Fakulti Sains Maklumat, FSM - Media Rasmi

Fakulti Sains Maklumat, FSM - Media Rasmi

Share

Fakulti Sains Maklumat UiTM - Media Rasmi Pengajian Sains Maklumat, Kolej Pengajian Pengkomputeran, Informatik dan Media Universiti Teknologi Mara - Media Rasmi

08/05/2026

๐Š๐„๐‰๐€๐‘ ๐๐€๐‘๐€๐Š๐€๐‡ ๐’๐„๐‹๐„๐๐€๐’ ๐€๐’๐€๐‘

Berhentilah sejenak daripada hiruk-pikuk dunia.
Tundukkan hati dengan penuh tawakal.
Luahkanlah segala harapan. Pintalah segala kebaikan.
Yakinlah, tiada permintaan yang sia-sia di sisi-Nya.
Sesungguhnya, Dia Maha Mendengar lagi Maha Pemberi.

Dalam kesibukan kita menyelesaikan tugasan mingguan, jangan dilupakan satu detik istimewa yang dijanjikan-Nya. Waktu singkat yang menyimpan rahsia terkabulnya doa.

Semoga hari Jumaat ini menjadi asbab pintu rahmat terbuka luas buat kita semua.

Photos from Fakulti Sains Maklumat, FSM - Media Rasmi's post 08/05/2026

๐๐‘๐Ž๐†๐‘๐€๐Œ ๐๐€๐‚๐€๐€๐ ๐˜๐€๐’๐ˆ๐ ๐ƒ๐€๐ ๐ƒ๐Ž๐€ ๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“ | ๐Ÿ• ๐Œ๐„๐ˆ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi. Pada 7 Mei 2026 (Khamis), Fakulti Sains Maklumat (FSM), UiTM telah menyempurnakan Program Bacaan Yasin dan Doa Selamat bertempat di Bilik Seminar, FSM.

Program ini diadakan sebagai tanda penghargaan dan doa buat YBhg. Profesor Ts. Dr. Hajah Norhayati Hussin, Dekan Fakulti Sains Maklumat yang bakal menunaikan ibadah haji tahun 2026. Warga fakulti turut bersama-sama memanjatkan doa agar segala urusan ibadah beliau dipermudahkan dan dikurniakan haji yang mabrur.

Serentak dengan itu, majlis turut meraikan persaraan dua insan yang banyak berjasa kepada fakulti, iaitu Puan Hairani Wahab dan Puan Mastura Abu Amar. Terima kasih atas segala khidmat bakti, tunjuk ajar, dan keringat yang dicurahkan sepanjang bertahun-tahun bersama FSM. Walaupun secara rasminya telah bersara, ukhuwah yang terbina tetap akan mekar di hati.

Semoga silaturahim yang terjalin ini terus berkekalan dan segala urusan kita semua sentiasa dipermudahkan.

07/05/2026

๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“ ๐Œ๐„๐๐”๐๐€๐ˆ๐Š๐€๐ ๐ˆ๐๐€๐ƒ๐€๐‡ ๐‡๐€๐‰๐ˆ

Dengan penuh kesyukuran, didoakan kepada Prof. Ts. Dr. Norhayati Hussin, Dekan Fakulti Sains Maklumat, Universiti Teknologi MARA (UiTM), atas pemergian ke Tanah Suci bagi menunaikan ibadah haji pada 21 Mei hingga 29 Jun 2026.

Semoga setiap langkah dipermudahkan dengan limpah rahmat-Nya, dikurniakan kesihatan yang baik serta ketenangan jiwa dalam menyempurnakan setiap rukun dan ibadah.

Didoakan juga segala doa diterima dan dianugerahkan haji yang mabrur, serta kembali ke tanah air dengan penuh keberkatan.


07/05/2026

๐’๐ž๐ฅ๐š๐ฆ๐š๐ญ ๐Œ๐ž๐ง๐ฎ๐ง๐š๐ข๐ค๐š๐ง ๐ˆ๐›๐š๐๐š๐ก ๐‡๐š๐ฃ๐ข ๐Ÿ๐Ÿ’๐Ÿ’๐Ÿ•๐‡ / ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”

Pergi dengan hati yang murni,
Menyahut panggilan suci Ilahi,
Semoga setiap langkah jemaah dilindungi,
Dinaungi rahmat dan reda Ilahi.

Alhamdulillah, bagi para jemaah yang terpilih sebagai tetamu Allah pada tahun ini yang sudah memulakan perjalanan bermula pada 18 April 2026, sesungguhnya panggilan ini merupakan satu jemputan yang penuh kemuliaan.

Semoga segala amalan diterima oleh Allah SWT, serta dikurniakan kesihatan dan kekuatan sepanjang menunaikan ibadah haji.

06/05/2026

๐’๐ˆ๐ƒ๐€๐๐† ๐๐„๐‘๐“๐€๐Œ๐€: ๐๐„๐Œ๐๐”๐Š๐€๐€๐ ๐ˆ๐’๐“๐ˆ๐€๐ƒ๐€๐“ ๐Š๐Ž๐๐•๐Ž๐Š๐„๐’๐˜๐„๐ ๐”๐ข๐“๐Œ ๐Š๐„-๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ’ | ๐Ÿ” ๐Œ๐„๐ˆ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”

Kejayaan para graduan adalah kebanggaan kami di Fakulti Sains Maklumat (FSM).

Kehadiran barisan wakil pensyarah fakulti ke Sidang Pertama Istiadat Konvokesyen UiTM ke-104 merupakan manifestasi sokongan padu serta penghargaan tertinggi buat seluruh graduan yang diraikan.

Terima kasih atas kesudian para alumni Fakulti Sains Maklumat yang terdiri daripada pelbagai generasi yang turut hadir menyaksikan pembukaan konvokesyen kali ini.

Sekalung tahniah dan syabas diucapkan kepada semua graduan atas pencapaian yang membanggakan. Semoga terus memacu kecemerlangan di fasa seterusnya! ๐ŸŽ“โœจ

06/05/2026

๐–๐ˆ๐’๐ƒ๐Ž๐Œ ๐–๐„๐ƒ๐๐„๐’๐ƒ๐€๐˜

There are moments in life when things wonโ€™t go the way we hoped, no matter how hard we try. In those times, growth comes from adjusting our mindset, strengthening our character, and learning to move forward differently. Sometimes, the real change begins within us.

Photos from Fakulti Sains Maklumat, FSM - Media Rasmi's post 05/05/2026

๐Š๐๐Ž๐–๐‹๐„๐ƒ๐†๐„ ๐“๐‘๐€๐๐’๐…๐„๐‘ ๐’๐„๐‘๐ˆ๐„๐’ ๐๐„๐‘๐’๐€๐Œ๐€ ๐๐„๐‘๐’๐€๐“๐”๐€๐ ๐๐”๐’๐“๐€๐Š๐€๐–๐€๐ ๐Œ๐€๐‹๐€๐˜๐’๐ˆ๐€ (๐๐๐Œ)

Fakulti Sains Maklumat (FSM), Universiti Teknologi MARA (UiTM) telah menganjurkan satu program Knowledge Transfer Series bersama Persatuan Pustakawan Malaysia (PPM) kepada pelajar Semester 5 Program Pengurusan Perpustakaan bagi kursus IML625: Digital Libraries Principles and Applications pada 4 Mei 2026 di UiTM Puncak Perdana.

Program yang dilaksanakan secara bersiri ini merupakan sebahagian daripada inisiatif kolaborasi repositori antara FSM dan PPM. Melalui sesi perkongsian tersebut, para pelajar didedahkan kepada aspek pembangunan repositori digital, proses pendigitalan bahan, pengurusan metadata, serta akses dan pengurusan maklumat digital yang menjadi antara komponen penting dalam ekosistem perpustakaan digital masa kini.

Sesi perkongsian ilmu telah disampaikan oleh Tuan Haji Salleh Hudin Mustafa, mantan Ketua Pustakawan Universiti Utara Malaysia (UUM), Encik Muizzudin bin Kaspol, Penolong Ketua Pustakawan Universiti Putra Malaysia (UPM), dan Encik Norkamarizal bin Kamarudin, Pustakawan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM). Para penceramah turut berkongsi pengalaman profesional serta amalan sebenar pengurusan repositori digital berdasarkan keperluan dan perkembangan semasa bidang perpustakaan dan sains maklumat.

Penganjuran program seperti ini bukan sahaja memberi nilai tambah kepada pengalaman pembelajaran pelajar, malah turut memperkukuh hubungan kolaboratif antara institusi akademik dan badan profesional dalam melahirkan graduan yang lebih kompeten, berdaya saing dan bersedia menghadapi cabaran transformasi digital dalam bidang perpustakaan dan pengurusan maklumat.

05/05/2026

๐“๐ข๐ฉ ๐“๐ž๐œ๐ก ๐“๐ฎ๐ž๐ฌ๐๐š๐ฒ | ๐’๐ญ๐ข๐ฅ๐ฅ ๐ฎ๐ฌ๐ข๐ง๐  ๐ญ๐ก๐ž ๐ฌ๐š๐ฆ๐ž ๐ฉ๐š๐ฌ๐ฌ๐ฐ๐จ๐ซ๐ ๐ž๐ฏ๐ž๐ซ๐ฒ๐ฐ๐ก๐ž๐ซ๐ž?

Weak passwords are one of the easiest ways for hackers to get into your accounts. If one account gets hackedโ€ฆ the rest could be next.

Hereโ€™s how to level up your password security ๐Ÿ‘‡

1. Use a mix of characters

The more variety, the harder it is to crack. Combine uppercase, lowercase, numbers & symbols
Example: A, a, 1, @

2. Make it long (at least 12 characters)

Longer passwords are much more secure
Instead of one word, try a passphrase:
๐Ÿ‘‰ KopiPagi!2026

3. Avoid personal information

Donโ€™t use easy patterns like:
โŒ 123456
โŒ helloworld
Hackers can guess these in seconds

๐Ÿ›ก๏ธ Donโ€™t make hackersโ€™ job easy. Stay smart. Stay secure. Start protecting your accounts today.

04/05/2026

๐Œ๐Ž๐“๐ˆ๐•๐€๐“๐ˆ๐Ž๐๐€๐‹ ๐Œ๐Ž๐๐ƒ๐€๐˜

When life feels overwhelming, just focus on whatโ€™s right in front of you and take it one step at a time. Progress doesnโ€™t come from rushing to the end, but from consistently moving forward, even in the smallest ways.

Photos from Universiti Teknologi MARA - Media Rasmi's post 03/05/2026
01/05/2026

๐’๐ž๐ฅ๐š๐ฆ๐š๐ญ ๐‡๐š๐ซ๐ข ๐๐ž๐ค๐ž๐ซ๐ฃ๐š ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” | ๐Ÿ ๐Œ๐ž๐ข ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”
โ€œ๐๐ž๐ค๐ž๐ซ๐ฃ๐š ๐Œ๐€๐ƒ๐€๐๐ˆ, ๐Š๐ž๐ฌ๐ฎ๐ฆ๐š ๐๐š๐ง๐ ๐ฌ๐šโ€

Dalam sunyi, usaha kalian berbicara,
menganyam harapan menjadi nyata.

Terima kasih, wahai wira bangsa.
Kerana kalian, Malaysia terus melakar cita.

Buat semua warga UiTM dan seluruh rakyat Malaysia, terima kasih kerana menjadi nadi kekuatan negara.

Want your school to be the top-listed School/college in Shah Alam?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Address


Lot 1. Jalan Pulau Angsa 10/A
Shah Alam
40150

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00
Saturday 09:00 - 17:00