Pusat Tilawah Online Darul Hijaz

Pusat Tilawah Online Darul Hijaz Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Pusat Tilawah Online Darul Hijaz, Education Website, Sik.

الحمد لله بنعمته وبفضله تتم الصالحات،  والصلاة والسلام على  سيد الكائنات وعلى آله وصحبه وذريته وأتباعه الخيرات Seuntai s...
26/04/2026

الحمد لله بنعمته وبفضله تتم الصالحات، والصلاة والسلام على سيد الكائنات وعلى آله وصحبه وذريته وأتباعه الخيرات

Seuntai syabas dan sekalung tahniah diucapkan kepada Tuan Muhammad Syahmi bin Mohd Shari atas pencapaian besar dalam menyempurnakan pembacaan Al-Quran bersanad 30 Juzuk bersama Al-Fadhil Sheikh Muhammad Sobri Ali Abdul Jalil Al-Azhari.

Ini merupakan satu perjalanan panjang yang telah ditempuh oleh beliau sejak 22 Syaaban 1447 Hijrah bersamaan 10 Februari yang lalu dengan penuh ketabahan, kesabaran dan dedikasi dalam mewarisi jurai emas keilmuan agung yang bersambung kepada Sayyidina Rasulullah ﷺ.

Mudah-mudahan Al-Quran yang telah dibaca dan dihayati terus menjadi cahaya petunjuk dalam kehidupan dunia, memberi syafaat di akhirat, serta menjadi punca keberkatan yang mengalir dalam diri, ahli keluarga, saudara mara, zuriat keturunan, masyarakat dan umat Islam amnya. Semoga ganjaran pembacaan Al-Quran beliau sampai kepada roh leluhur beliau dan seluruh muslimin muslimat yang berada di Alam Baqa'.

Kami mendoakan agar Allah ﷻ mengurniakan sifat istiqamah, taufik yang berpanjangan kepada beliau dan keberkatan dalam meneruskan perjalanan menimba ilmu serta menyebarkan ilmu Al-Quran kepada sekelian ummah di serata penjuru alam.

"Sebaik-baik kalian adalah yang mempelajari Al-Quran dan mengajarkannya." (HR. Bukhari nom 5027)

Barakallahufika wajazakallahu ahsanul jazak fiddunya wal akhirah!



عيد سعيد مبارك من العائدين والفائزين كل عام وأنتم بخير وتقبل الله منا ومنكم صالح الأعمالBulan Ramadan yang mulia sudah p...
21/03/2026

عيد سعيد مبارك من العائدين والفائزين كل عام وأنتم بخير وتقبل الله منا ومنكم صالح الأعمال

Bulan Ramadan yang mulia sudah pun melabuhkan tirinya dan purnama Syawal pun menjelma. Pihak Pusat Tilawah Online Darul Hijaz mengucapkan selamat menyambut hari raya Aidilfitri kepada sekelian muslimin dan muslimat.

Mudah-mudahan Allah ﷻ menerima segala amalan kebaikan yang telah kita lakukan pada sepanjang bulan Ramadan dan dikurniakan thabat serta istiqamah untuk terus mengerjakannya pada bulan-bulan lain.

Madrasah Ramadan telah melatih kita untuk merapatkan pertalian dengan Al-Quran, maka hendaklah diteruskan pada waktu yang seterusnya dalam menekuni cara membacanya dan merenung penghayatan makna kalam Allah ﷻ agar kita layak mendapat syafa'at Al-Quran di hari akhirat kelak.

Semoga sambutan hari raya Aidilfitri bagi tahun 1447 Hijrah ini menjadi bermakna buat kita sekeluarga dan masyarakat serta para warganegara amnya serta asbab mendapat keredhaan Allah ﷻ.

قال الله تعالى :【شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِي أُنزِلَ فِيهِ الْقُرْآنُ هُدًى لِّلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِّنَ الْهُدَىٰ وَالْفُ...
19/02/2026

قال الله تعالى :【شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِي أُنزِلَ فِيهِ الْقُرْآنُ هُدًى لِّلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِّنَ الْهُدَىٰ وَالْفُرْقَانِ】سورة البقرة : 185

"Bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah." -Surah Al-Baqarah, ayat 185.

Ayuhlah kita bersama-sama menghidupkan bulan yang penuh keberkatan ini dengan membaca Al-Quran dan menghayati segala maknanya sebagai pedoman di dalam kehidupan (tadabbur) selain daripada mempelajari cara membacanya menepati hukum-hakam tajwid.

Jadikan Al-Quran sebagai aktiviti harian utama anda dan melapangkan waktu khas untuknya dan bukan hanya ditatap ketika waktu lapang yang tersisa. Ajak diri sendiri, ahli keluarga, sanak-saudara dan rakan-rakan untuk menghidupkan sepanjang Ramadan dengan membaca kalam Allah, mencontohi Rasulullah ﷺ, para sahabat, tabi'in dan para salafus soleh dalam bersungguh-sungguh bertadarus Al-Quran pada bulan Ramadan agar kita semua memperoleh ganjaran yang berlipat ganda di sisi Allah ﷻ.

Pusat Tilawah Online Darul Hijaz mengucapkan selamat menunaikan ibadah puasa Ramadan 1447 Hijrah kepada semua peserta talaqqi khasnya, dan kepada sekelian umat Islam amnya. Semoga Allah ﷻ menerima segala amal soleh yang kita kerjakan pada bulan yang diberkati ini, Aaamiin Ya Mujib.

🌹السلام عليكم ورحمة الله وبركاته🌹Pusat Tilawah Online Darul Hijaz kembali lagi setelah lama menyepi sepanjang Sheikh kit...
10/02/2026

🌹السلام عليكم ورحمة الله وبركاته🌹

Pusat Tilawah Online Darul Hijaz kembali lagi setelah lama menyepi sepanjang Sheikh kita berada di Malaysia. Kini beliau telah kembali dan menawarkan peluang besar kepada semua pencinta Al-Quran dari Malaysia khususnya ; yang berminat untuk menghidupkan bulan Puasa dan Al-Quran yang akan tiba beberapa hari lagi dengan :

➡️️Talaqqi Al-Quran 30 Juzuk pada sebulan Ramadan penuh secara atas talian

➡️Tasmik, tahsin bacaan melihat mushaf atau hafazan

➡️️Tadarus Al-Quran khas Ramadan beramai-ramai bersama tadabbur makna-makna Al-Quran sebagai pedoman

👤/👥️ ️secara personal atau berkumpulan

📜dengan Qira'at riwayat Hafs 'An 'Asim sahaja

-️Penterjemah✅️
-majlis khatam✅️
-Ijazah sanad✅️
-pdf✅️
-saguhati✅️

Sebarkan kepada ramai, ajak ahli keluarga, saudara-mara dan para kenalan bersama-sama hidupkan bulan Ramadan yang mulia ini dengan Al-Quran bersama ahlinya dari Al-Azhar, Mesir.

Bagi yang berminat, sila hubungi : 013-833 5412 (Ustaz Huzaifah)

Ayuh rebut peluang keemasan untuk menjadi ahli Al-Quran!



10/02/2026
📣KHABAR GEMBIRA PUAT PENCINTA AL-QURAN!📣⚜️Dengan penuh berbesar hati pihak kami ingin memaklumkan bahawa guru Al-Quran k...
18/09/2025

📣KHABAR GEMBIRA PUAT PENCINTA AL-QURAN!📣

⚜️Dengan penuh berbesar hati pihak kami ingin memaklumkan bahawa guru Al-Quran khas pusat ini, Tuan Al-Fadhil Dr. Sheikh Muhammad Sobri Ali Abdul Jalil Al-Azhari telah bertekad untuk melakukan jaulah dakwah dan mahabbah bersama rakyat Malaysia sekelian bermula pada sekitar bulan Oktober akan datang ini.

🎙Dengan itu beliau ingin menggunakan peluang ini untuk menawarkan kepada sesiapa sahaja secara terbuka sama ada berbentuk individu (tutor/privasi) atau secara berkumpulan yang berhasrat lagi berhimmah tinggi untuk :

✅️memperbaiki bacaan Surah Al-Fatihah sahaja bersama pengijazahan sanad bacaannya, amat penting kerana ia salah satu rukun qawli dalam solat

✅️memperbaiki bacaan Surah Al-Fatihah dan surah-surah lazim yang selalu dibaca di dalam dan setelah solat hari-hari bersama ijazah sanad

✅️talaqqi surah-surah pilihan yang menjadi amalan rutin harian seperti Al-Mulk, Al-Waqi'ah dan lain2 bersama ijazah sanad

✅️talaqqi Al-Quran khatam 30 Juzuk, bacaan mahupun hafazan, dalam mana2 riwayat daripada 10 jenis Qira'at. Adalah diutamakan riwayat Hafs 'An 'Asim dan Syu'bah terlebih dahulu.

🤝🏻 tanpa mengira apa jua keadaan dan usia peserta, daripada "sifar" yang baru hendak mula mempelajari sehingga yang sudah lama mahir dan ingin menambah ijazah sanad Al-Quran kesemuanya adalah dipersilakan

📢 Sekiranya terdapat mana-mana badan agensi seperti Masjid, Surau, Markaz, Madrasah, Maahad, Akademi atau mana2 sahaja institusi pendidikan yang ingin menyediakan para pelajar mereka untuk bertalaqqi Al-Quran bersama tuan Sheikh juga amat dialu-alukan.

📝 Untuk merundingkan segala perkara tersebut boleh hubungi penterjemah dan penyelia Sheikh di WhatsApp : 013-833 5412 (Ustaz Huzaifah).

"BERKHIDMAT BERSAMA BUAT PENCINTA AL-QURAN"



16/09/2025
16/09/2025

Setinggi-tinggi ucapan syukur ke Hadrat Allah Subhanahu wa Ta'ala dengan limpah kurnia dan rahmat-Nya maka telah sempurna majlis khatam Al-Quran pada 15 September 2025 dengan penuh kelancaran dan keberkatan. Peserta kita, Puan Hajjah Asmah binti Damin telah berjaya mendapatkan pengijazahan bacaan Al-Quran 30 Juzuk riwayat Hafs 'An 'Asim Al-Kufiy dan riwayat Syu'bah 'An 'Asim thoriq Syatibiyyah sekaligus daripada Al-Fadhil Sheikh Muhammad Sobri Ali Abdul Jalil, pengajar Al-Quran graduasi Al-Azhar yang sangat aktif dan berdedikasi.

Saat seperti ini akan menjadi ingatan manis lagi menggembirakan buat para pencinta Al-Quran kerana berpeluang memperoleh jaluran sanad pembacaan kitab Allah ﷻ yang bersambung kepada para Aimmatul Qurra' lagi muktabar kemudian bersambung kepada sosok agung yang diturunkan Al-Quran kepadanya iaitu Sayyidul Wujud ﷺ. Semoga Al-Quran yang telah dipelajari bersama Sheikh sentiasa menjadi panduan dan pedoman sepanjang kehidupan, dikurniakan taufiq untuk beramal dengan Al-Quran, sumber keberkatan yang sentiasa mengalir di dalam diri dan zuriat keturunan serta menjadi pensyafa'at di hari akhirat kelak. آمين يا مجيب السائلين

Ucapan terima kasih setulus hati kami diucapkan kepada Puan Hajjah Asmah binti Damin, peserta kita dari Batu Pahat, Johor Bahru kerana sudi melanggan Darul Hijaz untuk bertalaqqi Al-Quran di atas talian serta pandai menyantuni tuan Sheikh Sobri kita. Seribu kemaafan juga dipohon oleh kami atas segala kekurangan atau kemusykilan daripada pihak kami dalam menunaikan hak dan layanan kepada Puan. Kami akan berusaha untuk meningkatkan tahap baik layanan dan pengurusan pada masa akan datang bagi memuliakan para pencinta Al-Quran InSyaAllah.

Usia dan pekerjaan bukanlah halangan untuk berusaha membaiki bacaan Al-Quran kita namun inisiatif serta kesedaran untuk memastikan bacaan Al-Quran kita menepati hukum-hakam Tajwid dan sifat-sifat huruf itu yang penting kerana itulah antara hak-hak Al-Quran yang wajib ditunaikan. Bagi mereka yang berminat untuk ikut serta, sila like halaman Pusat Tilawah Online Darul Hijaz untuk bertalaqqi dengan Sheikh Sobri dan share halaman ini kepada sesiapa sahaja daripada kenalan anda yang ada berhasrat untuk mempelajari Al-Quran.

Setulus ucapan syabas dan tahniah diucapkan sekali lagi kepada Ustazah kita yang begitu tekun serta bersemangat tinggi untuk mengkhatamkan Al-Quran dengan sempurna di kala usia beliau yang sudah lanjut, dengan bacaan yang sangat tartil dalam maqam Hijaz, melodi kegemaran beliau dengan nada tinggi dari Surah Al-Fatihah hingga ke Surah An-Nas. Subhanallah, salah satu bentuk kurniaan dan rahmat Allah Yang besar ke atas golongan warga emas! Marilah kita mencontohi beliau, mengambil semangat beliau dengan merebut peluang peluang untuk bertalaqqi Al-Quran dengan Pusat Tilawah Online Darul Hijaz !

"KHIDMAT BERSAMA BUAT PENCINTA AL-QURAN"




الحمد لله بنعمته وبفضله تتم الصالحات،  والصلاة والسلام على  سيد الكائنات وعلى آله وصحبه وذريته وأتباعه الخيرات Seuntai s...
14/09/2025

الحمد لله بنعمته وبفضله تتم الصالحات، والصلاة والسلام على سيد الكائنات وعلى آله وصحبه وذريته وأتباعه الخيرات

Seuntai syabas dan sekalung tahniah diucapkan kepada Puan Hajjah Asmah binti Damin atas pencapaian besar dalam menyempurnakan pembacaan Al-Quran bersanad 30 Juzuk bersama Al-Fadhil Sheikh Muhammad Sobri Ali Abdul Jalil Al-Azhari. Ini merupakan satu perjalanan panjang yang telah ditempuh oleh beliau sejak 21 Zulkaedah 1446 Hijrah bersamaan 19 Mei yang lalu dengan penuh ketabahan, kesabaran dan dedikasi dalam mewarisi jurai emas keilmuan agung yang bersambung kepada Sayyidina Rasulullah ﷺ.

Mudah-mudahan Al-Quran yang telah dibaca dan dihayati terus menjadi cahaya petunjuk dalam kehidupan dunia, memberi syafaat di akhirat, serta menjadi punca keberkatan yang mengalir dalam diri, ahli keluarga, saudara mara, zuriat keturunan, masyarakat dan umat Islam amnya. Semoga pahala ganjaran pembacaan Al-Quran beliau sampai kepada roh leluhur beliau dan seluruh muslimin muslimat yang berada di Alam Baqa'.

Kami mendoakan agar Allah ﷻ mengurniakan sifat istiqamah, taufik yang berpanjangan kepada beliau dan keberkatan dalam meneruskan perjalanan menimba ilmu serta menyebarkan ilmu Al-Quran kepada sekelian ummah di serata penjuru alam.

"Sebaik-baik kalian adalah yang mempelajari Al-Quran dan mengajarkannya." (HR. Bukhari nom 5027)

Barakallahufiki wajazakillahu ahsanul jazak fiddunya wal akhirah!



Address

S*k

Opening Hours

Monday 08:00 - 18:00
Tuesday 08:00 - 18:00
Wednesday 08:00 - 18:00
Thursday 08:00 - 18:00
Saturday 08:00 - 18:00
Sunday 08:00 - 18:00

Telephone

+60138335412

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Tilawah Online Darul Hijaz posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Pusat Tilawah Online Darul Hijaz:

Shortcuts

Share