Media Himsak

Media Himsak

Share

Himpunan Siswazah Kelantan (HIMSAK) sebuah badan NGO yang menghimpunkan graduan anak Kelantan

10/05/2026

๐‘บ๐’†๐’๐’‚๐’Ž๐’‚๐’• ๐‘ฏ๐’‚๐’“๐’Š ๐‘ฐ๐’ƒ๐’– 2026 ๐Ÿ’

โ€œBuat seluruh wanita hebat yang bergelar ibu, mama, mak, bonda dan ummiโ€ฆ

Terima kasih atas segala kasih sayang, pengorbanan, doa dan didikan yang tidak pernah mengenal penat lelah.

Di sebalik kejayaan seorang anak, pasti ada insan bernama ibu yang sentiasa berdiri kuat sebagai penyokong, pelindung dan sumber kekuatan keluarga.

Kasih seorang ibu tidak mampu dibalas dengan harta dan kata-kata, kerana nilainya terlalu besar dalam membentuk kehidupan serta masa depan anak-anak.

Semoga seluruh ibu di Malaysia sentiasa diberikan kesihatan, kebahagiaan, ketenangan hati dan dipermudahkan segala urusan dunia serta akhirat.

Terima kasih ibuโ€ฆ jasamu akan sentiasa dikenang sepanjang hayat.โ€ ๐ŸŒน

๐—œ๐—ธ๐—ต๐—น๐—ฎ๐˜€ ๐—ฑ๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ๐—ฝ๐—ฎ๐—ฑ๐—ฎ
๐—›๐—ถ๐—บ๐—ฝ๐˜‚๐—ป๐—ฎ๐—ป ๐—ฆ๐—ถ๐˜€๐˜„๐—ฎ๐˜‡๐—ฎ๐—ต ๐—ž๐—ฒ๐—น๐—ฎ๐—ป๐˜๐—ฎ๐—ป (๐—›๐—œ๐— ๐—ฆ๐—”๐—ž)

24/04/2026

๐—ž๐—ฒ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ๐—ธ๐—ฎ๐˜๐—ฎ๐—ป ๐—›๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ ๐—๐˜‚๐—บ๐—ฎ๐—ฎ๐˜

Hari Jumaat adalah penghulu segala hari dalam Islam. Ia bukan sekadar hari biasa, tetapi hari penuh keberkatan, keampunan dan peluang untuk mendekatkan diri kepada Allah.

Sabda Nabi Muhammad SAW:

โ€œSebaik-baik hari yang matahari terbit padanya adalah hari Jumaatโ€ฆโ€
(Hadis riwayat Sahih Muslim)

Pada hari ini, terdapat satu waktu mustajab doaโ€”jika seorang hamba berdoa dengan penuh keikhlasan, Allah akan memperkenankannya.

Hari Jumaat juga menjadi waktu terbaik untuk memperbanyakkan selawat, membaca Al-Quran dan memperbaiki hubungan sesama manusia.

Selain itu, solat Jumaat yang didirikan secara berjemaah menjadi simbol kesatuan umat Islam serta peluang untuk membersihkan dosa-dosa kecil yang lalu.

Photos from Adly Zahari's post 20/04/2026

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada YB atas kesudian hadir merasmikan Majlis Pelancaran HIMSAK Leadership Summit 2026.

Kehadiran YB bukan sahaja menyemarakkan lagi semangat mahasiswa, malah menjadi suntikan inspirasi kepada anak-anak Kelantan di perantauan untuk terus bangkit, bersatu dan menyumbang kepada masyarakat serta negeri tercinta.

Kami amat menghargai kesediaan YB untuk turun padang, mendengar sendiri suara dan aspirasi mahasiswa. Semoga segala pandangan dan harapan yang dikongsikan menjadi pemangkin kepada usaha membina masa depan yang lebih baik.

Terima kasih sekali lagi atas sokongan dan komitmen YB. Semoga hubungan yang terjalin ini terus kukuh dan diberkati. InsyaAllah, kita akan terus melangkah bersama.




Photos from Media Himsak's post 15/04/2026

Sekalung Tahniah dan Syabas diucapkan kepada
Profesor Dr. Mohad Anizu Mohd Nor atas penganugerahan sebagai Tokoh Sukan UiTM 2025.

Pengiktirafan ini mencerminkan komitmen serta sumbangan berterusan dalam memperkasa pembangunan sukan, khususnya di peringkat universiti.

Prof. Anizu Mohd Nor juga merupakan salah seorang Penasihat Himpunan Siswazah Kelantan (HIMSAK), kehadiran dan panduan beliau amat dihargai dalam menyokong gerak kerja organisasi.

Semoga kejayaan ini terus menjadi dorongan untuk melakar lebih banyak pencapaian pada masa akan datang. InshaAllah..

Ikhlas daripada:

๐‡๐ข๐ฆ๐ฉ๐ฎ๐ง๐š๐ง ๐’๐ข๐ฌ๐ฐ๐š๐ณ๐š๐ก ๐Š๐ž๐ฅ๐š๐ง๐ญ๐š๐ง (๐‡๐ˆ๐Œ๐’๐€๐Š)

10/04/2026

Hari Jumaat adalah penghulu segala hari. Amalan sunat ini nampak ringan, tapi ganjarannya sangat besar jika diamalkan secara konsisten.

Berikut beberapa hadis sahih berkaitan amalan sunat pada hari Jumaat, yang boleh diamalkan sebagai panduan:

1. ๐‘ด๐’†๐’Ž๐’ƒ๐’‚๐’„๐’‚ ๐‘บ๐’–๐’“๐’‚๐’‰ ๐‘จ๐’-๐‘ฒ๐’‚๐’‰๐’‡๐’Š

Daripada Abu Saโ€˜id al-Khudri RA, Nabi SAW bersabda:

โ€œSesiapa yang membaca Surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, akan dipancarkan cahaya untuknya antara dua Jumaat.โ€ โ€” (Hadis Riwayat al-Hakim, al-Baihaqi โ€“ dinilai sahih)

2. ๐‘ด๐’†๐’Ž๐’‘๐’†๐’“๐’ƒ๐’‚๐’๐’š๐’‚๐’Œ๐’Œ๐’‚๐’ ๐‘บ๐’†๐’๐’‚๐’˜๐’‚๐’•

Nabi SAW bersabda:

โ€œPerbanyakkanlah selawat ke atasku pada hari Jumaat dan malam Jumaat.โ€ โ€” (Hadis Riwayat al-Baihaqi โ€“ hasan)

3. ๐‘ด๐’‚๐’๐’…๐’Š ๐‘บ๐’–๐’๐’‚๐’• ๐‘ฑ๐’–๐’Ž๐’‚๐’‚๐’•

Daripada Ibn Umar RA, Nabi SAW bersabda:

โ€œApabila salah seorang daripada kamu ingin pergi solat Jumaat, maka hendaklah dia mandi.โ€ โ€” (Hadis Riwayat Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim)

4. ๐‘ซ๐’‚๐’•๐’‚๐’๐’ˆ ๐‘จ๐’˜๐’‚๐’ ๐’Œ๐’† ๐‘ด๐’‚๐’”๐’‹๐’Š๐’…

Nabi SAW bersabda:
โ€œSesiapa yang mandi pada hari Jumaat seperti mandi junub, kemudian pergi (ke masjid) pada awal waktu, seolah-olah dia berkorban seekor untaโ€ฆโ€ โ€” (Hadis Riwayat Sahih al-Bukhari)

5. ๐‘ฉ๐’†๐’“๐’…๐’๐’‚ ๐’‘๐’‚๐’…๐’‚ ๐‘พ๐’‚๐’Œ๐’•๐’– ๐‘ด๐’–๐’”๐’•๐’‚๐’‹๐’‚๐’ƒ

Nabi SAW bersabda:

โ€œPada hari Jumaat ada satu waktu, jika seorang hamba Muslim berdoa bertepatan waktu itu, Allah akan perkenankan.โ€ โ€” (Hadis Riwayat Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim)

Amalan: Perbanyakkan doa, terutamanya antara khutbah
Atau selepas Asar hingga Maghrib

6. ๐‘ด๐’†๐’Ž๐’‚๐’Œ๐’‚๐’Š ๐‘ท๐’‚๐’Œ๐’‚๐’Š๐’‚๐’ ๐‘ป๐’†๐’“๐’ƒ๐’‚๐’Š๐’Œ & ๐‘ฉ๐’†๐’“๐’˜๐’‚๐’๐’ˆ๐’Š-๐’˜๐’‚๐’๐’ˆ๐’Š๐’‚๐’

Nabi SAW bersabda:

โ€œTidaklah seseorang mandi pada hari Jumaat, memakai pakaian terbaiknya, memakai wangianโ€ฆ kemudian dia datang ke masjidโ€ฆ melainkan diampunkan dosanya antara dua Jumaat.โ€ โ€” (Hadis Riwayat Sunan Abi Dawud โ€“ hasan)

Photos from Institut Tadbiran Awam Negara's post 01/04/2026

Pihak Himpunan Siswazah Kelantan (HIMSAK) merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada ๐ˆ๐๐’๐“๐ˆ๐“๐”๐“ ๐“๐€๐ƒ๐๐ˆ๐‘๐€๐ ๐€๐–๐€๐Œ ๐๐„๐†๐€๐‘๐€ (๐ˆ๐๐“๐€๐) Kampus Utama Bukit Kiara atas kesudian menerima kunjungan hormat kami.

Kunjungan ini menjadi wadah penting dalam mempererat jaringan strategik serta merintis peluang kolaborasi yang lebih dinamik serta berimpak tinggi pada masa hadapan.

Alhamdulillah...Terbaikk

31/03/2026

๐ŸŒŸ ๐“๐€๐‡๐๐ˆ๐€๐‡ & ๐’๐˜๐€๐๐€๐’ ๐๐”๐€๐“ ๐’๐„๐Œ๐”๐€ ๐‚๐€๐‹๐Ž๐ ๐’๐๐Œ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ“ ๐ŸŒŸ

๐‘ฏ๐’Š๐’Ž๐’‘๐’–๐’๐’‚๐’ ๐‘บ๐’Š๐’”๐’˜๐’‚๐’›๐’‚๐’‰ ๐‘ฒ๐’†๐’๐’‚๐’๐’•๐’‚๐’ (๐‘ฏ๐‘ฐ๐‘ด๐‘บ๐‘จ๐‘ฒ) merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada seluruh pelajar yang telah menerima keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025.

Kejayaan yang diraih hari ini adalah hasil daripada usaha, doa dan pengorbanan yang tidak ternilai.

Namun, ingatlah, ini bukan noktah akhir, tetapi titik permulaan kepada perjalanan yang lebih luas dalam menuntut ilmu dan membina masa depan.

Bagi yang memperoleh keputusan cemerlang, teruskan melangkah dengan rendah hati dan penuh tekad.

Bagi yang belum mencapai sasaran, jangan berputus asaโ€”setiap langkah ke hadapan tetap satu kejayaan.

Percayalah, setiap insan punya jalan dan rezeki yang tersendiri.

Teruskan berusaha, tingkatkan ilmu, dan bina jati diri dengan penuh kesungguhan.

Semoga kejayaan hari ini menjadi pemangkin kepada kecemerlangan yang lebih gemilang pada masa hadapan.
InshaAllah....

๐‘ฐ๐’Œ๐’‰๐’๐’‚๐’” ๐’…๐’‚๐’“๐’Š๐’‘๐’‚๐’…๐’‚ :

๐‘ฏ๐’Š๐’Ž๐’‘๐’–๐’๐’‚๐’ ๐‘บ๐’Š๐’”๐’˜๐’‚๐’›๐’‚๐’‰ ๐‘ฒ๐’†๐’๐’‚๐’๐’•๐’‚๐’ (๐‘ฏ๐‘ฐ๐‘ด๐‘บ๐‘จ๐‘ฒ)

Photos from Media Himsak's post 21/03/2026

๐‘บ๐‘ฌ๐‘ณ๐‘จ๐‘ด๐‘จ๐‘ป ๐‘ฏ๐‘จ๐‘น๐‘ฐ ๐‘น๐‘จ๐’€๐‘จ ๐‘จ๐‘ฐ๐‘ซ๐‘ฐ๐‘ณ๐‘ญ๐‘ฐ๐‘ป๐‘น๐‘ฐ๐ŸŒ™โœจ

Di kesempatan yang mulia ini, kami ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh umat Islam.

Berhati-hatilah di jalan raya, utamakan keselamatan diri dan insan tersayang.

Ambillah peluang ini untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan dan menyantuni sesama kita.

Jernihkan hati dengan kemaafan,
Sucikan diri dengan saling memaafkan.

Semoga Syawal yang hadir membawa keberkatan, kebahagiaan dan rahmat buat kita semua.

๐Œ๐š๐š๐Ÿ ๐™๐š๐ก๐ข๐ซ & ๐๐š๐ญ๐ข๐ง ๐ŸŒ™๐Ÿค

๐‘ป๐’–๐’๐’–๐’” ๐’Š๐’Œ๐’‰๐’๐’‚๐’” ๐’…๐’‚๐’“๐’Š๐’‘๐’‚๐’…๐’‚
๐‘ฏ๐’Š๐’Ž๐’‘๐’–๐’๐’‚๐’ ๐‘บ๐’Š๐’”๐’˜๐’‚๐’›๐’‚๐’‰ ๐‘ฒ๐’†๐’๐’‚๐’๐’•๐’‚๐’ (๐‘ฏ๐‘ฐ๐‘ด๐‘บ๐‘จ๐‘ฒ)

Photos from Media Himsak's post 20/03/2026

๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐— ๐—”๐—ง ๐—ฃ๐—จ๐—Ÿ๐—”๐—ก๐—š ๐—”๐—ก๐—”๐—ž ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ก๐—ง๐—”๐—จ๐—”๐—ก

Bismillahir Rahmanir Rahim..

Dengan penuh rasa syukur, telah dimaklumkan bahawa tarikh Hari Raya Aidilfitri bagi tahun 2026 / 1447H telah ditetapkan pada hari SABTU bertarikh 21 Mac 2026.

Maka, seluruh umat Islam akan menyambut kemenangan setelah sebulan berpuasa di bulan Ramadan yang penuh keberkatan.

๐™๐˜พ๐˜ผ๐™‹๐˜ผ๐™‰ ๐™๐™‰๐™๐™๐™† ๐˜ผ๐™‰๐˜ผ๐™† ๐™‹๐™€๐™๐˜ผ๐™‰๐™๐˜ผ๐™๐˜ผ๐™‰ ๐™†๐™€๐™‡๐˜ผ๐™‰๐™๐˜ผ๐™‰ โค๏ธ

Buat anak-anak Kelantan yang berada jauh di perantauan di kota, di negeri orang, mahupun di luar negara, ketahuilah bahawa kepulanganmu amat dinanti.

Di kampung, ada ibu ayah yang setia menunggu, ada keluarga yang merindu, dan ada suasana yang takkan sama di tempat lain.

Hari raya bukan sekadar perayaan, tetapi waktu untuk kembali kepada asal, memohon maaf, mengeratkan silaturrahim, dan mensyukuri nikmat kebersamaan.

Pulanglah walau sederhana, kerana nilai sebuah kepulangan itu lebih mahal daripada segalanya.

Sedikit ๐™๐™„๐™‹๐™Ž ๐™‹๐™€๐™๐™Ž๐™€๐˜ฟ๐™„๐˜ผ๐˜ผ๐™‰ ๐™ˆ๐™€๐™‰๐™…๐™€๐™‡๐˜ผ๐™‰๐™‚ ๐™ƒ๐˜ผ๐™๐™„ ๐™๐˜ผ๐™”๐˜ผ ๐Ÿ“

1) ๐™๐™–๐™ฃ๐™˜๐™–๐™ฃ๐™œ ๐™ฅ๐™š๐™ง๐™Ÿ๐™–๐™ก๐™–๐™ฃ๐™–๐™ฃ ๐™–๐™ฌ๐™–๐™ก

Beli tiket atau rancang perjalanan balik kampung lebih awal untuk elak kesesakan luar biasa.

2) ๐™Ž๐™š๐™™๐™ž๐™–๐™ ๐™–๐™ฃ ๐™ ๐™š๐™ฌ๐™–๐™ฃ๐™œ๐™–๐™ฃ ๐™จ๐™š๐™˜๐™ช๐™ ๐™ช๐™ฅ๐™ฃ๐™ฎ๐™–

Tetapkan bajet raya, untuk duit raya, persiapan rumah, dan keperluan lain supaya tidak membebankan selepas raya.

3) ๐™Ž๐™š๐™ข๐™–๐™  ๐™ ๐™š๐™ฃ๐™™๐™š๐™ง๐™–๐™–๐™ฃ

Pastikan servis kereta dilakukan (minyak enjin, tayar, brek) demi keselamatan sepanjang perjalanan.

4) ๐™‹๐™š๐™ง๐™จ๐™ž๐™–๐™ฅ๐™–๐™ฃ ๐™ง๐™ช๐™ข๐™–๐™ & ๐™™๐™ž๐™ง๐™ž

Siapkan pakaian raya, kemas rumah, dan jangan lupa sediakan keperluan asas sebelum pulang.

5) ๐™…๐™–๐™œ๐™– ๐™ ๐™š๐™จ๐™ž๐™๐™–๐™ฉ๐™–๐™ฃ

Rehat secukupnya sebelum memandu jauh dan kawal pemakanan supaya kekal bertenaga.

6) ๐™‰๐™ž๐™–๐™ฉ๐™ ๐™–๐™ฃ ๐™ž๐™—๐™–๐™™๐™–๐™

Betulkan niatโ€”balik kampung bukan sekadar raya, tetapi untuk berbakti kepada ibu bapa dan mengeratkan hubungan kekeluargaan.

๐˜ผ๐™ ๐™๐™ž๐™ง ๐™ ๐™–๐™ฉ๐™–โ€ฆ

Selamat pulang ke kampung halaman buat semua anak perantauan Kelantan.

Semoga perjalanan dipermudahkan dan kepulangan kalian membawa seribu makna buat insan tersayang.

โ€œBiar jauh di mata, tapi jangan jauh di hati. Raya tetap kembali ke asal diri.โ€ ๐ŸŒ™โœจ

๐—ฃ๐—ฒ๐˜€๐—ฎ๐—ป๐—ฎ๐—ป ๐—œ๐—ธ๐—ต๐—น๐—ฎ๐˜€ :

๐—›๐—ถ๐—บ๐—ฝ๐˜‚๐—ป๐—ฎ๐—ป ๐—ฆ๐—ถ๐˜€๐˜„๐—ฎ๐˜‡๐—ฎ๐—ต ๐—ž๐—ฒ๐—น๐—ฎ๐—ป๐˜๐—ฎ๐—ป (๐—›๐—œ๐— ๐—ฆ๐—”๐—ž)

Photos from Media Himsak's post 18/03/2026

Assalamualaikum...
Salam Ramadan al-Mubarak
Hari ke 28 Ramadan..

Bermula hari ini, ramai yang akan bersiap dan akan mulakan perjalanan pulang ke kampung halaman..

Dalam keghairahan pulang beraya, jangan lupaโ€ฆ jalan juga menyimpan bahaya.

Satu detik kecuaian, boleh mengubah tawa menjadi tangisan selamanya..kerana nyawa bukan untuk dipertaruhkan di jalan raya.

Lambat itu sementara...kehilangan itu selamanya...

Tiada siapa merancang untuk kemalanganโ€ฆtapi semua itu boleh mencegahnya.

Pandu dengan hati-hati, bukan emosi.
Kerana di kampungโ€ฆ ada yang menunggu dengan penuh senyuman di hati..

Ini dia Checklist dan panduan kepada anak-anak perantauan yang akan pulang ke kampung masing-masing...

**********************

Jemput 'LIKE' & 'FOLLOW'
MEDIA SOSIAL HIMSAK

Boleh tekan link :

PAGE FACEBOOK HIMPUNAN SISWAZAH KELANTAN
Link :
https://www.facebook.com/share/1DMEfYvGMt/

PAGE FB MEDIA HIMSAK
Link :
https://www.facebook.com/share/1Y64wPs9yF/

TIKTOK MEDIA HIMSAK
Link :
https://www.tiktok.com/.himsak?_r=1&_t=ZS-942GwoLVgv7

INSTAGRAM HIMSAK :

https://www.instagram.com/himsak_kebangsaan?igsh=MTZ1aHJ2N3ZicnVsYQ==

HIMSAK.NET
Link :
https://www.himsak.net/




11/03/2026

๐—ฃ๐—œ๐—ก๐—ง๐—”๐—ฆ๐—”๐—ก ๐Ÿญ๐Ÿฌ ๐— ๐—”๐—Ÿ๐—”๐—  ๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ž๐—›๐—œ๐—ฅ ๐—ฅ๐—”๐— ๐—”๐——๐—”๐—ก ๐—”๐—Ÿ-๐— ๐—จ๐—•๐—”๐—ฅ๐—”๐—ž

Pejam celik, pejam celikโ€ฆ tanpa kita sedari Ramadan sudah hampir ke penghujungnya.

Kini kita berada di 10 malam terakhir Ramadan, malam-malam yang penuh dengan rahmat, keampunan dan ganjaran yang luar biasa.

Inilah saatnya untuk kita menggandakan ibadah, memperbanyakkan doa, istighfar dan membaca Al-Quran.

Mudah-mudahan kita dipertemukan dengan Lailatul Qadar, malam yang lebih baik daripada seribu bulan.

Jangan lepaskan peluang yang datang hanya sekali setahun ini.

Semoga setiap amal yang kita lakukan diterima oleh Allah SWT. ๐Ÿคฒโœจ
inshaAllah...

*****************************
Jemput 'LIKE' & 'FOLLOW' MEDIA SOSIAL HIMSAK

Boleh tekan link :

PAGE FACEBOOK HIMPUNAN SISWAZAH KELANTAN
Link :
https://www.facebook.com/share/1DMEfYvGMt/

PAGE FB MEDIA HIMSAK
Link :
https://www.facebook.com/share/1Y64wPs9yF/

TIKTOK MEDIA HIMSAK
Link :
https://www.tiktok.com/.himsak?_r=1&_t=ZS-942GwoLVgv7

INSTAGRAM HIMSAK :

https://www.instagram.com/himsak_kebangsaan?igsh=MTZ1aHJ2N3ZicnVsYQ==

HIMSAK.NET
Link :
https://www.himsak.net/




Want your school to be the top-listed School/college in Shah Alam?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Website

Address


Seksyen 7
Shah Alam