13/06/2026
Sebagai usaha menyokong aspirasi pendidikan negara serta memperkukuhkan penyebaran maklumat kepada komuniti setempat, pihak SK Kampung Bulau dengan kerjasama Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) telah melaksanakan pemasangan poster dan banner berkaitan Rancangan Pendidikan Malaysia (RPM) 2026–2035 di kawasan sekolah.
Inisiatif ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran warga sekolah, ibu bapa dan masyarakat tentang hala tuju pendidikan negara dalam melahirkan generasi yang berilmu, berkemahiran serta berdaya saing selaras dengan keperluan masa hadapan.
Terima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan kerjasama dan sokongan dalam menjayakan usaha ini. Semoga perkongsian maklumat ini dapat memberi manfaat kepada seluruh komuniti pendidikan.