29/05/2023
Tajuk: Statistik Penyalah Guna dan Penagih Dadah pada Tahun 2021 dan 2022
📢 Berdasarkan data yang didapati melalui Agensi Antidadah Kebangsaan Malaysia (AADK), jumlah penyalah guna dan penagih dadah di Malaysia menunjukkan trend yang semakin meningkat. Jumlah penyalah guna dan penagih dadah telah meningkat daripada 123,139 orang pada tahun 2021 kepada 129,092 orang pada tahun 2022, iaitu berlaku peningkatan sebanyak 5,913 orang atau bersamaan 4.8%.
📢 Jika dilihat mengikut kategori umur, majoriti penyalah guna dan penagih dadah adalah belia yang berumur 19 hingga 39 tahun. Perbandingan antara tahun 2021 dengan 2022 juga menunjukkan kategori dewasa yang berumur 40 tahun dan ke atas mencatatkan peningkatan tertinggi, dari 39,959 orang pada tahun 2021 kepada 45,325 orang pada tahun 2022, iaitu peningkatan sebanyak 5,366 orang bersamaan 1.43%.
📢 Pada tahun 2022, rekod mencatatkan bahawa majoriti bangsa Melayu terlibat dalam penyalahgunaan dadah, iaitu sebanyak 80.2%, diikuti Cina (6.8%), India (6..8%), Pribumi Sabah (4.3%), Pribumi Sarawak (2.1%) dan lain-lain (0.7%). Perbandingan antara tahun 2021 dan 2022 menunjukkan penurunan peratusan bagi bangsa Pribumi Sabah dan lain-lain. Manakala bagi bangsa Melayu, Cina, India, Pribumi Sarawak semuanya menunjukkan peningkatan. Bagi kategori dadah, Amphetamine-Type Stimulants (ATS) mencatat bilangan pengambilan tertinggi, diikuti Opiat, G***a, lain-lain dan Pil Psikotropik.
📣 Setelah mengetahui data sebenar tentang bilangan penagih dadah di Malaysia, apakah jenis dadah yang biasanya diguna oleh penagih dadah? Marilah nantikan posting seterusnya.
Nama: Pua Yan Li
Nombor Matrik: 287316