04/10/2016
SALAM PERKENALAN
18hb September 2016 merupakan tarikh keramat. Barisan Ahli Jawatankuasa PERSiS bagi sesi 2016/2017 dilantik bagi menggantikan tampuk kepimpinan yang lama. Saya ucapakan ribuan terima kasih kepada kepimpinan yang lalu kerana telah memberi tunjuk ajar kepada barisan kepimpinan yang baru. Kita harus menongkah arus dan maju kehadapan. Perubahan harus dilakukan. Sinar obor api perjuangan PERSiS harus disemarakkan lagi. Kepimpinan baru dibawah pimpinan saya harus melakukan yang lebih baik daripada kepimpinan dahulu.
Sebaik saja mengambil alih, saya bertekad untuk mentransformasi PERSiS sebagai sebuah Persatuan Pascasiswazah di fakulti ini yang lebih aktif dan dinamik bukan sahaja kearah akademik tetapi dari segi sosial kemasyarakatan dan hubungan dengan masyarakat baik dalam kampus ataupun luar. Banyak program dan aktiviti telah dirangka. Inshallah, selang berapa hari ini, aktiviti-aktiviti yang dirancang dapat diketahui umum terutamanya ahli-ahli PERSiS.
Pelajarilah dari sejarah. Tamadun manusia pun mengambil masa yang lama untuk dimajukan. Ingat, Kota Rom tidak dibina dalam masa sehari! Apa yang diharapkan ialah, saudara-saudari yang merupakan pelajar pascasiswazah di fakulti ini memberikan sokongan kepada kami dan sertailah aktiviti yang akan dianjurkan kami dalam masa terdekat.
“Bersama Kita Boleh Lakukan”
Mohammad Azfar Aza
Presiden PERSiS