Pusat Kaunseling UUM

Pusat Kaunseling UUM Page ini bertujuan untuk memberi informasi tentang Pusat Kaunseling

πŸŒΏπŸ’› INFO KAUNSELOR MINGGU INI🏠 *TIPS KEKAL TENANG BEKERJA DARI RUMAH (BDR)*Bekerja dari rumah memang fleksibel, tapi jang...
10/08/2026

πŸŒΏπŸ’› INFO KAUNSELOR MINGGU INI
🏠 *TIPS KEKAL TENANG BEKERJA DARI RUMAH (BDR)*

Bekerja dari rumah memang fleksibel, tapi jangan lupa jaga emosi sambil kekal produktif.

πŸ“ Susun keutamaan – Fokus tugasan penting dahulu.

🌱 Cipta ruang selesa – Ruang kemas bantu tingkatkan fokus.

πŸ§˜β€β™€οΈ Rehat seketika – Tarik nafas, regangkan badan dan tenangkan fikiran.

β˜• Raikan diri – Nikmati kopi atau sedikit coklat secara sederhana.

🎧 Cipta suasana positif – Muzik yang menenangkan boleh bantu fokus.

βš–οΈ Jaga sempadan – Asingkan masa kerja dan masa untuk diri & keluarga.

πŸ‘” Bersedia untuk bekerja – Berpakaian kemas bantu wujudkan mood bekerja.

β€œJaga emosi, urus masa dengan bijak & kerja dengan tenang.” 🌸

❀️

🎯*INFO KAUNSELOR MINGGU INI**MOOD BOOSTER DI TEMPAT KERJA*✨ Mood yang baik bukan berlaku secara kebetulan, tetapi boleh ...
02/08/2026

🎯*INFO KAUNSELOR MINGGU INI*

*MOOD BOOSTER DI TEMPAT KERJA*

✨ Mood yang baik bukan berlaku secara kebetulan, tetapi boleh dibina setiap hari.
Dalam kesibukan menjalankan tugas, jangan lupa untuk menjaga kesejahteraan emosi. Perkara-perkara kecil seperti senyuman, penghargaan, secawan minuman kegemaran, rehat seketika, persekitaran kerja yang selesa dan sokongan rakan sekerja mampu meningkatkan semangat serta produktiviti di tempat kerja.

πŸ’™ Ingat, emosi yang positif itu berjangkit. Mulakan hari ini dengan menjadi pembawa senyuman, penyebar kata-kata yang baik dan penyokong kepada rakan di sekeliling kita.

🌱 Jaga emosi, kurangkan kontroversi & tingkatkan prestasi.

πŸ“’*INFO KAUNSELOR MINGGU INI*🚨 AWAS! MANIPULASI DI TEMPAT KERJA πŸš¨πŸ€” Pernah rasa dipersalahkan atas perkara yang bukan sala...
27/07/2026

πŸ“’*INFO KAUNSELOR MINGGU INI*

🚨 AWAS! MANIPULASI DI TEMPAT KERJA 🚨
πŸ€” Pernah rasa dipersalahkan atas perkara yang bukan salah kita? 🀐 Pernah lihat orang lain mengambil kredit atas usaha orang lain?

⚠️ Manipulasi bukan sekadar menjejaskan prestasi kerja, malah boleh memberi kesan kepada emosi, hubungan sesama rakan sekerja dan keharmonian organisasi.

Apa yang kita boleh lakukan?
βœ… Semak fakta sebelum mempercayai sesuatu.
πŸ—£οΈ Berkomunikasi secara profesional dan berhemah. 🚫 Elakkan menyertai gosip atau konflik yang tidak membina.
🀝 Hormati usaha dan sumbangan setiap rakan sekerja.
πŸ›‘οΈ Tetapkan sempadan yang sihat dan berani berkata "tidak" apabila perlu.
🌱 Fokus kepada integriti, bukan populariti.

✨ Ingat... "Kita tidak mampu mengawal tingkah laku orang lain, tetapi kita sentiasa boleh memilih cara kita bertindak balas."
🌸 Mari bersama membina budaya kerja yang positif, saling menghormati dan berintegriti. Kerana tempat kerja yang harmoni bermula dengan sikap setiap daripada kita.

🌿 *INFO KAUNSELOR MINGGU INI*✨ *Terus Melangkah Walau Usaha Tidak Dihargai*✨Kadang-kadang, kita telah berusaha sebaik mu...
12/07/2026

🌿 *INFO KAUNSELOR MINGGU INI*

✨ *Terus Melangkah Walau Usaha Tidak Dihargai*✨
Kadang-kadang, kita telah berusaha sebaik mungkin, namun tiada penghargaan. Ada masanya juga, kata-kata atau gosip lebih kuat kedengaran daripada usaha yang telah kita lakukan. Namun, jangan biarkan penghargaan orang lain menjadi ukuran nilai diri anda. Setiap usaha yang dilakukan dengan ikhlas dan amanah tetap mempunyai nilainya.πŸ’ž

*7 tips merawat hati apabila hilang motivasi bekerja:*

βœ… Betulkan niat.
πŸ† Raikan setiap pencapaian kecil.
πŸ—‘οΈ Jangan bawa "sampah emosi" sepanjang hari.
🀝 Cari "rakan cas semula" yang positif.
β˜• Rehat seketika, bukan mengalah.
🎯 Fokus pada impak, bukan hanya pujian.
❀️ Sebelum pulang, tanya diri: "Apakah satu perkara baik yang telah saya lakukan hari ini?"

Semoga perkongsian ini menjadi penguat semangat untuk terus melangkah, bekerja dengan hati yang tenang, dan memberi yang terbaik walaupun tidak semua usaha dihargai.


πŸ“’*INFO KAUNSELOR MINGGU INI*🌟*β€œJadilah seperti durian – di luar berduri, di dalam berharga.”*🌟Setiap daripada kita mempu...
06/07/2026

πŸ“’*INFO KAUNSELOR MINGGU INI*

🌟*β€œJadilah seperti durian – di luar berduri, di dalam berharga.”*🌟

Setiap daripada kita mempunyai keunikan, kekuatan dan nilai yang tersendiri. Seperti durian, kita mungkin perlu menetapkan sempadan untuk melindungi diri, namun hati dan akhlak yang baik adalah nilai sebenar yang menjadikan kita dihargai.

*Jadilah insan yang:*
✨ Mengenali potensi diri
✨ Menjaga maruah dan sempadan diri
✨ Memberikan manfaat kepada orang lain
✨ Berpegang pada nilai dan integriti
✨ Menghargai diri serta sentiasa berusaha menjadi lebih baik

πŸ“ŒIngatlah, jangan ubah diri semata-mata untuk disukai orang lain. Sebaliknya, perbaikilah diri agar menjadi versi terbaik diri sendiri.

❀️

02/07/2026

🌿 *JOM SERTAI PSYCHOLOGY TALK SERIES* 🌿

✨ *β€œAre You Okay? : Mind Matters ”*
πŸ“Œ *Siri 2: Overthinking Lagi? Jom Urus Anxiety Dengan Lebih Baik*

Pernah rasa terlalu banyak berfikir sampai susah nak tenang?
Mudah risau, overthinking sebelum tidur, jantung berdebar tanpa sebab atau rasa penat emosi walaupun hari baru bermula?

πŸ’­ Anxiety atau kebimbangan yang berlebihan boleh memberi kesan kepada emosi, fokus, pembelajaran dan kehidupan seharian jika tidak diurus dengan baik.

Jom sertai sesi perkongsian santai tetapi penuh manfaat ini untuk memahami:
βœ”οΈ Apa itu anxiety dan overthinking
βœ”οΈ Tanda-tanda anxiety yang sering diabaikan
βœ”οΈ Cara mengurus fikiran dan emosi dengan lebih sihat
βœ”οΈ Teknik mengurangkan overthinking dalam kehidupan harian

πŸ‘©β€πŸ« *Penceramah:*
*NOORUL ADILAH CHE HAMZAH*
Pegawai Psikologi Kanan
Pusat Kaunseling
Jabatan Hal Ehwal Pelajar
Universiti Utara Malaysia

πŸ“… *Tarikh:* 6 Julai 2026 (Isnin)
⏰ *Masa:* 11.00 pagi – 1.00 petang
πŸ’» *Platform:* Cisco Webex

πŸ”— *Pautan Webex:*
[Join Webex Session](https://uum.webex.com/uum/j.php?MTID=mb83967a5105b7c21b97dd880bb141869)

πŸŽ“ *Merit dan PBU disediakan*

πŸ“’ *Penyertaan terbuka kepada pelajar, staf dan sesiapa sahaja yang berminat.*

πŸ“ *Anjuran:*
Pusat Kaunseling
Jabatan Hal Ehwal Pelajar
Universiti Utara Malaysia

πŸ“Œ*INFO KAUNSELOR MINGGU INI*Pejam celik, dah masuk separuh tahun! 😱 Macammana perkembangan KPI anda? Dah hampir selesai ...
28/06/2026

πŸ“Œ*INFO KAUNSELOR MINGGU INI*

Pejam celik, dah masuk separuh tahun! 😱 Macammana perkembangan KPI anda? Dah hampir selesai atau masih dalam proses? Apa pun keadaannya, belum terlambat untuk terus melangkah! πŸ’ͺ✨

Ingat, kejayaan bukan tentang siapa yang paling laju, tetapi siapa yang terus konsisten.

*Jom amalkan 5 tips mudah:*
🎯 Tetapkan sasaran bulanan
πŸ—“οΈ Rancang tugasan lebih awal
⏰ Disiplin sedikit demi sedikit
πŸ“ˆ Semak kemajuan secara berkala
🀝 Berkomunikasi dan bekerjasama

πŸ’¬ "Jangan tunggu hujung tahun untuk mengejar KPI. Kemajuan kecil yang dilakukan setiap hari akan membawa kepada pencapaian yang besar."

Semoga setiap usaha yang dilakukan hari ini menjadi langkah menuju kejayaan esok. Teruskan bersemangat! πŸš€

πŸ“’πŸŽ“ *HEBAHAN PROGRAM AKADEMIK* πŸŽ“πŸ“’βœ¨ *SCORE MORE, STRESS LESS*✨*Strategi Bijak untuk Peperiksaan & Pointer Cemerlang*Adakah...
22/06/2026

πŸ“’πŸŽ“ *HEBAHAN PROGRAM AKADEMIK* πŸŽ“πŸ“’

✨ *SCORE MORE, STRESS LESS*✨
*Strategi Bijak untuk Peperiksaan & Pointer Cemerlang*

Adakah anda ingin meningkatkan prestasi akademik tanpa perlu berdepan tekanan yang berlebihan? Jom sertai program khas yang padat dengan perkongsian strategi pembelajaran berkesan, teknik menghadapi peperiksaan serta tips untuk mencapai keputusan akademik yang cemerlang!

πŸ“… *Tarikh: 23 Jun 2026 (Selasa)*
πŸ•£ *Masa: 8.30 pagi – 1.00 petang*
πŸ’» *Meeting Link* : https://uum.webex.com/uum/j.php?MTID=mfb69225626d4745e0e4ff57d84a6cf49

βœ… Penyertaan PERCUMA dan terbuka kepada:
πŸ“Œ Semua pelajar UUM yang ingin menjadi pelajar cemerlang
πŸ“Œ Staf yang ingin mendapatkan tip dan panduan membantu anak-anak mencapai kecemerlangan akademik
βœ… Merit & PBU disediakan

🌟 Jangan lepaskan peluang untuk mempelajari teknik belajar yang lebih efektif, merancang kecemerlangan akademik anda serta persediaan menghadapi peperiksaan !

πŸ“² *Daftar sekarang dengan mengimbas Kod QR pada poster atau click link berikut πŸ‘‰ https://forms.gle/HPVZhLfsADYewBmc7 *

πŸ“ž Untuk pertanyaan: https://www.wasap.my/+60198613181 (Diana)
Pejabat : 04-928 4065 / 4060

*Anjuran:*
Pusat Kaunseling
Jabatan Hal Ehwal Pelajar
Universiti Utara Malaysia

πŸ“’*INFO KAUNSELOR MINGGU INI*Pernah tak rasa baru beberapa hari dapat gaji, tiba-tiba baki akaun dah tinggal kenangan? πŸ₯ΉJ...
21/06/2026

πŸ“’*INFO KAUNSELOR MINGGU INI*

Pernah tak rasa baru beberapa hari dapat gaji, tiba-tiba baki akaun dah tinggal kenangan? πŸ₯Ή

Jom bezakan antara KEPERLUAN dan KEHENDAK supaya kewangan lebih terurus dan hati lebih tenang hingga hujung bulan.

Tips urus kewangan:
βœ… Bayar komitmen penting dahulu
βœ… Asingkan simpanan sebelum berbelanja
βœ… Belanja mengikut bajet, bukan ikut emosi
βœ… Tanya diri, β€œPerlu ke… atau sekadar mahu?”
πŸ’‘ Ingat, hari gaji bukan hari menghabiskan wang, tetapi hari mengurus wang dengan bijak.

Mulakan dengan langkah kecil hari ini untuk ketenangan kewangan pada masa hadapan. 🌿

πŸ“Œ Kongsikan dengan rakan dan keluarga. Semoga kita semua menjadi pengguna yang bijak dan lebih tenang mengurus kewangan.

19/06/2026

πŸ“’πŸŽ“ *HEBAHAN PROGRAM AKADEMIK* πŸŽ“πŸ“’

✨ *SCORE MORE, STRESS LESS*✨
*Strategi Bijak untuk Peperiksaan & Pointer Cemerlang*

Adakah anda ingin meningkatkan prestasi akademik tanpa perlu berdepan tekanan yang berlebihan? Jom sertai program khas yang padat dengan perkongsian strategi pembelajaran berkesan, teknik menghadapi peperiksaan serta tips untuk mencapai keputusan akademik yang cemerlang!

πŸ“… *Tarikh: 23 Jun 2026 (Selasa)*
πŸ•£ *Masa: 8.30 pagi – 1.00 petang*
πŸ’» *Platform: Webex*

🎀 *PANEL PENCERAMAH*

πŸ“˜ *Slot 1: Belajar Bijak, Skor Hebat!*
Dr. Zaidi bin Fadzil
Pengarah Pusat Kaunseling dan Kerjaya
merangkap Pensyarah Kanan,
Kulliyyah Kaunseling, Pendidikan dan Sains Sosial,
UniSHAMS

πŸ“™ *Slot 2: Jom Kejar Pointer Mantap!*
Puan Noorul 'Adilah binti Che Hamzah
Pegawai Psikologi Kanan,
Pusat Kaunseling,
Universiti Utara Malaysia

πŸ“• *Slot 3: Final Exam? Jom Buat Persiapan!*
Dr. Mohd. Nazri bin Baharom
Mantan Pensyarah Kanan,
Universiti Utara Malaysia

βœ… Penyertaan PERCUMA dan terbuka kepada:
πŸ“Œ Semua pelajar yang ingin menjadi pelajar cemerlang
πŸ“Œ Staf yang ingin mendapatkan tip dan panduan membantu anak-anak mencapai kecemerlangan akademik
βœ… Merit & PBU disediakan

🌟 Jangan lepaskan peluang untuk mempelajari teknik belajar yang lebih efektif, merancang kecemerlangan akademik anda serta persediaan menghadapi peperiksaan !

πŸ“² *Daftar sekarang dengan mengimbas Kod QR pada poster atau click link berikut πŸ‘‰ https://forms.gle/HPVZhLfsADYewBmc7 *

πŸ“ž Untuk pertanyaan: https://www.wasap.my/+60198613181 (Diana)
Pejabat : 04-928 4065 / 4060

*Anjuran:*
Pusat Kaunseling
Jabatan Hal Ehwal Pelajar
Universiti Utara Malaysia

Address

Pusat Kaunseling Uum
Sintok

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Sunday 08:00 - 17:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Kaunseling UUM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share