Penghayatan Etika & Peradaban - K14

Penghayatan Etika & Peradaban - K14 Tema : Etika dan Peradaban dalam konteks penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (untuk mencapai Kesepaduan Rakyat dalam kalangan rakyat Malaysia)

Assalammualaim, Salam Sejahtera dan Salam Biru Warna! πŸ’™πŸ“Œ [Poster Kumpulan 14]Ini ialah poster kumpulan kami bagi rumusan...
07/06/2021

Assalammualaim, Salam Sejahtera dan Salam Biru Warna! πŸ’™

πŸ“Œ [Poster Kumpulan 14]
Ini ialah poster kumpulan kami bagi rumusan/kesimpulan seluruh tajuk Teknologi Maklumat dan Komunikasi. Hasil daripada kesemua ahli kami, dapat menghasilkan satu poster yang padat dengan informasi.

πŸ“ŒSeperti yang sedia maklum, poster kumpulan, adalah pengeposan terakhir daripada kumpulan kami. Kami sangat berterima kasih kepada kesemua para pengikut halaman kami. Kami berharap anda dapat terus "Like" dan "Share" maklumat-maklumat terdahulu yang dikongsikan oleh kami.

πŸ“Œ Poster ini membincangkan secara menyeluruh tentang "ICT" dalam kalangan rakyat Malaysia. Sektor seperti "Kesepaduan Nasional", adalah salah satu pengaruh ICT yang memberi banyak kebaikan serta keburukan.

πŸ“Œ Sekali lagi, kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada para pengikut. Semoga berjumpa lagi! Salam Biru Warna daripada kumpulan 14, subjek MPU1013M Penghayatan Etika dan Peradaban, pelajar Universiti Utara Malaysia. 😊πŸ₯°πŸ’™β€

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Biru Warna! πŸ’™πŸ“Œ Minggu 8 (Pengeposan Terakhir) - ICT dalam Kesepaduan Nasional...
04/06/2021

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Biru Warna! πŸ’™

πŸ“Œ Minggu 8 (Pengeposan Terakhir) - ICT dalam Kesepaduan Nasional

πŸ“Œ Ini ialah minggu terakhir kami akan berkongsikan fungsi, matlamat dan seakatannya tentang ICT. Pada minggu ini, kami akan menekankan ICT terhadap kesepaduan nasional.

πŸ“Œ Potensi dan kesan sebenar ICT bukan sahaja terletak pada kemampuan industri dalam menggiatkan pertumbuhan negara, malah yang lebih penting adalah keupayaan ICT itu sendiri untuk mempertingkatkan keupayaan manusia dalam mengedalikan maklumat dan pengetahuan.

πŸ“Œ Seterusnnya, maklumat dan pengetahuan tersebut boleh digunakan bagi memperbaiki taraf sosial dan ekonomi individu, keluarga, masyarakat dan negara.

πŸ“Œ ICT adalah teknologi yang paling pervasive, yang berpotensi untuk mepengaruhi hampir kesemua kegiatan manusia. Maklumat itu sendiri merupakan faktor kritikal dalam pembangunan masyarakat dan individu. Oleh sebab kegiatan memproses maklumat merangkumi keseluruhan aktiviti manusia, maka ICT merupakan teknologi revolusioner kerana kemampuannya membawa perubahan yang besar kepada kos dan kualiti pemprosesan maklumat.

πŸ“Œ Kami berharap, kesemua para pengikut dapat menimba dan menerima info dan maklumat yang diberikan oleh kami selama kami berkongsikan tentang Teknologi Maklumat. Kami sangat berterima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca maklumat yang disampaikan oleh kami! πŸ₯°πŸ˜Šβ€πŸ’™

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Biru Warna πŸ’™πŸ“Œ Walaupun ICT diterima guna sebagai teknologi strategi bagi pemb...
04/06/2021

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Biru Warna πŸ’™

πŸ“Œ Walaupun ICT diterima guna sebagai teknologi strategi bagi pembangunan negara dan masyarakat, jarang sekali kita dengar kupasan mengenai peranannya sebagai pencetus atau penyokong pembangunan manusia.

πŸ“Œ ICT berupaya meningkatkan modal insan dengan membukakan peluang bagi rakyat untuk memperolehi ilmu dan pendidikan dengan lebih mudah. Dari sini akan timbul penggunaan kapasiti manusia secara lebih berkesan, terutama kuasa berfikir untuk mencapai pembangunan.

πŸ“Œ ICT membuka peluang untuk membekalkan infrastruktur dan kemudahan asas sosial dengan lebih berkesan.

πŸ“Œ ICT berupaya untuk menghubungkan pelbagai organisasi dan kumpulan yang tidak terhad oleh ruang dan masa, dan membawa peluang kepada pengurusan rancangan pembangunan yang lebih
rapi.

πŸ“Œ Terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca maklumat yang diberikan oleh kami! πŸ₯°

Assalammualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Biru Warna πŸ’™ πŸ“Œ Minggu 8 - ICT dalam Ekonomi Setelah  melihat  perubahan-peru...
03/06/2021

Assalammualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Biru Warna πŸ’™

πŸ“Œ Minggu 8 - ICT dalam Ekonomi
Setelah melihat perubahan-perubahan nilai dari aspek individu, keluarga dan masyarakt, perbincangan seterusnya akan melihat bagaimana ICT turut merubah sistem ekonomi. Internet adalah pemangkin kepada ekonomi berasaskan pengetahuan atau K-Ekonomi.

πŸ“Œ K-Ekonomi boleh ditakrifkan sebagai satu sistem ekonomi dimana penghasilan dan pengeksploitasian pengetahuan sebagai satu bahagian yang paling dominan bagi menjana kekayaan (David N. Abdulai, 2001).

πŸ“Œ ICT yang dilihat sebagai gaya hidup dalam kehidupan manusia pasca moden ini tidak sedikit memberikan impak nilai dalam komuniti. Perubahan-perubahan nilai dari perkara yang paling asas iaitu kerangka pemikiran masyarakat hingga kepada sistem ekonomi global. Melihat perubahan dalam kerangka pemikiran masyarakat, perubahan nilai akibat dari hadirnya teknologi ini dalam komuniti tidak kurang hebatnya berlaku.

πŸ“Œ Terima kasih sudi meluangkan masa membaca maklumat diberi. πŸ₯°πŸ’™β€οΈ

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Biru Warna πŸ’™πŸ“Œ Pada minggu ini, kami akan menekankan tajuk ICT dalam Ekonomi. ...
02/06/2021

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Biru Warna πŸ’™

πŸ“Œ Pada minggu ini, kami akan menekankan tajuk ICT dalam Ekonomi. Pertama sekali, apakah itu Ekonomi? Ekonomi ialah sesuatu bidang sains sosial yang mengkaji berkenaan individu dan masyarakat dalam membuat pilihan.

πŸ“Œ Ekonomi berasaskan pengetahuan akan menyediakan landasan
ke arah mengekalkan kadar pertumbuhan ekonomi yang pesat
dan meningkatkan daya saing antarabangsa untuk mencapai
objektif Wawasan 2020.

πŸ“Œ Malaysia perlu beralih daripada pengeluar produk dan
penyedia perkhidmatan ICT sederhana kepada pengeluar
produk dan perkhidmatan ICT yang terpilih dan meningkat
maju daripada pengimport bersih kepada pengeksport
bersih.

πŸ“Œ Terima kasih dan kami berharap para pengikut dapat menerima perkongsian kami tentang ICT dalam Ekonomi. πŸ₯°β€πŸ’™

Assalammualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Biru Warna πŸ’™πŸ“ŒMinggu 7- ICT dalam Perkhidmatan AwamSeperti yang dijanjikan, t...
30/05/2021

Assalammualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Biru Warna πŸ’™

πŸ“ŒMinggu 7- ICT dalam Perkhidmatan Awam
Seperti yang dijanjikan, topik kedua yang akan dibincangkan oleh kami ialah Teknologi Maklumat dalam Perkhidmatan Awam.

πŸ“Œ Kini, PKP memberikan impak besar kepada ekonomi negara dan kelancaran sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan. Negara mengalami penyusutan ekonomi dengan anggaran RM2 billion sehari. Sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan terus diperkasakan dengan memperkenalkan inisiatif kerajaan digital pada 2015 yang menekankan pendekatan baharu penyampaian perkhidmatan kerajaan.

πŸ“ŒMatlamat utama pelaksanaan agenda ini supaya harapan rakyat dapat dipenuhi seiring landskap semasa era digital masa kini. Dalam erti kata lain, pelaksanaan kerajaan digital bertunjangkan penyampaian perkhidmatan kerajaan mengutamakan elemen digital, sekali gus kekal memfokuskan rakyat.

πŸ“Œ Untuk info yang lebih mendalami tentang ICT dalam Perkhidmatan Awam, kami telah menyediakan poster-poster di bawah. Terima kasih β€οΈπŸ’™πŸ˜„

Assalammualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Biru Warna πŸ’™ πŸ“Œ Pada minggu ini, kami akan berkongsi topik ke-8 kami iaitu IC...
29/05/2021

Assalammualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Biru Warna πŸ’™

πŸ“Œ Pada minggu ini, kami akan berkongsi topik ke-8 kami iaitu ICT dalam Perkhidmatan Awam.

πŸ“Œ Menariknya minggu ini, 2 topik dibicarakan dan dikongsikan kepada para pengikut halaman ini,

πŸ“Œ Penggunaan teknologi komunikasi dan maklumat (ICT) membantu usaha pengurusan pembangunan dengan lebih cepat, cekap dan mampan serta menjadi keperluan kepada kemajuan di negeri ini.

πŸ“Œ Penggunaan komputer bukan sahaja dalam kalangan jabatan awam tetapi semua rakyat harus menguasai ICT sekiranya mahu merebut apa sahaja peluang pekerjaan yang ditawarkan pada masa sekarang.

πŸ“Œ Terima kasih kerana sudi menerima maklumat yang dikongsikan oleh kami πŸ€—β€οΈπŸ’™

Assalammualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Biru Warna! πŸ’™πŸ“Œ Minggu 7 - ICT DALAM PERTANIAN Pada minggu ini, kami akan mem...
28/05/2021

Assalammualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Biru Warna! πŸ’™

πŸ“Œ Minggu 7 - ICT DALAM PERTANIAN
Pada minggu ini, kami akan membincangkan tentang teknologi yang semakin canggih pada era moden ini dapat mengembangkan lagi sektor pertanian.

πŸ“Œ Kemajuan ICT bidang pertanian ini sering disebut dengan istilah electronic Agriculture ataupun e-Agriculture. Pada dasarnya e-Agriculture adalah penggunaan ICT dalam bidang pertanian.

πŸ“Œ ICT memainkan peranan yang penting dalam mewujudkan dan menyampaikan maklumat yang relevan dan tepat mengenai pertanian. Maklumat hasil daripada penelitian dan inovasi dalam bidang pertanian dapat membantu meningkatkan produktiviti dalam bidang pertanian, sehingga wujudnya sektor pertanian yang mampu membawa nama negara ke peringkat global.

πŸ“Œ Untuk info lebih tepat dan padat, kami telah menyediakan beberapa maklumat di bawah. Terima kasih πŸ€—β€οΈπŸ’™

Assalammualaikum, Salam Sejahtera & Salam Biru Warna! πŸ’™πŸ“Œ Pada minggu ini, kami akan merungkaikan maklumat-maklumat tenta...
28/05/2021

Assalammualaikum, Salam Sejahtera & Salam Biru Warna! πŸ’™

πŸ“Œ Pada minggu ini, kami akan merungkaikan maklumat-maklumat tentang ICT dalam Pertanian. Adakah teknologi pada masa kini dapat meningkatkan dan menambah baikkan dalam sektor pertanian?

πŸ“Œ Topik ini adalah topik yang sangat menarik akan kami membincangkan kebaikan teknologi lebih alternatif daripada tradisional.

πŸ“Œ Sektor-sektor pertanian di Malaysia sangat luas dan besar, jadi apakah mesin yang digunakan untuk mempercepatkan urusan pertanian tersebut? Nantikan maklumat penuh tentang pertanian petang ini!

πŸ“Œ Kami sangat berterima kasih kerana terus menyokong dan memberi semangat serta konsisten terhadap β€œposting” kumpulan kami. Ikhlas tulus kasih ilmu diberi oleh kami β˜ΊοΈβ€οΈπŸ’™

Assalammualaikum, Selamat Sejahtera & Salam Biru Warna! πŸ’™πŸ“Œ Minggu 6 - ICT dalam Perubatan.Pada era moden yang semakin ca...
21/05/2021

Assalammualaikum, Selamat Sejahtera & Salam Biru Warna! πŸ’™

πŸ“Œ Minggu 6 - ICT dalam Perubatan.
Pada era moden yang semakin canggih dengan teknologi-teknologi yang kian memberi impak besar kepada rakyat, kini, teknologi dapat membantu orang ramai memahami tentang perubatan.
πŸ“Œ Penyakit seperti tuberculosis dapat dikesan dengan bantuan teknologi. Ini memberi banyk kebaikan terutamanya kepada orang yang mengalami penyakit yang susah dikesan.
πŸ“Œ Oleh yang sedemikian, kami berharap anda dapat menimba dan meningkatkan lagi pemahaman tentang ICT dalam perubatan dengan maklumat yng disampaikan oleh kami. Terima kasih πŸ€—β€οΈπŸ’™

Assalamualaikum, Salam Sejahtera & Salam Biru Warna! πŸ’™πŸ“ŒPada Minggu ini, kami akan membincangkan tentang ICT dalam Peruba...
20/05/2021

Assalamualaikum, Salam Sejahtera & Salam Biru Warna! πŸ’™

πŸ“ŒPada Minggu ini, kami akan membincangkan tentang ICT dalam Perubatan! Adakah teknologi yang serba canggih pada zaman moden ini dapat membantu dan memberi kebaikan kepada orang ramai? Kami telah mengkaji dengan lebih mendalam tentang hal ini dan ternyata, ICT adalah salah satu alternatif untuk masyarakat mengenali tentang perubatan dengan lebih mendalam.

πŸ“Œ Sebagai contoh, kita sedang mengalami virus sangat berbahaya iaitu dikenali dengan Corona Virus. Media sosial telah menyebarkan banyak tentang virus ini bagi orang ramai memahami dan dapat membanteras penyakit ini.

πŸ“Œ Kami sangat berterima kasih kepada pengikut halaman kami kerana sudi menerima serba banyak maklumat dan ilmu yang telah dilimpahkan oleh kami. β€πŸ˜ŠπŸ’™

Assalammualaikum, Salam Sejahtera & Salam Biru Warna! πŸ’™ πŸ“Œ Minggu 5 - Ucapan Hari Raya, walaupun berjauhan, ICT tetap dap...
12/05/2021

Assalammualaikum, Salam Sejahtera & Salam Biru Warna! πŸ’™

πŸ“Œ Minggu 5 - Ucapan Hari Raya, walaupun berjauhan, ICT tetap dapat mengeratkan silaturahim melalui media sosial.

πŸ“Œ Seperti yang harap maklum, wabak Covid-19 yang semakin teruk pada musim raya ini telah mengakibatkan kita tidak dapat pulang ke kampung halaman masing-masing.

πŸ“Œ Walaubagaimanapun, teknologi canggih pada zaman moden ini dapat menghubungkan antara satu sama lain. Contohnya, penggunaan β€œVideo Call” beramai-ramai dengan ahli keluarga yang jauh.

πŸ“Œ Kami mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin!

Address

Universiti Utara , Uum Sintok
Sintok
06010

Telephone

+601121720288

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Penghayatan Etika & Peradaban - K14 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Penghayatan Etika & Peradaban - K14:

Shortcuts

Share