Perpustakaan Tuanku Bainun, Kampus Sultan Abdul Jalil Shah UPSI

  • Home
  • Perpustakaan Tuanku Bainun, Kampus Sultan Abdul Jalil Shah UPSI

Perpustakaan Tuanku Bainun, Kampus Sultan Abdul Jalil Shah UPSI Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris Official page.
(2)

Universiti Pendidikan Sultan Idris(UPSI) officially took over the Perpustakaan Za’ba from Institut Perguruan Sultan Idris(IPSI) on 1st January 1998. The library which was a heritage of the Sultan Idris Training College for Malay Teachers (SITC) started with two rooms Bilik Khir and Bilik Dussek known as the Bilek Bachaan on the first floor of the Bangunan Suluh Budiman. With the change of name to

Maktab Perguruan Sultan Idris in 1957 a library building known as Khutub Khanah MPSI was erected at the rear of Bangunan Suluh Budiman on the right side to the dining hall building. The needs for a library and other resources arise accordingly with the increasing number of students. Khutub Khanah MPSI then moved to Sekolah Datuk Abdul Razak’s dining hall in 1985. There, it continued its services when the institution was upgraded to Institut Perguruan Sultan Idris (IPSI) in 1987 and named Perpustakaan IPSI. It was then named Perpustakaan Za’ba in conjunction with the 75th Years Celebration of SITC/ MPSI /IPSI in 1994. In September 1996, Perpustakaan Za’ba was relocated back to Bangunan Suluh Budiman but this time it occupies the whole of the 1st floor. In 1999 the university had approved the construction of a new building with 13,063 square meters of floor space. The building equipped with lifts for users is completed by the end of 2003. Other facilities include exhibition area, bookshop, cyber café, 24 hour reading room, baggage area, discussion room, research room, auditorium, IT training room, meeting room, viewing room, conservation and printing room, photocopy room and surau. Other facilities such as area to put the monographs collection, serials and multimedia were also not neglected.

24/08/2026

Salam Maulidur Rasul 1448H

Notis Penutupan Sementara Operasi Perpustakaan Tuanku Bainun (PTB) dan UPSI Digital Library (UDL) pada 26 Ogos 2026
24/08/2026

Notis Penutupan Sementara Operasi Perpustakaan Tuanku Bainun (PTB) dan UPSI Digital Library (UDL) pada 26 Ogos 2026

TAHNIAH KUMPULAN WARDATUL SYIFA! Tahniah diucapkan kepada Kumpulan Wardatul Syifa yang terdiri daripada kakitangan Perpu...
24/08/2026

TAHNIAH KUMPULAN WARDATUL SYIFA!

Tahniah diucapkan kepada Kumpulan Wardatul Syifa yang terdiri daripada kakitangan Perpustakaan Tuanku Bainun (PTB) atas kejayaan meraih Tempat Ketiga dalam Pertandingan Marhaban dan Nasyid 2026 anjuran Pusat Khidmat Masyarakat Hulu Bernam.

Atas kejayaan tersebut, kumpulan telah menerima hadiah wang tunai sebanyak RM400.00, sijil dan plak penyertaan serta hamper.

Syabas dan tahniah atas pencapaian yang membanggakan!

Notis Penutupan Perpustakaan Tuanku Bainun (PTB) dan UPSI Digital Library (UDL) pada 25 Ogos 2026
21/08/2026

Notis Penutupan Perpustakaan Tuanku Bainun (PTB) dan UPSI Digital Library (UDL) pada 25 Ogos 2026

Lawatan Sambil Belajar SMK Gunung Rapat ke Perpustakaan Tuanku Bainun21 Ogos 2026 – Perpustakaan Tuanku Bainun (PTB) tel...
21/08/2026

Lawatan Sambil Belajar SMK Gunung Rapat ke Perpustakaan Tuanku Bainun

21 Ogos 2026 – Perpustakaan Tuanku Bainun (PTB) telah menerima kunjungan daripada SMK Gunung Rapat (Sekolah Sukan Negeri Perak), Ipoh, bersempena dengan Program Kecemerlangan Pelajar SPM Sekolah Sukan Negeri Perak.

Lawatan sambil belajar ini melibatkan seramai 42 orang pelajar Tingkatan Lima dan sembilan orang guru pengiring. Program ini bertujuan memberikan pendedahan kepada para pelajar mengenai persekitaran pembelajaran di institusi pengajian tinggi serta kemudahan, perkhidmatan dan sumber maklumat yang disediakan oleh PTB.

Diharapkan lawatan ini dapat meningkatkan motivasi para pelajar dalam menghadapi peperiksaan SPM, menyemai budaya membaca dan pembelajaran sepanjang hayat, serta mendorong mereka untuk melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.

Jalinan Strategik Perpustakaan Tuanku Bainun & Arkib Negara MalaysiaPerpustakaan Tuanku Bainun (PTB) telah mengadakan pe...
21/08/2026

Jalinan Strategik Perpustakaan Tuanku Bainun & Arkib Negara Malaysia

Perpustakaan Tuanku Bainun (PTB) telah mengadakan perbincangan bersama Pn. Norsuriayati binti Awang Hashim, Pengarah Bahagian Pengurusan Penyelidikan dan Dokumentasi, Arkib Negara Malaysia (ANM). Sesi pertemuan yang dilaksanakan pada 19 Ogos 2026 bertujuan untuk melihat potensi jalinan kerjasama dan kolaborasi antara PTB dengan ANM. Antara perkara yang dibincangkan adalah hal berhubung koleksi, pengurusan rekod dan arkib universiti serta program bersesuaian untuk dilaksanakan secara bersama.

Semoga pertemuan ini menjadi titik tolak kepada terjalinnya kerjasama yang lebih erat antara kedua-dua pihak.

LET’S TALK SIRI 4/2026 MENARIK HATI MENJIWAI GOLONGAN AUTISME20 Ogos 2026 – Program Let’s Talk Siri 4/2026 menampilkan p...
21/08/2026

LET’S TALK SIRI 4/2026 MENARIK HATI MENJIWAI GOLONGAN AUTISME

20 Ogos 2026 – Program Let’s Talk Siri 4/2026 menampilkan panel jemputan, En. Nur Arif bin Jasmin, seorang individu autisme yang kini sedang melanjutkan pengajian di peringkat PhD di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Menerusi perkongsian yang cukup bermakna, beliau berkongsi pengalaman serta pandangan tentang dunia autisme, sekali gus membuka ruang kepada masyarakat untuk memahami dengan lebih dekat kehidupan, cabaran dan potensi golongan autisme. Perkongsian tersebut turut membantu meningkatkan kesedaran umum agar lebih memahami, menghormati dan menyantuni golongan ini dengan penuh empati.

Program telah disiarkan secara langsung melalui media sosial Perpustakaan Tuanku Bainun (PTB) di Facebook dan YouTube, selain diadakan secara bersemuka di Aras 1, PTB. Siri ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan dengan jumlah tontonan mencecah 5,333 orang.

Let’s Talk Siri 4/2026 bukan sekadar sebuah sesi perkongsian, malah menjadi wadah untuk membina kefahaman dan kesedaran masyarakat tentang autisme. Semoga perkongsian ini terus menyemai sikap prihatin dan saling memahami, agar setiap individu tanpa mengira perbezaan dapat dihargai serta diberikan ruang untuk menyerlahkan potensi diri.

Dikongsikan adalah jumlah tontonan bagi aktiviti Let's Talk@UPSI Siri 4 yang telah diadakan. Terima  kasih atas penyerta...
21/08/2026

Dikongsikan adalah jumlah tontonan bagi aktiviti Let's Talk@UPSI Siri 4 yang telah diadakan. Terima kasih atas penyertaan semua dan teruskan menyokong aktiviti Let's Talk@UPSI anjuran Perpustakaan Tuanku Bainun

20 Ogos 2026 - Perpustakaan Tuanku Bainun (PTB) telah menerima kunjungan daripada SMK Serdang, Kedah, yang melibatkan se...
20/08/2026

20 Ogos 2026 - Perpustakaan Tuanku Bainun (PTB) telah menerima kunjungan daripada SMK Serdang, Kedah, yang melibatkan seramai 45 orang pelajar dan guru pengiring. Para peserta dibawa melawat serta diperkenalkan kepada pelbagai kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan oleh PTB.

Semoga lawatan ini memberikan pengalaman dan pengetahuan yang bermanfaat serta menyemarakkan minat para pelajar terhadap budaya membaca dan pembelajaran sepanjang hayat.

20/08/2026

New Arrivals⚡️⚡️

Address

Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Kampus Sultan Abdul Jalil Shah

35900

Opening Hours

Monday 08:30 - 22:00
Tuesday 08:30 - 22:00
Wednesday 08:30 - 22:00
Thursday 08:30 - 22:00
Friday 08:30 - 22:00
Saturday 09:00 - 17:00
Sunday 10:00 - 14:00

Telephone

+6054506832

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Perpustakaan Tuanku Bainun, Kampus Sultan Abdul Jalil Shah UPSI posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Perpustakaan Tuanku Bainun, Kampus Sultan Abdul Jalil Shah UPSI:

Shortcuts

  • Want your school to be the top-listed School/college?

Share