Fokus pada yang Bermanfaat
Sekolah Rendah Islam Az-Zahrawi Setia Alam
Dimiliki oleh :
Azzahrawi Education Group Sdn Bhd (1139094-U)
94-2, Jalan Setia Gemilang U13/.BJ, Setia Alam
40170 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.
Melahirkan Generasi Pintar Soleh Yang Memakmurkan Dunia Perkhidmatan sekolah Integrasi & tadika Integrasi (menggunakan kurikulum kebangsaan dan kurikulum dinniyah JAIS)
Jangan Sia-siakan Nikmatmu
Mudahkan Langkahku Ya Allah
Bersungguh-sungguh Dicintai Allah
21/04/2026
Kami amat berbangga dengan anak pintar soleh Az-Zahrawi yang memberi cabaran hebat mereka di Kejohanan Memanah MSSD Kuala Selangor 2026 yang telah berlangsung pada 16 April 2026 yang lalu.
Tahniah dan syabas buat Izara Sophia Binti Abdul Malik dari Az-Zahrawi Hillpark yang telah mendapat tempat ke-8 dan Khairun Nafeesa Binti Muhammad Alfatih dari Az-Zahrawi Setia Alam mendapat tempat ke-11. Alhamdulillah.
Usaha dan kejayaan kalian menyemarakkan lagi semangat kami semua untuk mencabar diri dan berjuang untuk kejayaan mengharumkan nama negara dan Az-Zahrawi. Terima kasih juga atas dokongan penuh ibu bapa bagi peluang penyertaan edisi ini.
Teruskan melangkah dengan semangat juang yang tinggi dan ukhuwwah. Az-Zahrawi pantang menyerah! Gooo fighting!
Menuntut Ilmu, Jalan Menuju Syurga.
Tindakan : Setiap kali keluar rumah untuk ke tempat kerja atau untuk buat apa-apa tugasan, pastikan mulakan dengan pasang niat untuk belajar kerana Allah taala.
Hakikatnya kita memang pelajar yang belajar setiap hari. Dunia adalah sekolah kita. Peristiwa pahit manis kehidupan adalah guru paling setia kita.
Doa Sebagai Kompas Dunia Akhirat
Solat Cerminan Iman
13/04/2026
“Sesungguhnya orang-orang beriman itu bersaudara.” Surah Al-Hujurat 49:10.
Di bulan yang penuh keberkatan ini, bukan sekadar perayaan yang diraikan, tetapi juga hati-hati yang kembali dipertemukan dalam ikatan ukhuwwah yang tulus.
Suasana ceria diserikan dengan senyuman, salam bermaafan dan kebersamaan yang menghidupkan roh Syawal. Setiap langkah yang diatur, setiap tangan yang dihulur semuanya menjadi jambatan yang menghubungkan kasih antara guru, murid, ibu bapa dan seluruh warga sekolah.
Inilah momen penting yang mendidik jiwa. Apabila hormat dipupuk, kasih disemai dan silaturrahim akan diperkukuh. Kerana pendidikan bukan hanya di dalam kelas, tetapi juga pada nilai yang dirasai dan diamalkan bersama.
Semoga setiap pertemuan ini menjadi asbab bertambahnya rahmat dan keberkatan dalam kehidupan kita. Raikan kebersamaan, eratkan hubungan kerana di situlah lahirnya sebuah komuniti yang saling menyokong dan membina erti dunia pendidikan.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Location
Category
Contact the school
Telephone
Website
Address
88, Jalan Setia Gemilang BJ U13/BJ, Setia Alam
Shah Alam
40170
Opening Hours
| Monday | 08:00 - 16:00 |
| Tuesday | 08:00 - 16:00 |
| Wednesday | 08:00 - 16:00 |
| Thursday | 08:00 - 16:00 |
| Friday | 08:00 - 16:00 |
| Saturday | 09:00 - 13:00 |