Penghayatan Etika dan Peradaban-W Kumpulan4

Penghayatan Etika dan Peradaban-W Kumpulan4 Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Penghayatan Etika dan Peradaban-W Kumpulan4, Education Website, 06010 UUM Sintok Kedah Darul Aman, Sintok.

Tajuk:Ketagihan Belia Terhadap Media SosialšŸ“±
19/12/2022

Tajuk:Ketagihan Belia Terhadap Media SosialšŸ“±

DISEDIAKAN OLEH:NAMA:HENG ZI YINNO.MATRIK:293461Apakah yang dimaksudkan dengan penderaan kanak-kanak?Penderaan kanak-kan...
05/12/2022

DISEDIAKAN OLEH:
NAMA:HENG ZI YIN
NO.MATRIK:293461

Apakah yang dimaksudkan dengan penderaan kanak-kanak?

Penderaan kanak-kanak didefinisikan sebagai satu pencabulan atau pelanggaran yang serius terhadap hak kanak-kanak untuk berkembang dalam keadaan sihat dan bermaruah di samping menyebabkan risiko dalam kelangsungan hidup mereka. Kin isu penderaan kanak-kanak di Malaysia p**a semakin hari semakin meningkat, malah isu ini juga terpapar dan terdengar di media massa seperti berita, surat khabar serta media sosial. Justeru, isu ini patut dititikberatkan kerana hal ini secara tidak langsung memberi impak yang negatif terhadap generasi muda hari ini yang melanda kanak-kanak dari pelbagai sudut termasuklah penderaan.

Siapakah yang dimaksudkan dengan kanak kanak?

Kanak-kanak didefinisikan sebagai seseorang yang di bawah umur 18 tahun seperti yang termaktub dalam Akta Kanak-Kanak 2001 (pindaan 2016).

Penderaan Kanak-kanak secara amnya dibahagikan kepada empat jenis penderaan termasuk :
o Penderaan fizikal
o Penderaan seksual
o Penderaan emosi
o Pengabaian

Oleh itu, kanak-kanak harus dipelihara dan dididik dengan baik dan penuh kasih sayang agar mereka dapat berkembang sebagai individu yang boleh menyumbang kepada agama, negara dan bangsa kerana mereka adalah bakal mewarisi serta mencorakkan masa hadapan negara. Semua pihak perlu memainkan peranan masing-masing supaya kes penderaan kanak-kanak dapat ditangani dengan secepat mungkin.

Disediakan oleh:NAMA: NURSHAHIDATUL NABILA BINTI MUSTAPANO MATRIK: 293757STATISTIK KES PENDERAAN KANAK-KANAK DI MALAYSIA...
05/12/2022

Disediakan oleh:

NAMA: NURSHAHIDATUL NABILA BINTI MUSTAPA
NO MATRIK: 293757

STATISTIK KES PENDERAAN KANAK-KANAK DI MALAYSIA.

Kanak-kanak adalah aset penting negara. Menurut Jabatan Perangkaan Negara pada tahun 2019 dianggarkan terdapat 9.3 juta kanak-kanak yang berusia 18 tahun ke bawah di Malaysia. Jumlah ini merupakan hampir 30% dari penduduk di negara ini. Namun saban tahun p**a kita menyaksikan peningkatan kes penderaan dan pengabaian kanak-kanak.

Menurut sumber Jabatan Kebajikan Masyarakat, pada tahun 2015 terdapat 4453 kes penderaan kanak-kanak dilaporkan. Angka ini meningkat kepada 4982 kes pada 2016, dan 5537 kes pada tahun 2017

Ibu bapa memainkan peranan yang paling utama bagi memastikan hak kanak-kanak sebagai individu dilindungi, serta kebajikan dan keselamatan mereka terjaga.

Banyak kajian menunjukkan 5 tahun awal kanak-kanak mempengaruhi tingkah laku dan personaliti kanak-kanak apabila dewasa kelak.

Disediakan oleh: NAMA: BATRISYIA AINI BINTI BUJAININO MATRIK: 293091Jenis penderaan kanak-kanak yang berlaku di Malaysia...
05/12/2022

Disediakan oleh:
NAMA: BATRISYIA AINI BINTI BUJAINI
NO MATRIK: 293091

Jenis penderaan kanak-kanak yang berlaku di Malaysia

1.Penderaan Fizikal

•Kecederaan fizikal (dari kecederaan ringan sehingga kecederaan teruk seperti patah atau kematian) yang disebabkan oleh tumbukan, tamparan, sepakan, pukulan (menggunakan tangan, kayu, atau sebarang objek),atau apa-apa sahaja tindakan yang boleh mencederakan kanak-kanak sehingga terdapat bukti seperti luka, calar, melecet, berparut, patah atau kecederaan tulang TIDAK KIRA SAMA ADA PENJAGA BERNIAT UNTUK MENCEDERAKAN KANAK-KANAK ATAU TIDAK.

2.Penderaan Emosi

•Berlaku apabila seseorang kanak-kanak dicederakan dari segi emosi yang menyebabkan gangguan yang boleh dilihat pada fungsi mental atau emosi kanak-kanak itu seperti kecelaruan mental atau tingkah laku, keresahan, kemurungan, penyendirian dan perkembangan lambat. Penderaan emosi adalah seperti mengurung kanak-kanak di dalam almari gelap, menolak perawatan untuk kanak-kanak, memperkecil dan memalukan mereka.

3.Penderaan Seksual

•Sebarang aktiviti yang bermaksud untuk mendapat kepuasan dan memenuhi kehendak orang dewasa atau kanak-kanak remaja di mana mengikut umur atau perkembangan boleh mengambil tanggungjawab dan dipercayai. Berlaku apabila seseorang kanak-kanak teraniaya dan menjadi mangsa sama ada sebagai peserta atau pemerhati bagi memenuhi nafsu seks seseorang.

4.Pengabaian (Neglect)

•Kegagalan secara berterusan dan serius untuk menyediakan keperluan asas fizikal, emosi dan pembangunan dari segi kesihatan, pendidikan, perkembangan emosi, nutrisi, tempat perlindungan dan kehidupan yang selamat untuk kanak-kanak.

There’s no such thing as someone else’s child. Semua kanak-kanak adalah anak-anak kita.

Disediakan oleh; NAMA: NOOR ALIAH BINTI ZULKIFLINO. MATRIK: 293794FAKTOR BERLAKUNYA KES PENDERAAN KANAK-KANAKBerdasarkan...
05/12/2022

Disediakan oleh;
NAMA: NOOR ALIAH BINTI ZULKIFLI
NO. MATRIK: 293794

FAKTOR BERLAKUNYA KES PENDERAAN KANAK-KANAK

Berdasarkan kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) terdapat sebanyak 1,055 kes penderaan yang melibatkan kanak-kanak di seluruh negara telah direkodkan dalam tempoh 6 bulan pertama tahun ini. Mengapakah fenomena ini berlaku? Apakah salah dan silap yang dilakukan oleh anak kecil tersebut sehingga diperlakukan sedemikian? Terdapat beberapa faktor yang mendorong berlakunya kes penderaan kanak-kanak.

1)Tekanan yang dialami oleh ibu bapa
Hal ini dapat dikaitkan dengan tekanan yang dihadapi oleh ibu bapa kerana masalah kewangan seperti dihujani hutang, urusan di tempat kerja dan hubungan suami isteri yang bermasalah. Kesemua tekanan itu akhirnya akan membawa kepada stres dan rasa marah yang membuak-buak sehingga sanggup menjadikan anak-anak mereka sebagai mangsa sepak terajang bagi melepaskan segala kekusutan yang ada.

2)Kurang ilmu keibubapaan
Menurut kajian, kebanyakan ibu bapa kini berkahwin pada usia yang muda iaitu 17tahun. Mereka yang masih 'setahun jagung' ini tidak berpengalaman dan belum benar-benar bersedia untuk menempuh alam rumah tangga cenderung untuk melakukan penderaan. Tambahan p**a, mereka masih ingin mengekalkan kebebasan yang dinikmati ketika bujang namun dihalang oleh tanggungjawab terhadap anak-anak. Apabila diuji dengan karenah anak-anak mereka mudah marah dan bertindak melulu dengan memukul anak-anak.

3)Ketagihan dadah / arak
Banyak kes penderaan kanak-kanak berlaku disebabkan oleh ibu bapa yang mempunyai ketagihan terhadap dadah dan arak. Ketagihan ini menyebabkan mereka hilang pertimbangan dan perikemanusian. Contohnya,apabila mereka tidak dapat apa yang diingini maka anak-anaklah yang menjadi mangsanya. Seperti yang kita ketahui, kesan dadah / arak akan menyebabkan si penagih khayal dan lupa diri jadi tidak hairanlah jika mereka bertindak diluar kawalan dengan menyeksa dan memukul anak-anak mereka.

Disediakan oleh:NAMA: HUANG JUN YINO MATRIK: 293410HUKUMAN TERHADAP PELAKU BERDASARKAN UNDANG-UNDANGKes penderaan kanak-...
05/12/2022

Disediakan oleh:
NAMA: HUANG JUN YI
NO MATRIK: 293410

HUKUMAN TERHADAP PELAKU BERDASARKAN UNDANG-UNDANG

Kes penderaan kanak-kanak sememangnya sering berlaku bahkan mungkin masih ada yang belum dilaporkan kepada pihak berkuasa.
Antara hukuman-hukuman penderaan kanak-kanak ialah:

1) Mendera, tapi tak cedera:
Penjara maksima 1 tahun, denda tak lebih RM2000 (Seksyen 323 Kanun Keseksaan)

2) Mendera, sampai cedera parah/hampir mati:
i- Penjara maksima 7 tahun dan denda (Seksyen 325 KK)
Dan/Atau
ii- Penjara 12 tahun (Seksyen 307 KK)
Dan/Atau
iii- Penjara maksima 10 tahun, atau/dan denda tak lebih RM20,000 (Seksyen 31(1)
(a) Akta Kanak-Kanak)

3) Mendera pakai senjata, tapi tak mati:
i- Penjara maksimum 10 tahun atau sebat (Seksyen 324 KK)
Dan/Atau
ii- Penjara maksimum 12 tahun (Seksyen307 KK)
Dan/Atau
iii- Penjara maksima 10 tahun, atau/dan denda tak lebih RM20,000 (Seksyen 31(1)
(a) Akta Kanak-Kanak)

4) Mendera sampai mati, tapi deraan tu kebiasaannya tidaklah mengakibatkan kematian:
Penjara maksimum 30 tahun dan denda
(Seksyen 304 (a) KK)

5) Mendera sampai mati, dan deraan tu kebiasaannya memang akan akibatkan kematian:
Hukum mati (Seksyen 302 KK)

Disediakan oleh:NAMA:LAU YING HUINO MATRIK:293532KESAN PENDERAAN FIZIKAL TERHADAP KANAK-KANAKPenderaan fizikal kanak-kan...
05/12/2022

Disediakan oleh:
NAMA:LAU YING HUI
NO MATRIK:293532

KESAN PENDERAAN FIZIKAL TERHADAP KANAK-KANAK
Penderaan fizikal kanak-kanak juga dikenali sebagai kecederaan tidak sengaja atau dipukul. Mangsa penderaan iaitu kanak-kanak tersebut akan mengalami kecederaan dari segi fizikal. Mangsa akan mengalami kecederaan fizikal akibat daripada pukulan atau hentakan yang kuat. Kesan penderaan kanak-kanak dapat dilihat dengan jelas melalui kecederaan pada anggota fizikal mereka seperti luka di kepala, badan dan muka. Hal ini akan memberi kesan yang negatif khususnya terhadap masa depan mereka apabila meningkat dewasa kelak. Hal ini juga secara tidak langsung akan mengundang berlakunya kecacatan fizikal sama ada serius atau kecederaan kecil. Terdapat sesetengah kes penderaan yang menyebabkan mangsa mengalami kerencatan otak yang berlaku akibat hentakan di kepala oleh benda-benda keras dan berkemungkinan dapat meragut nyawa mangsa.
Kecederaan Penderaan Fizikal
āž¢ Sukar untuk duduk atau berjalan
āž¢ Menahan sakit
āž¢ Bengkak atau lebam
- Bengkak, benjol atau lebam adalah tanda yang dapat dilihat di beberapa bahagian tubuh kanak-kanak, selalunya berbeza-beza saiz dan bentuk mengikut tempoh yang berlainan. Kesan bengkak, benjol atau lebam di bahagian muka, paha, penggung, telinga dan di belakang selalunya berkaitan dengan penderaan fizikal.
āž¢ Luka terbakar
- Kecederaan akibat terbakar dan melecur sering berlaku di kalangan kanak-kanak disebabkan kecuaian ibu bapa tetapi kesan lecur yang dilakukan oleh orang dewasa ke atas kanak-kanak biasanya lecuran dalam bentuk.
- Terdapat pelbagai jenis kecederaan akibat terbakar ataupun melecur seperti terbakar akibat punting rokok, terbakar akibat tercelup dalam air panas dan kecederaan akibat terbakar dengan api.
āž¢ Cedera dan berdarah
āž¢ Sakit pada kemaluan

Gangguan terhadap masalah kesihatan
āž¢ Sukar untuk mendengar atau menumpukan perhatian
āž¢ Mudah diserang penyakit jantung, tekanan darah tinggi dan obesity
āž¢ Terlibat dengan dadah atau alcohol
āž¢ Pendedahan kepada gejala tidak sihat

Melihat kepada kesan penderaan kanak-kanak yang sangat serius, masalah ini harus ditangani dengan segera kerana mereka sepatutnya dibentuk menjadi aset penting kepada negara. Oleh itu tanggungjawab untuk melaporkan penderaan kanak-kanak adalah tanggungjawab kita bersama.

HUBUNGI TALIAN KASIH 15999

Disediakan oleh:Nama: Rabiatul Adawiyah binti MahidiNo Matrik: 292380Kesan Penderaan Kanak-kanak terhadap EmosiPenderaan...
05/12/2022

Disediakan oleh:
Nama: Rabiatul Adawiyah binti Mahidi
No Matrik: 292380

Kesan Penderaan Kanak-kanak terhadap Emosi

Penderaan emosi tidak seperti penderaan fizikal, seksual dan pengabaian penjagaan yang boleh dikenal pasti dengan mudah orang golongan pakar kerana penderaan emosi merupakan trauma yang terselindung. Penderaan emosi ialah trauma secara psikologi yang menembusi lapisan pelindung minda sehingga menyebabkan fikiran seseorang kanak-kanak terganggu sama ada secara sementara atau kekal. Akibatnya, seorang kanak-kanak yang menjadi mangsa dera akan mengalami perasaan ketakutan yang melampau, hilang keyakinan diri, dan memberi kesan terhadap gangguan mental setiap kali mereka mengimbas kembali ingatan kejadian pahit yang dilalui dahulu.

Antara kesan penderaan kanak-kanak terhadap emosi:

1.Menganggu hubungan dan jalinan emosi kekeluargaan.
Pertumbuhan dan perkembangan hubungan emosi antara kanak-kanak dan ibu bapa atau penjaga akan terhalang oleh ibu bapa atau penjaga yang menyalahgunakan emosi kanak-kanak dalam apa jua keadaan, terutamanya apabila anak-anak merasakan perlindungan mereka tidak lagi terjamin. Ibu bapa atau orang dewasa lain yang menganiaya emosi kanak-kanak perlahan-lahan akan memusnahkan hubungan antara mereka. Kanak-kanak akan sukar untuk mempercayai orang lain apabila mereka membesar. Ini akan memudahkan kanak-kanak mengalami pelbagai masalah mental dan tingkah laku, yang akhirnya akan memaksa mereka untuk mencederakan diri mereka sendiri.

2. Penderaan emosi akan menyebabkan gangguan perkembangan fizikal.
Penderaan emosi menghalang keupayaan kanak-kanak untuk membesar secara fizikal dan sihat. Hilang selera makan adalah gangguan yang akan dialami oleh kanak-kanak yang didera secara emosi. Pertumbuhan dan perkembangan fizikal mereka mungkin terjejas secara negatif disebabkan oleh kekurangan pengambilan zat dalam makanan. Oleh itu, hal ini akan mengganggu perkembangan fizikal kanak-kanak kerana ia akan memberi kesan kepada penjanaan hormon yang diperlukan untuk pertumbuhan mereka.

3. Gangguan perkembangan psikologi.
Mangsa kebiasaannya tidak berupaya untuk berinteraksi secara normal dengan
kanak-kanak lain. Selain itu, sistem dan cara pemakanan mereka juga didapati tidak terurus di mana mereka makan tidak tentu masa. Mereka juga kadang-kadang bertindak ganas,membohong dan kerap mengamuk. Pertumbuhan emosi kanak-kanak ini tidak stabil kerana mereka sering tidak bertindak balas dengan emosi yang bersesuaian.

Kanak-kanak merupakan aset negara. Oleh itu, pengenalan awal terhadap
kes penderaan emosi dalam kalangan kanak-kanak adalah penting. Jika pembentukan sahsiah kanak-kanak terganggu dari awal lagi, pelbagai masalah mental dan sosial akan timbul apabila mereka melangkah ke alam dewasa.

Disediakan olehNAMA: Lim Jia ShinNO MATRIK: 293505Kesan Penderaan Kanak-kanak terhadap SeksualPenderaan seksual adalah a...
05/12/2022

Disediakan oleh
NAMA: Lim Jia Shin
NO MATRIK: 293505

Kesan Penderaan Kanak-kanak terhadap Seksual

Penderaan seksual adalah apabila seorang kanak-kanak atau remaja digunakan untuk mencapai kepuasan seks.

Penderaan seksual boleh berlaku di :

Rumah – Perbuatan ini dilakukan oleh ahli keluarga atau saudara mara

Luar Rumah – Perbuatan ini dilakukan oleh jiran, penjaga, guru, orang yang diberi tanggungjawab untuk menjaga kanak-kanak atau remaja tersebut atau orang yang tidak dikenali

Dr. Hargeet Kaur A/P Basant Singh berkata kesan penderaan seksual terhadap kanak-kanak ialah:

-Takut akan keretakan keluarga
-Merasa rendah diri
-Merasa tidak berguna
-Pandangan kacau bilau terhadap seks
-Hidup terasing dan kurang mempercayai orang
-Kecenderungan untuk bunuh diri
-Gangguan personaliti
-Mungkin akan jadi pekerja seks

Selain itu, dalam pandangan saya pederaan seksual terhadap kanak-kanak juga menyebabkan kanak-kanak berasa

-Sakit, cedera dan gatal pada bahagian kelamin
-Kerap membuang air kecil/ dijangki AIDS
-Lari diri daripada rumah dan sekolah
-Kekerapan mimpi ngeri

Disediakan oleh:NAMA: TAY JIA XINNO MATRIK: 293635Hentikan Penderaan Kanak-kanakINDIVIDU akan menjadi Titik Permulaan un...
05/12/2022

Disediakan oleh:
NAMA: TAY JIA XIN
NO MATRIK: 293635

Hentikan Penderaan Kanak-kanak
INDIVIDU akan menjadi Titik Permulaan untuk mempertahankan hak kanak-kanak

Langkah-Langkah Mengatasi Masalah Penderaan Kanak-kanak Dalam Kalangan Individu terdiri daripada:
-Mengamalkan gaya hidup yang sihat
-Menghayati agama dan pendidikan moral
-Memperkasa ilmu keibubapaan dalam mendidik kanak-kanak
-Sikap keprihatinan antara anggota keluarga
-Kawalan terhadap emosi kendiri

Diesedia oleh: Nama: LOO YU TING Nombor matrik: 293749Kanak-kanak merupakan modal insan penting kepada negara. Oleh itu,...
05/12/2022

Diesedia oleh:
Nama: LOO YU TING
Nombor matrik: 293749

Kanak-kanak merupakan modal insan penting kepada negara. Oleh itu, masyarakat perlu mengambil langkah untuk mengatasi masalah penderaan kanak-kanak supaya masyarakat kita menjadi orang yang mulia dan mengurangkan kes-kes tersebut.

Assalamualaikum dan salam biru warnašŸ’™šŸ¤—Kami merupakan pelajar dari Universiti Utara Malaysia (UUM) yang menduduki semeste...
05/12/2022

Assalamualaikum dan salam biru warnašŸ’™šŸ¤—

Kami merupakan pelajar dari Universiti Utara Malaysia (UUM) yang menduduki semester 1 bagi sesi tahun 2022/2023. Halaman Facebook ini ditubuhkan bertujuan sebagai medium perkongsian dan pelaksanaan tugasan berkump**an subjek MPU1013 Penghayatan Etika dan Peradaban (Kump**an 4).

Kami sebulat suara telah memilih tema berkaitan dengan penderaan kanak-kanak untuk memberikan kesedaran tentang betapa pentingnya isu ini di kalangan masyarakat di Malaysia. Di samping itu, kami amat menghargai jasa baik rakan-rakan sekiranya sudi memberi like dan berkongsi posting kami kepada semua.

Berikut adalah senarai ahli kump**an 4:

1. Huang Jun Yi (293410)
2. Noor Aliah Binti Zulkifli (293794)
3. Rabiatul Adawiyah Binti Mahidi (292380)
4. Batrisyia Aini Binti Bujaini (293091)
5. Nurshahidatul Nabila Binti Mustapa (293757)
6. Lim Jia Shin (293505)
7. Lau Ying Hui (293532)
8. Tay Jia Xin (293635)
9. Loo Yu Ting (293749)
10. Heng Zi Yin (293461)

Nama Pensyarah: DR. MOHD. NIZHO BIN ABDUL RAHMAN

Sekian, terima kasih😊

Address

06010 UUM Sintok Kedah Darul Aman
Sintok
06010

Telephone

+60197049049

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Penghayatan Etika dan Peradaban-W Kumpulan4 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Penghayatan Etika dan Peradaban-W Kumpulan4:

Shortcuts

Share