SK Agama Sibu Official

SK Agama Sibu Official SK AGAMA (MIS) SIBU

Buletin SKAMISi Edisi Mac dan April 2026.
11/05/2026

Buletin SKAMISi Edisi Mac dan April 2026.

Enjoy the videos and music you love, upload original content, and share it all with friends, family, and the world on YouTube.

09/05/2026
25 APRIL 2026 | SABTUKURSUS KEPIMPINAN KHALIFAH CILIK SK AGAMA (MIS) SIBU 2026✅ Pengawas Sekolah✅ Pengawas Pusat Sumber ...
26/04/2026

25 APRIL 2026 | SABTU
KURSUS KEPIMPINAN KHALIFAH CILIK SK AGAMA (MIS) SIBU 2026

✅ Pengawas Sekolah
✅ Pengawas Pusat Sumber Sekolah
✅ Pengawas Surau (Smart Daie)

Semoga kursus smlm dapat meniup semangat para pemimpin SKAMISi lantas dapat menggalas & melaksanakan tanggungjawab yang diberi sebaiknya.

Setiap hari pastikan ada kemajuan baharu.
Jadi contoh tauladan terbaik buat murid-murid lain dalam pelbagai aspek. Seimbang dunia akhirat, seiring dengan visi dan misi SKAMISi.

𝙉𝙚𝙫𝙚𝙧 𝙨𝙖𝙮 𝙣𝙚𝙫𝙚𝙧 💪🏼

23 April 2026 | Program Jom Baca 10 Minit SK Agama (MIS) Sibu telah selesai dilaksanakan dengan sesi pembacaan buku dila...
23/04/2026

23 April 2026 | Program Jom Baca 10 Minit SK Agama (MIS) Sibu telah selesai dilaksanakan dengan sesi pembacaan buku dilaksanakan serentak selama 10 minit bermula pukul 11:00 pagi hingga 11:10 pagi. Objektif program ini dilaksanakan adalah untuk membentuk masyarakat berbudaya ilmu yang memartabatkan budaya membaca dan sebagai tanda sokongan kepada inisiatif yang dijalankan oleh Majlis Pengarah-Pengarah Perpustakaan Awam SeMalaysia (MPAM) dan Perpustakaan Negara Malaysia. Semoga semua anak-anak murid, ibu bapa, guru-guru dan seluruh warga sekolah dan komuniti sekitar sentiasa mengamalkan budaya membaca dalam kehidupan seharian.





Pemandangan dari atas sekitar Majlis Ramah Tamah Aidilfitri PIBG 2026 SK Agama (MIS) Sibu. Sumbangan video oleh Arie Ahm...
11/04/2026

Pemandangan dari atas sekitar Majlis Ramah Tamah Aidilfitri PIBG 2026 SK Agama (MIS) Sibu. Sumbangan video oleh Arie Ahmad Ramit .

Enjoy the videos and music you love, upload original content, and share it all with friends, family, and the world on YouTube.

11 April 2026 | Majlis Ramah Tamah Aidilfitri PIBG SK Agama (MIS) Sibu 2026 bertemakan 'Raya Mena- Mena' Terima kasih at...
11/04/2026

11 April 2026 | Majlis Ramah Tamah Aidilfitri PIBG SK Agama (MIS) Sibu 2026 bertemakan 'Raya Mena- Mena' Terima kasih atas sokongan padu, kerjasama dan sumbangan makanan daripada semua. In shaa Allah jumpa lagi tahun hadapan.

11 April 2026

Alhamdulillah. Menerima tambahan 1 unit lagi penapis air menjadikan jumlah keseluruhan 2 unit hasil sumbangan infak yang...
02/04/2026

Alhamdulillah. Menerima tambahan 1 unit lagi penapis air menjadikan jumlah keseluruhan 2 unit hasil sumbangan infak yang diusahakan oleh pihak PIBG SK Agama (MiS) Sibu. Sememangnya kemudahan yang amat diperlukan oleh semua warga sekolah terutamanya murid-murid untuk mendapatkan air minuman yang bersih dan diyakini.
Semoga pahala infak akan sentiasa mengalir kepada pemberi sumbangan selagi mana mesin ini digunakan oleh anak-anak untuk mendapat air minuman. Terima kasih.

🌙✨ Salam Aidilfitri 1447H ✨🌙Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin daripada seluruh warga SK Agama (MIS) Sib...
20/03/2026

🌙✨ Salam Aidilfitri 1447H ✨🌙

Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin daripada seluruh warga SK Agama (MIS) Sibu.

Semoga Syawal yang mulia ini membawa keberkatan, kebahagiaan dan mengeratkan lagi silaturrahim antara kita semua. Raikan kemenangan dengan penuh kesyukuran, kesederhanaan dan kegembiraan bersama insan tersayang.

Hati yang bersih, jiwa yang tenang,Semoga Aidilfitri memberi seribu kenangan.

💚 Tulus ikhlas daripada seluruh wargaSK Agama (MIS) Sibu

Dijayakan oleh murid-murid SK Agama (MIS) Sibu,Sarawak

📢 PENGUMUMAN CUTI SEKOLAHDimaklumkan bahawa cuti sekolah adalah seperti berikut:📅 18 – 20 Mac 2026Cuti Tambahan KPM Semp...
17/03/2026

📢 PENGUMUMAN CUTI SEKOLAH

Dimaklumkan bahawa cuti sekolah adalah seperti berikut:

📅 18 – 20 Mac 2026
Cuti Tambahan KPM Sempena Hari Raya Aidilfitri
📅 21 – 23 Mac 2026
Cuti Umum Perayaan Hari Raya Aidilfitri
📅 24 – 29 Mac 2026
Cuti Persekolahan Penggal 1
📅 30 Mac 2026 (Isnin)
Murid kembali ke sekolah

✨ Selamat Bercuti
🌙 Selamat Hari Raya Aidilfitri
🤲 Maaf Zahir dan Batin

Tulus ikhlas daripada seluruh warga
SK Agama (MIS) Sibu

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,إِنَّا ِلِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَWarga SK Agama (MIS) Sibu merakamkan ...
15/03/2026

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

إِنَّا ِلِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ

Warga SK Agama (MIS) Sibu merakamkan ucapan takziah dan turut berdukacita dengan kejadian kemalangan maut yang menimpa murid kita (Aleeya Aisya binti Mohamad Hanapiah dari kelas 2 Al-Jazari). Beliau dan adiknya disahkan telah meninggal dunia di tempat kejadian pada 14 Mac 2026 di Jalan Bruan, Matu.

Dalam saat yang penuh duka ini, marilah kita sama-sama berdoa agar roh mangsa dicucuri rahmat oleh Allah SWT dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Sehubungan ini, kami dari Badan Kebajikan Unit HEM, SK Agama Sibu akan mengadakan kutipan derma (Tabung Kami Prihatin) untuk keluarga arwah bagi meringankan beban mereka. Sumbangan derma akan diadakan esok (16 Mac 2026). Semoga Allah SWT membalas jasa baik tuan/puan dengan ganjaran yang besar. Amin.

"Sesungguhnya, setiap sumbangan walaupun kecil amat bermakna dan mampu meringankan beban mereka".

Mudah-mudahan keluarga yang ditinggalkan diberikan ketabahan, kesabaran, dan kekuatan untuk menghadapi ujian yang sangat berat ini.

Sekian, terima kasih.

Address

Sekolah Kebangsaan Agama (MIS) Sibu, Jalan Teku Off Jalan Disa
Sibu
96000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SK Agama Sibu Official posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to SK Agama Sibu Official:

Shortcuts

Share