JMSK PSIS

Call Contact the school

JMSK PSIS Jabatan Matematik, Sains & Komputer, Politeknik Sultan Idris Shah, Sabak Bernam, Selangor

🌱🍈 PROGRAM JALINAN BAKTI SISWA KE LADANG: EKSPLORASI PERTANIAN ROCK MELON 2026 🍈🌱14 September 2026 | IsninπŸ“ Ladang Rock ...
15/09/2026

🌱🍈 PROGRAM JALINAN BAKTI SISWA KE LADANG: EKSPLORASI PERTANIAN ROCK MELON 2026 🍈🌱

14 September 2026 | Isnin
πŸ“ Ladang Rock Melon, Jalan Mat Nor, Sg. Air Tawar, Selangor

Jabatan Matematik, Sains dan Komputer (JMSK), Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS) telah menganjurkan Program Jalinan Bakti Siswa ke Ladang: Eksplorasi Pertanian Rock Melon 2026 sebagai satu inisiatif pembelajaran di luar bilik kuliah yang memberi peluang kepada para pelajar untuk mengenali dengan lebih dekat dunia pertanian moden. πŸŒΏπŸ‘©β€πŸŒΎπŸ‘¨β€πŸŒΎ

Program ini memberikan pengalaman bermakna kepada para pelajar melalui pendedahan secara langsung terhadap kaedah penanaman, penjagaan serta pengurusan tanaman rock melon, di samping memupuk nilai kerjasama, tanggungjawab dan keprihatinan terhadap sektor agromakanan. 🍈🌱

Semoga pengalaman yang diperoleh dapat memperluas pengetahuan dan membuka perspektif baharu kepada para pelajar tentang potensi bidang pertanian serta keusahawanan berasaskan teknologi. πŸ’š

✨ Belajar di luar kelas, meneroka dunia sebenar!
🍈 Dari ladang, lahirnya pengalaman dan inspirasi.







πŸŽ‰ Tahniah buat Ts. QPr. Geetha Subramaniam! πŸŽ‰Setinggi-tinggi tahniah atas kejayaan secara rasmi menerima gelaran Quality...
15/09/2026

πŸŽ‰ Tahniah buat Ts. QPr. Geetha Subramaniam! πŸŽ‰

Setinggi-tinggi tahniah atas kejayaan secara rasmi menerima gelaran Quality Professional (QPr.) dan menjadi Professional Member, Institute of Quality Malaysia (IQM). πŸ‘πŸ»πŸ‘πŸ»πŸ‘πŸ»πŸ‘πŸ»

Now officially… Ts. QPr. Geetha Subramaniam! ✨✨✨✨

Semoga pengiktirafan ini menjadi pemangkin untuk terus melakar kecemerlangan, berkongsi kepakaran dan memberi inspirasi kepada lebih ramai insan dalam bidang kualiti dan profesionalisme.
Proud of you, Geetha!

Congratulations on this well-deserved achievement! πŸ₯³πŸ‘πŸ»πŸ’

πŸ“£πŸ“£ BENGKEL CALCULATORS UNLOCKED 2026πŸ“£πŸ“£Bengkel Calculators Unlocked ini merupakan pendekatan teknik asas dan praktikal un...
07/09/2026

πŸ“£πŸ“£ BENGKEL CALCULATORS UNLOCKED 2026πŸ“£πŸ“£
Bengkel Calculators Unlocked ini merupakan pendekatan teknik asas dan praktikal untuk meningkatkan pengetahuan peserta dalam penggunaan kalkulator saintifik.

πŸ“Œ Tarikh : 19 September 2026 (Sabtu)
πŸ“Œ Masa : 8.00 pagi - 1.00 petang
πŸ“Œ Platform : Online
πŸ“Œ Tarikh tutup pendaftaran : 13 September 2026

Jangan Lepaskan Peluang EMAS ini !
πŸ’° Yuran Penyertaan : RM 25.00 seorang peserta
Pendaftaran :
🌐 https://forms.gle/V9U3dnzuTA7iVcXJ9

βœ… Sijil penyertaan disediakan
βœ… Setiap penyertaan akan mendapat sijil peringkat daerah dan diiktiraf dalam penilaian PAJSK
βœ… Calcultor saintifik yang perlu disediakan oleh peserta : Casio Classwiz fx-570ex

πŸ“ž Hubungi :
Ts. Jamunarani Muthusamy : 016-2028265
En. Firdaus : 014-3248033

πŸ“ Anjuran:
Jabatan Matematik, Sains dan Komputer
Politeknik Sultan Idris Shah

Alhamdulillah, Foodbank telah selesai menyerahkan sumbangan pada hari ini. 🀲✨Sumbangan telah selamat diserahkan kepada p...
07/09/2026

Alhamdulillah, Foodbank telah selesai menyerahkan sumbangan pada hari ini. 🀲

✨Sumbangan telah selamat diserahkan kepada pihak-pihak berikut:

πŸ“šPihak Perpustakaan: Sumbangan telah diserahkan kepada wakil Perpustakaan Tan Sri Rozali Ismail, PSIS, iaitu Puan Noorbahiyah binti Anuar Al Sidqi. Semoga dengan sedikit bekalan makanan dan minuman yang disediakan ini dapat memberi manfaat, sekali gus menyuntik semangat dan menceriakan para pelajar kita yang datang mengulang kaji pelajaran di sana.

πŸ“šPihak Keselamatan:Alhamdulillah, rezeki pada hari ini turut dikongsi bersama barisan anggota keselamatan PSIS. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua pengawal keselamatan yang sentiasa komited serta berdedikasi dalam menjaga keselamatan seluruh warga kampus.

😊Sedikit bagi kita, mungkin besar maknanya bagi orang lain. Semoga usaha dan perkongsian rezeki yang kecil ini diberkati serta membawa impak yang positif buat seluruh warga PSIS. Insya-Allah. ❀️

🀝 FOODBANK@PSIS MEMBERI SUMBANGAN SEMPENA PROGRAM MENYANTUNI PELAJAR LUAR KAMPUS ANJURAN HEP 🀝Foodbank@PSIS berbesar hat...
15/08/2026

🀝 FOODBANK@PSIS MEMBERI SUMBANGAN SEMPENA PROGRAM MENYANTUNI PELAJAR LUAR KAMPUS ANJURAN HEP 🀝

Foodbank@PSIS berbesar hati menyumbangkan barangan makanan kering sempena Program Menyantuni Pelajar Luar Kampus anjuran Hal Ehwal Pelajar (HEP) yang telah berlangsung pada 13 Ogos 2026 (Khamis).

Sumbangan tersebut telah disampaikan oleh Pengerusi Projek Foodbank@PSIS, Dr. Muhammad Daniel bin Derome, kepada Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar, En. Mohd Fakhrurrazi bin Awang @ Ghazali.

Inisiatif ini merupakan salah satu usaha Foodbank@PSIS dalam membantu meringankan beban pelajar, di samping memastikan kebajikan dan kesejahteraan warga PSIS sentiasa diberi perhatian.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat atas komitmen, keprihatinan dan kerjasama dalam menjayakan usaha murni ini. Semoga sumbangan yang diberikan dapat memberikan manfaat serta sedikit sebanyak meringankan keperluan para pelajar, khususnya pelajar luar kampus.

πŸ’™ Bersama menyantuni, bersama membantu, demi kesejahteraan pelajar PSIS.

β€œTiada lagi pelajar lapar ke kelas.”

πŸ₯› SUMBANGAN SUSU SEGAR DARIPADA KPDN PUTRAJAYA KEPADA FOODBANK@PSIS πŸ₯›14 Ogos 2026 (Jumaat) β€” Foodbank@PSIS berbesar hati...
15/08/2026

πŸ₯› SUMBANGAN SUSU SEGAR DARIPADA KPDN PUTRAJAYA KEPADA FOODBANK@PSIS πŸ₯›

14 Ogos 2026 (Jumaat) β€” Foodbank@PSIS berbesar hati menerima sumbangan sebanyak 55 kotak susu segar jenama Dutch Lady daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Putrajaya.

Pihak Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS) merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada KPDN Putrajaya atas keprihatinan dan sumbangan yang amat bermakna ini.

Sumbangan ini diharapkan dapat memberi manfaat kepada warga PSIS, khususnya para pelajar yang memerlukan, serta menyokong usaha Foodbank@PSIS dalam memastikan kebajikan dan kesejahteraan pelajar sentiasa terpelihara.

Semoga jalinan kerjasama dan keprihatinan seperti ini dapat diteruskan pada masa hadapan demi memberikan manfaat yang berterusan kepada komuniti PSIS. πŸ’™

Terima kasih KPDN Putrajaya atas sokongan dan keprihatinan 🌟

β€œTiada lagi pelajar lapar ke kelas.”

PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH KEPADA 99 SPEEDMART ATAS SUMBANGAN KEPADA FOODBANK@PSISPoliteknik Sultan Idris Shah (PSIS) ...
15/08/2026

PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH KEPADA 99 SPEEDMART ATAS SUMBANGAN KEPADA FOODBANK@PSIS

Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS) merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada 99 Speedmart atas sumbangan barangan keperluan harian kepada Foodbank@PSIS yang telah disampaikan pada 25 Julai 2026 (Sabtu), jam 4.50 petang.

Sumbangan tersebut telah disampaikan oleh En. Muhammad Hilman Farhan, wakil 99 Speedmart, dan diterima dengan penuh penghargaan oleh Pengarah Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS).

Pihak PSIS amat menghargai keprihatinan dan komitmen 99 Speedmart dalam menyokong usaha membantu warga PSIS yang memerlukan melalui inisiatif Foodbank@PSIS. Sumbangan ini bukan sahaja meringankan beban penerima, malah mencerminkan nilai tanggungjawab sosial korporat, keprihatinan dan semangat kebersamaan dalam memperkukuh kesejahteraan komuniti.

Setinggi-tinggi penghargaan turut diberikan kepada para staf 99 Speedmart, Team Foodbank@PSIS serta Kelab GPS PSIS yang telah berganding bahu dalam menyusun dan menguruskan barangan sumbangan dengan penuh dedikasi dan semangat kerjasama.

Semoga jalinan kerjasama yang terjalin antara PSIS dan 99 Speedmart akan terus diperkukuhkan pada masa akan datang demi memberikan manfaat yang berterusan kepada warga PSIS, khususnya para pelajar.

πŸ’™ β€œTiada lagi pelajar lapar ke kelas.” πŸ’™

Terima kasih, 99 Speedmart!

πŸ₯› SUMBANGAN SUSU SEGAR KEPADA FOOD BANK@PSIS πŸ₯›Foodbank@PSIS berbesar hati menerima sumbangan sebanyak 30 kotak susu sega...
15/08/2026

πŸ₯› SUMBANGAN SUSU SEGAR KEPADA FOOD BANK@PSIS πŸ₯›

Foodbank@PSIS berbesar hati menerima sumbangan sebanyak 30 kotak susu segar jenama Magnolia daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Selangor.

Sumbangan tersebut telah disampaikan oleh En. Fadeli, wakil daripada KPDN Cawangan Kuala Selangor, sebagai tanda keprihatinan dan sokongan kepada warga pelajar Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS).

πŸ“… Tarikh: 7 Ogos 2026 (Jumaat)
⏰ Masa: 11.30 pagi
πŸ“ Tempat: Foodbank@PSIS

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada pihak KPDN Selangor atas sumbangan yang amat bermakna ini. Semoga usaha murni sebegini dapat terus menyokong kebajikan dan kesejahteraan warga PSIS. πŸ’™

🌷✨ SELAMAT MENJALANI VALIDASI ✨🌷Setinggi-tinggi ucapan selamat menjalani validasi kepada calon-calon DH12 dan DH10 dari ...
13/08/2026

🌷✨ SELAMAT MENJALANI VALIDASI ✨🌷

Setinggi-tinggi ucapan selamat menjalani validasi kepada calon-calon DH12 dan DH10 dari Jabatan Matematik, Sains dan Komputer (JMSK), Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS).

Semoga segala urusan sepanjang proses validasi dipermudahkan dan berjalan dengan lancar. Semoga calon-calon diberikan ketenangan, keyakinan serta kelancaran dalam menghadapi setiap proses yang dilalui. 🀲✨

Selamat maju jaya dan semoga memperoleh hasil yang terbaik! 🌟

Ikhlas daripada,
Jabatan Matematik, Sains dan Komputer
Politeknik Sultan Idris Shah




πŸ†βœ¨ TAHNIAH PELAJAR JMSK PSIS! βœ¨πŸ†Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada pelajar Asasi Teknologi Kejuruteraan yang mewak...
13/08/2026

πŸ†βœ¨ TAHNIAH PELAJAR JMSK PSIS! βœ¨πŸ†

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada pelajar Asasi Teknologi Kejuruteraan yang mewakili Jabatan Matematik, Sains dan Komputer (JMSK), Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS) atas kejayaan meraih Tempat Ke-5 dalam Pesta Sukan Antara Jabatan (PESJA) 2026! πŸŽ‰πŸ‘

Pencapaian ini membuktikan semangat kesukanan, kerjasama, disiplin dan komitmen tinggi yang ditunjukkan oleh para pelajar sepanjang menyertai pertandingan. πŸ’ͺπŸ”₯

Tahniah dan syabas kepada semua atlet yang telah memberikan saingan terbaik serta membawa nama JMSK dengan penuh semangat dan kebanggaan. πŸ‘πŸ†

Lebih daripada sekadar sebuah pertandingan, PESJA 2026 telah mencipta pelbagai momen indah dan kenangan yang tidak ternilai. Setiap sorakan, senyuman, gelak tawa, debaran dan semangat juang yang dikongsi bersama menjadi sebahagian daripada pengalaman yang pasti akan dikenang. ❀️✨

Sesungguhnya, pengalaman ini bukan sahaja mengukuhkan semangat berpasukan, malah mengeratkan ukhuwah dan persahabatan dalam kalangan para pelajar Asasi Teknologi Kejuruteraan. 🀝

Terima kasih atas segala usaha, komitmen dan semangat yang telah dicurahkan. Semoga pengalaman serta kejayaan ini menjadi pembakar semangat untuk terus melakar kecemerlangan pada masa akan datang. πŸ”₯

PESJA 2026 β€” Bertanding dengan semangat, berjuang dengan kesungguhan, mencipta kenangan bersama. πŸ†βœ¨

Syabas Team JMSK! Teruskan berjuang dan teruskan kecemerlangan! πŸ’ͺπŸ†






Address

Politeknik Sultan Idris Shah
Shah
45100

Telephone

+60332806200

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when JMSK PSIS posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to JMSK PSIS:

Shortcuts

Share