Mpu1013 P8

Mpu1013 P8 MPU1013 PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN (A202)
Pengaruh Media Massa Terhadap Perubahan Sosial Masyarakat

✨Posting Kelima ✨🚥 TEMA: PENGARUH MEDIA MASSA TERHADAP PERUBAHAN SOSIAL MASYARAKAT🚥 Topik : Pengaruh Negatif Media Massa...
08/05/2021

✨Posting Kelima ✨
🚥 TEMA: PENGARUH MEDIA MASSA TERHADAP PERUBAHAN SOSIAL MASYARAKAT
🚥 Topik : Pengaruh Negatif Media Massa Terhadap Perubahan Masyarakat

1️⃣ Penyebaran Maklumat Palsu

⚠️Media sosial adalah satu platform mudah yang boleh digunakan pelbagai pihak untuk pelbagai tujuan. Namun, ada juga sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab yang mengambil kesempatan untuk menggunakan media sosial untuk menyebarkan maklumat palsu. 🗣️🗣️
Malah, penyebaran maklumat palsu ini menjadi lebih parah pada era Covid-19 ini. Ramai orang berlumba-lumba untuk menjadi orang pertama menyampaikan maklumat tanpa peduli untuk memeriksa kesahihan maklumat tersebut terlebih dahulu. 🤳🤳🤳
💥Antara KESAN penyebaran maklumat palsu ini ialah menyebabkan kegusaran dan panik dalam kalangan masyarakat. Lebih teruk lagi penyebaran maklumat palsu juga boleh menyebabkan perpecahan antara masyarakat berbilang kaum. 💣

2️⃣ Peningkatkan Kes Penipuan Secara Atas Talian*🌐🌐🌐
Ramai pengguna media sosial yang terjebak dengan kes penipuan secara atas talian.
🙅Antara penipuan secara atas talian antaranya ialah penipuan jual beli atas talian. Contohnya, barangan yang dibeli atas talian adalah tidak sama dengan barang yang dibeli ataupun penjual tidak menghantar barang setelah pembeli membuat bayaran.👀👀
Jadi, bagi mengelakkan kita daripada menjadi mangsa penipuan atas talian pengguna media sosial perlulah lebih TELITI dan BIJAK dalam membuat sebarang urusan atas talian.

3️⃣ Penggodam
Penggodam adalah satu jenayah komputer di mana seseorang itu boleh menceroboh sistem keselamatan komputer dan berupaya mengeksploit sistem tanpa kebenaran dengan menggunakan teknik tertentu.😈😈
Kita mestilah melindungi maklumat peribadi dan tidak didedahkan sewenangnya di sosial media untuk mengelakkan daripada menjadi mangsa penggodaman. Pengguna media sosial perlulah sentiasa BERWASPADA terhadap jenayah siber yang berlaku. 😱
Kita mestilah sentiasa berfikir panjang sebelum memuat naik sesuatu di internet untuk mengelakkan diri dari menjadi mangsa jenayah siber.😎😎

4️⃣ Menyebabkan Perlakuan yang Tidak Beretika 🙈🙈

Sesetengah pengguna media sosial mengambil kesempatan dengan menggunakan kemudahan media sosial untuk perkara yang tidak sepatutnya. Kemudahan media massa telah banyak membawakan kebaikan dalam mencari infomasi yang lebih banyak dan pantas namun sesetengah akan mengakses media sosial untuk perkara yang tidak beretika. 😥😥
Contohnya, sesetengah individu terutamanya remaja yang tidak sentiasa dikawal oleh ibu bapa akan MENYALAHGUNAKAN media sosial untuk mengakses perkara yang tidak sopan atau tidak senonoh. 🙉🙉
Unsur yang tidak sopan atau tidak senonoh ini sangat mudah untuk didapati di internet. Hal ini, akan mempengaruhi pemikiran masyarakat. 🤐
Kesannya, nilai moral masyarakat akan terhakis jika perlakuan ini tidak dibetulkan🙊🙊

NUR FARZANA BINTI SUKHAMI (279411)
SOH SIOU CHYI (279293)

✨POSTING KEEMPAT✨TEMA: PENGARUH MEDIA MASSA TERHADAP PERUBAHAN SOSIAL MASYARAKATTOPIK: PENGARUH NEGATIF MEDIA MASSA TEHA...
30/04/2021

✨POSTING KEEMPAT✨

TEMA: PENGARUH MEDIA MASSA TERHADAP PERUBAHAN SOSIAL MASYARAKAT

TOPIK: PENGARUH NEGATIF MEDIA MASSA TEHADAP PERUBAHAN SOSIAL MASYARAKAT.

Penggunaan media massa semakin meluas dengan adanya teknologi maklumat yang terkini iaitu mampu menyebarkan maklumat dengan pantas dan padat walaupun belum pasti akan kesahihannya❗. Namun begitu, walaupun telah memberi banyak impak positif ia juga memberi impak yang negatif ❌ sekiranya penggunaan media massa ini disalahgunakan.

☘️Melalaikan dan membuang masa masyarakat
⏳Penggunaan media massa tanpa had telah menyebabkan masyarakat lebih menumpukan perhatian kepada teknologi maklumat.
⏳Kajian yang dilakukan oleh Wan Hamat (2013) menunjukkan bahawa masyarakat masa kini terutama sekali golongan pelajar lebih cenderung kepada penggunaan aplikasi yang boleh melalaikan mereka seperti facebook, Instagram, Youtube dan sebagainya yang bertujuan untuk bersantai kerana bersifat hedonisme penggunaannya.
⏳Golongan pelajar 📘📖sama ada peringkat rendah, menengah mahupun pelajar universiti lebih banyak meluangkan waktu mereka dengan aplikasi-aplikasi sedemikian bagi mencari maklumat atau digunakan sebagai hiburan bagi mengelakkan kebosanan mereka dan menyebabkan mereka telah membuang banyak masa harian mereka.
⏳Kesannya, penggunaan medium tanpa had ini akan menyebabkan masyarakat tidak memanfaatkan masa mereka dengan sebaiknya.

☘️Mempengaruhi gaya hidup seseorang
🔴Penyebaran maklumat yang meluas melalui media massa mempengaruhi pola pemikiran masyarakat.
🔴Misalnya, penyiaran drama atau maklumat di televisyen yang berunsurkan budaya barat telah mampu untuk mempengaruhi pelajar-pelajar dari segi percakapan dan tingkah laku mereka.
🔴Gaya hidup seseorang akan berubah jika sering terdedah dengan fesyen, makanan viral, muzik dan sebagainya yang akhirnya menyebabkan berlakunya keruntuhan akhlak jika tidak dibendung.
🔴Kesannya, gaya hidup masyarakat akan berubah kerana sentiasa cuba untuk meniru stail yang dibudayakan oleh masyarakat barat.

☘️Berlakunya Pembulian Siber
🔴Gejala buli siber berlaku di Malaysia berada pada tahap yang serius pada masa kini dan masyarakat perlu bersedia bagi menghadapi ancaman ini.
🔴Terdapat gejala pembulian siber seperti situasi di mana pengguna media sosial akan memberikan komen negatif tehadap pengguna yang lain. 💬
🔴Antara kes buli siber yang kerap berlaku adalah membabitkan sindiran bentuk, saiz dan rupa.
🔴Perkara ini berlaku adalah mungkin disebabkan oleh perasaan cemburu pembuli tidak senang melihat orang lain berada dalam keadaan yang lebih tinggi berbanding diri mereka sendiri.
🔴 Buli siber akan memberikan impak yang besar tehadap kehidupan mangsa.
🔴Pembulian siber ini lebih memberi kesan kepada psikologi mangsa seperti mengurangkan keyakinan diri mangsa, menjadi anti sosial dan keadaan yg lebih serius lagi mangsa cenderung untuk membunuh diri.

☘️Menghasilkan Bahasa Ringkas
📚Bahasa ringkas atau bahasa singkatan ini banyak digunakan dalam menghantar mesej (SMS) dan juga dalam laman sosial seperti Facebook, Whatsapp, dan Twitter.💬
📚Bahasa ini dihasilkan melalui media sosial dan menjadi bahasa pergaulan masyarakat terutamanya generasi muda untuk berkomunikasi.🗣️
📚Penggunaan bahasa ringkas ini dapat memudahkan serta menjimatkan masa ⏳supaya pesanan atau mesej dapat dihantar dengan cepat.
📚Namun, penggunaan bahasa ringkas ini boleh memberi kesan negatif kerana ia akan menyebabkan penggunaan tatabahasa dan ejaan yang salah. 🙅‍♂‍
📚Justeru, akan menyebabkan jatuhnya martabat Bahasa Melayu yang merupakan bahasa rasmi negara ini.
📚Selain itu, bahasa ringkas ini juga boleh memberi kesan terhadap pencapaian akademik pelajar. 📝
📚Hal ini kerana mereka sudah terbiasa dengan penggunaan bahasa ringkas ini dan menjadikan gejala tersebut sebagai amalan seharian mereka.

Nurmiza Farzana Binti Yusani (279425)
Nurul Badriah Binti Bahri (279308)

✨POSTING KETIGA✨Tema : Pengaruh Media Massa terhadap Perubahan Sosial MasyarakatTopik: Peranan media massa terhadap peru...
27/04/2021

✨POSTING KETIGA✨

Tema : Pengaruh Media Massa terhadap Perubahan Sosial Masyarakat
Topik: Peranan media massa terhadap perubahan sosial masyarakat

Pada masa perkembangan teknologi kini, dikiranya hampir semua orang tidak mengasingkan diri daripada internet sama ada melalui media cetak mahupun media elektronik. Pengaruh media massa ini berbeza-beza terhadap setiap individu tetapi masyarakat haruslah menggunakan media massa untuk melakukan sesuatu yang memberi manfaat kepada individu sendiri.

Peranan-peranan adalah:
1. Peranan sebagai alat pencarian maklumat
🔍Media Massa amat penting dalam kehidupan seharian kita pada masa zaman kini untuk mendapatkan maklumat terkini terhadap isu sama,pendidikan, kesihatan, hiburan dan juga sukan🔎 Namun dalam masa sekarang, media massa sekarang, media Massa mungkin menyumbang ke arah kesan negatif maka masyarakat haruslah menggunakan dengan berhati-hati.

2. Peranan sebagai aktiviti rekreasi yang positif
Hari ini, media massa juga memainkan peranan penting sebagai platform hiburan. Hal ini kerana media massa menyediakan pelbagai platform untuk membantu semua lapisan masyarakat meluangkan masa untuk berehat. Sebagai contoh, platform seperti tik tok, facebook atau youtube mempunyai pelbagai video yang dapat ditonton orang di masa lapang. Keadaan ini menjadikan media massa semakin penting dalam era globalisasi.

3. Peranan media massa sebagai platform pembelajaran.
📗 Media Massa dapat memberikan pendidikan dan informasi yang berdampingan. Bukan itu sahaja, ia juga berperanan sebagai platform pembelajaran bagi semua pelajar atas pandemic covid -19 di seluruh negara. Seperti Webex, Zoom serta Google Meet digunakan untuk proses PdP berjalan dengan lancar. 📗
📘Selain itu,media massa juga memberikan kemudahan kepada program pendidikan jarak jauh untuk dilanjarkan dengan secara langsung melalui media massa yang sedia ada. 📘

4. Peranan media massa untuk berkawan
Media massa adalah media atau platform yang dapat menyatukan orang di seluruh dunia. Keadaan ini menjadikan media massa sebagai media yang sangat sesuai untuk bertemu orang baru dari negara lain.
Hal ini kerana platform media massa seperti Facebook, Instagram, dan Line adalah platform yang digunakan oleh warganegara di seluruh dunia. Dengan ini, kita sebagai rakyat Malaysia juga berpeluang bertemu rakan dari negara lain melalui platform ini. Kita bukan sahaja dapat berteman, tetapi kita juga dapat belajar tentang adat dan budaya masing-masing melalui platform media massa ini.

Tey Sin Lin (279282)
Wong Qi Wen (279264)

✨POSTING KEDUA✨Tema : Pengaruh Media Massa terhadap Perubahan Sosial Masyarakat.Topik: Pengaruh positif media massa terh...
20/04/2021

✨POSTING KEDUA✨

Tema : Pengaruh Media Massa terhadap Perubahan Sosial Masyarakat.
Topik: Pengaruh positif media massa terhadap perubahan sosial masyarakat 👥

〰️ Masyarakat akan memperolehi sesuatu berita dengan lebih pantas.📡

🟤 Masyarakat dapat mengetahui budaya masyarakat lain. 👘
📝 Media massa berperanan penting dan mempunyai tanggungjawab dalam usaha memupuk semangat perpaduan antara kaum dalam negara kita. Media massa boleh dibahagikan kepada media cetak atau media elektronik. Sepertimana kita ketahui, peranan media massa adalah untuk menyampaikan 🔊apa-apa maklumat kepada rakyat. Oleh itu, media massa dikenalikan sebagai suatu medium untuk marapatkan pelbagai-bagai kaum. Dengan mengguna media massa, rakyat akan mengetahui dengan lebih mendalam tentang budaya masyarakat lain. Hal ini akan membantu mengeratkan 🪢hubungan antara masyarakat majmuk yang wujud di sini. Sebagai contoh, rakyat dapat mengetahui tentang perayaan yang wujud, makanan dan pakaian tradisional🥻 pelbagai kaum.
📝 Media elektronik merupakan platform baharu dalam komunikasi
Kemajuan dalam media elektronik telah mengubah cara berkomunikasi🗣. Sebelum ini, kebanyakan rakyat mempunyai kesukaran untuk memdapat berita terkini tetapi pada masa kini, rakyat menerima berita dan maklumat dengan lebih cepat ⚡️ dan tepat dengan menggunakan media elektronik 🖥📱. Media elektronik termasuk Facebook, Instagram dan WhatsApp. Media elektronik tersebut merupakan trend pada hari ini. Walaupun, terdapat banyak berita palsu 📵 di platform tersebut, rakyat juga sukarela menghabiskan kebanyakan masa mereka dalam media elktronik.

🟤 Media memberikan contoh teladan yang bijak untuk mengubah perilaku masyarakat.
📝 Melalui penggunaan internet dan telefon bimbit📱membolehkan masyarakat keluar dari kepompongnya 🌏. Hal ini kerana apabila adanya interaksi dua hala🔁 antara sesuatu masyarakat dengan masyarakat yang lain maka kita dapat melihat dari sudut pandangan bukan berdasarkan kacamata 👓 kita sahaja.
Sebaliknya kita akan membuat penilaian mengenai masyarakat luar juga. Pertukaran idea ☘️ dan
pendapat ini mampu mendorong masyarakat untuk berusaha kearah yang lebih baik.

🟤 Teknologi membentuk suatu budaya baru dalam masyarakat.
📝 Media amat mempengaruhi kesan kognitif🧏🏻‍♀️ media seperti pembentukkan sikap iaitu perkara yang berlaku dalam persekitaran yang berkaitan dengan ekonomi, politik💼, agama, keaamanan mahupun berita semasa. Contohnya media massa memaparkan kempen-kempen seperti kempen membaca 📚,kempen Cintai Alam Sekitar 🎗🌴dan sebagainya dilihat berjaya untuk mempengaruhi masyarakat untuk menyertainya. Ini menunjukkan melalui teknologi, ia dapat mengubah membentuk budaya baru dalam kalangan masyarakat.

WONG CHUN WAI (279321)
NURUL NAJEEHAH BINTI ZAMZURI (279167)

Posting Pertama1️⃣TEMA: PENGARUH MEDIA MASSA TERHADAP PERUBAHAN SOSIAL MASYARAKATTOPIK: DEFINISI DAN JENIS-JENIS MEDIA M...
18/04/2021

Posting Pertama1️⃣

TEMA: PENGARUH MEDIA MASSA TERHADAP PERUBAHAN SOSIAL
MASYARAKAT
TOPIK: DEFINISI DAN JENIS-JENIS MEDIA MASSA

Media massa merujuk kepada pelbagai teknologi media yang bertujuan untuk menyampaikan maklumat dan ilmu pengetahuan kepada masyarakat umum.Kekuatan media massa pada masa ini telah banyak memberikan kemudahan kepada masyarakat untuk membuat keputusan mengenai pelbagai masalah melalui maklumat yang disampaikan. Hal ini telah menjadikan ramai orang semakin berminat menggunakan media massa untuk mencapai tujuan. Media massa telah dibahagikan kepada dua iaitu media cetak 🧾dan media elektronik.🔌📱

📌Media Cetak
Media cetak adalah media massa yang menggunakan gambar dan tulisan di atas kertas untuk menyampaikan maklumat. Sebagai contoh, surat khabar, majalah, tabloid, dan buku teks telah dikategorikan dalam media cetak.

🍀Surat Khabar🗞️📰
Surat khabar merupakan media massa yang terawal mucul di dunia pada tahun 1920 an. Surat khabar ialah kertas bercetak yang menyiarkan maklumat atau berita masa kini pada setiap hari. Surat khabar juga mempunyai fungsi untuk memberikan hiburan, memberikan kritikan terhadap tulisan-tulisan lain, dan memberikan penyelesaian terhadap beberapa masalah dalam kehidupan seharian. Kini, mana-mana tempat atau kedai runcit akan menjual surat khabar kepada masyarakat. Harga surat khabar amat berpatutan.💰

🍀Majalah
Majalah adalah media cetak yang mengandungi pelbagai artikel menarik untuk dibaca. Biasanya majalah akan menyediakan topik yang paling hangat dan disukai oleh awam. Majalah ini berfungsi sebagai media untuk penyebaran maklumat, penyaluran bakat💃, penulisan pembelajaran🖊️, sumber fesyen terkini, media promosi dan fungsi lainnya.

🍀Tabloid📄
Tabloid adalah media cetak yang berukuran surat khabar, tetapi kelihatan menarik seperti majalah. Penerbitan tabloid adalah setiap minggu, setiap dua minggu atau setiap bulan. Harga tabloid lebih tinggi daripada surat khabar, tetapi masih lebih rendah daripada harga majalah. Tabloid berfungsi untuk memberikan maklumat mengenai kehidupan, pembelajaran untuk menulis dan menyediakan hiburan.

🍀Buku Teks📖🎒📚
Buku teks ialah buku yang digunakan sebagai bahan asas utama dalam sumber maklumat mengenai mata pelajaran kepada para pelajar.👩‍💻👨‍💻🧑‍🎓👨‍🎓 Jumlah halaman buku teks adalah amat
banyak berbanding dengan media cetak yang lain. Buku teks juga dinyatakan layak oleh Kementerian Pendidikan dan Kebudayaan.

📌Media Elektronik 🔌
Media elektronik adalah berbeza dengan media cetak yang dibuat menggunakan media kertas. Media elektronik menggunakan pelbagai jenis peralatan elektronik untuk menyampaikan maklumat. Media elektronik ialah cara komunikasi massa di mana tenaga elektronik atau elektromekanik diperlukan untuk menyebarkan berita atau mesej kepada penonton melalui suara(audio) atau gambar hidup(video). Contoh media elektronik adalah televisyen, radio, telefon bimbit, dan komputer.

🍀Televisyen📺📡
Televisyen ialah sejenis media komunikasi yang terkenal dan ia digunakan untuk memancarkan dan menerima gambar bergerak. Pada zaman dahulu, televisyen yang menyiarkan gambar berwarna hitam dan putih sahaja. Kini, televisyen sudah menyiarkan gambar dan video yang berwarna-warni dan pelbagai fungsi dapat digunakan oleh masyarakat. Televisyen memainkan peranan yang penting sebagai sasaran media menyampaikan informasi aktual dan faktual kepada masyarakat. Televisyen juga sebagai sasaran media hiburan seperti menonton drama dan mendengar muzik. Masyarakat akan mendapat maklumat yang benar dalam berita yang secara langsung.

🍀Radio📻🎙️
Radio merupakan sejenis media massa yang menggunakan gelombang elektromagnet, atau isyarat-isyarat radio, untuk menghantar maklumat elektronik dari satu tempat ke tempat lain tanpa menggunakan wayar. Unit penghantar dipanggil pemancar, manakala unit yang menukar isyarat radio ke bunyi yang boleh didengar dipanggil penerima. Biasanya, penerima adalah dirujuk sebagai satu "radio" atau peti radio. Terdapat juga mempunyai pelbagai FM broadcasting di Malaysia.

🍀Telefon bimbit📱☎️📞
Telefon bimbit ialah alat yang digunakan oleh masyarakat untuk bercakap atau berhubung dengan orang yang tinggal di tempat jauh dengan menggunakan tenaga elektrik dan hubungan satelit. Telefon awam yang di tempat awam digunakan oleh orang ramai atau orang yang tidak mempunyai telefon bimbit. Fungsi telefon bimbit membolehkan masyarakat menelefon kepada kawan yang tinggal di tempat jauh, menghantar mesej (SMS) kepada kawan dan mengambil gambar. Kini, teknologi di negara kita semakin maju telah muncul telefon pintar. Fungsi telefon pintar lebih baik berbanding dengan telefon bimbit. Telefon pintar adalah alat elektronik yang kecil dan screen telephone boleh disentuh.📱

🍀Komputer🖥️💻🖱️
Komputer ialah sebuah mesin elektronik yang menerima data, memproseskan data dan menyimpan atau mempersembahkan data. Terdapat pelbagai jenis komputer seperti komputer meja, komputer riba. Komputer meja biasanya digunakan dalam rumah kerana bentuk komputer meja amat besar dan berat. Sebaliknya, komputer riba digunakan dalam pejabat atau di kafe kerana bentuk komputer riba adalah kecil, ringan, dan senang dibawa ke mana-mana tempat.

Lim Xue Er (279340)
Lau Jia Ni (279370)

AHLI KUMPULAN P8 ✨
16/04/2021

AHLI KUMPULAN P8 ✨

Address

Sintok

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Mpu1013 P8 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share