Penghayatan Etika & Peradaban F Group 10

Penghayatan Etika & Peradaban F Group 10 Pelajar Group 10 MPU 1013 F Penghayatan Etika & Peradaban Assignment Penghayatan Etika dan Peradaban (MPU1013), Universiti Utara Malaysia

Kes pembunuhan Siti Nur Surya,19, di Terengganu telah memberikan banyak pengajaran kepada kita semua.  Lebih memilukan l...
17/12/2020

Kes pembunuhan Siti Nur Surya,19, di Terengganu telah memberikan banyak pengajaran kepada kita semua. Lebih memilukan lagi apabila mangsa dibunuh oleh teman baiknya sendiri di hadapan ibunya.

Walaubagaimanapun, suspek yang juga berusia 19 tahun telah direman selama tujuh hari selepas hadir ke Balai Polis Telemong yang ditemani bersama ibunya untuk memberikan keterangan bagi membantu siasatan.

Namun begitu, kita hendaklah menghormati perasaan orang lain dan sentiasa menjaga tutur kata agar tidak mengguris hati mana-mana pihak. Hal ini dikatakan demikian kerana terdapat ramai warga netizen yang memberi kecaman dan hinaan terhadap suspek pembunuhan yang bersifat kejam itu. Ibu bapa suspek juga terkena tempias cemuhan tersebut. Tetapi, kita hendaklah memberikan sedikit pujian kepada ibu suspek yang sanggup menyerahkan dan menemani anaknya di balai polis tersebut. Sifat ketabahan yang ditonjolkan oleh ibu suspek telah memberikan nilai yg baik kepada masyarakat.

Selain itu, Ismail Muda,58, berkata beliau sama sekali tidak menyangka suspek yang ditahan bagi membantu siasatan kes itu merupakan bekas rakan sekolah yang pernah berkawan rapat dengan arwah.

“Dia (suspek) sering datang ke rumah, namun sejak beberapa bulan lepas agak jarang menemui kakak (Siti Nur Surya) di rumah. Saya benar-benar tidak sangka dengan kejadian yang menimpa,” katanya ketika ditemui pemberita di Tanah Perkuburan Islam Beladau Selat di sini, malam tadi.

Oleh itu, kita mestilah sentiasa berhati-hati dengan sesiapa pun kita berkawan atau berkenalan. Tanpa kita sedari, kawan kita sendiri boleh menjadi duri dalam daging yang sanggup melakukan apa sahaja ke atas kita asalkan dia boleh memenuhi kehendaknya.

Akhir sekali, tindakan yang dilakukan oleh suspek itu dikatakan kerana dendam dan ketidakpuasan hati terhadap mangsa. Disebabkan itulah suspek sanggup bertindak kejam seperti itu. Kita haruslah sentiasa mengingatkan diri kita supaya sentiasa berfikiran waras dalam melakukan sesuatu perkara. Kita juga hendaklah sentiasa bijak mengawal emosi agar kita tidak mudah terjerumus untuk melakukan perkara yang boleh mengancam nyawa orang lain.

Sekian, terima kasih.

Nur Ain binti Adip (279275)

Mangsa, Siti Surya Ismail, 19, dipercayai dibunuh dalam kejadian samun di rumahnya di Kampung Lubok Batu, Telemong, di s...
14/12/2020

Mangsa, Siti Surya Ismail, 19, dipercayai dibunuh dalam kejadian samun di rumahnya di Kampung Lubok Batu, Telemong, di sini, hari ini. Mayat mangsa ditemui adiknya, Siti Nur Syuhada, 15, dalam keadaan tertiarap dan berdarah di ruang tamu rumahnya ketika p**ang dari sekolah kira-kira jam 2.30 petang. Kes ini mengejutkan semua orang secara tiba – tiba. Polis menahan bekas rakan sekolah seorang remaja perempuan yang mati dibunuh dalam kejadian di rumahnya di Kampung Lubuk Batu, Hulu Terengganu, semalam. Semua orang perlu mengambil iktibar susulan pembunuhan Siti Surya Ismail. Kawan ialah seseorang yang kita mencintai dan menghargai sepanjang hidup. Rakan-rakan menggalakkan dan menyokong satu sama lain pada masa-masa s**ar dan secara amnya memberi impak positif kepada kehidupan masing-masing. Walau bagaimanapun, mereka juga bersedia untuk mengadili dan mengkritik secara konstruktif dan menolak untuk bercanggah dengan apa yang boleh membawa kepada kejatuhan akhirnya rakan dan hubungan itu. Daripada kes ini kita, mengetahui bahawa kebunuhan berlaku kerana perselihan faham antara satu sama lain hingga suspek membunuh kawan baik diri sendiri. Oleh itu, secara praktikal, ambil sedikit masa untuk mendapatkan alasan untuk menyelesaikan perselisihan antara kawan dengan anda. Tutup mata anda seketika dan fokus pada pernafasan kalian. Kemudian, simpan chakra jantung kalian untuk membuka dan menghantar cinta kepada rakan kalian sambil meminta pemahaman tentang masalah itu dan juga akan menjadi hasil terbaik bagi anda berdua. Ini akan membolehkan anda menjadi tenang dan terbuka untuk berfikir dan bertindak daripada bertindak balas dan bercakap dengan tergesa-gesa. Sekian.

Janova Ramamurthi (280358)

KESAN KEPADA NEGARASesungguhnya tragedi pembunuhan Siti Nur Surya Ismail, 19 merupakan suatu tragedi yang menyayat hati....
10/12/2020

KESAN KEPADA NEGARA

Sesungguhnya tragedi pembunuhan Siti Nur Surya Ismail, 19 merupakan suatu tragedi yang menyayat hati. Di samping kesan kepada agama. Terdapat juga kesan tragedi ini kepada negara.
Antara kesan tragedi ini kepada negara ialah statistik jenayah di Malaysia semakin meningkat. Dalam hal ini juga, kadar jenayah dalam kalangan remaja akan meningkat bilangannya kerana suspek dalam kes ini merupakan seorang remaja yang berusia 19 tahun serta masih belajar. Kajian ada menunjukkan statistik jenayah dalam kalangan remaja terutamanya dalam kalangan pelajar pada tahun 2017 adalah sebanyak 1722 manakala 1286 pada tahun 2018.
Walaupun berlaku pengurangan pada tahun tersebut. Ia dikhuatiri akan meningkat pada tahun ini ekoran terjadinya pelbagai kes melibatkan pelajar dan remaja, termasuk kes pembunuhan Siti Nur Surya Ismail.
Golongan remaja sepatutnya menjadi golongan harapan negara. Namun, semakin banyak bilangan golongan remaja yang terlibat dalam jenayah akan menghancurkan harapan tersebut. Kesimp**annya, perkara seperti ini tidak seharusnya berlaku kerana akan memberi kesan negatif kepada negara kita.

ANISHA SYAMIRA BT ABD GHANI 279426

KESAN KEPADA AGAMAPada hari ini, kes pembunuhan seringkali kita lihat di dada akhbar dan juga media sosial. Peningkatan ...
06/12/2020

KESAN KEPADA AGAMA

Pada hari ini, kes pembunuhan seringkali kita lihat di dada akhbar dan juga media sosial. Peningkatan kes ini semakin membimbangkan hari demi hari. Baru-baru ini kita dikejutkan dengan tragedi pembunuhan Siti Nur Surya Ismail, 19 yang amat menyayat hati. Kes-kes seperti ini akan memberikan kesan negatif terhadap agama dan negara. Antara kesan kes pembunuhan ini terhadap agama ialah nama baik agama akan tercemar. Hal ini dikatakan demikian kerana sesetengah masyarakat akan berpandangan buruk terhadap agama yang dianuti oleh seseorang yang melakukan perbuatan membunuh. Mereka beranggapan bahawa agama yang dianuti oleh pembunuh ini hina dan keji. Perkara ini akan menjejaskan nama baik agama. Setiap agama melarang perbuatan membunuh. Dari aspek agama Islam, membunuh merupakan dosa besar dan mereka yang membunuh akan dilemparkan ke dalam neraka. Dari aspek agama lain p**a seperti agama Kristian, membunuh dianggap satu dosa besar kerana hayat seseorang dimiliki oleh Tuhan. Begitu juga dengan agama-agama lain yang melarang perbuatan pembunuhan. Oleh itu, kita hendaklah mengelakkan daripada melakukan perbuatan membunuh supaya dapat menjaga nama baik agama di samping dapat menjaga nyawa orang ramai.

SITI NUR BALQIS BINTI HUSIN 279483

Kesan Kepada RemajaTemerloh: Remaja lelaki berusia 19 dan 15 tahun dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, semalam ter...
06/12/2020

Kesan Kepada Remaja

Temerloh: Remaja lelaki berusia 19 dan 15 tahun dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, semalam terhadap pertuduhan membunuh seorang gadis berusia 14 tahun pada Oktober 2017.

Tertuduh, Zamirul Aliff Mohd Zaki yang juga pelajar sebuah kolej dan seorang lagi masih bersekolah didakwa membunuh Nur Amira Abdullah di ladang kelapa sawit di tepi sungai Triang Estate, Bera, antara 1.10 pagi hingga 3.30 pagi, 25 Oktober 2017.

Bagi kesalahan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan, Zamirul Aliff boleh dikenakan hukuman mati.

Bagaimanapun, remaja lelaki berusia 15 tahun itu terlepas daripada hukuman berkenaan kerana masih di bawah umur dan dia boleh dikenakan sebatan, denda atau ditahan di sekolah khas mengikut Seksyen 91 (1) Akta Kanak-Kanak 2001.

Tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada tertuduh terbabit yang berasal dari Bera selepas kertas pertuduhan dibacakan kepada mereka di depan Majistret, Najwa Hashim.

Berdasarkan fakta kes, mayat Nur Amira ditemui terapung di Sungai Triang, Bera, jam 3.30 petang pada 26 Oktober 2017.

Mayat mangsa yang tidak bersekolah itu ditemui dengan 45 kesan luka tikaman antaranya di dada, abdomen, belakang badan, tangan dan kaki manakala punca kematiannya disahkan akibat luka tikaman berganda dipercayai menggunakan senjata tajam.

Kedua-dua tertuduh terbabit ditahan pada 18 Disember 2017.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Siti Hajar Mustaffa manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam. Mahkamah menetapkan sebutan semula pada Januari 2018
Perbuatan ini menyebabkan kedua-dua remaja menghilang kerjaya mereka. Ini kerana mereka tidak dapat melanjutkan pelajaran akibat perkara yang dibuat oleh mereka.

LAVANIYA A/P BHATMANATHAN
( 279326 )

Poster Penghayatan Etika & Peradaban yang dipersembahkan oleh kump**an 10~
06/12/2020

Poster Penghayatan Etika & Peradaban yang dipersembahkan oleh kump**an 10~

Marang: Pelajar perempuan Tingkatan 6 dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan membunuh Siti N...
29/11/2020

Marang: Pelajar perempuan Tingkatan 6 dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan membunuh Siti Nur Surya Ismail, 19.

Tertuduh, Siti Nur Athirah Azmi, 19, didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang dibacakan di hadapan Majistret Engku Nurul Ain Engku Muda.

Peristiwa yg berlaku ini akan mendatangkan kesan ke atas diri suspek . Di antaranya ialah suspek akan mempunyai masa depan yg gelap. Suspek berkemungkinan akan dijatuhi hukuman penjara seumur hidup atau hukuman gantung sampai mati. Sekiranya suspek dijatuhi hukuman penjara selama beberapa tahun, suspek juga akan s**ar untuk mendapatkan pekerjaan kerana mempunyai rekod jenayah lampau. Suspek juga terpaksa untuk berulang alik ke mahkamah dalam tempoh masa yg lama sebelum hukuman dijatuhkan ke atasnya.

Seterusnya , kesan ke atas suspek juga ialah dari segi penerimaan masyarakat setempat terhadapnya. Masyarakat akan menghina suspek dan keluarganya di atas perbuatannya itu. Dia dan keluarga akan dip**au dan disisihkan oleh segelintir masyarakat di kampung tersebut.

Kesan lain p**a adalah suspek juga dikhuatiri akan mengalami tekanan jiwa akibat dari peristiwa pembunuhan tersebut. Peristiwa hitam itu akan sentiasa menghantui dirinya. Sekiranya dia tidak mempunyai pegangan agama yang kuat, berkemungkinan dia akan menjadi seorang yang tidak waras.

Nik Mohamad Faiz Bin Mohd Faizul (279740)

Sambungan hari tu.......Untuk menjamin keselamatan masyarakat langkah yang boleh dilakukan untuk mengelakkan kes seperti...
25/11/2020

Sambungan hari tu.......

Untuk menjamin keselamatan masyarakat langkah yang boleh dilakukan untuk mengelakkan kes seperti ini berlaku adalah dengan meningkatkan pemupukan diri. Amalan ini seharusnya dibudayakan oleh setiap orang sejak kecil. Langkah ini dapat dilakukan dengan mengawal disiplin, emosi dan perasaan serta etika dan peradaban diri sendiri. Sebagai contohnya, kita bolehlah mengawalkan emosi dan perasaan diri sendiri supaya tidak mudah dipengaruhi oleh emosi dan perasaan buruk yang akan menyebabkan kita melakukan sesuatu perkara yang akan menyesal pada masa hadapan. Menurut kes ini, suspek menyerang mangsa adalah disebabkan dipandang rendah oleh mangsa dan beremosi marah. Selain itu, kita juga perlulah mengawal fikiran dan pertuturan diri. Hal ini supaya tidak mendatangkan bahaya atau dendam oleh orang lain. Sebagai contoh dalam kes ini, mangsa selalu menghina kawannya seperti merendah-rendahkan suspek terutama tentang status ekonomi keluarga dan rupa parasnya. Hal ini seterusnya menyebabkan suspek berasa panas hati kemudian menyerang mangsa. Oleh itu, fakta terbukti pemupukan diri merupakan amalan yang penting untuk diamalkan.
Kesimp**an kecil, saya haraplah setiap orang bolehlah mengamalkan amalan ini tanpa kira pemupukan sikap anak ataupun diri sendiri supaya kes seperti ini dapat dikurangkan dan seterusnya menjamin keselamatan masyarakat. Sekian.

MICHELLE LIM (279335)

Sejak kebelakangan ini, laporan berita telah mengatakan satu berita yang sangat tidak menyenangkan iaitu mengatakan baha...
24/11/2020

Sejak kebelakangan ini, laporan berita telah mengatakan satu berita yang sangat tidak menyenangkan iaitu mengatakan bahawa seorang mangsa iaitu Siti Nur Surya telah dibunuh oleh rakan-rakannya disebabkan oleh pertelingkahan sehingga menyebabkan konflik dan bergaduh sehingga mangsa dibunuh. Pada masa yang sama, telefon bimbit, wang tunai dan kelengkapan mekap juga dijumpai hilang dan disyaki telah dirampas oleh pembunuh. Hal ini disebabkan pembunuh terdesak kerana dihutang sebanyak RM900 dan mengugut mangsa untuk memimjamkan duit tetapi mangsa tidak enggan. Situasi ini menyebabkan pembunuh menyederakan mangsa dengan kejam. Kejadian ini amatlah menakutkan dan telah menyakitkan hati kedua ibu bapa.

Tedapat beberapa cara untuk mengelakkan tragedi ini iaitu mengenal pasti mereka yang berpotensi tinggi untuk melakukan pembunuhan tetapi ciri-ciri ini ialah amat abstrak dan s**ar difahami serta diketahui. Kalau orang-orang ini dapat dikesan dan diambil tindakan pembetulan fikiran atau diberi bantuan, pembunuhan akan dielakkan daripada berlaku. Oleh itu, ibu bapa berperanan penting terhadap anak-anak supaya prihatin dalam sosial dan akademik anak-anak supaya dapat memahami fikiran anak-anak dan dapat memberikan nasihat supaya dapat mengelakkan tragedi yang tidak mahu dilihatkan. Selain itu, cara yang kedua ialah pegangan agama yang kuat juga dapat mengelakkan kes ini kerana setiap ajaran agama akan mengajarkan kita untuk mementingka nyawa diri dan orang lai. Ajaran agama juga akan meyumbangkan kepada memupuk nilai-nilai yang bermoral supaya mewujudkan masyarakat yang harmoni bukannnya dengan konflik dan pergaduhan kerana segala masalah dapat diselesaikan besama-sama dengan cara yang betul. Akhirnya, cara yang dapat mengelakkan kejadian tersebut ialah pihak berkuasa harus mementingkan pendidikan yang berkaitan moral supaya dapat mengamalkan sikap yang bermoral dan baik supaya tidak mengamalkan sikap yang dendam sehingga membalas dendam terhadap orang lain kerana balas dendam bukanlah hanya satu cara untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi. Pada pandangan saya, saya berharap semua masyarakat dapat melayan orang, perkara, ataupun masalah secara beretika supaya kes-kes pembunuhan dapat dielakkan dan dikurangkan supaya keharmonian antara satu sama lain dapat terjamin.

CHEAM SANYANG (279278)

Pelajar perempuan Tingkatan Enam dituduh di Mahkamah Majistret Marang bunuh Siti Nur Surya Ismail, 19.Siti Nur Athirah A...
19/11/2020

Pelajar perempuan Tingkatan Enam dituduh di Mahkamah Majistret Marang bunuh Siti Nur Surya Ismail, 19.

Siti Nur Athirah Azmi, 19, didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang sabit kesalahan bawa hukuman mati.

Hasil daripada siasatan kes tersebut, pihak polis percaya bahawa pergelutan antara mangsa dengan suspek berlaku disebabkan oleh perasaan tidak puas hati akibat sering disindir. Pihak polis juga telah menjumpai bukti seperti beberapa helaian rambut dalam genggaman mangsa.

Selain daripada punca tersebut, masyarakat juga telah berpendapat bahawa terdapat bukti lain yang turut menjadi punca dan boleh disumbangkan sebagai sebab berlakunya kejadian pembunuhan Arwah Siti Nur Surya ini.
Bualan ramai telah mengatakan bahawa suspek dipengaruhi oleh faktor media massa dan persekitaran. Dalam kes pembunuhan Siti Nur Surya, hal ini terbukti apabila suspek telah berkongsi sebuah filem yang ditonton di ruangan 'facebook'nya. Filem tersebut dipercayai mengandungi unsur-unsur ngeri seperti pembunuhan dan keganasan. Di ruangan komen posting tersebut, terdapat komen daripada suspek yang mengatakan bahawa dirinya gemar menonton filem-filem yang berunsurkan seperti itu.

Apa yang kita dapat lihat di sini adalah penggunaan media massa atau hiburan telah disalahgunakan oleh suspek sendiri sehingga nalurinya didorong untuk berkelakuan ganas.

Bagaimanapun, tragedi pembunuhan kejam Arwah Siti Nur Surya ini pasti menjadi ingatan buat masyarakat di negara kita.

Hafeeda Ayuni Binti Mohd Noor (279674)

Tragedi pembunuhan Siti Nur Surya Ismail, 19 merupakan tragedi yang amat menyayat hati. Tragedi ini berkemungkinan dilak...
15/11/2020

Tragedi pembunuhan Siti Nur Surya Ismail, 19 merupakan tragedi yang amat menyayat hati. Tragedi ini berkemungkinan dilakukan oleh suspek untuk membalas dendam kepada mangsa.

Selepas suspek disoal siasat oleh pihak polis, polis tidak menolak kemungkinan bahawa rasa tidak puas hati akibat sering disindir menjadi punca pembunuhan Siti Nur Surya Ismail, 19 di Kampung Lubok Batu, Temelong.

Tambahan p**a, suspek ada membuat pendedahan mengenai motif kejadian itu ketika tampil ke balai polis Temelong dengan ditemani ibunya.

Suspek juga memaklumkan bahawa mangsa sering mengejek tentang kehidupan keluarganya yang miskin kerana ibunya hanya bekerja sebagai tukang cuci manakala bapanya hanya bekerja kampung berbanding dengan kehidupan keluarga mangsa yang agak senang.

Selain itu, suspek turut mendakwa kononnya mangsa s**a mengejek dan mengatakan yang dia tidak cantik berbanding dirinya dan kekurangan itu menjadi punca dia masih tidak mempunyai teman lelaki sehingga suspek sering mendendam rasa.

NUR IZATINAZIRA BINTI MOHD JUPRI (279750)

Address

Universiti Utara
Sintok
06010

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Penghayatan Etika & Peradaban F Group 10 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Penghayatan Etika & Peradaban F Group 10:

Shortcuts

Share