Wa'ezz Academy

Wa'ezz Academy

Share

Jelajah Dunia Bahasa Arab

17/05/2026

Word of the day: د

​💧 دَمْعٌ (Dam'un) — Air Mata
💨 دُخَانٌ (Dukhanun) — Asap
📚 دَرَصَ (Darasa) — Belajar

​✨ Fun Fact:

​Korang perasan tak perkataan asap iaitu دُخَانٌ (Dukhan)?
​Mesti korang tahu ada satu surah dalam Al-Quran bernama Surah Ad-Dukhan. Sebenarnya, nama surah tu diambil terus daripada perkataan Arab yang bermaksud "Asap" ni la.

​Ia merujuk kepada salah satu tanda besar hari kiamat yang diceritakan dalam surah tersebut, di mana asap tebal akan muncul menutupi manusia. Jadi lepas ni kalau korang baca Surah Ad-Dukhan, terus boleh bayang maksudnya secara fizikal. 💡

​Korang rasa perkataan mana yang paling senang nak lekat dalam kepala harini? Komen kat bawah! 👇

16/05/2026

Word of the day: ع

​🍯 عَسَلٌ ('Asalun) — Madu
🔄 عَجَلَةٌ ('Ajalatun) — Roda
🤧 عَطَسَ ('Atasa) — Bersin

​✨ Fun Fact :

​Korang biasa dengar kan istilah "Bulan Madu" (Honeymoon) untuk orang yang baru kahwin?
​Dalam Bahasa Arab, istilah ni diterjemah secara direct menjadi شَهْرُ الْعَسَلِ (Syahrul 'Asal). Perkataan Syahr maksudnya bulan, dan Al-'Asal tu ialah madu yang korang tengok dalam video tadi.
​Menariknya, istilah ni universal. Tak kira korang cakap Melayu, Inggeris, atau Arab, semua guna gabungan perkataan yang sama untuk gambarkan fasa manis lepas berkahwin. 🍯💍

​Lepas ni agak2 dapat huruf apa p**ak eh?

15/05/2026

Anda semua sarapan apa harini? Sedapnya kalau dapat roti canai kuah dal kan.. Tapi kita bersyukur dulu dengan apa yang kita ada. Breakfast yang simple janji makan kan. Alhamdulillah atas rezeki hari ini. Diari hari ini done ✅

Nak cuba buat ayat dalam bahasa arab? Atau nak cuba faham bahasa arab dari ayat2 pendek? Boleh dm dulu kita ada special promo utk yang terawal 😉

14/05/2026

Bila jadi pengajar ni kena selalu juga belajar dan topup ilmu yang ada supaya dapat beri yang terbaik. Dah take note ke diary korang harini? 5 ayat pun dah cukup untuk latih diri bina ayat mudah.

Nak belajar buat ayat bahasa arab mudah? Komen NAK untuk dapat special promo bulan ni je tau.. Jumpa di kelas nanti 😉

13/05/2026

Grounding dengan alam ni boleh menghilangkan stress. Sekali sekala menyantuni flora dan fauna ni sangatlah menenangkan. Tapi kalau tak dapat, journaling pun dah memadai! Kalau nak lagi mencabar kita buat dalam Bahasa Arab.
Anda semua p**a macamana? Dah catat kegiatan harini ke belum? Kalau nak cuba buat ayat dalam bahasa arab boleh dm kita. 20 yang terawal sahaja kita ada beri special promo ni. . Jangan lepaskan peluang 😉

13/05/2026

Cuba korang pandang sekeliling.. Ada apa kat sebelah (جانب), kat depan (أمام) atau kat belakang (خلف) korang?

​Jom buat satu ayat mudah guna kata arah yang kita belajar dalam video ni.. Kalau tak praktis, memang akan cepat lupa kan.

Jelajah dunia Bahasa Arab ✈️

12/05/2026

Highlight hari ini, Me-Time di perpustakaan. Keluar library rasa fresh sikit otak. Bila dah biasa tulis rutin harian macam ni, baru perasan Bahasa Arab ni sebenarnya tak adalah bera mana pun.

​Nak cuba buat ayat-ayat simple macam ni juga? Meh la join Class 2 di Wa’ezz Academy. Kita fokus pada ayat yang praktikal dan senang nak faham je.
​Boleh slide dm kalau nak tanya-tanya dulu k? Jumpa nanti 👋

12/05/2026

Macam mana eh Class 2 Wa’ezz Academy?

​Sebenarnya struktur dia tetap best dan santai macam Kelas 1 juga:

​✅ Minggu 1: Sesi belajar topik baru + Kuiz interaktif yang mencabar sikit!

✅ Minggu 2: Aktiviti praktikal supaya korang boleh terus guna apa yang dah belajar.

​Sesuai sangat untuk korang yang nak asah lagi skill Bahasa Arab dari asas tanpa rasa pusing kepala.

​Boleh slide dm bagi yang dah ready nak step up ke level seterusnya, jom standby! ✨
Jumpa dalam kelas nanti ✨

10/05/2026

Word of the Day: Huruf (و)

​Jom tambah 3 lagi kosa kata baru hari ni:
​🇲🇾 Tanah air — (Watan) وَطَنٌ
🏺 Bekas / Mangkuk — (Wi’aa’) وِعَاءٌ
🧍‍♂️ Berdiri — (Waqafa) وَقَفَ

​Fakta menarik: Perkataan وَقَفَ (Waqafa) sebenarnya mempunyai maksud lain iaitu "berhenti". Sebab itulah di dalam ilmu Tajwid, kita belajar tentang hukum Waqaf. Ia diambil daripada akar kata yang sama yang membawa erti memberhentikan bacaan pada kalimah tertentu untuk mengambil nafas atau menjaga makna ayat.

​Antara 3 ni, perkataan mana yang paling senang nak ingat? Komen kat bawah! 👇😊

09/05/2026

Word of the day : أ

📍 إِبْرَةٌ (Ibratun) — Jarum 🪡
📍 أَثَاثٌ (Athaathun) — Perabot 🛋️
📍 أَحَبَّ (Ahabba) — Telah menyukai/mencintai ❤️

​✨ Fun Fact :
​Korang tahu tak, perkataan أَحَبَّ (Ahabba) ni sebenarnya unik sangat. Ia berasal daripada akar kata حَبَّ (Habba) yang juga bermaksud "biji benih".
​Dalam bahasa Arab, cinta itu diibaratkan macam biji benih, ia bermula kecil, ditanam dalam hati, dan kalau kita jaga serta siram dengan perhatian, ia akan tumbuh jadi pokok yang kuat dan cantik. Deep kan maksud di sebalik perkataan ni?

​Antara 3 kosa kata kat atas ni, mana satu yang korang rasa paling senang nak ingat? Cuba komen kat bawah! 👇

08/05/2026

TAK JOIN CLASS 1 TAPI NAK MASUK CLASS 2? PENDAFTARAN DAH DIBUKA! 😍

"Kalau tak join Class 1 sebelum ni, boleh ke nak masuk Class 2?" Jawapannya: Mestilah boleh! Dalam Class 2 ini, kita akan fokus terus kepada cara menyusun frasa dan membina ayat ringkas bahasa Arab. Sesuai sangat untuk kanak-kanak mahupun orang dewasa yang nak mula faham struktur ayat.

​Khas untuk anda yang mendaftar:
​Double Kamus: Daftar Class 2, tapi kami bagi sekali Kamus Class 1 secara PERCUMA supaya anda tak tertinggal perkataan asas.
​Praktikal Bina Ayat: Terus belajar buat ayat dalam kelas, bukan dengar teori saja.
​Bahan Lengkap: Modul, worksheet PDF, dan kuiz interaktif.

​🔥 PROMO EARLY BIRD: DISKAUN 15%!
Tawaran ini terhad untuk 20 orang sahaja demi menjaga kualiti pembelajaran.
​Jangan tunggu sampai kuota penuh! Terus klik link di bio untuk mendaftar

Jelajah Dunia Bahasa Arab ✈️

Want your school to be the top-listed School/college in Shah Alam?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Telephone

Address


Shah Alam