A222 Penghayatan Etika dan Peradaban Group AB - Kumpulan 7

A222 Penghayatan Etika dan Peradaban Group AB - Kumpulan 7 Hai semua! Laman ini dikhaskan untuk menyedarkan masyarakat tentang kepentingan perpaduan kaum

POSTING 9TAJUK: KEPENTINGAN MENGATASI ISU PERKAUMANNAMA: NURUL NASYUAH BINTI ABD RAHMANNO. MATRIK: 293927Mengatasi isu p...
07/07/2023

POSTING 9
TAJUK: KEPENTINGAN MENGATASI ISU PERKAUMAN
NAMA: NURUL NASYUAH BINTI ABD RAHMAN
NO. MATRIK: 293927

Mengatasi isu perkauman sangat penting dalam pembangunan sosial dan kestabilan negara. Berikut adalah beberapa alasan mengapa mengatasi isu perkauman di dalam sesebuah negara amat penting:

1. Keharmonian sosial
Mengatasi isu perkauman penting untuk memastikan kehidupan yang harmonis antara pelbagai etnis atau kelompok dalam masyarakat. Dengan itu, konflik antara kaum akan memudar dan seterusnya tercipta suasana yang lebih damai dan persefahaman di antara semua warga negara bertambah baik.

2. Pembangunan ekonomi
Ketegangan perkauman dapat menghambat pertumbuhan ekonomi suatu negara. Konflik dan ketidakstabilan sosial dapat mengganggu integrasi, perdagangan, dan kerja sama antara kaum dalam masyarakat. Dengan mengatasi isu perkauman, negara dapat menciptakan lingkungan yang kondusif bagi pembangunan ekonomi yang berlanjutan.

3. Keamanan nasional
Isu perkauman dapat menjadi ancaman terhadap keamanan nasional. Ketegangan antara etnik yang berbeza dapat memicu konflik, kerusuhan, dan bahkan pemberontakkan. Dengan mengatasi isu perkauman, negara dapat memperkuat keamanan nasional dengan mempromosikan perpaduan, mengurangi ketidakpercayaan antara kelompok, dan membangun sistem yang adil dan inklusif.

Kesimpulannya, kepentingan mengatasi isu perkauman tidak bisa diabaikan. Kerjasama yang berkelanjutan dari pemerintah, lembaga sosial, dan masyarakat secara luas diperlukan untuk mewujudkan masyarakat yang inklusif, harmonis, dan adil bagi semua warga negara.

POSTING 8TAJUK : CABARAN DALAM MENANGANI ISU PERKAUMANNAMA : MOHD AQIL FAUZAN BIN MOHD ZAKRINO. MATRIK : 293885Dasawarsa...
19/06/2023

POSTING 8
TAJUK : CABARAN DALAM MENANGANI ISU PERKAUMAN
NAMA : MOHD AQIL FAUZAN BIN MOHD ZAKRI
NO. MATRIK : 293885

Dasawarsa ini, sama ada kita sedar atau tidak lantaran terlalu dihidangkan dengan pembangunan negara yang semakin gah di persada dunia. Namun disebalik itu, kita acapkali tersentak oleh pelbagai isu perkauman yang telah menjadi salah satu cabaran utama dalam pembangunan negara yang serba maju. Negara Malaysia mengecapi kemerdekaan hasil usaha kesemua rakyat pada ketika itu, tanpa mengira bangsa, agama dan warna kulit untuk hidup harmoni bersama-sama. Namun, kehidupan berbilang etnik di negara ini sering kali menghadapi ketegangan dan konflik yang timbul akibat perbezaan budaya, agama, dan latar belakang sosial yang menggugat perpaduan kaum yang telah terbina sejak dahulu lagi. Pelbagai faktor yang menyebabkan perkara ini berlaku di mana kekurangan sifat toleransi merupakan nilai yang penting bagi mencari kemajmukan dalam kalangan masyarakat hari ini. Menangani isu perkauman juga memerlukan pendekatan yang komprehensif dan bersepadu, serta kesedaran akan cabaran yang dihadapi.

Berikut ini adalah beberapa cabaran yang perlu dihadapi dalam menangani isu perkauman.

POSTING 7TAJUK: LANGKAH MENGATASI ISU PERKAUMANNAMA: HO YI XINNO.MATRIK: 293643Isu perkauman yang berlaku di Malaysia te...
23/05/2023

POSTING 7
TAJUK: LANGKAH MENGATASI ISU PERKAUMAN
NAMA: HO YI XIN
NO.MATRIK: 293643

Isu perkauman yang berlaku di Malaysia telah membawa pelbagai kesan kepada negara, masyarakat dan individu sendiri. Dengan ini, semua pihak perlu memainkan peranan supaya menyelesaikan masalah isu perkauman.
Salah satu langkah menangani isu perkauman ialah terlibat dalam kesedaran waspada diri. Sekiranya kita tidak mengetahui kekuatan kita, ia dapat menyalahgunakannya secara tidak sengaja atau gagal memanfaatkannya ke arah antirasisme. Selain itu, langkah yang kedua ialah pendidikan silang budaya. Dengan adanya pendidikan silang budaya, pengetahuan dan ilmu yang dipelajari akan memberi pemahaman mengenai kaum lain dan memudahkan kita bergaul antara satu sama lain.
Langkah yang seterusnya ialah didikan ibu bapa. Ibu bapa perlu menunjukkan keikhlasan dalam menjalin hubungan dengan orang lain terutama dengan jiran tetangga dan anggota masyarakat yang berbeza warna kulit, kebudayaan dan agama dalam kehidupan seharian. Langkah yang keempat ialah mengadakan kempen perpaduan kepada masyarakat. Tujuannya untuk meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan menangani isu perkauman.
Tambahan lagi, menerapkan segala nilai-nilai perpaduan melalui media massa juga dapat menangani isu perkauman. Setiap individu perlu mempunyai rasa bertanggungjawab dalam berkongsi sesuatu maklumat terutamanya yang berkaitan dengan sensetiviti kaum. Langkah yang terakhir ialah mewujudkan program yang mewajibkan semua kaum untuk melilbatkan diri seperti 1 Malaysia yang mengalakkan saling bekerjasama tanpa mengira kaum dan budaya.

POSTING 6TAJUK : IMPLIKASI ISU PERKAUMAN DALAM KALANGAN MASYARAKATNAMA : NUR DINIE AMILA BINTI AMRINO. MATRIK : 293526Is...
19/05/2023

POSTING 6
TAJUK : IMPLIKASI ISU PERKAUMAN DALAM KALANGAN MASYARAKAT
NAMA : NUR DINIE AMILA BINTI AMRI
NO. MATRIK : 293526

Isu perkauman merupakan isu yang hangat diperkatakan. Salah satu faktornya ialah kurangnya semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat itu sendiri. Sekiranya semangat perpaduan ini diamalkan oleh setiap masyarakat, sudah tentu kita dapat hidup dengan aman sebagai satu bangsa yang bersatu dalam memberi komitmen sekali gus mewujudkan negara harmoni.

Persoalannya , apakah implikasi isu perkauman oleh kerana kurangnya semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat ? Marilah kita baca dan amati satu persatu kesan yang terdapat dalam poster di bawah .

POSTING 5TAJUK: ISU PERKAUMAN DI MEDIA SOSIAL  NAMA: THANALAXSMI A/P SABAPATHINO.MATRIK: 293488Media sosial menyediakan ...
16/05/2023

POSTING 5
TAJUK: ISU PERKAUMAN DI MEDIA SOSIAL
NAMA: THANALAXSMI A/P SABAPATHI
NO.MATRIK: 293488

Media sosial menyediakan platform yang mudah diakses dan meluas untuk individu berkomunikasi dan menyebarkan pendapat mereka. Walau bagaimanapun, ini juga membuka peluang untuk menyebarkan isu sensitif, termasuk isu perkauman.
Pada masa kini, pengguna-pengguna media sosial yang tidak bertanggungjawab menyebarkan maklumat yang menjejaskan keharmonian rakyat melalui media sosial. Isu ini semakin berleluasa namun ia dilakukan oleh individu yang menyalahgunakan media sosial dengan mencipta akaun palsu bagi mencetuskan perbalahan.

Salah satu cara untuk menangani isu perkauman di media sosial ialah dengan menggalakkan kesedaran, toleransi dan persefahaman bersama. Selain itu, peraturan yang betul untuk menangani penyebaran berita palsu dan komen berbaur perkauman di media sosial perlu dilaksanakan dan kempen kesedaran yang mewujudkan perpaduan dan keharmonian dalam masyarakat Malaysia juga perlu diadakan.

POSTING 4TAJUK : Masalah Perkauman di IPT MalaysiaNAMA : Nur Intan Najla Bt. Che DzohirNO. MATRIK: 293897Menurut Ketab e...
14/05/2023

POSTING 4
TAJUK : Masalah Perkauman di IPT Malaysia
NAMA : Nur Intan Najla Bt. Che Dzohir
NO. MATRIK: 293897

Menurut Ketab et.al(2015), jurang ini mengabadikan iklim etnosentrisme yang memberikan kesan negatif terhadap hubungan antara kaum dalam institusi pengajian tinggi.
Maka ia mengungkapkan bahawa keunggulan semulajadi telah mempengaruhi sikap mereka terhadap orang lain serta kesepaduan etnik mereka dalam seluruh masyarakat, walaupun persekitaran kampus mampu mendakwa simbiosis dalam kalangan masyarakat pelbagai etnik.

Penulisan daripada,
Nur Intan Najla binti Che Dzohir

POSTING 3TAJUK: PUNCA BERLAKU ISU PERKAUMAN DARI SEGI POLITIKNAMA: NEOH KE YINGNO.MATRIK: 293821Isu perkauman telah menj...
13/05/2023

POSTING 3
TAJUK: PUNCA BERLAKU ISU PERKAUMAN DARI SEGI POLITIK
NAMA: NEOH KE YING
NO.MATRIK: 293821
Isu perkauman telah menjadi duri daging dalam hati setiap rakyat sejak peristiwa 13 Mei 1969. Oleh itu, masyarakat Malaysia harus bersikap rasional pada berbicara setiap ahli politik supaya tidak dijadikan senjata yang mencenderakan hati rakan-rakan Malaysia.

POSTING 2TAJUK: ISU PERKAUMAN YANG BERLAKU PADA 13 MEI 1969 NAMA: KAM WENG KEE NO.MATRIK: 293720 Setelah mengetahui apa ...
13/05/2023

POSTING 2
TAJUK: ISU PERKAUMAN YANG BERLAKU PADA 13 MEI 1969
NAMA: KAM WENG KEE
NO.MATRIK: 293720

Setelah mengetahui apa itu isu perkauman, sekarang marilah kita melihat isu perkauman yang pernah berlaku di Malaysia iaitu insiden 13 Mei 1969.

Sebagai seorang rakyat Malaysia, peristiwa 13 Mei yang tercatat dalam sejarah Malaysia merupakan satu titik hitam yang tidak dapat dilupai. Hal ini demikian kerana peristiwa yang mengakibatkan pertumpahan darah tersebut hampir menghancurkan seluruh negara.

Persoalannya, apakah faktor yang mencetuskan berlakunya peristiwa tersebut? Tragedi 13 Mei ini dikatakan mepunyai kaitan yang rapat dengan Pilihan Raya Umum yang berlangsung pada 10 Mei 1969. Semasa kempen Pilihan Raya 1969, calon-calon pilihan raya serta ahli-ahli politik dari parti pembangkang telah membangkitkan isu-isu sensitif seperti hak keistimewaan orang Melayu dan bumiputera. Hal ini telah memberi kesempatan kepada ahli-ahli politik yang ingin mencetuskan konflik yang berkaitan dengan perkauman.

Walau apa pun sebab berlakunya peristiwa 13 Mei, peristiwa tersebut tetap merupakan satu krisis perkauman yang terbesar di negara ini dimana ia melibatkan tiga kaum utama iaitu Melayu, Cina dan India. Tragedi 13 Mei 1969 telah memberi impak yang besar kepada negara kerana tragedi tersebut telah menyebabkan kematian 196 orang dan 149 orang mengalami kecederaan. Namun begitu, pihak polis dan pihak tentera telah berjaya mengawal keadaan tersebut daripada terus berpanjangan.

Tuntasnya, rakyat Malaysia seharusnya mengambil ikhtibar daripada peristiwa 13 Mei 1969 dan wajar memastikan peristiwa pertumpahan darah yang dahsyat tersebut tidak berulang lagi.

POSTING 1Tajuk: APA ITU ISU PERKAUMANNama: Ting Cheng NamNo. Matrik: 293506Isu perkauman bermaksud isu yang melibatkan h...
08/05/2023

POSTING 1
Tajuk: APA ITU ISU PERKAUMAN
Nama: Ting Cheng Nam
No. Matrik: 293506
Isu perkauman bermaksud isu yang melibatkan hubungan antara kaum dalam banyak aspek seperti bahasa, agama, tingkah laku atau perlakuan dimensi sosial, sektor pekerjaan, perbuatan buli, diskriminasi dan lain-lain.

Malaysia merupakan sebuah negara yang unik iaitu terdapat rakyat yang berbilang kaum menjadi satu bangsa. Keunikan tersebut juga menyebabkan Malaysia mengalami pelbagai jenis cabaran untuk mencapai perpaduan dan cabaran yang paling besar adalah isu perkauman.

Untuk sebab arus perdana semasa yang membawa isu-isu tersebut adalah kerana kaum masing-masing terdapat adat resam, agama dan cara hidup yang berbeza. Tambahan lagi sikap masyarakat kini yang langsung tidak bertimbang rasa dan tidak saling menghormati, menyebabkan berlakunya pertelingkahan antara kaum.

Salam sejahtera dan salam biru warna semua! Kami adalah pelajar Kumpulan 7 bagi MPU1013 Penghayatan Etika dan Peradaban ...
07/05/2023

Salam sejahtera dan salam biru warna semua! Kami adalah pelajar Kumpulan 7 bagi MPU1013 Penghayatan Etika dan Peradaban (Kumpulan AB). Tujuan utama kami menubuhkan laman Facebook ini adalah untuk memberi kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan perpaduan antara kaum. Laman Facebook ini juga akan berkongsi maklumat berkaitan dengan isu perkauman ataupun rasisme di Malaysia. Isu rasisme yang akan dibincangkan ini adalah di bawah tema “Pembinaan Peradaban Majmuk di Malaysia” dan merupakan Topik 3 bagi Penghayatan Etika dan Peradaban.
Ahli- ahli bagi Kumpulan 7 adalah seperti berikut:

1. Thanalaxsmi Sabapathi (293488)

2. Ting Cheng Nam (293506)

3. Nur Dinie Amila Binti Amri (293526)

4. Ho Yi Xin (293643)

5. Kam Weng Kee (293720)

6. Mohamad Shahir bin Mohamad Shakir (293758)

7. Neoh Ke Ying (293821)

8.Mohd Aqil Fauzan Bin Mohd Zakri (293885)

9. Nur Intan Najla binti Che Dzohir (293897)

10. Nurul Nasyuah Binti Abd Rahman (293927)

Address

UUM
Sintok
06010

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when A222 Penghayatan Etika dan Peradaban Group AB - Kumpulan 7 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share