dari rebungnya

🚀 Dominisasi sesebuah kaum dalam sesuatu bidang ekonomi

Cabaran ini telah pun timbul sejak zaman penjajahan British lagi dimana kaum Melayu menjadi petani dan nelayan, kaum India diletakkan di ladang getah dan kaum Cina bekerja sebagai pedagang dan melakukan perlombongan. Setelah kemerdekaan dicapai, berlaku perubahan di mana setiap kaum mendapat peluang pendidikan dan mampu berjaya sekiranya berusaha dengan betul. Namun begitu, akibat dasar penjajah dahulu, kesannya masih dapat dilihat sampailah sekarang dimana sektor perniagaan masih didominisasi oleh kaum Cina dan kebanyakan orang India masih tinggal di ladang. Rentetan senario ini telah menyebabkan interaksi sosial di antara mereka terbatas. Kesannya, perasaan prasangka dan perkauman akan menjadi semakin kuat dan menebal di antara sesama kaum dan menyukarkan proses perpaduan.

🚀Ledakan teknologi

Kemudahan media massa dan sosial yang semakin pantas dalam menyampaikan sesuatu teks atau video telah menunjukkan sisi negatifnya. Penyebaran fitnah dan berita palsu semakin menular terutama apabila isu tersebut menyentuh sensitivi perkauman atau agama. Setiap individu sewajarnya bertanggungjawab dan beretika dalam menyampaikan atau berkongsi sesuatu perkara yang sensitif dan mungkin tidak sahih. Netizen perlu menyelidik terlebih dahulu sebelum memberi reaksi terhadap perkara yang menyentuh tentang perkauman dan agama. Pihak berkuasa wajar menguatkuasakan undang-undang kepada pelaku yang mencetuskan isu atau sesuatu perkara yang mampu menggolakkan perpaduan antara kaum. Ahli masyarakat juga bertanggungjawab menjadi mata-mata pihak berkuasa dimana jika ternampak sesuatu perkara yang akan menimbulkan kemarahan sesebuah kaum atau penganut agama, wajar untuk kita laporkan kepada pihak polis. Intihannya, penggunaan teknologi seperti media sosial sepatutnya menjadi perkara yang positif dalam kehidupan harian kita sebaliknya, penularan isu-isu yang menyentuh perpaduan kaum menjadi bahan perbualan masyarakat hari ini.

Nama: SRAMYA THEVY A/P SUNDARALINGAM (285726)Tema: KEMASYARAKATANTajuk: KEPENTINGAN MEMPERKUKUHKAN MASYARAKAT PENYAYANG📌...
04/12/2022

Nama: SRAMYA THEVY A/P SUNDARALINGAM (285726)
Tema: KEMASYARAKATAN
Tajuk: KEPENTINGAN MEMPERKUKUHKAN MASYARAKAT PENYAYANG

📌Meningkatkan imej negara di mata dunia

Masyarakat yang penyayang menjadi asas kepada kestabilan negara. Malaysia yang terdiri daripada tiga bangsa utama iaitu India, Melayu, dan Cina sentiasa mengamalkan cara hidup yang harmonis. Di samping lokasi-lokasi yang indah di Malaysia, masyarakat penyayang merupakan sebab utama bagi pengunjungan pelancong dari seluruh dunia ke negara ini. Hal ini akan meningkatkan imej Malaysia di mata dunia sebagai negara yang selamat. Sebagai contoh, para pelancong akan dilayan sebagai keluarga sendiri. Masyarakat Malaysia akan beramah mesra, membantu dan hormat-menghormati semua pelancong. Oleh sebab itu, mereka akan tertarik dengan keramahan rakyat Malaysia yang penyayang dan akan meloncong ke negara ini. Dari segi sektor pelancongan, Malaysia dapat menjana keuntungan yang tinggi.

📌 Dapat mewujudkan suasana yang aman dan damai

Malaysia memiliki komposisi penduduk yang terdiri daripada kepelbagaian budaya dan bangsa. Hubungan harmoni yang terjalin sesama kaum ini akan memperkukuhkan lagi kedaulatan dan pembangunan negara. Keharmonian yang terhasil daripada perpaduan antara masyarakat penyayang Malaysia merupakan satu keistimewaan dan juga daya tarikan kepada pelabur asing untuk melabur di negara kita. Menurut bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia (MITI), Datuk Seri Mustapa Mohamed, agenda perpaduan sentiasa dititikberatkan kerana dengan bersatu hati kita dapat membina sebuah negara yang aman damai, sejahtera dan rakyatnya sentiasa mementingkan perpaduan dan negara aman, politiknya tidak huru-hara, serta ekonomi yang baik dan dapat menarik minat pelabur asing.

📌 Meletakkan batu asas dalam melahirkan generasi muda yang bertanggungjawab, prihatin dan bertimbang rasa.

Masyarakat penyayang penting diperkukuhkan di Malaysia untuk meletakkan batu asas dalam melahirkan generasi muda yang bertanggungjawab, prihatin dan bertimbang rasa. Generasi muda merupakan tonggak utama sesebuah negara dalam menjaga kesejahteraan negara. Oleh hal yang demikian, ibu bapa harus memainkan peranan utama dalam memberi didikan untuk menghormati semua kaum dan menjalankan hidup yang aman. Mereka harus membantu dan menjaga semua orang tanpa mengira kaum. Selain itu, generasi muda hendak menghapuskan isu isu diskriminasi kaum yang semakin meningkat di negara ini dengan sentiasa bersatu padu pada setiap masa.

📌 Posting KetujuhNAMA : MUHAMMAD IZZUL AZIZI BIN SHALLEHUDDIN (275543)TAJUK : PERANAN MASYARAKAT DALAM MENJURUS KESEJAHT...
04/12/2022

📌 Posting Ketujuh
NAMA : MUHAMMAD IZZUL AZIZI BIN SHALLEHUDDIN (275543)

TAJUK : PERANAN MASYARAKAT DALAM MENJURUS KESEJAHTERAAN HIDUP

⚠️ Dasawarsa ini, sama ada kita sedar atau tidak lantaran terlalu dihidangkan dengan pembangunan negara yang semakin gah di persada dunia. Disebalik itu, kita acapkali tersentak oleh pelbagai permasalahan kemasyarakatan yang mengancam kesejahteraan hidup rakyat berbilang kaum. Isu-isu rasisme menjadi tajuk berita dan polemik yang dibincangkan oleh ahli masyarakat dek kerana berlaku kes seperti pemandu mabuk melanggar mangsa sehingga kehilangan nyawa. Namun begitu, terdapat pihak yang mengambil kesempatan terhadap isu ini sebagai bahan politik untuk kepentingan diri dan prinsip yang tidak sihat dalam masyarakat majmuk di negara ini. Persis kata peribahasa Melayu, seperti enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing. Sebagai ahli masyarakat yang berinteraksi dan menjalani kehidupan antara satu sama lain pada setiap hari, kita seharusnya sedar dan mengetahui peranan dalam mencipta kesejahteraan hidup kita supaya ia kekal harmoni. Maka, wajar untuk kita bincangkan persoalan mengenai apakah peranan masyarakat dalam menjurus kesejahteraan hidup di dalam negara Malaysia.

⚠️ Kesejahteraan hidup bermasyarakat dapat dijamin dengan penyertaan setiap ahlinya dalam aktiviti sosial seperti aktiviti bergotong-royong dan rukun tetangga. Penglibatan secara langsung dalam aktiviti seperti gotong-royong bukan sahaja dapat mengeratkan silaturahim antara jiran tetangga malah dapat memastikan kebersihan kawasan setempat terjaga. Selain itu, aktiviti persatuan seperti Rukun Tetangga juga adalah antara inisiatif yang baik untuk dilaksanakan oleh ahli-ahli masyarakat. Tambahan p**a, dengan melibatkan diri dalam komuniti setempat, kita dapat menyalurkan masalah dan kerunsingan yang dihadapi dengan lebih jelas kerana suara yang dibawakan oleh sekump**an adalah lebih kuat berbanding suara secara berseorangan. Bak kata mutiara, sebatang lidi mudah patah tetapi apabila menjadi penyapu, ia menjadi kuat dan kukuh.

⚠️ Peranan lain yang wajar dilaksanakan bukan sahaja oleh masyarakat di dalam Malaysia malahan masyarakat di seluruh dunia adalah pembudayaan nilai-nilai murni. Peperangan dan penjajahan bukan lagi satu perkara yang masyarakat mahukan sebaliknya adalah kesejahteraan hidup dan memanfaatkan teknologi dalam memudahkan urusan harian. Oleh itu, kemajuan ini boleh dikekalkan dengan mengamalkan nilai-nilai murni seperti nilai tolak ansur, hormat-menghormati, baik hati, keselamatan, cinta dan belas kasihan, kebijaksanaan dan kesederhanaan sebagai asas sistem kemasyarakatan. Misalnya jika kita melihat orang yang dalam kesusahan tanpa melihat kaum atau agamanya, kita seharusnya membantu individu tersebut dalam kapasiti yang kita mampu.

⚠️ Secara tuntas, banyak peranan masyarakat yang telah dihurai supaya ia menjurus ke arah kesejahteraan hidup bermasyarakat di dalam Malaysia. Jika kita telah mengecapi kemerdekaan lebih daripada 60 tahun, sudah pasti kita mampu mengekalkan malah mengukuhkan perpaduan antara satu sama lain bagi tahun-tahun yang mendatang. Peribahasa Melayu berkata, bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat. Semoga masyarakat Malaysia menjadi contoh kepada masyarakat dunia bahawa perpaduan antara kaum, bangsa dan agama boleh dicapai. Permainan persepsi dan diskriminasi daripada pihak yang tidak gemar akan perpaduan pasti akan timbul. Oleh itu, setiap negara harus membina mekanisme kerjasama yang kukuh untuk setiap komuniti bagi memastikan sistem nilai sejagat dapat dipupuk dan dipelihara sehingga melahirkan generasi yang melazimi kesejahteraan hidup sebagai nilai utama ketamadunan manusia.

📌POSTINGAN KE-ENAMNAMA: MOHD SHARIN BIN ABD RASHID (285753)TAJUK: UNDANG-UNDANG YANG BERKAITAN DENGAN ISU KEMASYARAKATAN...
04/12/2022

📌POSTINGAN KE-ENAM
NAMA: MOHD SHARIN BIN ABD RASHID (285753)
TAJUK: UNDANG-UNDANG YANG BERKAITAN DENGAN ISU KEMASYARAKATAN

Undang-undang yang diwujudkan adalah salah satu cara untuk membendung isu kemasyarakatan yang mungkin atau sedang dihadapi di Negara ini. Oleh itu, undang-undang adalah wajar ditekankan untuk membentuk perpaduan yang kukuh seiring dengan peredaran zaman yang sedang dialami. Berikut merupakan undang-undang yang berkaitan;

🥇AKTA HASUTAN 1948

Menurut undang-undang Malaysia “menghasut” apabila dipakai bagi atau digunakan berkenaan dengan apa-apa perbuatan, ucapan, perkataan, penerbitan atau apa-apa benda lain menjadikan perbuatan, ucapan, perkataan, penerbitan atau benda lain itu sebagai yang mempunyai kecenderungan menghasut:

Sesuatu “kecenderungan menghasut” ialah kecenderungan—
bagi mendatangkan kebencian atau penghinaan atau bagi membangkitkan perasaan tidak setia terhadap mana-mana Raja atau Kerajaan;

a.) bagi membangkitkan rakyat mana-mana Raja atau penduduk mana-mana wilayah yang diperintah oleh mana-mana Kerajaan supaya cuba mendapatkan perubahan, dengan apa-apa cara selain cara yang sah, apa-apa jua yang wujud menurut undang-undang di dalam wilayah Raja itu atau wilayah yang diperintah oleh Kerajaan itu;

b.) bagi mendatangkan kebencian atau penghinaan atau bagi membangkitkan perasaan tidak setia terhadap pentadbiran keadilan di Malaysia atau di mana-mana Negeri;

c.) bagi menimbulkan perasaan tidak puas hati atau tidak setia di kalangan rakyat Yang di-Pertuan Agong atau rakyat Raja mana-mana Negeri atau di kalangan penduduk Malaysia atau penduduk mana-mana Negeri;

d.)bagi mengembangkan perasaan niat jahat dan permusuhan antara kaum atau golongan penduduk yang berlainan di Malaysia; atau

e.) bagi mempersoalkan apa-apa perkara, hak, taraf, kedudukan, keistimewaan, kedaulatan atau prerogatif yang ditetapkan atau dilindungi oleh peruntukan Bahagian III Perlembagaan Persekutuan atau Perkara 152, 153 atau 181 Perlembagaan Persekutuan.

🥈AKTA SURUHANJAYA HAK ASASI MANUSIA MALAYSIA 1999

Berdasarkan akta hak asasi manusia “hak asasi manusia” merujuk kepada kebebasan asasi sebagaimana yang termaktub dalam bahagian II Perlembagaan Persekutuan. Berikut merupakan fungsi dan kuasa suruhanjaya;

(1) Bagi membantu melindungi dan memajukan hak asasi manusia di Malaysia, fungsi Suruhanjaya adalah:

a.) untuk memupuk kesedaran dan menyediakan pendidikan yang berhubungan dengan hak asasi manusia;

b.) untuk menasihati dan membantu Kerajaan dalam merumuskan perundangan dan arahan dan tatacara pentadbiran dan mengesyorkan langkah-langkah perlu yang hendaklah diambil;

c.) untuk mengesyorkan kepada Kerajaan berkenaan dengan penandatanganan atau penyertaan dalam triti dan surat car antarabangsa yang lain dalam bidang hak asasi manusia; dan

d.) untuk menyiasat aduan berkenaan dengan pelanggaran hak asasi manusia yang disebut dalam seksyen 12.

🥉AKTA PENDIDIKAN 1996

Merupakan Suatu Akta untuk mengadakan peruntukan bagi pendidikan dan bagi perkara-perkara yang berkaitan dengannya;

a.) BAHAWASANYA mengakui bahawa ilmu itu adalah penentu utama arah tujuan negara dan penyelamat bangsa;

b.) DAN BAHAWASANYA tujuan pendidikan adalah untuk membolehkan masyarakat Malaysia menguasai ilmu, kemahiran dan nilai murni yang diperlukan dalam dunia yang berdaya saing tinggi serta bersifat global, kesan daripada perkembangan pesat sains, teknologi dan maklumat;

c.) DAN BAHAWASANYA pendidikan mempunyai peranan penting dalam menjayakan wawasan negara demi untuk mencapai taraf negara maju sepenuhnya dan segi kemajuan ekonomi, keadilan sosial, dan kekuatan rohani, moral dan etika, ke arah mewujudkan suatu masyarakat yang bersatupadu, demokratik, liberal dan dinamik;

d.) DAN BAHAWASANYA adalah menjadi suatu misi untuk menghasilkan sistem pendidikan yang bertaraf dunia dan segi kualiti bagi memperkembangkan potensi individu sepenuhnya dan mencapai aspirasi negara Malaysia

📌 POSTING KETIGA NAMA: NUR AMIRAH BINTI AZMI (285474) TEMA: KEMASYARAKATAN TAJUK: PUNCA-PUNCA ISU KEMASYARAKATAN DI MALA...
03/12/2022

📌 POSTING KETIGA
NAMA: NUR AMIRAH BINTI AZMI (285474)
TEMA: KEMASYARAKATAN
TAJUK: PUNCA-PUNCA ISU KEMASYARAKATAN DI MALAYSIA

“ Manusia yang lemah sekalipun jika bersatu padu akan dapat menggoncang dunia” - Tun Dr Mahathir Mohamad

Punca-Punca Isu Kemasyarakatan di Malaysia:

1) Perbezaan taraf ekonomi 📉🌐
Perbezaan taraf ekonomi merupakan punca isu kemasyarakatan di Malaysia. Hal ini kerana, aktiviti ekonomi telah dikuasai oleh sesetengah kaum yang berbeza-beza. Contohnya, kegiatan perniagaan banyak dikuasai oleh kaum Cina manakala sektor pertanian banyak dikuasai oleh kaum Melayu. Perbezaan tersebut telah mewujudkan jurang pendapatan yang yang besar. Jurang pendapatan ini menyebabkan timbul persaingan ekonomi yang tidak sihat. Ini akan memberi kesan kepada pertumbuhan ekonomi Malaysia.

2) Perbezaan budaya dan agama 🕌
Punca isu kemasyarakatan di Malaysia yang seterusnya ialah perbezaan budaya dan agama. Malaysia mempunyai pelbagai agama dan budaya. Contoh agama di Malaysia ialah agama Islam, Budha, Hindu dan Kristian. Setiap masyarakat Malaysia memiliki kepercayaan dan agama yang tersendiri. Fahaman yang berbeza-beza menimbulkan masalah ketidaksependapat dan perselisihan antara kaum-kaum di Malaysia. Ini menyebabkan masyarakat Malaysia tidak bersatu dan tiada perpaduan yang terjalin.

3) Pendidikan 📝
Pendidikan yang berbeza juga merupakan punca isu kemasyarakatan di Malaysia. Hal ini disebabkan oleh. Wujudnya sekolah-sekolah mengikut kaum atau agama di Malaysia terutamanya sekolah rendah. Sejak kecil mereka tidak bercampur atau bergaul dengan kaum dan agama yang berbeza. Oleh itu, cara pemikiran dan adab terhadap kaum lain atau agama lain kurang dipraktikan oleh masyarakat. Hal ini menimbulkan keraguan dan ketidakpercayaan terhadap kaum dan agama yang berbeza. Maka masyarakat Malaysia sukar menguatkan tali perpaduan Malaysia kerana isu kaum dan agama.

📌 Posting Keempat NAMA : ANIS ZULAIHA BINTI MOHAMAD SALLEH NO MATRIK : 284855TAJUK : KESAN-KESAN ISU KEMASYARAKATAN❓❓Tah...
03/12/2022

📌 Posting Keempat
NAMA : ANIS ZULAIHA BINTI MOHAMAD SALLEH
NO MATRIK : 284855
TAJUK : KESAN-KESAN ISU KEMASYARAKATAN

❓❓Tahukah anda pada era masa kini, isu kemasyarakatan dalam kalangan rakyat sudah menjadi perkara biasa yang kita sering dengari. Lantas isu ini semakin lama semakin menjadi buah mulut orang ramai dan tidak asing lagi dari pandangan rakyat Malaysia. Tanpa kita sedari isu kemasyarakatan ini banyak memberi impak negatif terhadap sosial,ekonomi dan politik itu tersendiri.

⚠️ Dari segi kesan terhadap sosial, dimana kita dapat lihat bahawa wujudnya salah faham dan tanggapan buruk terhadap sesama masyarakat kerana wujudnya sikap memilih kaum ataupun sikap perkauman. Sikap perkauman ini akan membecah-belahkan kaum bukan sahaja memberi kesan dalam jangka masa pendek namun turut memberi kesan dalam jangka masa panjang. Kesan dalam jangka masa pendek, contohnya orang melayu tidak diberi peluang pekerjaan di kebanyakkan sektor perniagaan yang diterajui oleh masyarakat Cina. Hal ini akan mewujudkan pandangan negatif dan rasa tidak puas hati dalam masyarakat orang Melayu. Manakala bagi jangka panjang p**a, perasaan ini akan menjadi teruk dan lebih mendalam dan mungkin akan membawa kepada rusuhan kaum seperti yang berlaku pada 13 Mei 1969,dan ini akan membawa keancaman kepada struktur sosial di Malaysia dan rakyat tidak akan dapat hidup aman lagi.

⚠️ Selain itu, dari aspek ekonomi p**a ekoran daripada keruntuhan struktur sosial di Malaysia ataupun perpecahan kaum di Malaysia mungkin akan menyebabkan aktiviti ekonomi tidak dapat berjalan dengan lancar dan juga mungkin berhenti dengan serta-merta. Hal ini akan mengakibatkan Negara mengalami kerugian atau defisit dimana perbelajaan ngera semakin merosot. Selain daripada itu, pelabur-pelabur juga akan menghentikan pelaburan mereka di Malaysia kerana risau mengalami kerugian dan pelabur luar negara ingin melabur di Malaysia juga akan membatalkan hasrat mereka. Mata wang Malaysia juga akan jatuh teruk dimana apabila berlakunya ketidaktenteraman di Malaysia, ramai akan meninggalkan Negara Malaysia untuk mencari tempat yang lebih selamat dan lebih maju.

⚠️ Manakala dari aspek politik p**a, isu kemasyarakatan ini akan menjejaskan hubungan diplomatik antara negara Malaysia dengan negara luar dan akan menggugat proses kerjasama baik yang sudah lama dibina. Hal ini kerana pihak negara luar akan mula hilang kepercayaan terhadap kestabilan negara . Secara tidak langsung hal ini akan menjejaskan ekonomi negara kerana negara akan semakin banyak kehilangan pelabur asing.

📌 POSTING KELIMA NAMA: ADIBAH BINTI ZULKIFFLYNO. MATRIK: 285906 TAJUK: LANGKAH MENGATASI MASALAH ISU PERKAUMAN DALAM KAL...
03/12/2022

📌 POSTING KELIMA
NAMA: ADIBAH BINTI ZULKIFFLY
NO. MATRIK: 285906

TAJUK: LANGKAH MENGATASI MASALAH ISU PERKAUMAN DALAM KALANGAN MASYARAKAT

Dari tahun ke tahun kita dapat melihat masalah isu perkauman dalam kalangan masyarakat sering berlaku. Terdapat beberapa langkah yang boleh diambil dalam mengatasi masalah isu perkauman berlaku terutamanya dalam kalangan masyarakat di negara.

1️⃣ PENGUATKUASAAN UNDANG-UNDANG
Antara langkah yang dapat diambil dalam mengatasi masalah isu perkauman dalam kalangan masyarakat ialah penguatkuasaan undang-undang. Pihak kerajaan memainkan peranan penting dalam memperkukuhkan undang-undang yang berkaitan dengan anti perkauman dan anti diskriminasi seperti Undang-Undang Keharmonian Kaum. Undang-undang ini digubal agar dapat menjamin kesejahteraan dan perpaduan rakyat. Individu atau mana-mana pihak yang menyebarkan berita palsu yang menyentuh sensitiviti setiap kaum perlulah diambil tidakan agar tidak mengeruhkan lagi keadaan.

2️⃣ MEMPERKASAKAN KONSEP 1 MALAYSIA
Seterusnya, memperkasakan konsep 1 Malaysia juga merupakan salah satu langkah yang dapat diambil untuk mengatasi masalah isu perkauman dalam kalangan rakyat di negara kita. Konsep 1 Malaysia merupakan satu gagasan yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia yang keenam, Dato' Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak pada 2 April 2009. Gagasan ini menegaskan bahawa masyarakat Malaysia merupakan satu bangsa yang terdiri daripada pelbagai etnik, sub etnik, dan kebudayaan. Konsep ini berpaksikan kepada prinsip "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan". Pelbagai perkara telah dibuatkan berdasarkan gagasan ini seperti "Sekolah untuk Semua" yang mana memberi peluang kepada anak muda untuk menuntut ilmu di satu sekolah yang terdiri daripada bangsa dan kaum.

3️⃣ IBU BAPA MENJADI CONTOH TELADAN YANG BAIK UNTUK ANAK-ANAK
Ibu bapa merupakan individu yang paling dekat dan banyak meluangkan masa dengan anak-anak. Setiap tingkah laku dan perbuatan yang dilakukan oleh mereka akan dijadikan contoh oleh anak-anak. Sebagai contoh, ibu bapa perlulah mengajar anak-anak mereka untuk sentiasa menghormati serta bersikap adil dalam memberi layanan kepada setiap individu tanpa mengira bangsa dan kaum. Sikap sebegini dapat melahirkan lebih ramai generasi yang mempunyai nilai murni yang tinggi dalam diri dan akan disanjung serta dihormati oleh masyarakat lain pada masa akan datang. Oleh itu, sikap sangat penting dalam mencerminkan diri kita sebagai manusia yang berakhlak.

📌 POSTING KEDUA NAMA: IFFAH BINTI MOHAMAD TAJUDDIN  (285461)TEMA: KEMASYARAKATAN TAJUK: ISU SENSITIF DALAM MASYARAKATKEB...
03/12/2022

📌 POSTING KEDUA
NAMA: IFFAH BINTI MOHAMAD TAJUDDIN (285461)
TEMA: KEMASYARAKATAN
TAJUK: ISU SENSITIF DALAM MASYARAKAT

KEBUDAYAAN
- Tidak semua masyarakat boleh terima budaya orang lain, sebagai contoh perayaan Deepavali dipandang remeh oleh masyarakat lain seperti tular di media sosial seorang lelaki merosakkan kolam iaitu hasil yang diperbuat dari beras. Perkara ini telah menaikkan marah orang India serta merosakkan hubungan masyarakat majmuk di Malaysia.

PEMAKANAN
- Bagi makanan untuk orang Islam mereka diharamkan untuk makan daging khinzir oleh itu setiap makanan yang dijual perlu diambil serius kerana isu ini sangat sensitif bagi rakyat Malaysia.
- Tambahan p**a pernah menjadi kes besar pada tahun 2005 dua buah kilang memproses sosej dengan menggunakan usus khinzir sebagai sarung kulit sosej. Perkara ini boleh membimbangkan orang Islam dalam memilih atau membeli sebarang makanan.
KEAGAMAAN

- Oleh sebab di Malaysia mempunyai pelbagai kaum serta agama maka isu agama dijadikan isu sensitif dalam masyarakat. Sebagai masyarakat yang baik kita semua perlu menghormati kepercayaan mereka. Kita tidak boleh menggunakan kepercayaan agama lain sebagai jenaka kerana ia boleh menimbulkan pergaduhan antara kaum.

📌Posting pertama Nama: AMIRAH RAFHANAH BINTI MUHAMMAD KHIR (285335)Tema: Isu kemasyarakatan 👧🏻🧒🏼👩🏽🧑🏾🧕🏼👳🏽‍♀‍Tajuk: Defini...
03/12/2022

📌Posting pertama
Nama: AMIRAH RAFHANAH BINTI MUHAMMAD KHIR (285335)

Tema: Isu kemasyarakatan 👧🏻🧒🏼👩🏽🧑🏾🧕🏼👳🏽‍♀‍
Tajuk: Definisi Kemasyarakatan

Apakah yang dimaksudkan dengan kemasyarakatan? 🧐

Menurut Kamus Dewan Bahasa Edisi Keempat, masyarakat merupakan kump**an manusia yang hidup bersama di suatu tempat dengan aturan dan cara hidup yang tertentu. Seterusnya, menurut sudut istilah p**a menerangkan bahawa masyarakat merupakan jaringan perhubungan antara pelbagai individu yang merujuk kepada pergaulan hidup dan keseluruhan hubungan sosial. Masyarakat merupakan bahagian dari sesebuah negara kerana secara terasnya negara perlulah mempunyai penduduk.

Masyarakat juga boleh didefinisikan menurut beberapa tokoh. Ralph Linton mendefinisikan masyarakat sebagai setiap kelompok manusia yang hidup dan bekerjasama dengan cukup lama sehingga mereka dapat mengatur diri sendiri dan menganggap diri mereka sebagai satu kesatuan sosial dengan batas-batas yang telah digariskan dengan jelas. Selain itu, Emile Durkheim berpendapat bahawa masyarakat adalah suatu sistem yang dibentuk daripada hubungan antara anggota sehingga menampilkan suatu realiti tertentu yang mempunyai ciri-cirinya sendiri.

Bagaimanakah masyarakat bermula? 🧐

Masyarakat bermula apabila berlakunya jaringan dalam kalangan anggota tersebut, khususnya melalui hubungan bersemuka (dua hala). Daripada pergaulan ini, terbina pola hubungan sosial yang berulang sifatnya seperti kegiatan gotong royong, berkumpul menyambut pembesar yang datang berkunjung, menghadiri kenduri majlis perkahwinan, membantu mereka yang ditimpa malapetaka atau menziarahi jiran yang sakit tenat atau yang telah meninggal dunia. Melalui cara ini bermula dengan beberapa anggota manusia yang saling berinteraksi kepada pembentukkan sebuah masyarakat.

Address

University Utara
Sintok
06010

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Mpu 1013 Kumpulan D1 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share