08/12/2021
'Umar bin al-Khaṭṭāb r.a. berkata: "Pelajarilah bahasa Arab kerana ia termasuk bahagian daripada agamamu".
Bersempena tahun baharu yang bakal tiba tidak lama lagi, Akademi Bahasa Arab Hud-Hud menganjurkan Kelas ASAS memahami bahasa al-Quran (kaedah PUSAR). Kelas dijalankan secara online (GoogleMeet). Bermula 27 Disember 2021, setiap hari ISNIN, pukul 2:30 - 4 PETANG.
Sesuai bagi yang sifar bahasa Arab. Kelas akan dikendalikan oleh Ustaz Hakim Kamal
(Guru Akademi Bahasa Arab Hud-Hud).
Sila klik link di bawah untuk pendaftaran/ pertanyaan
http://www.wasap.my/60125970464/Modulasasbahasaquran
16/04/2021
Ingatlah akan Tuhan tatkala engkau lupa dengan tasbih [سبحان الله], tahmid [الحمد لله], takbir [الله أكبر], istighfar [أستغفر الله], tahlil [لا إله إلا الله] dan ḥawqalah [لا حول ولا قوة إلا بالله].
10/01/2021
"al-Quran menyerap kesedihan seperti span. Jika engkau membacanya di kala kesedihan, al-Quran seakan balutan. Jika engkau membacanya di kala gembira, al-Quran menggandakannya. al-Quran itu penawar jiwa maka janganlah engkau tinggalkannya".
- Muṣṭafā Maḥmūd
21/11/2020
Ujaran قَدَرُ اللهِ وَمَا شَاءَ اللهِ فَعَلَ [Ini adalah ketentuan Allah dan Dia melakukan apa yang dikehendakiNya] adalah doa ketika ditimpa sesuatu yang tidak diingini.
29/06/2020
Ciri-ciri ahli bahasa Arab
Imām Syāfi'y berkata: "Ahli bahasa Arab itu ialah sejenis 'jin' di kalangan manusia; melihat apa yang tidak dilihat oleh orang lain".
Credits to tadqīq lughawiy page.
12/06/2020
أحدهم يصنع الذكريات، والآخر يسترجعها.
هذه هي الحياة باختصار.
Sebahagian mencipta memori,
Sebahagian mengenang kembali.
Begitulah ringkasan kehidupan.
06/06/2020
Metode BAKIM [Akronim & Mind map]
A: "Macam mana cara MUDAH nak faham istilah lelaki, perempuan, satu, dua dan lain dalam Arabic?"
B: "Senang je, MUZLE, MUANPE"
A: "Macam pelik je?😅
B: "Memanglah, otak manusia ni kalau benda² ganjil, pelik senang ingat dan lekat. Lagi pulak kalau tambah dengan akronim"
A: "So, kiranya MUZLE MUANPE?"
B: "Ya, MUZLE; MUZakkar maksudnya LElaki.
MUANPE; MUANnas maksudnya PErempuan. So, ULANG BANYAK KALI MUZLE MUANPE gerenti lekat dan mudah faham!"
04/06/2020
Salam Jumaat, sayyid al-Ayyām; penghulu segala hari.
Hari ni, admin saja nak share kepada semua bentuk nota yang BAKIM Edu bekalkan kepada students yang join online class kita.
Hakikatnya, belajar bahasa al-Quran tidak semudah yang disangka. Namun dengan penerapan metode BAKIM; gabungan AKRONIM dan MIND MAP memudahkan pembelajaran bahasa al-Quran. 😁
04/06/2020
"Sejahteralah buat yang teliti memilih kata
kerana takut meluka !"