Kumpulan 10 - Jaminkah keselamatan pengguna siber

Kumpulan 10 - Jaminkah keselamatan pengguna siber MPU1013 A221 (M) - KUMP 10

Ingat! sebelum anda melakukan transaksi online atau anda dihubungi oleh penjenayah siber, pastikan anda semak dahulu nom...
31/12/2022

Ingat! sebelum anda melakukan transaksi online atau anda dihubungi oleh penjenayah siber, pastikan anda semak dahulu nombor akaun dan nombor telefon tersebut. Ini merupakan cara untuk anda semak;

1. Pergi ke laman web Jabatan Siasatan Jenayah Komersial https://semakmule.rmp.gov.my/
2. Pilih kategori yang anda hendak semak iaitu akaun bank atau nombor telefon.
3. Masukkan maklumat akaun bank atau nombor telefon 'scammer'.
4. Masukkan maklumat Captcha dan tekan butang semak maklumat.

Dengan menggunakan cara ini, anda boleh memastikan bahawa anda tidak terperangkap oleh aktiviti penipuan yang dilakukan oleh scammer. Selain itu, anda juga boleh membantu pihak berkuasa dalam menangani aktiviti penipuan tersebut dengan memberi maklumat yang sah dan tepat.

NAMA: MUHAMMAD ZULHILMI BIN MUHAMMAD ZAHRI
NO. MATRIK: 295706

Antara cara bagi mengatasi isu jenayah siber yang berlaku di era moden ini adalah:1.   Sentiasa Mengemaskini Perisian Ke...
25/12/2022

Antara cara bagi mengatasi isu jenayah siber yang berlaku di era moden ini adalah:
1. Sentiasa Mengemaskini Perisian Keselamatan
Perisian keselamatan merupakan satu jenis perisian yang berfungsi untuk mengawal akses pihak ketiga, memberikan perlindungan data, melindungi sistem dari virus atau gangguan jaringan internet serta mempertahankan risiko keselamatan sistem lain. Oleh itu, pengguna internet mesti muat turun dan sentiasa mengemaskini perisian keselamatan seperti antivirus atau anti-spyware yang terkini. Pengguna internet juga haruslah mengelakkan daripada menggunakan perisian keselamatan yang telah tamat tempoh kerana ia mungkin tidak dapat melindungi data anda.

2. Beretika Menggunakan Internet Dan Media Sosial
Penggunaan internet secara beretika adalah penting. Hal ini dikatakan demikian kerana pengguna internet harus sentiasa berhati-hati semasa menggunakan media sosial supaya tidak mendedahkan sebarang maklumat rasmi. Oleh itu, sebarang kata laluan rasmi seperti kata laluan bank akaun mestilah tidak sama dengan kata laluan media sosial. Elakkan daripada menggunakan wifi umum yang tidak diketahui tahap keselamatannya untuk melaksanakan kerja-kerja rasmi juga perlu diambil perhatian dan sentiasa memastikan log keluar daripada sebarang akaun apabila tidak digunakan lagi.

3. Laporkan Kepada Pihak Berkuasa
Sekiranya menghadapi dengan penipuan internet atau di ‘scam’, pengguna internet yang menjadi mangsa haruslah terus membuat laporan kejadian tersebut dengan segera kepada pihak berkuasa agar didapat bantuan. Selain itu, pastikan laporan dibuat sekiranya terdapat kebocoran maklumat, kehilangan sebarang aset Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) atau lain-lain insiden jenayah siber kepada pihak berkuasa atau pihak bahagian teknologi maklumat untuk melakukan siasatan selanjutnya.

NAMA: GOH MING HUI
NO. MATRIK: 293387

1. Peningkatan kawalan keselamatan.Para pengguna boleh meningkatkan kawalan keselamatan dengan menggunakan anti-virus. K...
16/12/2022

1. Peningkatan kawalan keselamatan.
Para pengguna boleh meningkatkan kawalan keselamatan dengan menggunakan anti-virus. Kerjasama Cybersecurity Malaysia dengan Pasukan Respons Kecemasan Asia Pasifik (APECERT) bagi meningkatkan keselamatan sistem perlu diteruskan. Pihak bank perlu menyediakan kawalan ketat ketika membuat pindahan akaun melalui internet. Kerajaan perlu mewujubkan badan penapisan khas bagi menapis laman web palsu di internet.
2. Memperkasakan penguatkuasaan undang-undang
Jenayah siber boleh diatasi melalui penggubalan undang-undang yang tegas terhadap penjenayah siber. Misalnya, dengan memperkasakan lagi Dasar Keselamatan Siber Negera 2016. Badan penguatkuasa undang-undang juga harus meningkatkan kefahaman mengenai jenayah siber. Misalnya, melalui kerjasama Cybersecurity Malaysia dengan negara Korea Selatan dalam membantu polis dan mahkamah melakasanakan siasatan, tangkapan dan pendakwaan terhadap penjenayah siber.
3. Gunakan kata laluan
Para pengguna boleh menggunakan kata laluan untuk melindungi data peribadi. Hal ini demikian kerana kata laluan yang kukuh mengandungi huruf, nombor dan simbol agar dapat memastikan keselamatan maklumat peribadi dilindungi. Pihak bank juga menggalakan pengguna untuk menukar kata laluan sekurang-kurangnya 6 bulan sekali supaya akaun kewangan anda tidak diceroboh oleh jenayah siber.
4. Memberikan kesedaran melalui kempen dan iklan
Kempen melalui iklan di media cetak mahupun digital merupakan salah satu sebaran yang paling cepat kepada para pengguna tentang cara-cara mengatasi jenayah siber. Kempen dapat mendedahkan langkah-langkah mengatasi jenayah siber supaya masyarakat dapat berfikir secara rasional sebelum bertindak. Oleh itu, setiap masalah yang berkaitan dengan jenayah siber perlu dikongsi kepada para pengguna supaya menjadi rujukan dan pengajaran.

Nama: Yap Cai Ling
No.matrik: 292324

11/12/2022

Jenayah siber semakin berleluasa dalam masyarakat kini dan telah mendatangkan pelbagai kesan kepada kita terutamanya individu masing-masing. Antara kesan jenayah siber terhadap individu ialah :

1. Mencemarkan nama baik seseorang akibat penyebaran fitnah yang tidak benar
Pengguna siber yang berniat jahat mengambil kesempatan untuk menyebarkan fitnah dan berita palsu tentang seseorang individu. Tindakan ini akan menjejaskan nama baik individu dan menjatuhkan maruahnya kerana reputasi individu telah dirosakkan oleh fitnah.

2. Memudaratkan pemikiran dan membazirkan masa
Kes-kes jenayah siber yang melibatkan penipuan akan mempengaruhi sesetengah pengguna siber yang berfikiran kurang matang untuk mengajuk jenayah siber yang dilihat. Masa yang sepatutnya digunakan untuk aktiviti bermanfaat juga dibazirkan.

3. Maklumat peribadi dan privasi individu digodam dan terdedah
Penjenayah siber yang terlibat dalam penggodaman maklumat pengguna siber akan menyalahgunakan maklumat peribadi individu seperti biodata individu dan gambar. Privasi individu terdedah dan keselamatan individu juga akan terancam.

4. Kerugian kewangan akibat penipuan siber
Penipuan siber melalui penggodaman online banking, telefon pintar dan hipnosis semasa panggilan telefon mengakibatkan individu untuk mengalami kerugian dari pelbagai aspek terutamanya dari segi kewangan tanpa disedari. Simpanan bertahun-tahun individu hilang sekelip mata juga menjejaskan kehidupan seharian dan emosi individu.

Nama : Ooi Ching Ting
No.matrik : 292287

Kesan-kesan jenayah siber kepada masyarakat :1.  Penyebaran makumat yang tidak tepatHanya dengan satu klik sahaja, pengg...
09/12/2022

Kesan-kesan jenayah siber kepada masyarakat :

1. Penyebaran makumat yang tidak tepat
Hanya dengan satu klik sahaja, pengguna bebas dalam menyampaikan dan menerima maklumat tanpa ditapis kebenarannya dan hal ini akan memberi kemudahan kepada jenayah siber.
2. Merugikan banyak pihak
Terdapat mangsa yang mengalami kerugian sehingga mencecah angka jutaan ringgit akibat penjenayah menggunakan teknologi maklumat (ICT) untuk melakukan penipuan.
3. Informasi perbankan organisasi mudah digodam
Laman sesawang yang menggunakan aplikasi online ini juga akan menerima ancaman daripada penjenayah siber dengan menggodam maklumat sulit organisasi untuk membantutkan operasi organisasi tersebut.

Nama : Intan Nur Ain Binti Abdul Hamid
Nombor Matrik : 292171

Kesan-kesan jenayah siber kepada negara1. Peningkatan Indeks JenayahBilangan kes jenayah siber yang semakin meningkat tu...
04/12/2022

Kesan-kesan jenayah siber kepada negara
1. Peningkatan Indeks Jenayah
Bilangan kes jenayah siber yang semakin meningkat turut meningkatkan jumlah kes jenayah dalam negara. Hai ini demikian kerana tahap teknologi pada zaman sekarang yang semakin meningkat dan dikuasai oleh kebanyakan manusia. Tambahan p**a, jenayah siber adalah sukar dikesan dan dijejaki sekiranya penjenayah mempunyai kemahiran penggodaman yang hebat.
2. Menjejaskan Imej Negara
Jenayah siber yang berlaku dalam negara memberikan gambaran negatif dalam kaca mata masyarakat antarabangsa. Keadaan ini tidak menggalakkan pelabur dan pelancong asing. Kesannya, pelaburan dan pendapatan negara akan berkurang.
3. Menjejaskan Keselamatan dan Kedaulatan Negara
Pelbagai berita palsu, fitnah, khabar angin, dan mogok, setelah tersebar ke luar negara melalui Internet, akan menjadi peluang bagi negara yang bermusuhan untuk menyerang negara kita. Selain itu, penggodam yang berkemahiran tinggi milik negara lain mampu menceroboh sistem pertahanan dan keselamatan negara, dan diserang sebagai kelemahan negara kita.
4. Kerugian Kewangan
Penjenayah telah mengambil peluang sistem keselamatan Malaysia yang lemah, kerana aktiviti mereka sukar dijejaki oleh pihak berkuasa. Dari Ogos 2021 hingga Julai 2021, sepanjang tahun ini sebanyak 20000 kes jenayah siber direkodkan dan kes-kes tersebut melibatkan jumlah kerugian kewangan sebanyak RM560 juta.

Nama: Chiah Ying Xuan
No. matrik: 292085

SIKAP MANUSIA YANG SUKAR DIKAWALSeterusnya, sikap manusia yang sukar dikawal juga menjadi faktor peningkatan jenayah. Ha...
30/11/2022

SIKAP MANUSIA YANG SUKAR DIKAWAL

Seterusnya, sikap manusia yang sukar dikawal juga menjadi faktor peningkatan jenayah. Hal ini kerana, jenayah siber sering dilakukan oleh mereka yang mempunyai kelakuan yang negatif. Menjadi kebiasaan mereka menyerang sistem bertujuan hanya suka-suka ataupun ingin mencuba ilmu yang baru dipelajari. Kebanyakan mereka ini adalah golongan muda dalam kalangan 20-an. Dimana mereka berada difasa sikap yang sukar dikawal dan perasaan ingin tahu yang mendalam untuk mencuba perkara yang baru. Mereka ini belum cukup matang untuk berfikir tentang akibat yang akan dikenakan terhadap mereka atas jenayah yang dilakukan. Meskipun mereka tidak menggangap kelakuan ini sebagai satu jenayah akan tetapi tindakan ini secara tidak langsung akan menjejaskan sistem-sistem sasaran mereka. Sekiranya sikap ini diteruskan, ia akan menjadi satu ketagihan dalam diri mereka. Oleh itu, tindakan yang sewajarnya perlu dikenakan kepada mereka yang melakukan jenayah siber ini.

Nama : Nur Athirah Binti Mohd Khairuizam
Matriks : 291518

* Keinginan menjadi kaya melalui jalan pintasSelain itu, keinginan sesetengah orang untuk mengambil jalan pintas untuk m...
21/11/2022

* Keinginan menjadi kaya melalui jalan pintas

Selain itu, keinginan sesetengah orang untuk mengambil jalan pintas untuk menjadi kaya juga menjadi faktor peningkatan jenayah siber. Oleh itu, ada di antara mereka yang sanggup menipu orang ramai di Internet, contohnya, mereka berpura-pura menjadi pemungut cukai untuk menipu kump**an orang tertentu.Penipu akan merancang dan menyamar dengan teliti untuk memastikan penipuan mereka dapat dilakukan dengan jayanya dan dapat duit yang banyak.Jelaslah bahawa , dilihat sebilangan kecil orang menjadi kaya dalam sekelip mata adalah antara punca peningkatan jenayah siber.

NAMA :NUR SHAFIQAH BINTI SHIRAFAZ ALI
NO MATRIK : 291514

PUNCA PUNCA BERLAKUNYA JENAYAH SIBERPenggunaan media sosial Penggunaan media sosial yang lebih tinggi ketika pelaksanaan...
12/11/2022

PUNCA PUNCA BERLAKUNYA JENAYAH SIBER

Penggunaan media sosial

Penggunaan media sosial yang lebih tinggi ketika pelaksanaan bekerja dari rumah dilihat menjadi antara punca berlakunya peningkatan kes jenayah siber di Malaysia sejak kebelakangan ini. Susulan keadaan itu sekali gus menjadikan rakyat di negara ini sasaran penjenayah tersebut. Sebagai contoh, kes penipuan di internet seperti Macau Scam, Love Scam, pinjaman tidak wujud dan penipuan SMS telah menelan kerugian hampir ratusan juta ringgit.

Desakan hidup yang serba kekurangan

Jenayah siber ini boleh terjadi disebabkan oleh desakan hidup yang serba kekurangan. Walaupun negara kita semakin maju ke hadapan, namun masih terdapat individu yang hidup dalam kesusahan bak kata peribahasa kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Situasi ini akan memaksa mereka melakukan jenayah siber untuk mendapatkan wang tanpa menghiraukan kesannya kepada orang lain, Contohnya, menggodam akaun bank orang lain untuk mendapatkan wang mereka secara haram.

Pengguna tidak memasang sekuriti

Seterusnya, jenayah siber boleh berlaku disebabkan pengguna tidak memasang sekuriti atau kata laluan dalam proses transaksi pembayaran secara atas talian. Laman web yang tidak rasmi dalam proses perbankan atas talian secara tidak langsung boleh mendedahkan kata laluan kepada penjenayah siber. Hal ini memudahkan penjenayah siber untuk menggodam atau mencuri maklumat perbankan pengguna. Akibatnya, mereka akan terdedah kepada risiko kehilangan wang dalam akaun peribadi. Tegasnya, memasang sistem keselamatan dalam proses transaksi pembayaran atas talian amat penting supaya kita tidak menjadi mangsa kepada penjenayah siber.

NAMA : NAANDEENI A/P BALACHANDRAN
NO MATRIK : 291503

PENGENALAN  Dalam era globalisasi dengan kemajuan sains dan teknologi telah mendatangkan kemudahan dan kesenangan dalam ...
04/11/2022

PENGENALAN

Dalam era globalisasi dengan kemajuan sains dan teknologi telah mendatangkan kemudahan dan kesenangan dalam melakukan urusan seharian mahupun urusan kerja. Namun begitu keburukan dan bahaya juga tidak dapat dielakkan. Ini berlaku apabila ada pihak yang tidak bertanggungjawab telah menyalahgunakan kemajuan sains dan teknologi demi memenuhi kepentingan diri dan keuntungan. Kemudahan siber merupakan antara kemajuan sains dan teknologi yang terdedah kepada penyalahgunaan pihak yang tidak bertanggungjawab. Penyalahgunaan inilah yang mewujudkan satu bentuk jenayah iaitu jenayah siber.

Jenayah siber merupakan suatu bentuk perlakuan jenayah yang menggunakan sebarang jenis peranti elektronik melalui sambungan perkhidmatan internet yang membolehkan sesebuah perlakuan jenayah dilakukan sama ada ia melibatkan seseorang individu atau sekump**an orang serta mampu menjangkaui batasan dari sesebuah negara ke negara yang lain dalam tempoh masa yang singkat dan tidak terhad batasan. Jenayah siber merupakan suatu bentuk jenayah moden yang wujud pada zaman ini di mana ia tidak lagi seperti jenayah pada zaman dahulu yang hanya terhad kepada persekitaran fizikal sahaja, namun kini ia telah menjangkaui kepada perlakuan jenayah melalui alam siber dengan menggunakan teknologi komputer.

NAMA: NOOR LIANAH BINTI SULTAN MYDIN
NO MATRIK: 291467

Address

UUM
Sintok
06010

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kumpulan 10 - Jaminkah keselamatan pengguna siber posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share