A212 Penghayatan Etika dan Peradaban Group A- Kumpulan 3

A212 Penghayatan Etika dan Peradaban Group A- Kumpulan 3 Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from A212 Penghayatan Etika dan Peradaban Group A- Kumpulan 3, Education Website, uum, Sintok.

Kami dari A212 MPU1013 Penghayatan Etika dan Peradaban (A) kumpulan 3 yang terdiri daripada 10 ahli kumpulan akan berkongsi maklumat dan isu tentang vandalisme yang berlaku di Malaysia. Vandalisme ialah perbuatan merosakkan atau memusnahkan kemudahan awam atau harta persendirian tanpa sebab yang salah disisi undang-undang dan dilakukan sewenang-wenangnya.

Nama: 1. Nur Aqilah Hani binti Azlan, 284665     2. Siti Amiza Afifah binti Azmee, 284485     3. Siti Nurul Azeerah bint...
12/06/2022

Nama: 1. Nur Aqilah Hani binti Azlan, 284665
2. Siti Amiza Afifah binti Azmee, 284485
3. Siti Nurul Azeerah binti Masauda, 284785
Secara umum, vandalisme yang sering berlaku adalah contengan pada dinding, papan, atau kemudahan awam yang lain. menampal risalah, dan pelekat di tempat awam atau tanpa pengetahuan pemilik juga termasuk aktiviti vandalisme.
Antara jenis vandalism iaitu:
1. Perlakuan
Perbuatan ini dilakukan dengan sengaja semata-mata untuk mencari keuntungan dengan menjual harta benda yang dicuri. Perbuatan ini dilakukan sama ada dengan merosak atau memecahkan harta benda tersebut. Perbuatan ini dengan sendirinya telah mencacatkan bentuk harta benda dari yang asalnya. Dari segi perlakuan ini juga menunjukkan perbuatan suka-suka dan tunjuk berani dengan merosakkan harta benda tersebut dengan tidak mempunyai perasaan bersalah sekalipun.
2. Dendam
Berkaitan dengan kerosakkan harta benda yang melibatkan perasaan sama ada tidak puas hati, melepaskan geram atau kemarahan kepada pihak yang tertentu.
3. Conteng atau Graffiti
Menconteng harta benda awam atau harta peribadi orang awam juga dikatakan pemugut. Biasanya mereka ini akan menconteng di dinding-dinding bangunan, pagar konkrit, pondok-pondok berehat dan tempat kemudahan awam, di taman rekreasi dan sebagainya dengan mesej-mesej tertentu yang ada di antaranya tertulis perkataan berupa suatu pesanan dan adakalanya juga contengan tersebut mengandungi perkataan-perkataan yang memalukan.
Sekiranya kemudahan awam telah dimusnahkan dan tidak dapat digunakan,maka kesulitan akan berlaku terhadap masyarakat di negara ini juga. Semua pihak khususnya masyarakat di negara ini perlu bekerjasama dalam menangani gejala ini dan jangan sampai kita menyesal dikemudian hari, bak kata pepatah โ€œJangan sudah terhantuk barulah nak terngadahโ€.

KESIMPULANPerbuatan merosakkan harta benda awam atau vandalisme kian hari menular di negara kita.Banyak perkara yang mam...
12/06/2022

KESIMPULAN

Perbuatan merosakkan harta benda awam atau vandalisme kian hari menular di negara kita.Banyak perkara yang mampu dilakukan untuk membanteras masalah ini.Pendidikan merupakan tunjang utama dalam menangani permasalahan ini.Pendidikan di semua peringkat diharap mampu menambahkan kesedaran tentang kecintaan kepada harta benda awam selain beberapa langkah lain yang boleh digerakkan. Semua pihak haruslah bekerjasama dalam menangani permasalahan ini agar gejala vandlisme ini tidak terus menular dalam organisasi remaja itu sendiri seterusnya melahirkan remaja yang mempunyai nilai dan etika yang baik dalam kehidupan.

Disediakan oleh: Ainur Masturina Binti Abd Manan (284642)

Isu vandalisme  di tapak bersejarah Gua Matsoorat, Perak. Fosil gigi sejenis rusa telah dirosakkan dan dinding gua turut...
07/06/2022

Isu vandalisme di tapak bersejarah Gua Matsoorat, Perak. Fosil gigi sejenis rusa telah dirosakkan dan dinding gua turut diconteng.

lebih lanjut๐Ÿ‘‡

MAJALAH 3 | Isu Vandalisme, MentalitiKetika penyelidik fosil purba berhempas-pulas mencarigali apa lagi khazanah haiwan purba yang boleh dijumpai di Malaysia...

KUCHING- Perbuatan vandalisme di kawasan Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) semakin meruncing dan membimbangkan. Timba...
04/06/2022

KUCHING- Perbuatan vandalisme di kawasan Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) semakin meruncing dan membimbangkan.

Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi yang juga Menteri Bertanggungjawab DBKU berkata, perbuatan vandalisme ini telah menyebabkan DBKU menanggung kerugian RM332,000 sejak 2020 hingga Mei 2022.

Lebih lanjut๐Ÿ‘‡

2022-05-20T14:49:54+08:00 KUCHING: Perbuatan laku musnah atau vandalisme melibatkan harta benda awam dan kemudahan awam dalam kawasan Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) semakin meruncing dan membimbangkan. Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi yang juga Menteri....

KLUANG โ€“ Lapan remaja lelaki termasuk tiga pelajar sekolah menengah ditahan akibat membuat khianat terhadap harta dengan...
03/06/2022

KLUANG โ€“ Lapan remaja lelaki termasuk tiga pelajar sekolah menengah ditahan akibat membuat khianat terhadap harta dengan menuangkan dua tong cecair pencuci baju ke dalam kolam hiasan di bangunan Kluang Parade.

Pihak polis mengingatkan perbuatan vandalisme atau lebih dikenali dengan gejala laku musnah iaitu tabiat membinasakan harta benda awam atau harta benda orang lain boleh diambil tindakan undang -undang.

Mana-mana pihak yang dikesan sengaja melanggar undang-undang akan diambil tindakan tanpa kompromi.

Lebih lanjut ๐Ÿ‘‡

Ikuti perkembangan semasa yang sahih di semua pautan media sosial rasmi Berita RTM: Portal Rasmi Berita RTMhttps://berita.rtm.gov.myTwitter Rasmi Berita RTMh...

๐‹๐€๐๐†๐Š๐€๐‡-๐‹๐€๐๐†๐Š๐€๐‡ ๐Œ๐„๐๐†๐€๐“๐€๐’๐ˆ ๐•๐€๐๐ƒ๐€๐‹๐ˆ๐’๐Œ๐„ ๐Ÿ‘‡๐Ÿญ.๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ก๐—”๐—ก ๐—œ๐—•๐—จ ๐—•๐—”๐—ฃ๐—”Ibu bapa perlulah memantau aktiviti yang dilakukan oleh anak-ana...
02/06/2022

๐‹๐€๐๐†๐Š๐€๐‡-๐‹๐€๐๐†๐Š๐€๐‡ ๐Œ๐„๐๐†๐€๐“๐€๐’๐ˆ ๐•๐€๐๐ƒ๐€๐‹๐ˆ๐’๐Œ๐„ ๐Ÿ‘‡

๐Ÿญ.๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ก๐—”๐—ก ๐—œ๐—•๐—จ ๐—•๐—”๐—ฃ๐—”
Ibu bapa perlulah memantau aktiviti yang dilakukan oleh anak-anak agar mereka tidak terjebak dengan aktiviti vandalisme.

๐Ÿฎ.๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ก๐—”๐—ก ๐— ๐—”๐—ฆ๐—ฌ๐—”๐—ฅ๐—”๐—ž๐—”๐—ง
Setiap masyarakat hendaklah segera melaporkan kepada pihak berkuasa sekiranya ternampak perbuatan vandalisme.

๐Ÿฏ.๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ก๐—”๐—ก ๐— ๐—˜๐——๐—œ๐—” ๐— ๐—”๐—ฆ๐—ฆ๐—”
Pihak media hendaklah menyelitkan elemen pencegahan vandalisme dalam media massa.

๐Ÿฐ.๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ก๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜๐—ฅ๐—”๐—๐—”๐—”๐—ก
Pihak kerajaan perlulah menyediakan prasarana agar rakyat dapat memanfaatkan masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah.

Disediakan oleh : Halimah Binti Jensani (284436)

KESAN VANDALISME1. Menjejaskan imej negara-Berita-berita yang berkaitan dengan vandalisme akan dipaparkan dalam media so...
02/06/2022

KESAN VANDALISME
1. Menjejaskan imej negara
-Berita-berita yang berkaitan dengan vandalisme akan dipaparkan dalam media sosial dan surat khabar.
2. Meningkatkan tanggungan kerajaan atau pihak swasta
- Pihak awam dan pihak swasta terpaksa meningkatkan perbenlanjaan untuk membaiki kemudahan-kemudahan yang dirosakkan
3. Menjejaskan kebajikan masyarakat
- Rakyat tidak dapat menikmati kemudahan awam yang dirosakkan. Keselesaan menggunakan kemudahan awam menurun.

1. Antara contoh vandalisme yang pertama adalah pelajar sekolah rendah mahupun sekolah menengah turut membabitkan diri d...
01/06/2022

1. Antara contoh vandalisme yang pertama adalah pelajar sekolah rendah mahupun sekolah menengah turut membabitkan diri dengan sikap negatif iaitu menconteng dinding sekolah tanpa mematuhi peraturan-peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah.
2. Vandalisme yang akan dibuat oleh pelajar adalah merosakkan meja atau kerusi, merosakkan buku teks sekolah dan merosakkan kenderaan seseorang untuk membebaskan tekanan dan juga untuk menarik perhatian ibu bapa.
3. Merosakkan harta benda awam termasuklah seperti perhentian bas, taman permainan, pondok telefon dan sebagainya. Kegiatan ini merupakan sikap negatif yang akan turut dicontohi oleh generasi yang akan datang.
4. Contoh yang keempat adalah gejala laku musnah iaitu memusnahkan harta benda awam atau seseorang. Sebahagian masyarakat akan membuat perbuatan seperti menconteng, melukis, menanda, mengecat, memetik bunga dan merosakkan harta benda awam.

โ€ผ๏ธ FAKTOR-FAKTOR BERLAKUNYA VANDALISME โ€ผ๏ธ1.  Untuk keseronokan dan kepuasan diri sendiriSikap hanya mementingkan keseron...
01/06/2022

โ€ผ๏ธ FAKTOR-FAKTOR BERLAKUNYA VANDALISME โ€ผ๏ธ

1. Untuk keseronokan dan kepuasan diri sendiri
Sikap hanya mementingkan keseronokan diri boleh membawa kepada perbuatan seperti vandalisme tanpa kita sedari. Mereka merasakan bahawa dengan menconteng atau merosakkan peralatan atau harta awam sebagai satu "seni" bagi mereka.

2. Pengaruh rakan sebaya
Walaupun niat bermula hanya sekadar ingin mencuba namun kebarangkalian untuk terjebak adalah tinggi. Tidak mustahil untuk kita terikut-ikut dengan perbuatan rakan sebaya. Oleh itu penting untuk kita tahu dengan siapa kita berkawan.

3. Kurang bimbingan ibu bapa
Kesibukan ibu bapa berkerja sehingga tiada masa untuk mengikuti perkembangan serta tingkah laku anak-anak. Bimbingan serta tunjuk ajar daripada ibu bapa adalah amat penting dalam mencorak personaliti anak-anak. Jangan biarkan anak-anak tergapai sendirian tanpa hala tuju. Jadilah warna dalam mencorak diri mereka.

4. Pengaruh media massa
Semakin banyak platform bersuara diwujudkan dalam dunia tanpa sempadan ini. Banyak maklumat dapat diakses dengan mudah dengan hanya menggunakan hujung jari sehinggakan ada yang terikut-ikut dengan perbuatan yang dilihat tanpa memikirkan akibat daripada perbuatan tidak bermoral mereka.

Disediakan oleh : Aisyah Shahirah binti Azman (284703)

APAKAH ITU VANDALISME ? ๐Ÿคท๐Ÿปโ€โ™‚๏ธ1) Vandalisme  adalah perbuatan merosakkan atau memusnahkan kemudahan awam atau harta perse...
31/05/2022

APAKAH ITU VANDALISME ? ๐Ÿคท๐Ÿปโ€โ™‚๏ธ

1) Vandalisme adalah perbuatan merosakkan atau memusnahkan kemudahan awam atau harta persendirian tanpa sebab yang sah di sisi undang-undang.

2) Vandalisme mengakibatkan pihak awam dan swasta mengalami kerugian kerana terpaksa mengeluarkan kos untuk membaiki dan menggantikan barang-barang yang rosak.

3) Vandalisme boleh dilakukan secara sendirian atau berkumpulan dan cenderung dilakukan oleh generasi muda.

4)Vandalisme dianggap sebagai satu bentuk jenayah tetapi dianggap 'trend' oleh generasi muda untuk menunjukkan rasa tidak puas hati terhadap masyarakat .

Disediakan oleh : Roysenlouis Anak Wilson
No Matrik : 284660

Address

Uum
Sintok

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when A212 Penghayatan Etika dan Peradaban Group A- Kumpulan 3 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share