17/07/2026
INFAQ KOS PENGURUSAN BULANAN MAAHAD TURATH AL-ISLAMI
ILMU YANG DIAJAR, PAHALANYA TERUS MENGALIR.
Di sebalik lahirnya para huffaz, asatizah dan pewaris ilmu agama, terdapat amanah besar yang perlu dipikul setiap bulan. Kos makanan pelajar, utiliti, penyelenggaraan, kebajikan, elaun tenaga pengajar serta pengurusan maahad memerlukan dana yang berterusan.
Bagi memastikan sesi pembelajaran dapat diteruskan tanpa gangguan, Maahad Turath Al-Islami memerlukan sekitar RM50,000 setiap bulan bagi menampung kos operasi dan pengurusan.
Setiap ringgit yang anda infakkan bukan sekadar membantu kelangsungan sebuah institusi pendidikan Islam, bahkan menjadi saham akhirat yang pahalanya terus mengalir selagi ilmu yang diajar diamalkan dan disebarkan.
Rasulullah SAW bersabda:
> "Apabila anak Adam meninggal dunia, terputuslah amalannya kecuali tiga perkara: sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan, dan anak soleh yang mendoakannya."
(Riwayat Muslim)
Ayuh bersama menjadi penyokong perjuangan ilmu. Hulurkan infak atau zakat anda bagi memastikan Maahad Turath Al-Islami terus melahirkan generasi al-Quran, ulama dan pendakwah yang akan membawa manfaat kepada ummah.
π Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila hubungi:
Ustaz Nazmi Karim : 019-272 6567
Semoga setiap sumbangan menjadi sedekah jariah yang berkekalan hingga ke akhirat. π€²π»