03/12/2025
RAHSIA MUDAHNYA SIJIL HALAL
Nor Aina Mhd Khotib & Syarifah Md Yusof, 2025
ISBN 978-629-491-242-7, 130 hlm., RM35.00
Proses permohon sijil halal selalu dianggap rumit dan menyukarkan. Namun, sebenarnya, dengan bimbingan yang betul, ia boleh menjadi mudah dan teratur.
Buku ini ditulis khas untuk anda yang pertama kali ingin memohon sijil halal atau ingin memahami proses permohonan pensijilan halal — sama ada anda usahawan kecil, pengusaha restoran, pengeluar produk, perunding halal atau pelajar dalam bidang halal. Dengan gaya penulisan santai dan contoh praktikal, buku ini membimbing anda langkah demi langkah dalam proses permohonan halal, menjelaskan dokumen yang diperlukan, menjawab persoalan yang sering timbul serta membongkar kesilapan yang sering dilakukan pemohon.
Disertakan juga isu semasa halal, penjelasan tentang peranan JAKIM dan JAIN serta tip untuk memastikan pematuhan berterusan. Inilah panduan praktikal yang anda perlukan untuk memahami dan menguruskan pensijilan halal dengan lebih yakin dan efisien.
Ringkas. Santai. Padat. Buku ini ialah kunci kepada kefahaman halal yang sebenar.
Pembelian dalam talian:
Kunjungi UUM Press Bookstore
Lot 8 & 9, Varsity Mall
Universiti Utara Malaysia
Maklumat Lanjut & Pertanyaan :
En. Mohammad Amzari bin Bakri
Seksyen Jualan, Pemasaran dan Media
UUM Press
Tel : 04-928 4818 / 011-57842906
Faks: 04 -928 4793
E-Mel: [email protected]