A222 Penghayatan Etika Dan Peradaban Group A- Kumpulan 5

A222 Penghayatan Etika Dan Peradaban Group A- Kumpulan 5 Hiii, we are UUM students from A222 Penghayatan Etika Dan Peradaban Group A- Kumpulan 5.

POSTER "KATAKAN TIDAK PADA V**E"-NAVEENA 292505-NUR FATIHAH 292445-NG SHU JUN 292451-NUR IZZATUL 292535-KHOR EN WEI 2926...
30/05/2023

POSTER "KATAKAN TIDAK PADA V**E"
-NAVEENA 292505
-NUR FATIHAH 292445
-NG SHU JUN 292451
-NUR IZZATUL 292535
-KHOR EN WEI 292661
-ALOYSIA 292469
-CHONG EN WEI 292648
-NUR ALEYSHA 292548
-WONG KE XIN 292693
-NUR IDAYU 292703

Salam Sejahtera kepada semua ~KAMI merupakan pelajar A222 dari Universiti Utara Malaysia (UUM) bagi kursus MPU1013 Pengh...
29/05/2023

Salam Sejahtera kepada semua ~
KAMI merupakan pelajar A222 dari Universiti Utara Malaysia (UUM) bagi kursus MPU1013 Penghayatan Etika & Peradaban (Group A)

page ini bertujuan untuk membolehkan kami untuk berkongsi maklumat tentang V**e kepada semua masyarakat. Kami berharap FB Page tersebut dapat memberikan bantuan dan meningkatkan kesedaran tentang V**e di negara KITA.

Sekian, Terima Kasih

📌Faktor menghisap rokok elektronik (v**es):Masalah Emosi📍Kajian turut mendapati pengambilan v**e turut boleh mengakibatk...
22/05/2023

📌Faktor menghisap rokok elektronik (v**es):
Masalah Emosi

📍Kajian turut mendapati pengambilan v**e turut boleh mengakibatkan gangguan psikologi dan menjejaskan kesihatan mental.

Pengguna v**e akan lebih berisiko untuk mengalami ketagihan nikotin yang seterusnya boleh membawa kepada masalah psikologi seperti kemurungan, tekanan dan kebimbangan.

V**e mengandungi bahan kimia yang berbahaya. Bahan-bahan bahaya ini boleh mempengaruhi sistem saraf dan sekali gus menjadi penyumbang kepada masalah kemurungan atau depression.

V**e turut dikenalpasti mengandungi nitrosamin tertentu dan sebatian organik yang selalu didapati dalam produk tembakau. Bahan-bahan ini boleh menganggu metabolisme.

NUR ALEYSHA BINTI ISMAIL @ KAMAL 292548

V**e boleh berbahaya bukan sahaja kerana bahan kimia tetapi juga disebabkan : 🤨● Pembinaan teknikal yang tidak sempurna....
22/05/2023

V**e boleh berbahaya bukan sahaja kerana bahan kimia tetapi juga disebabkan : 🤨
● Pembinaan teknikal yang tidak sempurna. (Kecacatan bateri pada peranti rokok elektronik)
> mengakibatkan letupan atau kebakaran.
> ini boleh membahayakan perokok dan orang di sekeliling mereka. 💥
● Bahaya lain untuk orang di sekeliling adalah "pasif"
> "Merokok pasif" sama berbahayanya dengan merokok sebenar, dan ia amat berbahaya kepada remaja dan dewasa muda. 💨

WONG KE XIN
292693

Larangan Penggunaan Rokok Elektronik atau V**e di Sekolah ini adalah berdasarkan Surat Siaran Kementerian Pendidikan Mal...
21/05/2023

Larangan Penggunaan Rokok Elektronik atau V**e di Sekolah ini adalah berdasarkan Surat Siaran Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 17 Tahun 2015 bertarikh 1 Disember 2015.
Sekolah merupakan institusi murid-murid mendapatkan pendidikan secara holistik, termasuklah usaha-usaha pemupukan budaya dan nilai-nilai muri masyarakat di Malaysia. Dalam usaha tersebut Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menerima aduan tentang penggunaan rokok elektronik atau v**e yang turut melibatkan murid-murid. KPM memandang berat akan hal ini dan berpandangan bahawa perkara tersebut perlu ditangani segera kerana bertentangan dengan usaha pemupukan budaya dan nilai-nilai. Penggunaan rokok elektronik atau v**e boleh membahayakan keselamatan murid dan kesihatan serta mendedahkan mereka kepada risiko penyalahgunaan dadah. Sehubungan dengan itu, rokok elektronik atau v**e dilarang penggunaannya dalam kawasan sekolah. Langkah ini adalah untuk membendung pengaruh dan budaya tidak sihat tersebut khususnya dalam kalangan murid-murid sekolah.
Selain daripada itu, KPM juga melaksanakan pelbagai program untuk menasihatkan pelajar supaya tidak terlibat dalam penggunaaan apa-apa jenis rokok.

CHONG EN QI 292648

Undang-undang mengawal selia akan memastikan keselamatan pengguna terjamin daripada produk yang tidak sesuai untuk diamb...
21/05/2023

Undang-undang mengawal selia akan memastikan keselamatan pengguna terjamin daripada produk yang tidak sesuai untuk diambil oleh manusia terutamanya dari pasaran gelap atau perdagangan haram.
Selain itu, kawalan selia juga boleh mencegah pengguna v**e bawah umur daripada berleluasa.
Kerajaan boleh memperkenalkan peraturan pintar dan menguatkuasakan sekatan umur yang ketat ke atas peranti v**e serta cecair di tempat jualan selain menggunakan teknologi moden bagi mengesah umur pengguna dalam talian.
Walaupun kerajaan bersedia memperkenalkan undang-undang mengawal selia rokok elektronik dan v**e tetapi akan disekalikan dengan Generasi Penamat melalui Rang Undang-undang (RUU) Kawalan Produk Tembakau dan Merokok.
RUU itu bertujuan mengharamkan penjualan rokok, tembakau dan produk v**e kepada mereka yang lahir dari 2007 walaupun selepas mencecah usia 18 tahun.

CHONG EN QI 292648

Kesan Negatif V**e☠️❌Ramai yang sudah mengetahui keburukan rokok, namun begitu ramaikah yang tahu mengenai keburukan v**...
20/05/2023

Kesan Negatif V**e☠️❌

Ramai yang sudah mengetahui keburukan rokok, namun begitu ramaikah yang tahu mengenai keburukan v**e? Kebanyakan orang yang menukarkan rokok kepada v**e berpendapat v**e adalah alternatif yang lebih baik daripada rokok. Tanpa mereka ketahui v**e turut mempunyai implikasi termasuklah daripada segi moral.

V**e sering digunapakai oleh golongan muda. Namun begitu, yang menjadi permasalahan apabila kanak-kanak turut didapati menghisap v**e. Trend penggunaan v**e telah menjadi ikutan anak muda remaja dan juga kanak-kanak. Kanak-kanak berani untuk menipu ibu bapa dan turut serta bersama rakan-rakan yang lain untuk melakukan perkara tersebut. Ada juga segelintir ibubapa yang sengaja memberi anak-anak mereka v**e tersebut dengan alasan hanya untuk bergurau. Perkara ini bukan perkara kecil untuk dibuat main apatah lagi membabitkan kanak-kanak yang masih berumur enam tahun ke bawah.

Bukan sahaja lelaki dan kanak-kanak, malah wanita juga turut sama menghisap v**e. Apa yang lagi memburukkan adalah mereka tidak segan silu untuk menghisap v**e di khalayak ramai dan di tempat awam. Mereka beranggapan bahawa perkara tersebut perkara biasa yang berlaku di negara kita. Perkara ini memburukkan lagi pandangan terhadap kaum wanita, terutama yang bertudung dan melakukan perkara tersebut. Wanita dianggap sebagai figura yang manis dan ayu seharusnya tidak terlibat dengan perkara sebegini. Senario ini telah merosakkan imej seseorang wanita menerusi padangan masyarakat.

Nurfatihah Habiba Binti Zulkifli (292445)

Bagaimana untuk menghindarkan diri daripada ketagihan v**e ? Apakah langkah-langkah yang seseorang individu boleh lakuka...
20/05/2023

Bagaimana untuk menghindarkan diri daripada ketagihan v**e ? Apakah langkah-langkah yang seseorang individu boleh lakukan bagi mengatasinya ?

Antara langkah yang seseorang individu boleh lakukan ialah :

✔️Mendapatkan khidmat nasihat dan rawatan daripada doktor
✔️ Mendapatkan ubat yang dikhaskan di farmasi untuk mengurangkan rasa ketagihan v**e
✔️ Menghindarkan diri daripada kelompok masyarakat yang menghisap v**e
✔️ Menggantikan v**e kepada gula-gula seperti lolipop apabila datang keinginan untuk menghisapnya
✔️ Muhasabah diri dan tanamkan tekad yang kuat untuk berhenti kerana ia hanya mendatangkan implikasi pada diri di masa akan datang

NUR IDAYU BINTI MEH 292703

Langkah-langkah untuk Menangani Pengambilan V**e Dalam Kalangan Remaja⚠️Kerajaan🚭Kementerian Kesihatan (KKM) akan memben...
20/05/2023

Langkah-langkah untuk Menangani Pengambilan V**e Dalam Kalangan Remaja

⚠️Kerajaan

🚭Kementerian Kesihatan (KKM) akan membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022 yang akan mengawal selia semua produk merokok termasuk rokok elektronik.

🚭Menurut Timbalan Menteri Kesihatan, Tuan Lukanisman Awang Sauni, Rang Undang-Undang (RUU) diwujudkan bertujuan untuk melahirkan Generasi Penamat Rokok (GEG) bagi menangani masalah perokok di Malaysia terutamanya dalam kalangan generasi muda.

🚭Kementerian Kesihatan (KKM) akan meningkatkan aktiviti penguatkuasaan terutamanya kepada penjual yang menjual rokok dan alkohol kepada remaja.

🚭Kementerian Kesihatan (KKM) yang diketuai Timbalan Menterinya, Dr Lee Boon Chye turut mengambil inisiatif dengan menubuhkan satu Jawatankuasa Khas pada 27 Jun lalu bagi mengawal penggunaan rokok elektronik dan v**e.

ALOYSIA KOO KAY SHEARN 292469

Isu v**e atau rokok elektronik sangat membimbangkan pada masa ini kerana penyebaran dan pengaruh untuk menghisap v**e sa...
19/05/2023

Isu v**e atau rokok elektronik sangat membimbangkan pada masa ini kerana penyebaran dan pengaruh untuk menghisap v**e sangat mudah dan terdedah kepada semua lapisan umur dan juga jantina. Perkara yang lagi membimbangkan berkaitan isu v**e adalah kanak-kanak di bawah umur turut terjebak dengan aktiviti yang berbahaya ini. Semua pihak sepatutnya memainkan peranan yang penting dan mengambil langkah untuk menangani isu v**e ini terutamanya pihak ibu bapa.

Ibu bapa perlu memantau anak-anak mereka daripada terjebak dengan aktiviti menghisap v**e supaya tidak memudaratkan kesihatan mereka yang masih lagi kecil. Bukan itu sahaja, ibu bapa perlu mempunyai ilmu yang secukupnya untuk menasihati anak-anak mereka agar tidak mendekati v**e serta perlu mengetahui tanda-tanda jika anak mereka menghisap v**e. Sebagai contoh, pengguna v**e akan sentiasa membawa peranti v**e ke mana sahaja, mereka juga akan rasa dahaga atau hidung berdarah, tidak gemar kopi, dan selera semakin berkurangan. Ibu bapa juga perlu menjadi contoh yang baik kerana anak-anak akan cenderung untuk tidak melakukan aktiviti yang tidak moral jika mereka membesar dalam persekitaran tanpa pengguna v**e.

Oleh itu, ibu bapa perlu mendidik anak mereka supaya tidak terjebak ke dalam aktiviti v**e ini supaya mereka dapat membesar dengan baik tanpa sebarang mengalami sebarang penyakit yang memudaratkan.

NURIZZATUL NISA BINTI ABDUL HAMID 292535

Masyarakat dapat mengambil langkah-langkah untuk menghindari penggunaan v**e. Pertama-tama, mereka dapat mengumpulkan in...
19/05/2023

Masyarakat dapat mengambil langkah-langkah untuk menghindari penggunaan v**e. Pertama-tama, mereka dapat mengumpulkan informasi tentang bahaya penggunaan v**e dari sumber-sumber yang terpercaya, seperti lembaga kesehatan dan penelitian terbaru. Selanjutnya, mereka dapat menghindari pengaruh budaya Barat yang mempromosikan penggunaan v**e, seperti selebriti atau influencer yang menggunakan v**e sebagai trend. Masyarakat juga dapat membantu menyebarkan kesadaran tentang bahaya v**e kepada orang lain, terutama kepada generasi muda yang lebih rentan terpengaruh oleh tren dan iklan. Selain itu, pihak-pihak terkait seperti pemerintah dan industri dapat mengambil tindakan untuk membatasi atau melarang penjualan dan penggunaan v**e. Akhirnya, individu dapat memilih alternatif yang lebih sehat dan aman untuk mengatasi kecanduan nikotin, seperti menghentikan kebiasaan merokok atau menggunakan pengganti nikotin yang disetujui oleh ahli kesehatan. Dengan mengambil langkah-langkah ini, masyarakat dapat membantu mencegah penyebaran penggunaan v**e yang merugikan kesehatan dan keamanan mereka.

Ng Shu Jun 292451

Bagi mengelakkan masalah v**e ini menjadi semakin parah, langkah untuk mengatasi isu penyalahgunaan v**e perlu diambil d...
19/05/2023

Bagi mengelakkan masalah v**e ini menjadi semakin parah, langkah untuk mengatasi isu penyalahgunaan v**e perlu diambil dengan segera. Antara langkah yang boleh diambil untuk menangani masalah ini ialah melalui media. Umum mengetahui bahawa, pada zaman yang moden ini, penggunaan media menjadi salah satu platform penyebaran maklumat yang pantas berbanding dengan platform yang lain. Sebagai contoh, Kementerian Kesihatan Malaysia boleh menyebarkan maklumat berkenaan kesan penggunaan v**e supaya dapat meningkatkan kesedaran orang awam mengenai impak v**e. Hal ini secara tidak langsung dapat menyebarkan kesedaran berkaitan v**e kepada semua lapisan masyarakat terutamanya golongan remaja.

Naveena Uthaya Kumar
292505

Address

SLCP UUM
Sintok
06010

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when A222 Penghayatan Etika Dan Peradaban Group A- Kumpulan 5 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to A222 Penghayatan Etika Dan Peradaban Group A- Kumpulan 5:

Shortcuts

Share