JHEPA, UPSI

Website Contact the school

JHEPA, UPSI Page Rasmi Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni.

[LENSA] HARI KETIGAPENDAFTARAN PELAJAR BAHARU PROGRAM SARJANA MUDA AMBILAN 1 SESI 2026/2027
14/09/2026

[LENSA] HARI KETIGA

PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU PROGRAM SARJANA MUDA AMBILAN 1 SESI 2026/2027






DAPUR KASIH BITARA EDISI KHAS SEDIA 1,000 PEK MAKANAN PERCUMA SANTUNI IBU BAPA PELAJAR BAHARU UPSIBahagian Hal Ehwal Pel...
14/09/2026

DAPUR KASIH BITARA EDISI KHAS SEDIA 1,000 PEK MAKANAN PERCUMA SANTUNI IBU BAPA PELAJAR BAHARU UPSI

Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) meneruskan komitmen dalam memperkasa agenda kebajikan mahasiswa menerusi pelaksanaan Dapur Kasih Bitara Edisi Khas: Pendaftaran Pelajar Baharu Sarjana Muda Ambilan 1 sesi 2026/2027 pada hari ini 14 September 2026 bertempat di Masjid Al Mursyidin UPSI.

Menerusi inisiatif tersebut, sebanyak 1,000 pek makanan percuma disediakan khas kepada ibu bapa dan penjaga pelajar baharu yang hadir ke UPSI bagi mengiringi proses pendaftaran diri anak masing-masing.

Menu ayam masak kicap dan sayur goreng kunyit disediakan oleh seramai 20 orang sukarelawan yang terdiri daripada warga BHEP dan Kolej Kediaman Aminuddin Baki (KAB), sebagai tanda prihatin UPSI terhadap kebajikan keluarga yang hadir dari pelbagai negeri.

Program tersebut diketuai oleh Puan Hajah Maskana binti Ahmad, Ketua Timbalan Pendaftar BHEP, dan turut disertai Encik Zulkifli bin Mamat, Pengetua Kolej KAB, bersama warga kerja serta sukarelawan yang berganding bahu memastikan penyediaan dan pengagihan makanan berjalan lancar.

Menurut Puan Hajah Maskana, pelaksanaan Dapur Kasih Bitara Edisi Khas ini merupakan sebahagian daripada usaha BHEP untuk memastikan kebajikan bukan sahaja diberikan kepada mahasiswa, malah turut dirasai oleh keluarga yang hadir bersama mereka.

“Hari pendaftaran merupakan satu detik yang cukup bermakna bagi setiap pelajar dan keluarga. Justeru, Dapur Kasih Bitara Edisi Khas ini menjadi salah satu cara UPSI menzahirkan penghargaan dan keprihatinan kepada ibu bapa serta penjaga yang hadir, khususnya mereka yang datang dari jauh.”

Beliau turut menzahirkan penghargaan kepada semua sukarelawan yang meluangkan masa dan tenaga bagi menjayakan inisiatif tersebut.

“Penyediaan 1,000 pek makanan ini bukan sekadar menyediakan makanan percuma, tetapi membawa mesej bahawa UPSI sentiasa mengambil berat dan berusaha untuk menyantuni komuniti universiti, termasuk keluarga pelajar baharu.”

Dapur Kasih Bitara merupakan antara inisiatif kebajikan BHEP yang memberi fokus kepada penyediaan makanan percuma kepada mahasiswa sebagai usaha membantu meringankan beban kewangan serta memastikan kebajikan dan keperluan asas mahasiswa terus diberi perhatian.

Pelaksanaan edisi khas sempena pendaftaran pelajar baharu ini turut memperlihatkan semangat gotong-royong dan kesukarelawanan warga UPSI, sekali gus mencerminkan budaya penyayang dan prihatin yang menjadi sebahagian daripada ekosistem kampus.

Inisiatif tersebut diharapkan dapat memberikan sedikit keceriaan dan keselesaan kepada ibu bapa serta penjaga yang hadir, di samping menjadi tanda sambutan mesra UPSI kepada seluruh keluarga pelajar baharu Sarjana Muda sesi 2026/2027.

[LENSA HARI ORIENTASI][HARI PERTAMA] Hari Pendaftaran Pelajar Sarjana Muda Ambilan 1 sesi 2026/2027
13/09/2026

[LENSA HARI ORIENTASI]

[HARI PERTAMA]

Hari Pendaftaran Pelajar Sarjana Muda Ambilan 1 sesi 2026/2027

[LENSA] HARI KEDUAPENDAFTARAN PELAJAR BAHARU PROGRAM SARJANA MUDA AMBILAN 1 SESI 2026/2027
13/09/2026

[LENSA] HARI KEDUA

PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU PROGRAM SARJANA MUDA AMBILAN 1 SESI 2026/2027






Program Dapur Kasih Bitara BHEP Siri 14/2026                                                                            ...
13/09/2026

Program Dapur Kasih Bitara BHEP Siri 14/2026
Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera,

Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni serta Sekretariat Mahasiswa Negeri Sembilan UPSI dengan kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar akan mengadakan Program Dapur Kasih Bitara Siri 14/2026 pada 14 September 2026 bertempat di Masjid Al-Mursyidin.

Program ini bertujuan membantu meringankan sara hidup pelajar-pelajar yang memerlukan. Sehubungan dengan itu, pelajar UPSI adalah dijemput hadir ke Sesi persediaan, semasa & selepas program bagi memastikan jumlah tenaga kerja yang optimum dalam kalangan staf & sukarelawan pelajar sepanjang sesi berlangsung.

Sesi agihan pek makanan akan bermula pada jam 12.00 tengah hari.

Terima kasih

sarapan dan minum petang disediakan bagi petugas.

Sekian, terima kasih.

Selamat Datang Pelajar Baharu Program Sarjana Muda Ambilan 1 Sesi 2026/2027 Ke Universiti Pendidikan Sultan Idris       ...
13/09/2026

Selamat Datang Pelajar Baharu Program Sarjana Muda Ambilan 1 Sesi 2026/2027 Ke Universiti Pendidikan Sultan Idris






Kejayaan Pelajar UPSI Setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada:AMIN SYAHMI BIN AZAHARNUR INSYIRAH BINTI ISHAKFakulti Ba...
13/09/2026

Kejayaan Pelajar UPSI

Setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada:

AMIN SYAHMI BIN AZAHAR
NUR INSYIRAH BINTI ISHAK
Fakulti Bahasa dan Komunikasi

Atas kejayaan meraih NAIB JOHAN (MIXED 8+) dalam The 9th Shenyang Open Regatta yang berlangsung pada 10 hingga 14 September 2026 di Shenyang Hun River City Center, China.

Kejayaan ini membuktikan semangat juang, dedikasi dan komitmen atlet UPSI dalam mengharumkan nama universiti di persada antarabangsa.

Tahniah dan syabas! Teruskan melakar kejayaan!






[LENSA HARI ORIENTASI][HARI PERTAMA] Hari Pendaftaran Pelajar Sarjana Muda Ambilan 1 sesi 2026/2027
12/09/2026

[LENSA HARI ORIENTASI]

[HARI PERTAMA]

Hari Pendaftaran Pelajar Sarjana Muda Ambilan 1 sesi 2026/2027

Makluman Keselamatan / Security AwarenessDimaklumkan bahawa para pelajar TIDAK seharusnya memberikan sebarang maklumat p...
12/09/2026

Makluman Keselamatan / Security Awareness

Dimaklumkan bahawa para pelajar TIDAK seharusnya memberikan sebarang maklumat peribadi/perbankan, OTP/TAC, menekan sebarang pautan atau mengikuti arahan daripada panggilan yang tidak dikenali yang mendakwa mewakili RHB/MySiswa berkaitan penggantian kad pelajar/matrik atau penggunaan ‘aplikasi baharu’.

Sebarang komunikasi rasmi berkaitan MySiswa/RHB hendaklah disahkan melalui pihak Universiti atau saluran rasmi RHB.

____________________________________________

Please be informed that students should NOT provide personal/banking information, click any link or follow instructions from unsolicited callers claiming to represent RHB/MySiswa regarding replacement of student/matric cards or a ‘new app’.

Please verify any official MySiswa/RHB communication through the University or official RHB channels.

12 September 2026PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU PROGRAM SARJANA MUDA AMBILAN 1 SESI 2026/2027
12/09/2026

12 September 2026

PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU PROGRAM SARJANA MUDA AMBILAN 1 SESI 2026/2027






Address

Pusat Pelajar, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Kampus Sultan Azlan Shah
Shah
35900

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when JHEPA, UPSI posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to JHEPA, UPSI:

Shortcuts

Share